Jul 24, 2011

Hari Kelahiran Yang Terindah !

Assalamualaikum w.b.t diucapkan buat yang sudi membaca . Kesempatan yang ada digunakan untuk mencoret sesuatu yang kukira sangat berharga dalam kehidupan berasrama di MRSM Pasir Salak ..

22 Julai yang lalu genap sudah aku hidup di muka bumi ini selama 17 tahun .. Alhamdulillah , aku masih diberi kesempatan dan masa untuk meneruskan kehidupan sebelum nafas ditarik pergi .. Tahun ini hari lahirku jatuh pada minggu peperiksaan pra percubaan SPM ! Lebih menyedihkan , tahun ini merupakan tahun terakhir untuk aku menyambut hari lahir dikelilingi kawan-kawan yang sangat aku sayangi .

Tepat jam 12 malam , Wan Najmah menghantar pesanan kepadaku dan mengucapkan selamat hari lahir . Selang beberapa minit selepas itu , sahabat-sahabatku yang berada di STAR juga menghantar pesanan yang sama . Betapa terharunya hati kerana walaupun telah sekian lama tidak bertemu , mereka masih mengingatiku dan sudi pula untuk mengucapkan selamat hari lahir kepadaku . Pesanan yang diberikan juga sama , " Jangan lupakan kami " . Aduhai , tidak mungkin aku melupakan kalian semua ! Walaupun kini aku melata di bumi Pasir Salak yang permai , tidak mungkin segala kenangan lalu mampu terpadam daripada ingatanku .. Aku tetap menyayangi sahabat-sahabat lamaku walaupun telah sekian lama tidak bertemu !

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat di sini .. Mariam , Assyifa , Amanina , Zahra , Qhuraisya , Nirmala , Adawiyah , Syeraz dan ramai lagi kerana telah membuatkan aku berasa diingati dan disayangi ! Betapa aku sayangkan persahabatan ini .. Kerana mereka , kehidupan di sini menjadi lebih indah !

Kepada Nirmala , terima kasih kerana mengejutkanku dengan kek coklat ais krim yang sangat sedap itu .. Terima kasih kerana masih mengungati hari lahirku dan sudi pula membuat kejutan begitu ! Walaupun kau pernah menyakiti hatiku sebelum ini , aku tetap terharu kerana aku tidak pernah menyangka sampai begini sekali kau membuatkan aku gembira .. Ketika rombongan kek itu menerjah bilikku , tiada kata yang mampu terluah . Terkejut , kerana aku tidak merasakan diri ini layak untuk dirai sebegitu . Terima kasih sekali lagi sahabatku ..

Dan kepada seorang lagi hamba Allah , terima kasih kerana turut mengingati hari lahirku ..

Apa pun yang terjadi , akan kekal tersimpan dalam lipatan kenangan ..

No comments: