Jun 6, 2011

Jalan Dakwah Yang Pahit ..

Assalamualaikum w.b.t . Malam kian melabuhkan sepinya namun tiba-tiba hati ini terpanggil untuk menulis sesuatu . Aku terfikir , salahkah jika seseorang itu menasihati orang lain ?

Pelik bukan soalan ini ??

Namun itulah yang ingin aku kongsi bersama buat yang sudi membaca . Seringkali kita terpanggil untuk membetulkan kesilapan orang lain yang kita lihat perlu untuk diperbetulkan . Ya , tidak semua manusia sempurna untuk membetulkan kesalahan orang lain sedangkan diri sendiri tidak sempurna . Tetapi jika semua manusia berfikiran begitu , siapa yang akan bertanggungjawab untuk menasihati orang lain ??

Menasihati sesama sendiri ? Siapa ???

Tidak lain dan tidak bukan , KITA !! Hamba Allah merangkap khalifah-Nya yang dipertanggungjawabkan untuk menjalani kehidupan di muka bumi ini sebaik-baiknya . Jika bukan kita , siapa lagi ??

Izinkan aku untuk meluahkan sesuatu ...

Aku begitu gembira kerana mengenali seorang teman yang kukira agak istimewa . Nalurinya untuk membuat kabaikan cukup tinggi . Hatinya begitu cepat tersentuh walaupun dengan perkara yang agak remeh pada pandangan mata seseorang ( err , sama seperti aku ?? (: ) Dan aku gembira apabila dia telah menganggap aku sebagai salah seorang daripada sahabat baiknya .

Hari demi hari aku mengenalinya , aku melihat ada satu perkara yang perlu untuk diperbetulkan . Sebagai sahabatnya , aku berasa bertanggungjawab untuk menasihatinya walaupun aku sedar risiko yang akan aku hadapi . Pelbagai persoalan melanda fikiranku . Mahukah dia mendengar nasihatku ? Akan terlukakah hatinya apabila aku menyentuh hal ini ? Dan yang paling penting , layakkah aku untuk menasihatinya sedangkan diriku sendiri dipenuhi lumpur hina ???

Atas nasihat seorang teman , aku memberanikan diri untuk menegurnya ..

Dan tindak balasnya ? Alhamdulillah , dia  tidak berkecil hati apabila menerima nasihatku . Aku begitu gembira kerana aku tidak sanggup lagi untuk melihat dia terus bergelumang dengan dosa mencintai seorang lelaki yang masih belum halal buatnya .. Aku begitu ingin melihat dia terus bangkit daripada mengejar cinta seorang lelaki kerana sekiranya dia meninggalkan perkara itu, akan bersihlah hatinya untuk terus mengubah diri menuju yang Maha Satu .. Namun begitu ..

Betapa pilunya hatiku apabila menatap baris-baris kata menerusi mesej yang dihantarkan buatku .

" Terima kasih atas nasihat awak . Apa yang awak ucapkan merupakan satu impian yang tersemat di hati saya selama ini . Dan ingin sekali untak saya merealisasikan impian tersebut . Namun setiap kali saya mencuba , saya akan rebah . Saya tidak kuat . Biarlah saya anggap H merupakan amanah untuk saya pegang . Saya tidak akan sekali-kali membiarkan dia tersungkur lagi kerana cinta .. Biarlah saya bimbing dia untuk menjadi lebih baik kerana saya bertanggungjawab ke atasnya .. "

Ya Allah , sabarkanlah hatiku .. Hilangkanlah perasaan pilu dan kecewa ini ..

Ya Allah , berikanlah kekuatan kepadaku untuk terus menyedarkan dia tentang hakikat CINTA YANG SEBENARNYA .. Aku begitu menyayangi dia . Dan aku memahami hasratnya untuk menghijrahkan diri dan mencapai halawatul iman yang sebenarnya iaitu mencintai Allah melebihi cinta terhadap manusia ..

Hari demi hari juga aku melihat dia bertambah taat terhadap Allah . Namun sahabatku , lupakah engkau bahawa Allah tidak gemar sekiranya kebaikan dan kejahatan dicampur adukkan ? Dosa dan pahala disatukan ?

Aku memahami perasaan ikhlasmu untuk membimbing dia agar berubah menjadi lebih baik . Aku memahami niat sucimu untuk membangunkan semula dia menjadi Adam yang baik buat Hawanya . Aku memahami hati lembutmu itu ! Dan tidak semua orang mampu untuk berfikir begitu , sebagaimana dirimu ..

Sahabatku , benar bahawa kita perlu saling menegur dan menasihati . Benar bahawa kita perlu menyelamatkan iman saudara se-Islam daripada terus tersungkur . Namun Allah telah menetapkan batasnya , iaitu perempuan dan lelaki yang bukan mahram dilarang untuk bergaul mesra . Apatah lagi bercinta . Benar , kau hanya ingin mengubah dia menjadi muslim sejati . Namun itu tidak bermakna bahawa kau perlu menjalinkan hubungan cinta dengannya ..

Sekiranya benar kau mencintainya , berdoalah kepada Allah ! Berdoalah semoga pintu hatinya terbuka untuk menerima nur Ilahi . Berdoalah semoga dia menjadi Adam yang layak buatmu apabila tiba masanya !

Kuatkanlah hatimu untuk meninggalkannya .. Kuatkanlah hatimu untuk melawan bisikan syaitan yang hanya akan membawamu ke jalan hitam yang getir .. Kuatkanlah hatimu untuk meninggalkan cinta semu yang hanya bersifat sementara itu .. Kuatkanlah hatimu untuk melupakannya jika dia bukan tercipta untukmu ..

Kuatkanlah hatimu !!

Sebagai sahabat , aku sayang kepadamu . Aku tahu kau mampu untuk menempuh dugaan ini . Walaupun kadangkala hatiku berasa tewas dengan keenggananmu untuk terus meninggalkannya , aku pujuk hati ini . Aku pujuk agar tidak terus mengalah .. Kerana aku tahu inilah yang perlu aku lalui untuk membuktikan bahawa aku sudi untuk menjadi sahabatmu di dunia , akhirat dan syurga firdausi .. InsyaAllah andai aku layak menghuni ..

Andainya pintu hatimu masih tidak mahu , aku akur dan ingin aku tegaskan di sini bahawa aku akan sentiasa mencuba untuk mendorongmu agar bangkit semula .. Menjadi srikandi yang mekar mengharumkan nama Islam ..

Tidak akan sekali-kali aku mengalah dalam jalan dakwah ini ..



No comments: