May 31, 2011

MINGGU BAHASA 2011

Alhamdulillah pada 17 April yang lalu aku telah berkesempatan untuk mewakili maktab ke Minggu Bahasa Zon Barat 2011 yang diadakan di MRSM Kuala Klawang . Sudah berzaman kan ! Haha , apakan daya baru kini aku berpeluang untuk melakar kenangan-kenangan tersebut dalam blog kesayanganku ini .

Sebelum itu , syabas kepada Badan Wakil Pelajar Pasir Salak ! Minggu Bahasa Mini yang diadakan kira-kira sebulan sebelum itu benar-benar telah mencungkil bakat baru pelajar-pelajar Pasir Salak untuk beraksi di pentas bahasa . Budi  bahasa budaya kita , jangan lupa ! Bagi diri aku pula , aku telah berkesempatan untuk menyertai pertandingan pidato dalam keadaan separuh rela (erkkk ?) Aku terlihat wajah Nash dan aku yakin , pasti dia yang bakal mewakili maktab bagi pihak lelaki . Tiada orang lain setanding dengannya (atau patut aku katakan 'selaju' mulutnya?) Haha . Gurau saja Nash , kalau kau terbaca jangan marah yaa !

Seminggu sebelum Minggu Bahasa , Ujian Selaras 2 berjalan . Ohh tidakkk aku terpaksa membahagikan masa untuk berlatih pidato dan menelaah buku-buku . Puaka ! Namun dengan izin-Nya , aku berjaya juga walaupun fizikal sudah mencapai tahap kritikal . *Terima kasih kepada Syifa yang telah banyak memberi semangat dan perangsang kepada aku ! LOVE YOU (:

wajah kepenatan exam ! (err , yeke ?)

Kontijen Pasir Salak seramai 31 orang telah menggamatkan bas yang bertolak jam 10.30 pagi . Aku ? Disisi Raven yang sedang cuak menggelabah memikirkan forumnya ! Haha . Kasihan dia . Hanafi dan Nash di belakang kami , sibuk-sibuk menyampuk . Hmm , biar aku imbas kembali siapa yang turut memeriahkan bas tersebut .

*Aqila Syahiena (ecehh , aku !) - Pidato P Men. Atas
*Ahmad Naszuan - Pidato L Men. Atas
*Intan Liyana - Pidato P Men. Rendah
*Muhaimin - Pidato L Men. Rendah
*Syaza - Sajak P
*Muhammad Hanafi - Sajak L
*Najmi Aqil - Syair L
*Izzati - Syair P
*Syairah Aqilah , Adeline Mary , Atiqa , Fayyadh , Hafizuddin - Forum
*Adlina Aisya - Story Telling P
*Aiman Baharin - Story Telling L
*Err , untuk yang lain-lain tu maaf yaa ! Tak ingat sangat nama , huhu . Maaf 1000x !

Kami diiringi oleh Miss Zahurin dan Cikgu Aina ! Keseluruhannya berjalan lancar , alhamdulillah . Lihatlah serba sedikit gambar yang ada (:


bergaya depan foyer maktab (:

peserta pidato zon barat (:

Dan banyak lagi (: . Ada masa aku upload lagi semua yaa . Dah tiga jam menghadap pc . Hmm , lupaa !! Tahniah kepada Najmi Aqil yang menjuarai syair lelaki , Izzati yang mendapat naib johan syair perempuan dan tak lupa kepada Hanafi yang mendapat naib johan sajak lelaki . Cayalahhhh ! Mengharumkan nama maktab . Apa-apapun , semoga berjaya di Minggu Bahasa Kebangsaan Julai ini ya !

HATI YANG LUKA ..

Ya Rabbi Ya Karim .. Apakah perasaan yang menimpa diriku ini ?? Sejak kebelakangan ini aku kerapkali merasakan satu perasaan putus asa yang sangat hebat .. Seolah - olah separuh daripada nafasku yang terhela kian memberati tubuhku . Ya Allah , tidak ku berdaya lagi untuk menahan sakit dan peritnya hati ini . Tidak ku tertahan lagi untuk menahan air mata ini daripada terus mengalir . Tidak ku mampu lagi menyimpan segala kedukaan yang selama ini bersarang dalam hati . Aku tak mampu Ya Allah !!!

Puas sudah aku cuba untuk melupakan kisah pahit semalam .. Puas sudah aku cuba untuk menganggap segalanya hanya mimpi yang ngeri .. Puas sudah aku tersenyum mengusir duka !! Tapi bayangan lalu seakan - akan terlalu sukar untuk kuhapuskan daripada ingatan . Saban waktu , peristiwa itu menghantui hidupku . Salah aku kah ?? Adakah semuanya memang salahku semata - mata ??

Ya Allah , aku khuatir perasaan ini akan terus menumbuhkan benih kesedihan yang lebih parah . Sudah cukuplah derita lalu . Sudah cukuplah dosa yang ku lakukan dan sehingga kini aku masih belum mampu untuk memaafkan diriku sendiri atas dosa tersebut . Jika aku masih belum mampu untuk memaafkan diriku , bagaimana pula dengan-Mu Ya Allah ????

Bantulah aku Ya Allah . Bantulah hamba-Mu ini .. Aku tidak terlarat lagi untuk menangisi dunia ini . Dunia yang terlalu pahit buatku . Dunia yang penuh kekurangan !!

Aku ingin sekali menggapai kabahagiaan yang hakiki .. Aku ingin sekali meraih senyuman yang tiada putus henti .. Sungguh , aku ingin sekali mengubati luka di hati ini yang kian berdarah saban waktu . Dengan nama-Mu Ya Allah , bantulah aku ..

May 1, 2011

Ukhwah Fillah Abadan Abada (:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

   Bertemu kita sekali lagi dalam gelanggang SEKADAR SECEBIS TINTA yang tidak seberapa . Tiada apa yang ingin dilakar , diri ini hanya sekadar mahu mencoretkan sesuatu buat renungan hari ini . Setelah berminggu - minggu tidak menjejakkan kaki ke rumahku syurgaku , diri ini begitu teruja untuk bertemu keluarga serta meluaskan aksara yang selama ini terpuruk dalam minda (: Alhamdulillah , ujian selaras yang telah berlalu sedikit - sebanyak meringankan sedikit muatan di kepala ini . Peluang untuk berkarya dan berbahasa telah tiba !

   Hmmm , baru - baru ini aku telah menggali semula kenangan - kenangan lama dan hati ini sedikit tercuit apabila terkenangkan beberapa orang teman serta sahabat yang telah banyak mewarnai hidup ini sepanjang hampir sedekad lebih kehidupanku . Terkenang kembali saat - saat kegemilangan ribena yang telah aku kongsi bersama mereka . SAHABAT SEJATI SENTIASA DI HATI ! Sehingga kini aku masih mengingati moto Ali Cafe yang membuatkan aku tergelak - gelak apabila mengingati suara seorang sahabat yang mengajuk gaya Rosyam Nor . Sebiji !!

  Namun begitu aku bukan hendak bercerita tentang kenangan - kenangan lalu bersama sahabat - sahabat yang ternyata jika dicoret hampir memenuhkan sehelai kertas mahjung ...

  Sekiranya mungkin , puisi yang telah lama aku coret buat seorang sahabat tersayang mungkin mampu mengembalikan nostalgia terhadap seseorang yang telah banyak mendorong kita untuk terus bangun dan melangkah laju . Aku pasti setiap antara kita pasti pernah menemui seorang sahabat yang baik . Jika belum , usah khuatir ! Masanya pasti tiba , kerana tidak lengkap iman seseorang muslim itu seandainya dia tidak menyayangi saudaranya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri .. (:

   Untukmu srikandi , bingkisan khas buat sahabat tersayang ...

Dari Aku, Untuk Kamu...

Ku bingkiskan segugus mawar buatmu
Yang ku cantas dari taman hatiku nan gersang
Ku persembahkan seuntai nukilan lagu rindu buatmu
Menjadi peneman yang mengulir mimpiku, saat perpisahan kita
Ku selitkan jua sekeping hatiku buatmu
Yang ku kira mampu menjadi penggantiku
Walau ku tahu, apalah indahnya hati ini untuk terus bertamu di hatimu...

Aku cuba untuk melakar segenap memori bersamamu
Yang mengiringi setiap perjalananku menuju ke gerbang Ilahi
Seandainya mampu, akan ku simpulkannya
Agar merantai  jasadku saban waktu
Menjadi lembayung kala aku bersendirian menongkah hidup
Entahkan berseri lagikah kejora diriku
Setelah dipalit calar derita yang menyinggah
Entahkan bercahaya lagikah segenap hatiku
Lantaran dititik bait-bait dosa semalam
Yang menjadikan aku seorang insan yang mengharapkanmu
Mengharap setinta kata darimu, yang ku kira mampu menambak kekuatanku...

Akhir kini tibalah jua penamatnya
Mungkin bukan kesudahan, sebaliknya satu permulaan
Permulaan buat seorang insan lemah ini menyunggah hidupnya
Dan melabuhkan tirai duka semalam
Lalu menyingkap tabir hari esok, dengan izin-Nya
Bersama secebis kenangan lalu, aku bingkas berdiri
Dan berharap agar garis-garis luka lenyap dimamah waktu
Walau ku tahu untuk menghilangkannya, bagai membelah segenap penjuru hidupku...

Babak terakhir saat waktu menggamit kita begitu mengesankanku
Masih ku lihat garis senyuman penuh pesona di matamu
Masih ku dengar bait kata yang kau titipkan buatku saban waktu
Moga, hilangmu hilang berganti buatku
Tetaplah dirimu selaku adiratna buat sekian hati yang merindui kasih utuh seorang sahabat...

Akan ku teruskan perjuangan ini semampuku
Dalam menegakkan semusim waktu kita terpinjam sementara di dunia ini
Dan semoga behtera layar ukhwah ini tetap mekar dalam hati kita
Bukan sedetik, bukan dua detik, bahkan untuk selama-lamanya...

“Kita berpisah bukan kerana benci, kita berpisah kerana kejayaan..”

   Semoga ikatan persahabatan antara kita akan sentiasa berkekalan serta mendapat rahmat - Nya !


Aku Yang Biasa .. (:

Aku dilahirkan sebagai seorang perempuan biasa, yang tinggal di rumah yang biasa-biasa ,dan hidup dalam keluarga yang juga biasa-biasa. Kehidupan aku pun biasa-biasa, dengan wajah serta personaliti yang biasa-biasa. Dan disebabkan kehidupan serba biasa inilah, aku sama sekali tidak pernah mengambil kisah dengan dunia luar di mana semua orang sibuk berlumba-lumba meneroka perkara-perkara baru dan menonjolkan siapa jaguh. Jaguh dimata sendiri? Ataupun jaguh yang membuatkan setiap mata-mata yang melihat dan telinga-telinga yang mendengar mengetahui apa yang telah ‘menjaguhkan’ diri mereka? Entahlah. Aku yang baru belajar untuk mengenal dunia ini masih belum dapat mencari jawapan-jawapan yang pasti. Jawapan kepada banyak persoalan yang timbul setelah aku membuka mata dan segala deria aku untuk mengenal apa sebenarnya erti kehidupan ,kehidupan yang telah aku jalani selama sedekad lebih ini.
Siapa di antara kita yang mahu kehidupan kita berlangsung dengan tidak mengetahui apa sebenarnya tujuan kita dianugerahkan kehidupan? Hmm, aku yakin tidak ada sesiapa yang ingin menjalani satu kehidupan pun di mana kita membiarkan saja semua perkara berlalu di hadapan mata, tanpa kita menggunakan walau satu daripada berjuta-juta, atau berbilion-bilion neuron dalam otak kita untuk mengambil kisah dan mengetahui MENGAPA perkara tersebut terjadi, atau APA yang boleh kita pelajari daripada segala macam perkara yang mendatang dalam hidup kita. Pernahkah kita terfikir? Bahawa setiap yang terjadi itu pasti ada tujuan serta sebab yang membuatkan perkara tersebut singgah pada diri atau kehidupan kita. Atau ada di antara kita yang tidak pernah terfikir begitu??
[ ‘_’ ]?
Jika aku tidak keterlaluan, biarlah aku berkongsi sedikit sebanyak perkara yang terilham daripada pemerhatian aku sepanjang episod meneroka warna-warni kehidupan disekelilingku. Apa yang aku coretkan, itulah apa yang aku rasakan. Aku tidaklah berbakat dalam berhujah (pernah memasuki pertandingan bahas namun kalah, dan kini allergi untuk menyertainya lagi!). Dan aku juga bukanlah sentiasa dapat mencoretkan sesuata yang mampu menjentik sedikit kesedaran buat insan lain (walau aku sebenarnya memang berharap perkara tersebut berlaku). Aku hanya mahu mengutarakan pendapatku, dan berharap agar pendapat ini dapat diguna pakai sekiranya diterima dan dibetulkan sekiranya salah. Semoga pemikiran aku yang biasa-biasa ini mampu memberikan kepuasan buat aku dan mereka yang sudi berkongsi segala rasa, segala idea, serta segala yang berkaitan dengannya.
[^u~]/ Dari aku yang biasa;)