Jun 5, 2011

Aku Tak Sempurna

Ada seorang hamba Allah yang mengatakan aku ini BAIK . Aku baik ??

Sebenarnya istilah baik itu terlalu jauh menyimpang daripada hakikat diriku yang sebenarnya ...

Maaf kepada sahabat itu , aku tidaklah baik sebagaimana yang kau sangkakan .. Terlalu banyak perkara tentang diri ini yang masih kau tidak tahu . Dan hanya segelintir sahaja daripada insan-insan yang mengenaliku , yang mengenali diri ini sebenar-benarnya . Namun kebanyakan daripada mereka telah jauh daripadaku , terpisah oleh masa dan jarak yang memilukan .

Seandainya engkau perhatikan sejenak keadaanku dan keadaanmu
Dengan pandangan yang tidak dipengaruhi oleh emosi
Tentulah kita akan jumpai setiap hari
Kesengsaraan yang kualami dalam hidupkau
Setimpal perhitungannya dengan kesenangan yang ku dapatkan darimu
Sebagaimana ungkapan lain yang menyebutkan
Bahawa ucapan dibalas dengan ucapan ..

Engkau menginginkan teman yang sempurna tanpa kelemahan
Maka adakah kayu gaharu
Yang menebarkan keharuman bila tanpa asap ?

Manusia dan dunia ini pasti mempunyai kekurangan
Yang tak sedap dipandang mata
Atau kelemahan yang mencemari kemulusannya
Tidaklah adil jika engkau menginginkan
Teman yang bersih di dunia ini
Sedang diri engkau sendiri tidak bersih ..

Hubungan kita sepanjang masa tetap bestari
Adapun perpisahan antara kita
Hanyalah seperti hujan di musim semi
Curahnya yang deras menakutkanmu
Tetapi engkau akan segera melihat kelemahannya
Kerana ia cepat beranjak ..

Semoga Allah menghindarkan kita
Dari kebencian saat bersua
Selain hanyalah kemesraan dari orang yang menyayangi
Kepada orang yang menyayanginya ..

Terlalu banyak kelemahan dan kekurangan diri ini yang membuatkan aku malu untuk mengimbas kembali masa silam yang penuh noda dan dosa .

Maaf kepada insan yang pernah aku lukai , walaupun aku tahu sekadar maaf tidak akan mampu menguburkan luka semalam ..

Maaf kepada insan yang pernah aku khianati kepercayaannya , walaupun aku tahu sekadar kembali berjanji tidak kan mampu mengembalikan kepercayaan yang musnah hilang ..

Maaf kepada insan yang terlalu setia menjadi sahabat , kerana aku sedar menjadi seorang sahabat yang baik kepadaku tidak sesukar menasihatiku ..

Maaf kepada insan yang mengaharapkan bimbinganku , kerana aku sedar diriku yang hina ini tidak mampu untuk mengembalikan semangatmu yang kerap hilang ..

Maafkan aku , atas segala kekhilafan yang melanda ..
Sesungguhnya penyesalan tidak akan  mampu untuk membayar segala-galanya ...
Segala kerosakan yang telah aku mulakan ..

Maafkan aku kerana tidak berpeluang untuk menjadi seorang insan yang berguna . Ampuni dosaku Ya Rabbi kerana tidak menjalankan tanggungjawabku sebagai khalifah-Mu di bumi-Mu dengan penuh amanah ...

Berikanlah aku kesempatan untuk menebus kembali sisa-sisa hidup yang tinggal dengan amal makruf nahi mungkar ...



No comments: