Jul 17, 2011

Minggu Bahasa MRSM Se-Malaysia 2011 !

Assalamualaikum w.b.t ! Sekian lama tidak berjumpa di gelanggang tinta ini .. Sudah sebulan lebih juga aku tidak menjejakkan kaki ke rumah ini . Kepulanganku ke rumah pada hari ini adalah kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan .. Insya Allah , kesembuhan tetap ada ..

Seminggu yang lalu , 7 hingga 11 Julai menyaksikan pemergian aku dan sembilan orang lagi warga Pasir Salak ke Maktab Rendah Sains MARA Alor Gajah , Melaka . Tujuan hanya satu , menyertai Minggu Bahasa Dan Debat MRSM Se-Malaysia 2011 yang aku sendiri tidak sangka untuk menyertainya !

Kisahnya bermula begini , aku bakal mengikuti kem di Rindu Alam Resort , Air Tawar yang bakal berlangsung pada tarikh yang sama bersama-sama rakan seangkatan Tingkatan Lima yang lain . Hanya empat orang yang tidak akan pergi mengikuti kem tersebut , iaitu Hanafi , Alif , Nazif , Nash dan Iqmal . Mereka telah menarik bendara putih awal-awal untuk melebarkan sayap ke Minggu Bahasa Dan Debat tersebut ( sebenarnya mereka gembira untuk ke sana ! ) Alif , Nazif , Nash dan Iqmal akan berentap di gelanggang debat manakala Hanafi akan mewakili maktab untuk pertandingan sajak . Ha , aku kagum dengan dia . Daripada kosong ilma tentang sajak , dia berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan hasil didikan mentor tak berdaftar , Nazif . Hehe , jangan marah ..

Malang tak terduga , dan mungkin kehendak Allah S.W.T , Alif disahkan menghidapi CHICKEN POX ... Aku yang mendengar berita tersebut turut terkejut kerana dia begitu bersemangat untuk berdebat . Dua hari sebelum bertolak ke Alor Gajah , tampil Nazif , Nash dan Iqmal membuat muka sepuluh sen di hadapanku meminta supaya aku turut serta bersama mereka . Arghh , ketika itu fikiranku telah kacau bilau .... Niat di hati ingin bersetuju dengan pelawaan mereka kerana ini peluang terakhir untuk aku mewakili maktab sebelum melangkah keluar daripada zaman persekolahan , namun niat terbantut apabila mengenagkan kem yang turut berlangsung pada waktu yang sama ...

Aku dilema memikirkan kedua-duanya . Aku meminta pendapat daripada Mariam , dia menyuruh aku mengikuti kem . Aku meminta pendapat Syasya , dia menyuruh aku mengikuti Minggu Bahasa .. Yang mana satu ??

Kem atau Minggu Bahasa ??

Kem tersebut bakal menjanjikan kenangan yang manis bersama-sama rakan-rakan .. Minggu Bahasa pula sebagai peluang terakhir untuk terus mendaulatkan bahasa , di samping satu sebab lain yang begitu konkrit menarik hati aku untuk memilihnya .. ( siapa tahu ? hehe )

Akhirnya setelah dipujuk-pujuk oleh cikgu dan rakan-rakan , aku memilih untuk pergi ke Minggu Bahasa ..

Namun dalam keseronokan ingin berangkat ke sana , satu lagi masalah baru muncul . Aku seorang sahaja perempuan yang bakal pergi ke sana bersama sekumpulan lelaki !!! Arghh , dugaan yang sangat hebat .. Mereka memaklumkan bahawa Aimi , Amina dan Izzah turut serta ke sana , namun mereka menyertai debate .. Debat dan Debate , dua perkara yang sangat kontra .....

Akhirnya , aku merelakan diriku untuk menghabiskan lima hari bersama-sama sekumpulan lelaki yang walaupun menjadi rakan sekelasku , namun tidak begitu rapat .. Atau istilah pasarnya , kamceng ! Huh , aku terbayangkan lima hari yang membosankan dan janggal tanpa kawan perempuan untuk dihabiskan masa bersama-sama .. Mungkin kerana aku tidak biasa untuk bergaul rapat dengan mereka , membuatkan aku kehilangan mood untuk ke sana . Namun , hati digagahkan jua untuk ke sana ..

Haha , aku sahaja yang berfikiran negetif ! Rupa-rupanya selama lima hari di sana , aku sangat gembira dan tidak menyesal walau sedikit pun kerana memilih untuk meninggalkan kem .. Aku tidaklah dilayan seperti puteri yang aku sendiri tidak pernah mahukan , namun telatah mereka semua sangat menghiburkan .. Dan Aimi , Amina dan Izzah juga tidak meninggalkanku keseorangan sebagaimana yang aku sangkakan . Sekurang-kurangnya , kami bertemu sewaktu malam untuk tidur .. Haha , itupun sudah dikira baik kerana kebanyakan masa yang ada , aku bersama-sama kaum adam untuk membincangkan hujah dan bersidang salama enam kali .

Lima hari yang menggembirakan ! Menghabiskan wang di kafe , bersantai di wakaf dan taman permainan , berdebat tanpa henti , bergelak-ketawa dan menghabiskan masa bersiar-siar di Bandar Hilir ! Tidak pernah aku seseronok begini .. Terasa seperti beban peperiksaan terbang seketika ! Walaupun tidak berjaya memasuki peringkat akhir , namun kepuasan berjuang tetap terasa ..

Dan , terima kasih kepada seorang hamba Allah yang telah menceriakan hari-hariku . Tidak banyak yang dapat ditulis , cukuplah sekadar aku menyimpannya untuk dijadikan sebuah kenangan dalam lipatan ingatan .. Kerana hanya aku dan Yang Esa mengetahui segala isi hati  .. (:

Segala kenangan yang tercipta takkan mungkin terlupa .

No comments: