Jun 10, 2011

Kerana Itu !

Assalamualaikum w.b.t pembuka bicara .

Lusa aku akan kembali ke asrama tercinta ..  Dan aku khuatir untuk kembali ke sana . Risau memikirkan keputusan peperiksaan yang bakal diperoleh . Aku telah berusaha sedaya upaya dan kini aku hanya mampu untuk bertawakal sahaja ..

Sejak kebelakangan ini aku kerap bermimpi tentang perkara yang telah berlalu dalam hidupku . Perkara-perkara yang telah lama aku tinggalkan . Dan perkara-perkara tersebut telah banyak meninggalkan pahit manis dalam kehidupanku .

Kadangkala aku tidak dapat mengawal kesedihan kerana mengenangkan kegagalan aku untuk membuat satu keputusan sehingga merosakkan kehidupanku sendiri ..

Ah , perkara yang telah berlalu tidak guna untuk dikenangkan lagi . Sepatutnya aku memikirkan tentang kehidupan yang perlu untuk aku terus jalani selagi nyawa masih dalam kandungan badan ..

Terlalu banyak perkara yang tersimpan di dalam hati dan aku sendiri sudah tidak termampu untuk meluahkannya . Mungkin kerana aku sudah terlalu letih untuk memikirkan kesudahan masalah yang aku sendiri tidak pasti .

Selamat tinggal kehidupan silam !! Jangan pernah kembali lagi untuk mengalirkan air mataku ..
Selamat datang kehidupan kini !! Jangan pernah mengintai sebelum tiba waktunya untuk mengundang resahku ..





Jun 9, 2011

Kesalahan Yang Tidak Terbayar ..

Assalamualaikum w.b.t .. Izinkan aku untuk mencoretkan sesuatu yang memberati hati ini sejak sekian lama ..

Walaupun dua tahun telah berlalu , peristiwa itu tetap berbekas dalam hatiku .. Sebagai tanda bahawa aku pernah merasai pedihnya terluka kerana melakukan satu kesalahan yang sehingga kini membuatkan aku tidak mampu untuk memaafkan diri sendiri ..

Hinakah aku kerana pernah melakukan dosa ??? Ya , begitulah yang aku rasai kini !

Hatiku terasa sedih saat menanggung derita
Namun terkadang kesengsaraan bagiku ada hikmahnya
Begitu banyak hari yang diawali dengan kesusahan dan kesedihan
Namun berakhir dengan kesenangan dan kegembiraan
Aku tidak merasa berat dengan kesusahan yang menimpaku
Kerana aku yakin
Akan ada jalan keluar di balik kesusahan ..

Setiap orang tidak akan terlepas daripada melakukan dosa ..

Sebuah penyesalan tidak akan mampu memadamkan kesilapan semalam . Hanya alunan zikir taubat menjadi penawar hati . Sesungguhnya pengalaman semalam mengajarku erti kehidupan yang sebenarnya ..

Mukmin yang beriman tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama sebanyak dua kali !!




Jun 8, 2011

Syukran !!!

Assalamualaikum w.b.t . Terima kasih kepada para followers ku ! Anda semua membuatkan aku lebih bersemangat hendak melakar lebih banyak tinta pada blog yang tidak seberapa ini , insya Allah . Terima kasih . Thank you . Syukran . Dan semua bahasa dunia ini ! (:






Aku hanyalah manusia biasa yang banyak melakukan kesilapan dan perlu terus memperbaiki diri ..


Merindukanmu !

Assalamualaikum w.b.t . Hari ini aku hendak meluahkan sebuah kerinduan yang tidak mampu diluahkan kepada yang sudi membaca serta yang paling utama , ya , kamu Nur Qhuraisya Binti Annuar ..



Saya rindukan awak .. (TnT)

Cuti persekolahan ini membuatkan aku teringatkan kau . Tiada sesiapa yang menemani aku menyiapkan homework lewat malam dan berkongsi rasa dengan aku .

Tahukah kau bahawa aku gembira kerana mengenali kau ? Sebagaimana aku mengenali Mariam , Assyifa , Amanina dan Suhana , begitu juga aku gembira kerana mengenali kau . Kau istimewa , tahu ?

Aku bersyukur kepada Allah kerana mempertemukan aku dengan seorang sahabat yang begitu tinggi nilai keazamannya untuk merubah kehidupan menjadi lebih baik . Aku gembira kerana engkau sanggup melakukan apa sahaja untuk memperbaiki peganganmu . Aku gembira kerana engkau sanggup melepaskan kehidupan lalu yang jauh lebih indah , samata-mata untuk mengejar Tuhanmu ..

Syasya , pekakkanlah telingamu andai terdengar suara-suara jahat yang mencela perubahanmu ..
Syasya , teguhkanlah pendirianmu untuk bermuhajadah melawan bisikan duniawi ..
Syasya , ingatlah bahawa Allah akan sentiasa membimbingmu ..
Syasya , bersyukurlah atas segala dugaan yang menimpa , kerana itu tandanya Allah menyayangimu ..
Syasya , terima kasih kerana sudi untuk menjadi sahabatku yang baik ..

Terima kasih kerana sering berkongsi cerita denganku . Terima kasih kerana memilih aku untuk mendengar tangisanmu . Terima kasih kerana pernah membawakan nasi untukku ketika aku demam . Terima kasih kerana selalu meletakkan stick note di atas meja aku . Terima kasih kerana sering menemani aku makan megi . Terima kasih kerana membuatkan aku terasa diri ini benar-benar dihargai ..

Maafkan aku kerana aku bukan seorang sahabat yang sempurna untuk kau . Ilmuku masih kurang , agamaku masih belum kukuh , imanku masih terhuyung-hayang . Aku telah mencuba sedaya upaya untuk memperbaiki ilmuku , imanku serta amalku . Sebagaimana kau . Masih banyak yang perlu kita pelajari . Maaf andai ada persoalan yang kau utarakan kepadaku , masih belum dapat untuk aku jawab sepenuhnya ..

Syasya , walaupun kita tidak selalu bersama , kita tetap bersahabat (:
* Aku malu untuk mengucapkan perkara ini kepada kau . Jadi jika kau membaca blog ini , buat-buat tidak tahu ya !

Jun 6, 2011

Jalan Dakwah Yang Pahit ..

Assalamualaikum w.b.t . Malam kian melabuhkan sepinya namun tiba-tiba hati ini terpanggil untuk menulis sesuatu . Aku terfikir , salahkah jika seseorang itu menasihati orang lain ?

Pelik bukan soalan ini ??

Namun itulah yang ingin aku kongsi bersama buat yang sudi membaca . Seringkali kita terpanggil untuk membetulkan kesilapan orang lain yang kita lihat perlu untuk diperbetulkan . Ya , tidak semua manusia sempurna untuk membetulkan kesalahan orang lain sedangkan diri sendiri tidak sempurna . Tetapi jika semua manusia berfikiran begitu , siapa yang akan bertanggungjawab untuk menasihati orang lain ??

Menasihati sesama sendiri ? Siapa ???

Tidak lain dan tidak bukan , KITA !! Hamba Allah merangkap khalifah-Nya yang dipertanggungjawabkan untuk menjalani kehidupan di muka bumi ini sebaik-baiknya . Jika bukan kita , siapa lagi ??

Izinkan aku untuk meluahkan sesuatu ...

Aku begitu gembira kerana mengenali seorang teman yang kukira agak istimewa . Nalurinya untuk membuat kabaikan cukup tinggi . Hatinya begitu cepat tersentuh walaupun dengan perkara yang agak remeh pada pandangan mata seseorang ( err , sama seperti aku ?? (: ) Dan aku gembira apabila dia telah menganggap aku sebagai salah seorang daripada sahabat baiknya .

Hari demi hari aku mengenalinya , aku melihat ada satu perkara yang perlu untuk diperbetulkan . Sebagai sahabatnya , aku berasa bertanggungjawab untuk menasihatinya walaupun aku sedar risiko yang akan aku hadapi . Pelbagai persoalan melanda fikiranku . Mahukah dia mendengar nasihatku ? Akan terlukakah hatinya apabila aku menyentuh hal ini ? Dan yang paling penting , layakkah aku untuk menasihatinya sedangkan diriku sendiri dipenuhi lumpur hina ???

Atas nasihat seorang teman , aku memberanikan diri untuk menegurnya ..

Dan tindak balasnya ? Alhamdulillah , dia  tidak berkecil hati apabila menerima nasihatku . Aku begitu gembira kerana aku tidak sanggup lagi untuk melihat dia terus bergelumang dengan dosa mencintai seorang lelaki yang masih belum halal buatnya .. Aku begitu ingin melihat dia terus bangkit daripada mengejar cinta seorang lelaki kerana sekiranya dia meninggalkan perkara itu, akan bersihlah hatinya untuk terus mengubah diri menuju yang Maha Satu .. Namun begitu ..

Betapa pilunya hatiku apabila menatap baris-baris kata menerusi mesej yang dihantarkan buatku .

" Terima kasih atas nasihat awak . Apa yang awak ucapkan merupakan satu impian yang tersemat di hati saya selama ini . Dan ingin sekali untak saya merealisasikan impian tersebut . Namun setiap kali saya mencuba , saya akan rebah . Saya tidak kuat . Biarlah saya anggap H merupakan amanah untuk saya pegang . Saya tidak akan sekali-kali membiarkan dia tersungkur lagi kerana cinta .. Biarlah saya bimbing dia untuk menjadi lebih baik kerana saya bertanggungjawab ke atasnya .. "

Ya Allah , sabarkanlah hatiku .. Hilangkanlah perasaan pilu dan kecewa ini ..

Ya Allah , berikanlah kekuatan kepadaku untuk terus menyedarkan dia tentang hakikat CINTA YANG SEBENARNYA .. Aku begitu menyayangi dia . Dan aku memahami hasratnya untuk menghijrahkan diri dan mencapai halawatul iman yang sebenarnya iaitu mencintai Allah melebihi cinta terhadap manusia ..

Hari demi hari juga aku melihat dia bertambah taat terhadap Allah . Namun sahabatku , lupakah engkau bahawa Allah tidak gemar sekiranya kebaikan dan kejahatan dicampur adukkan ? Dosa dan pahala disatukan ?

Aku memahami perasaan ikhlasmu untuk membimbing dia agar berubah menjadi lebih baik . Aku memahami niat sucimu untuk membangunkan semula dia menjadi Adam yang baik buat Hawanya . Aku memahami hati lembutmu itu ! Dan tidak semua orang mampu untuk berfikir begitu , sebagaimana dirimu ..

Sahabatku , benar bahawa kita perlu saling menegur dan menasihati . Benar bahawa kita perlu menyelamatkan iman saudara se-Islam daripada terus tersungkur . Namun Allah telah menetapkan batasnya , iaitu perempuan dan lelaki yang bukan mahram dilarang untuk bergaul mesra . Apatah lagi bercinta . Benar , kau hanya ingin mengubah dia menjadi muslim sejati . Namun itu tidak bermakna bahawa kau perlu menjalinkan hubungan cinta dengannya ..

Sekiranya benar kau mencintainya , berdoalah kepada Allah ! Berdoalah semoga pintu hatinya terbuka untuk menerima nur Ilahi . Berdoalah semoga dia menjadi Adam yang layak buatmu apabila tiba masanya !

Kuatkanlah hatimu untuk meninggalkannya .. Kuatkanlah hatimu untuk melawan bisikan syaitan yang hanya akan membawamu ke jalan hitam yang getir .. Kuatkanlah hatimu untuk meninggalkan cinta semu yang hanya bersifat sementara itu .. Kuatkanlah hatimu untuk melupakannya jika dia bukan tercipta untukmu ..

Kuatkanlah hatimu !!

Sebagai sahabat , aku sayang kepadamu . Aku tahu kau mampu untuk menempuh dugaan ini . Walaupun kadangkala hatiku berasa tewas dengan keenggananmu untuk terus meninggalkannya , aku pujuk hati ini . Aku pujuk agar tidak terus mengalah .. Kerana aku tahu inilah yang perlu aku lalui untuk membuktikan bahawa aku sudi untuk menjadi sahabatmu di dunia , akhirat dan syurga firdausi .. InsyaAllah andai aku layak menghuni ..

Andainya pintu hatimu masih tidak mahu , aku akur dan ingin aku tegaskan di sini bahawa aku akan sentiasa mencuba untuk mendorongmu agar bangkit semula .. Menjadi srikandi yang mekar mengharumkan nama Islam ..

Tidak akan sekali-kali aku mengalah dalam jalan dakwah ini ..



Jun 5, 2011

Aku Tak Sempurna

Ada seorang hamba Allah yang mengatakan aku ini BAIK . Aku baik ??

Sebenarnya istilah baik itu terlalu jauh menyimpang daripada hakikat diriku yang sebenarnya ...

Maaf kepada sahabat itu , aku tidaklah baik sebagaimana yang kau sangkakan .. Terlalu banyak perkara tentang diri ini yang masih kau tidak tahu . Dan hanya segelintir sahaja daripada insan-insan yang mengenaliku , yang mengenali diri ini sebenar-benarnya . Namun kebanyakan daripada mereka telah jauh daripadaku , terpisah oleh masa dan jarak yang memilukan .

Seandainya engkau perhatikan sejenak keadaanku dan keadaanmu
Dengan pandangan yang tidak dipengaruhi oleh emosi
Tentulah kita akan jumpai setiap hari
Kesengsaraan yang kualami dalam hidupkau
Setimpal perhitungannya dengan kesenangan yang ku dapatkan darimu
Sebagaimana ungkapan lain yang menyebutkan
Bahawa ucapan dibalas dengan ucapan ..

Engkau menginginkan teman yang sempurna tanpa kelemahan
Maka adakah kayu gaharu
Yang menebarkan keharuman bila tanpa asap ?

Manusia dan dunia ini pasti mempunyai kekurangan
Yang tak sedap dipandang mata
Atau kelemahan yang mencemari kemulusannya
Tidaklah adil jika engkau menginginkan
Teman yang bersih di dunia ini
Sedang diri engkau sendiri tidak bersih ..

Hubungan kita sepanjang masa tetap bestari
Adapun perpisahan antara kita
Hanyalah seperti hujan di musim semi
Curahnya yang deras menakutkanmu
Tetapi engkau akan segera melihat kelemahannya
Kerana ia cepat beranjak ..

Semoga Allah menghindarkan kita
Dari kebencian saat bersua
Selain hanyalah kemesraan dari orang yang menyayangi
Kepada orang yang menyayanginya ..

Terlalu banyak kelemahan dan kekurangan diri ini yang membuatkan aku malu untuk mengimbas kembali masa silam yang penuh noda dan dosa .

Maaf kepada insan yang pernah aku lukai , walaupun aku tahu sekadar maaf tidak akan mampu menguburkan luka semalam ..

Maaf kepada insan yang pernah aku khianati kepercayaannya , walaupun aku tahu sekadar kembali berjanji tidak kan mampu mengembalikan kepercayaan yang musnah hilang ..

Maaf kepada insan yang terlalu setia menjadi sahabat , kerana aku sedar menjadi seorang sahabat yang baik kepadaku tidak sesukar menasihatiku ..

Maaf kepada insan yang mengaharapkan bimbinganku , kerana aku sedar diriku yang hina ini tidak mampu untuk mengembalikan semangatmu yang kerap hilang ..

Maafkan aku , atas segala kekhilafan yang melanda ..
Sesungguhnya penyesalan tidak akan  mampu untuk membayar segala-galanya ...
Segala kerosakan yang telah aku mulakan ..

Maafkan aku kerana tidak berpeluang untuk menjadi seorang insan yang berguna . Ampuni dosaku Ya Rabbi kerana tidak menjalankan tanggungjawabku sebagai khalifah-Mu di bumi-Mu dengan penuh amanah ...

Berikanlah aku kesempatan untuk menebus kembali sisa-sisa hidup yang tinggal dengan amal makruf nahi mungkar ...



Jun 4, 2011

Biar Apa Pun Yang Melanda ..

PERUBAHAN .

Satu titik tolak yang besar dalam hidup seseorang . Ya , semua orang pasti ingin berubah untuk menjadi lebih baik . Namun , cukupkah sekadar berubah dengan 'kata-kata' ? Sesuatu perubahan itu tidak bermakna andai tiada usaha yang dilakukan bagi merealisasikan hasrat besar itu . Tidak perlu terburu-buru , kerana perubahan itu akan mendominasi diri perlahan-lahan , menerusi detik demi detik yang berlalu .

Mengapa perlu berubah ???

Bergantung kepada niat setiap individu . Ada segelintir manusia yang berubah kerana CINTA . Ada yang berubah kerana DICABAR . Ada yang berubah kerana UJIAN dan DUGAAN . Ada pula yang berubah kerana PENGARUH . Namun seandainya seseorang itu berubah kerana ALLAH , itu merupakan sebaik-baik perubahan ... Bersyukurlah kerana Allah telah memberi ruang dalam hati kita untuk menerima nur dan hidayah-Nya , yang mungkin tidak berpeluang untuk dinikmati oleh orang lain di sekeliling kita ..

Bersyukurlah kepada Allah ..
Sebutlah nama-Nya ..
Beramallah dengan suruhan-Nya ..
Jauhilah larangan-Nya ..
Cintailah Rasul-Nya ..
Hiduplah dengan nama-Nya ..

Buat seorang teman yang sedang cuba untuk mencintai Allah melebihi cinta terhadap dunianya sendiri ...

" Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga , padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu ? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) " Al-Baqarah: 214

Bersabarlah atas dugaan yang menimpa perjalanan hidupmu .. Akan ada ganjaran yang lebih akbar menantimu di hujung sana ..

" Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung . Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar dari) Allah , mereka tidak mendapat bencana apa-apa , mereka mengikuti keredaan Allah . Dan Allah mempunyai kurnia yang besar " Ali-Imran: 173-174

Yakinlah dengan janji Allah .. Jangan mudah berputus asa atas kata nista yang dilemparkan orang kepadamu ..

" Dan aku serahkan semua urusanku kepada Allah .." Al-Mukmin: 44

Bertawakallah kepada Allah setelah engkau berusaha semampunya .. Dan

" Barangsiapa yang melakukan ibadah hanya untuk meraih keredaan Allah , sedang dia adalah orang yang berbuat kebaikan (beriman), maka sesungguhnya dia benar-benar telah berpegang pada ikatan yang kuat (la ilaha illallah) " Al-Luqman: 22

Nur Qhuraisya Binti Annuar , Allah sentiasa bersamamu . Insya Allah , aku juga begitu ..




Jun 2, 2011

Cara Efektif Meninggalkan Dosa


Satu permasalahan yang bersangkutan dengan dosa adalah meninggalkannya. Ya. Ramai yang berhadapan dengan masalah ini. Apakah cara yang terbaik, dan paling berkesan dalam meninggalkan dosa? Mungkin itu satu soalan yang mana jawapannya dinantikan mungkin oleh jutaan manusia yang berhajatkan keredhaan Allah SWT.

Sememangnya, kegusaran terhadap dosa, menandakan keimanan masih lagi punya cahaya.

Maka, dari selaput dosa yang melekit lekat pada jiwa kita, bagaimana hendak keluar daripadanya?

Di sini ada buah idea, untuk sama-sama kita renungkan dan perhatikannya.

Kesilapan utama dalam meninggalkan dosa.

Ramai manusia, apabila berhajat hendak meninggalkan dosa, mereka hanya melihat MENINGGALKAN DOSA semata-mata. Pada saya , ini adalah kesilapan yang fatal dalam meninggalkan dosa.

Maka yang tersemat di dalam kepala, adalah perkara-perkara seperti ‘berhenti, tinggal, jauh,’ dan sewaktu dengannya. Mereka akan perhatikan betapa sukarnya meninggalkan dosa apabila terus disuruh tinggal. Akhirnya, mungkin dapat tinggal beberapa hari, kemudian buat kembali. Ramai yang gagal dalam mendaki ‘gunung ke syurga’, ramainya jatuh kembali.

Jadi bagaimana?

Kebaikan itu, memadamkan keburukan.

Allah SWT berfirman:

“ Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan-kejahatan.” Surah Hud ayat 114.

Silap bagi mereka yang memandang ayat ini dengan maksud berikut: “Buat dosa tak mengapa, asalkan buat baik banyak. Sebab kebaikan-kebaikan kita menghapuskan dosa-dosa kita.”

Salah dan salah.

Ayat ini hakikatnya adalah untuk yang hendak MENINGGALKAN dosa. Bukan alasan untuk yang hendak MEMBUAT LEBIH BANYAK dosa.

Maka jawapan kepada permasalahan di atas, yakni hendak meninggalkan dosa, terkandung di dalam ayat ini. Yakni, buatlah kebaikan. Sesungguhnya kebaikan-kebaikan itu akan memadamkan perasaan ingin melakukan kemungkaran. Hal ini kerana, sifir kehidupan ini mudah, kebaikan dan kejahatan tidak akan dapat bersatu di dalam satu waktu.

Maka kita perhatikan ayat Al-Quran tadi secara penuh:

“Dan dirikanlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.“ Surah Hud ayat 114.

Dan dirikanlah solat. Solat adalah paksi kepada segala kebaikan. Ia adalah tiang agama. Kemudian lihatlah isyarat Allah mengarahkan kita menambah dengan perkara-perkara sunat di dalam firmanNya: dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Kemudian barulah Allah menyebut: Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan-kejahatan.

Maka, resepi utama dalam hendak menguatkan langkahan kita dalam meninggalkan kejahatan dan dosa adalah dengan melakukan kebaikan!
Balang kehidupan. Pengisiannya.
Semestinya, mengalihkan perhatian dari dosa yang kita lakukan adalah cara yang terbaik. Tetapi kita hendak alihkan perhatian kita kepada apa? Di sinilah perlunya kita memahami akan keperluan mengisi kehidupan dengan kebaikan-kebaikan.

Jangan bohong dengan saya dengan menyatakan: “Aku dah buat banyak benda baik, tapi still ada masa gak nak buat benda jahat ni.”

Bohong dan bohong. Hakikatnya, Allah menciptakan benda baik itu banyak dan melebihi 24 jam sehari jika hendak melaksanakan semua. Hatta ada manusia itu, terpaksa mengorbankan waktu tidurnya kerana hendak melakukan lebih banyak kebaikan.

Maka di manakah waktu melakukan dosa?

Tambahan, sekiranya kita banyak melakukan kebaikan, maka jiwa kita akan terisi, hati kita akan disirami siraman yang menghidupkan peribadi. Kehidupan akan bercahaya, kerana kita berhubungan dengan Ilahi. Kekuatan akan muncul di situ. Kekuatan yang tiada taranya.

Tidakkah anda melihat, hendakkan ketenangan jiwa, apakah yang perlu dilakukan terlebih dahulu?

“Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang.” Surah Ar-Ra’d ayat 28.

Bukankah disebut: “Bahawa dengan mengingati Allah…” Terlebih dahulu?

Alihkan perhatian, tambahkan kekuatan.
Sekiranya kita hidup 80 tahun, maka yang ada pada kita hanya 80 tahun. Dan apa yang boleh diisi di dalam 80 tahun adalah hanya 80 tahun. Maka di sini kita melihat satu limitasi. Hendaklah kita menganalogikan kehidupan kita ini ibarat cawan. Jika diisi air, ia akan penuh. Bila penuh, apakah kita akan dapat pula mengisi air yang lain? Tidak.

Begitulah konsepnya meninggalkan dosa. Dengan melakukan kebaikan, kita telah meng’isi’ kehidupan kita. Apakah semasa kita melakukan kebaikan, kita melakukan kejahatan yang hendak kita tinggalkan tadi? Semestinya tidak. Sebab waktu untuk melakukan kejahatan, telah kita isikan dengan melakukan kebaikan.

Maka lihatlah betapa indahnya Allah SWT menyatakan kerugian manusia di dalam Surah Al-’Asr, dan mengecualikan kerugian itu terhadap mereka yang telah berjaya mengisinya dengan baik.

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.“ Surah Al-’Asr ayat 1-3.

Tidakkah anda memerhatikan?

Penutup: Melangkah hari baru tanpa dosa. Susunlah kehidupanmu!
Allah Maha Penyayang. Walaupun anda dan saya berdosa, anda dan saya masih diizinkanNya hidup sampai ke hari ini. Walaupun anda berdosa, anda masih diizinkan membaca artikel saya ini dan membaca idea saya ini. Walaupun saya berdosa, saya masih diizinkan menulis artikel ini dan diberikan idea ini. Maka sekarang ini, bagaimanakah kita membalas kasih sayang Allah SWT?

Marilah kita melangkah hari baru dengan berusaha mati-matian mengisi kehidupan kita dengan kebaikan.

Di situlah waktunya kita meninggalkan kejahatan.

Hakikatnya, bergerak kepada Allah dengan bergerak mengingkariNya itu ibarat satu bergerak ke utara dan satu lagi bergerak ke selatan. Selangkah kita kepada Allah, selangkah kita telah meninggalkan kejahatan. Selangkah kita ke arah kemungkaran, hakikatnya kita telah selangkah meninggalkan Allah SWT.

Tidakkah kita ini manusia yang memerhatikan?

Marilah kita isi kehidupan!

* Artikel ini diambil dan diolah sedikit menerusi seorang rakan . Yang baik dijadikan teladan , yang buruk dijadikan sempadan .

Jun 1, 2011

Rintihanku Pada-Mu

Suatu masa dulu…
Hamba Mu ini hanyut dalam arus kehidupan,
Begitu sibuk mengejar impian,
Dengan harapan mendapat penghormatan dan kemewahan,


Dunia yang fana ini menjadi matlamatku,

Cinta berteraskan nafsu menjadi buruanku,
Perihal akhiratku tiada ku endahkan,
Perintah dan larangan Mu tidak ku hiraukan,
Azab dan seksaan Mu tidak ku risaukan,
Syurga dan neraka tidak ku fikirkan…

Sehinggalah pada suatu hari…
Engkau menguji ku dengan kegagalan,
Yang memusnahkan segala harapan,
Menjadikan hamba Mu ini bergelut dengan kesedihan…


Ya Rahman…

Di saat itu sangat sukar bagi ku menerima kenyataan,
Ku bertanya di mana kesilapan dan kesalahan,
Hingga ku persoalkan apa yang telah Engkau takdirkan,
Ku menjerit di mana keadilan dan belas kasihan Mu oh Tuhan!


Dan kini...

Barulah ku sedari,
Pada kegagalan yang ku anggap suatu ketidakadilan itu,
Terselit nikmat kasih sayang Mu ya Rahim,
Kerana melalui kegagalan itulah aku mula mengenali Mu,
Disebabkan kegagalan itulah aku menyedari bahawa
Dunia tidak patut dijadikan matlamat,
Cinta berlandaskan nafsu tidak patut dijadikan buruan,
Lantas aku berpaling darinya dan berlari ke arah cinta Mu,
Hanya keredhaan Mu sahajalah yang ingin ku raih kini...


Ya 'Azim...

Inginku luahkan kesyukuranku kepada Mu,
Kerana di antara berjuta manusia,
Engkau telah sudi memilih diriku yang hina dina ini,
untuk menerima taufiq dan hidayah dari Mu
dan menghijrahkan diriku dari alam jahiliyah
ke alam uluhiyyah dan ubudiyyah...


Ya Allah...
 
Aku amat berterima kasih kepada Mu
Kerana Engkau tidak pernah membiarkan diriku terus tersesat
Dalam kehidupan yang serba sementara ini,
Meskipun ketika itu aku sering terlalai dari mengingati Mu...


Memang tidak dapat dinafikan lagi, 
Bahawa sesunggungnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…


Ya 'Aziz…

Izinkanlah aku untuk terus berada di dalam jalan Mu ini
untuk selama-lamanya,
Janganlah Engkau kembalikan aku ke lorong gelap
yang membawa kepada kesesatan,
Ampunkanlah kejahilan dan kelalaianku selama ini,
Pimpin dan bimbinglah hamba Mu yang lemah ini ke arah cinta Mu,


Ku mohon agar Engkau teguhkanlah tugu keimanan ku,
Benarkanlah aku untuk merasai halawatul iman,
Anugerahkanlah kepada ku kekuatan dan kesabaran,
Pekakkanlah telinga ku dari sebarang sindiran dan ejekan,
Kebalkanlah jasadku dari segala kesakitan,
Dalam menjalankan amanah yang Engkau pikulkan di bahu ku…


Ya Khaliq...

Jadikanlah setiap hembusan nafasku,
Setiap kelipan mataku,
Setiap degupan jantungku,
Setiap helaian rambutku,
Setiap bait perkataanku,
Setiap hayunan tanganku,
Setiap langkah kakiku
Dan setiap titisan darahku,
Hanyalah untuk Mu…


Sebelum tiba ajalku,

Ingin ku merayu kepada Mu,
Bukakanlah pintu hati insan di sekelilingku,
untuk mengampuni dosa-dosaku terhadap diri mereka,
Lancarkanlah lidahku untuk menjawab soalan malaikat utusanMu,
Luaskanlah dan terangilah tempat pembaringanku,
Meriahkanlah pusaraku dengan ayat-ayat suci Mu,
Permudahkanlah perjalanan ku di alam seterusnya...


Curahkanlah redha Mu terhadapku sepanjang hayatku
Dan izinkanlah aku untuk mengadapmu Di dalam Jannah yang serba indah...


Dan esok, Andainya aku tidak bernafas lagi,
Sampaikanlah ucapan selamat tinggalku kepada insan yang ku sayangi,
Bimbinglah mereka sepertimana Engkau telah sudi membimbing diri ini,
Agar dapat ku bertemu dengan mereka lagi,
Di pertemuan yang hakiki,
Di dalam syurga yang kekal abadi..
.




Wondering .. ???

Sajak ini direka khas sewaktu aku membayangkan hari terakhir persekolahan . Berakhirnya zaman remaja yang bergelak ketawa riang-ria dalam uniform sekolah ....








2011 and +++ ..  by Aqila Syahiena

I wonder
Is the last glittering stars on the sky we shared together
Could be the last prettiest shine it emmits
When it smiles back
So do you
And looking warmly towards this life camp
So many piercing ice cold heartless eyes melted
Turning off the orange-black flame
Yet I thought could it burn again
At least one more single time
Just to memorize the whole beginning
Of tales created

I wish you were here
So I could stared at the same blue sky
With the same moon
And the same lovable-shining stars
With you by my side
I wish you were here

No more neither gaps nor tearing apart
So that I couldn’t feel so alone like before
Alone with you at my sight
Love and hate circumtances my whole tears

I’ll got my wings and flying freely to all the world’s dimension
And my legs tighten up with all the past
Giggling and tears

I bet I’ll be sure for one thing
I promise I’ll never forget you
Which I couldn’t do...

Selepas dua tahun ... Mampukah segala kenangan itu terpadam ?? Kawan-kawan yang satu kroni . Homework yang bertimbun . Kehidupan berasrama mengajar aku erti sebenar kehidupan , kesetiaan , ketabahan dan kelukaan .
Really going to miss them .



Segala kenangan yang tercipta takkan mungkin terlupa (:


Bingkisan Buat Sahabat Tersayang (:




SO FAR AWAY - AVENGED SEVENFOLD

Never feared for anything
Never shamed but never free
A life that healed a broken heart with all that it could

Lived a life so endlessly
Saw beyond what others see
I tried to heal your broken heart with all that I could

Will you stay ?
Will you stay away forever ?

How do I live without the ones I love ?
Time still turns the pages of the book its burned
Place and time always on my mind
I have so much to say but you’re so far away

Plans of what our futures hold
Foolish lies of growing old
It seems we’re so invincible
The truth is so cold

A final song, a last request
A perfect chapter laid to rest
Now and then I try to find a place in my mind

Where you can stay
You can stay awake forever

How do I live without the ones I love ?
Time still turns the pages of the book its burned
Place and time always on my mind
I have so much to say but you’re so far away

Sleep tight, I'm not afraid
The ones that we love are here with me
Lay away a place for me
Cause as soon as I'm done I'll be on my way
To live eternally

How do I live without the ones I love ?
Time still turns the pages of the book its burned
Place and time always on my mind
And the light you left remains but it's so hard to stay
When I have so much to say and you’re so far away

I love you
You were ready
The pain is strong enough despite
But I'll see you
When He lets me
Your pain is gone, your hands are tied

So far away
And I need you to know
So far away
And I need you to
Need you to know

Lagu ini bukanlah 100% sesuai ditujukan buat kau (: Cuma ada sebahagian liriknya yang membuatkan aku teringatkan kau dan semua kenangan yang telah terjalin antara kita . Terima kasih kerana telah menjadi sahabat aku yang paling baik . Aku bukanlah seorang sahabat yang pandai untuk mengungkapkan apa yang aku rasa kerana kini aku lebih banyak menyimpan daripada meluahkan . Satu sahaja , aku ingin kau tahu bahawa aku sentiasa mengingati janji yang telah kita buat bersama . Janji yang sentiasa aku pegang hingga saat ini . Kau yang teristimewa .

Ya rabbi , jiwangnya aku !!!! Haha , maaf . Sahabat setiap masa (:
p/s : aku tahu kau malu kerana aku meletakkan gambar kau di sini . heheee

Tak lupa juga buat sahabat-sahabat aku yang lain ! STAR dan MRSM PASIR SALAK .


Siti Mariam Binti Abdul Halim ! You're my best companion when I'm losing my laugh (:




Nurul Assyifa Binti Ahmad Sabri ! I've learnt a lot from your patience and courageous words (:


Nur Amanina Binti Amir Abdul Halim ! You're my drew when I need some snow (:


Nur Qhuraisya Binti Annuar ! Your determination motivated me (:


Siti Nirmala Binti Mohamad Ishak ! Your name still in my heart and I miss you (:


My other friends ! Takku terlarat nak tuliskan semuanya . Tapi cukuplah untuk aku nyatakan di sini bahawa aku sayangkan anda semua walaupun dari kejauhan (:

* ana , raihan , zahra , nabila , maman , wahidah , syeranis , farahin , nonoi , faliha , haziqah , masyi , eja , dayah , umi dan lain-lain !









Nurul Shahira Binti Baddeli ! Thanks for being my greatest ears and friend (:


Nuruljanah Hassan , Nabilah Zainal , Wan Najmah , Siti Jamaliah , Rozemyra Rahmat , Nurasyilah Umar , Izzatul Shabrina , Husna Syafiqah , Intan Elisa , Nurfatin Nasyrah , Najat Nadhirah , Jannahtul Ainah , Farahnatasya Amira dan lain-lain . ILOVEYOUALL ):





Dah jadi macam album gambar pula blog ini ! Maaf (^u^)/
S.A.H.A.B.A.T sejati sukar dicari , lebih sukar ditinggalkan dan mustahil dilupakan ...




La Tahzan ..

Assalamualaikum w.b.t . Ketika ini aku sedang bersedih kerana mengingati sebuah peristiwa yang pernah meninggalkan kesan hitam dalam hidupku . Tapi apabila aku renungkan kembali , semua itu hanya akan mematangkan pemikiran kita kan ?? Lantas aku teringat kembali beberapa patah ayat yang aku terbaca menerusi buku La Tahzan karya Abdullah Aidh Al-Qarni .


"Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai , tenggelamlah seperti mataharimu . Aku tak akan pernah menangisi pemergianmu , dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu . Kamu telah meninggalkn kami semua pergi dan tidak akan kembali lagi ! "


"Wahai masa hadapan , engkau masih dalam keghaiban ! Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan . Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada , kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu . Esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan mungkin tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan . "


Sedikit demi sedikit aku merasakan bahawa kesedihan yang melanda hatiku ini terpujuk . Lantas aku segera menyelongkar kembali coretan-coretan lama yang aku hasilkan sewaktu masa-masa lalu yang kelam itu melanda .


La tahzan, Aqila Binti Mohd Noor..
Jangan bersedih. Tidak salah bagimu untuk membuat kesilapan, tetapi yang salah adalah jika engkau tidak belajar daripada kesilapan. Jangan ulangi segala kesilapan yang sama, yang pernah engkau lakukan dulu. Sebaliknya, renungilah dengan hati yang bijaksana. Bersangka baiklah dengan apa yang telah Allah s.w.t tetapkan, kerana ia adalah salah satu penyejuk jiwamu kala rawan menyinggah. Perlu diingat, menerima ketentuan dan pertimbangan daripada Allah s.w.t adalah salah satu daripada rukun Iman. Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Redhalah! Sesungguhnya Allah tidak akan membebanimu dengan beban yang tidak tertanggung olehmu.


 'Jangan mudah terhalang, janji Allah pasti datang!'


 Realiti memang tidak seindah yang kau mahu, lantaran jalan yang harus disusuri penuh berliku. Segalanya perlukan kesabaran dan keteguhan yang jitu, kau harus hayati hakikat itu! Ingatlah peribadi pejuang sejati,


'Baginda tabah meniti hari, bermula dari seorang diri, menyampaikan dakwah sembunyi-sembunyi. Bukannya Baginda tidak berani, namun itu tertib wahyu, strategi Rabbi.. Ucapannya bukan dari nafsu melainkan wahyu suci, ucapannya hikmah dari kalbu bak embun pagi, disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri.. Dan bila mana ada perdebatan, dirungkaikan dengan hati-hati.. Bila mana Baginda dizalimi, Baginda melontarkan dengan doa kasih nan sejati..'


Oleh itu berbaik sangkalah kamu tika hati dirundung walang , agar jiwamu tenang. Usah kau jadikan segala onak duri yang melintang itu sebagai batu penghalang, sebaliknya jadikanlah ia sebagai batu loncatan bagimu untuk mencapai kejayaan yang lebih akbar.. Tika rafikmu gundah mendamba segaris cahaya, dekatlah dengan Allah Maha Penyayang. Sesungguhnya garapan cinta dari Allah s.w.t itu jauh lebih indah mawaddahnya! Malah mampu menjadi nur syifa' buatmu kala hati merintih sepi.. Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak pernah berkesudahan. Ingat, sekali kau terjatuh, jangan biarkan dirimu jatuh untuk selamanya..


'Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang engkau jadikan mudah, dan perkara yang susah boleh engkau jadikan mudah, apabila engkau mengkehendakinya.'


Kau punya kekuatan untuk bangkit semula, dan mara berlari kencang mencipta taufan. Berjuanglah engkau tanpa mengenal penat dan jemu. Biarlah hidup kita derita dengan usaha, kerana kelak kita akan dimulia.. Jika tidak di dunia, nun di syurga sana..

30 Dis 2009



Aku hanya perlu terus tersenyum kan ?? Kerana hanya senyuman sahaja yang mampu untuk melakar minda yang positif agar aku tidak terus berfikiran negetif . Hidup ini memerlukan ketabahan dan kecekalan hati yang tinggi , dalam meraih bahagianya syurga firdausi ..



Aku boleh !! Tiada yang mustahil melainkan dengan izin-Nya ... (: