Aug 29, 2011

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera !! Hari ini merupakan hari terakhir umat Islam berpuasa .. Syahdu juga rasanya apabila mengenangkan Ramadan yang bakal melangkah pergi ini . Namun tidak dinafikan bahawa Syawal amat ditunggu-tunggu ! ( Eh tipulah siapa cakap tak teruja nak beraya kan kan ? ) Tahun ini juga merupakan tahun terakhir aku beraya sebagai seorang pelajar . Dah tua rupanya aku ini .. Tapi perangai ? Naudzubillah menyimpang dari umur sebenar ! Hehehe ...

Petang tadi aku menjejakkan kaki ke pekan Meru untuk menemani ibunda tersayang membeli kelengkapan dapur . Hah , ada satu cerita menarik untuk dikongsi . Sewaktu aku melangkah ke sebuah kedai serbaneka , jurujual itu asyik memandang aku tanpa berkelip . * jurujual perempuan yaa (: Dan mata aku pun melaksanakan tugasnya-mencerun ke arah pakaian yang aku pakai . Macam tiada apa-apa yang tidak kena . Hmm , ketika itu hati musykil tak sudah . Tiba-tiba aku ke kaunter untuk membayar , jurujual itu memulakan sesi perbualan a.k.a soal siasat beb !

Dia : Adik nie baru balik dari oversea ke ??

Aku : (Pulak ?? Aku pakai bulu beruang ke jadi sweater nie ? ) Err , kenapa akak tanya ?

Dia : Muka adik macam muka oversea lah ( Cehh ada rasa bangga di situ ! )

Aku : Hehe , betullah tu akak . Saya baru balik bulan lepas ..
( Apa nak jadi dengan kau Aqila , menipu pulak dia ! )

Dia : Wahh , belajar mana ?

Aku : Ireland . Royal Surgeon Of Dublin .
( Gila hebat menipu ! )

Dia : Medic ? Fuyoo , seronok duduk oversea ?

Aku : Eheh , biasa saja kak . Dah setahun kat sana , alhamdulillah biasa .
Dia : Good luck ye ! Selamat Hari Raya dik ..

Aku : Salam lebaran kak .. Pergi dulu ye!
Hehehe , kepada akak jurujual itu , minta maaf ya sebab menipu dan mengelentongkan akak ! Bukannya apa , seronok sanagt tengok muka akak itu yang teruja masa bercakap dengan aku .. Hebat juga aku menipu kan ? Ada bakat kot , hoho . Tapi bila fikir-fikir balik , minta-minta masinlah mulut akak tu .. Walaupun aku ini tak berhasrat nak ambil perubatan . Hehe , kot-kot ada muka doktor ??? :D Apa-apapun ampun lah ya kak oii ....

Cerita seterusnya yang ingin aku kongsikan ialah mengenai warna merah jambu a.k.a PINK !!! Yaa aku memang minat sangat-sangat dengan warna ini .. Bagi aku , warna ini memberi inspirasi dan ketenangan untuk hati yang kacau bilau libang libu . Tapi aku tahu ada sesetengah perempuan yang akan membuat reaksi menggelejat begini :

 Pink ?? Ewrrrr , yuckkssss !

Macam itu pula kan ? Tidak mengapa , jaga-jagalah mereka yang berkata begitu . Aku tubuhkan kelab anti orang yang tidak suka warna PINK ini baru tahu ! S:

Aku juga mula menyedari bahawa aku menghidapi penyakit kronik apabila memasuki satu-satu kedai serbaneka . Mata aku mencerun seperti laser , dan bila aku ternampak barang berwarna PINK saja aku terus sambar dan bawa laju-laju pergi kaunter ! Hushh memang agak bahaya kan . Kasihan Encik Suami aku nanti , terpaksa melayan perangai pelik aku .. Haa ini aku ada sertakan beberapa koleksi barangan aku yang semestinya berwarna PINK ini ;D

Aksesori rambut yang gedik dari kedai serbaneka Cik Jurujual Yang Kena Tipu .. S:

Beruang comel pemberian ibu tersayang

Meja solek budak perasan kecil .. S:

Bunga ini sebenarnya lampu .. Hehehe


Jeng jeng jeng ! Alat tulis budak SPM tak cukup umur

Ini ? Err = = : hehehe


MP3 kesayangan
Deretan komik yang aku kumpul sewaktu zaman kanak-kanak ribena S:

Antara koleksi novel

Koleksi pengislahan jiwa

Koleksi novel lama

Hehehe , macam album gambar kan blog aku ini ? Di sini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk keluarga tercinta , sahabat handai serta sekian muslimin dan muslimat sekalian .. Semoga Aidilfitri ini bakal membawa seribu erti dalam fasa kehidupan kita yang baru ... Salam sayang daripada Aqila Syahiena :D

Selamat Pagi Malaysia !

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera .. Hehehe aku tiba lagi .. Aku semakin khuatir apabila merasakan bahawa aku ini sudah ketagih untuk berblog saja setiap kali online = =; Err , tidak mengapa . Ada seorang sahabat berkata begini kepada aku :

Fuyoo skema gila blog kau ! Bahasa baku gitu !

Hahaha .. Aku sudah biasa berdepan dengan kenyataan kejam begitu ( erk ? ) Baiklah , aku jelaskan kepada mereka yang baik hati kerana berterus terang dengan aku itu , hohoho . Bagi aku , walaupun sekadar coretan santai namun kita sebagai seorang pelajar merangkap anak jati melayu perlu mendaulatkan bahasa kita , betul tak ?? Err bukan maksud aku kita perlu katakan TIDAK kepada bahasa Inggeris , tidak tidak tidak .. Berbahasa asing itu boleh , tapi kan lebih molek kalau kita guna EJAAN PENUH dan STRUKTUR PERKATAAN yang betul begini haa . Maksud aku seperti ini :

dyew - DIA
cpew - SIAPA
btw - BY THE WAY

Banyak lagi kalau nak disenaraikan .. Bagi aku , kalau nak berbahasa Inggeris itu , biarlah penuh .. Nanti tak pasal-pasal dah terbiasa , lingkup pula karangan nanti kan kan ? Sama juga halnya dengan bahasa Melayu . Sedih bila baca kenyataan yang ditulis dalam bahasa Melayu 'moden' rata-rata masyarakat Malaysia sekarang . Bahasa Melayu kan , bahasa kita .. Anak jati Melayu .. Tak bangga ke dengan bahasa ibunda kita ? Ishh , kadang kala aku sampai terpusing biji mata nak membaca mesej yang berbelit-belit bahasanya itu ! Sepatutnya kita sedar yang bangsa Melayu semakin hilang ke-Melayuannya ! Jadi jika kita telah kehilangan segala-galanya yang menjadi milik orang Melayu , takkan lah BAHASA kita pun kita nak cemarkan juga ? Tak begitu ? Err ini cuma pandangan peribadi aku .. Maaflah kalau ada yang tidak berkenan yaa (: Jadi kepada yang bertanya kepada aku itu , hehe ini dia jawapannya - KERANA AKU SAYANGKAN BAHASA MELAYU !! :D

Ada beberapa buah puisi yang ingin aku kongsikan bersama . Haa , sila klik ke www.kapasitor.net untuk meneroka lebih banyak puisi-puisi yang menarik ! Err , yang jiwang-jiwang pun banyak juga hehehe .. Ini dia sebuah puisi yang aku rasa agak menarik untuk dikongsi bersama :

PULANGNYA SEORANG PENDERHAKA - BATU KUSAM

Si bangsat penderhaka
pulang menghadap tuanya
setelah lemas dalam alpa
dia datang merintih hiba
bersujud di dasar dunia
menginsafi tiap cerita duka
membersih jiwa dari nista
menyemat benci pada hina dosa

Kisah perit seorang derhaka
mengharung kehidupan dunia
di bawah lembayung iblis puaka
mencinta yang fana
lupa yang abadi selamanya

Apa yang ada pada hidup sementara
yang membuat dia derhaka
mengabai tuannya
lari mendakap yang maya
sedang yang nyata dibuang di tangga

Yang sementara akan musnah jua
membawa bersama bahgia fatamorgana
berlalu bersama masa
tinggallah penderhaka celaka
tinggal bersama sesalnya
membelek sejarah kelamnya
dari seorang setia hamba
kepada seorang pemberontak sial
membawanya pulang kepada tuannya

Apa ada yang bisa
mengampuni dosa penderhaka
yang dulu berlalu bangga
pergi mendabik dada
dia bukan hamba tetapi dewa? -
pulangnya penderhaka celaka
ke pangkuan tuannya
disambut syahdu pelukan hangat
seorang tuan setia
yang menanti sabar dirinya.

Kerana Dia,
Tuan yang setia

 * Bagi aku puisi ini memang terbaik ! Kredit untuk Batu Kusam , hoho :D

BARU DAN BARU ! (

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera . BLOG AKU SUDAH BERSALIN KULIT DAN BERTUKAR BAJUUU (: Hehehe . Apa-apapun semoga blog kesayangan ini terus hidup untuk mengabdikan segala coretan dari diri ini .. Untuk yang sudi membaca , terima kasih yaa !!

Aku sudah berazam untuk memulakan hidup yang baru ! Hidup yang lebih baik , insyaAllah . Semoga apa yang telah terjadi akan mematangkan diri ini , lebih daripada sebelumnya (:


SEMALAM IALAH SEJARAH LALU YANG TAKKAN KEMBALI . ESOK IALAH KHAYALAN YANG BELUM PASTI . HARI INI IALAH HAKIKAT DAN REALITI YANG SEDANG MENDEPANI .. (:

Aug 26, 2011

Hidup Yang Baru ..

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera .. Bersyukur pada-Nya kerana masih diberikan peluang untuk bernafas dan melakar satu lagi kehidupan di bumi ini ..

Aku baru selesai pulang ke klinik setelah digesa oleh ibuku . Mungkin ibuku khuatir melihat bengkak yang semakin membesar di leherku .. Aku sendiri tidak mengetahui bagaimana bengkak itu muncul , namun yang pasti kesakitannya semakin mencucuk-cucuk terutamanya ketika aku sujud .. Setelah bertemu dengan doktor , aku disahkan menghidapi jangkitan kuman pada kelenjar leher . Dan ketika itu , aku terdiam . Padanlah kesakitannya begitu memeritkan . Mungkin demam panas yang menyinggah kira-kira empat minggu lalu adalah permulaannya ..

Ah , penyakit jika terus dilayan memang tidak akan baik ..

Ketika itu juga aku melihat pengorbanan seorang ayah yang begitu cekal menjaga kebajikan anaknya .. Kadangkala timbul perasaan bersalah dalam hati ini apabila melihat ayahku sering bertungkus-lumus untuk memastikan anak-anaknya mendapat kehidupan yang terbaik . Apatah lagi aku , yang sering ditimpa satu demi satu musibah . Betapa besarnya pengorbanan ayahku .

Aku ingin berkongsi sesuatu .. Sewaktu kecil , aku tidak pernah berbual dengan ayahku sendiri . Bertemu apatah lagi , boleh kira malam sahaja aku melihat ayahku dengan agak lama . Selebihnya jika tidak aku yang sibuk dengan kelas tambahan , ayahku pula yang sibuk bekerja . Sewaktu aku baru mengenal dunia , aku sering didenda oleh ayahku . Kadangkala kesalahan yang aku lakukan tidaklah sebesar mana . Aku pernah diikat , dikurung luar rumah , dirotan dan macam-macam lagi . Tertanya-tanya juga mengapa ayahku begitu garang , dan tidak seperti ayah kawan-kawan aku yang lain . Aku melihat ayah kawan-kawan serta sepupuku yang lain begitu baik melayan anaknya . Namun mindaku yang masih kecil , membiarkan sahaja persoalan itu ..

Suatu ketika , berlaku peristiwa yang mengubah pandanganku terhadap ayah . Ketika itu ayah dan ibuku menghadiri kenduri kahwin dan meninggalkan aku serta adikku . Kami disuruh mengunci pintu dan duduk diam-diam . Dua jam selepas itu , aku melihat ada orang di luar rumah . Aku segera teringat pesanan ayahku dan mengajak adik aku menyorok di bawah katil . Manalah aku tahu orang yang berada di luar rumah itu merupakan ayahku ...

Mungkin kerana terlalu geram menunggu di luar rumah , ayahku segera masuk ke dalam rumah menggunakan kunci pendua . Aku dan adik yang ketakutan mendengar jeritan ayah terus mendiamkan diri di bawah katil . Kedengaran bunyi tapak kaki memasuki bilikku dan ketika itu jugalah ayah menyepak aku serta adik .. Berkali-kali aku merayu supaya ayahku berhenti namun tidak diendahkan . Aku dan adik segera berlari ke arah ibu dan menangis . Saat itu juga , aku sedar yang ayah bukannya tidak menyayangiku . Sebaliknya AYAH MEMBENCI AKU .. Jika tidak benci , mengapa ayah sanggup menyepak aku ? Jika tidak benci , mengapa ayah tidak pernah bergelak ketawa denganku seperti orang lain ? Jahat sangatkah aku ? Benci sangatkah ayah kepadaku ? Itulah persoalan yang bermain di benakku sewaktu kecil !!


Bermula dari saat itu , aku telah mengosongkan ruang hati ini untuk insan bernama ayah .. Sehingga umurku menginjak 12 tahun pun aku masih bersikap dingin dengan ayahku . Aku tidak pernah benar-benar mengenali siapa sebenarnya ayahku . Sehinggalah aku memasuki Tingkatan Empat  barulah aku benar-benar mengenali ayahku . Ayah tidak bencikan aku . Ayah tidak menyampah dengan aku . Ayah sayangkan aku ..

Aku bersyukur kerana ayah telah mendidik aku dengan sebegitu rupa . Walaupun tidak begitu baik , namun aku membesar sebagai seorang yang menghargai harga diri . Aku membesar sebagai seorang yang mengenal apa itu kesakitan dan kehidupan . Terima kasih ayah .. Terima kasih atas segalanya . Semoga ayah sentiasa bahagia ..

Maaf ..

Assalamualaikum w.b.t .. Kepada seorang teman , maaf sekiranya coretan bertajuk LUKA itu telah membuatkan kau terasa .. Sesungguhnya aku tidak bermaksud hendak menyentuh hati sesiapa . Apa yang aku tuliskan segalanya datang daripada dasar hati ini , yang telah sekian lama aku simpan sendiri .. Aku tidak kuat hendak menempuh segalanya seorang diri . Aku mengerti kau mempunyai hidup yang lebih baik daripada aku , dan aku tahu hidup itu lebih baik tanpa kehadiran aku .. Tidak mengapa , kerana walau apapun kau tetap sahabat yang aku ambil berat . Walaupun aku kelihatan seperti tidak pernah peduli ..

Berkenaan seorang hamba Allah yang sangat aku sayangi itu , cukuplah hanya aku dan teman-teman rapat sahaja yang mengetahui . Untuk hamba Allah itu , aku tahu kau tidak pernah singgah ke blog ini . Dan aku rasa tidak perlu .. Cukuplah perasaan ini aku simpan sendiri . Sudah cukup banyak dosa yang aku kutip kerana menyayangi seseorang yang tidak halal untuk aku .. Dan untuk itu , aku akan sentiasa berusaha untuk membuang perasaan ini .. Terima kasih untuk segala kenangan sepanjang jamuan hari raya tahun lepas .. Tidak mungkin akan ada penggantinya .

Cinta itu , boleh menghidupkan dan boleh juga mematikan .. Mematikan rindu tidak mengapa , jangan mematikan hati dan cinta terhadap-Nya ... 

Segala Kenangan (:

Sebuah Kenangan
Minggu Bahasa Dan Debat MRSM Se-Malaysia 2011 di MRSM Alor Gajah ..
 













Sebuah Kenangan
Kelas 5A 2011 ..
 



Doakan kejayaan kami bersama , insya Allah ....

L U K A !

Assalamualikum w.b.t ..

Alhamdulillah , semalam aku sudah selamat sampai ke pangkuan keluarga tercinta setelah sebulan lebih berada di perantauan .. Terlalu banyak perkara yang ingin aku kongsi , namun sayang tidak terluah dek kata-kata .. Mungkin melalui tulisan , segalanya akan terluah . Itupun kiranya jika ada yang sudi untuk mendengar rasa hati ini yang setelah sekian lama aku simpan sendiri ..

Ciri-ciri orang munafik itu ada empat . Pertama , jika dia berkata-kata , dia berbohong . Kedua , jika dia berjanji , dia memungkiri .. Ketiga , jika dia bertelingkah , dia melampaui batas .. Keempat , jika dia diberi amanah , dia mengkhianati .. Dan aku sering tertanya-tanya , MUNAFIKKAH AKU ??? Aku buntu apabila memikirkan kemungkinan ini . Ya , aku tidaklah sebaik mana .. Aku juga tidak sempurna .. Terlal banyak kekhilafan yang aku lakukan sepanjang aku bergelar manusia biasa .. Aku seringkali tersasar jauh daripada landasan yang sepatutnya . Walaupun telah berkali-kali aku cuba untuk berubah , diri ini tetap sama .. Tetap bergelumang dengan dosa ..


Aku sering menasihati orang lain , terutamanya orang yang aku sayang agar berubah menjadi lebih baik .. Aku tidak sanggup melihat mereka yang aku sayangi tersasar jauh . Namun begitu , aku sendiri sering melakukan kesalahan tersebut .. Aku sendiri sering tersasar jauh daripada haluan yang benar . Maka , aku sebenarnya tidak layak untuk menasihati mereka ! Aku terlalu hina untuk menjadi seorang yang baik ..Dan kerana itu , aku khuatir sekiranya aku dikategorikan sebagai munafik .. Benar-benar khuatir !!!

Imanku sering berubah-ubah .. Kadangkala aku merasakan aku benar-benar merasakan dekatnya cinta Allah terhadapku . Namun kadangkala aku seperti melupakan-Nya .. Terutama apabila aku sedang bergembira . Hanya dengan kesedihan sahaja , jiwaku berasa dekat dengan Allah .. Jika begitu , perlukah aku bersedih setiap masa ??? Aku tidak sanggup , aku benar-benar tidak sanggup untuk bergelumang dengan kesedihan SEKALI LAGI ..

Apa yang harus aku lakukan ?? Sampai bila aku harus terus begini ...

Jika aku mengatakan bahawa aku sering berasa keseorangan , pasti ramai yang akan membantah .. Namun itulah hakikatnya . Aku terumbang-ambing tanpa pedoman . Tanpa haluan yang pasti . Mereka berkata bahawa iman dan hidayah itu perlu dicari .. Namun aku tidak kuat untuk melakukannya seorang diri !!! Aku memerlukan seseorang untuk membantu aku bangun daripada kegagalan lalu .. Aku memerlukan seseorang , seperti Farah Syairah .. Kerana kini aku terlalu merindui dia yang jauh di bumi Negeri Sembilan .. Hanya dia yang sering membimbingku menjadi lebih baik .. Hanya dia yang memahami setiap tangisanku ..

Setelah aku berhijrah ke bumi Pasir Salak , mungkin ramai yang mengenali aku sebagai Aqila Syahiena .. Hakikatnya diriku yang ini terlalu jauh berbeza daripada dulu . Aku malu apabila mengenangkan segala perbuatan silamku . Cukuplah , aku bukan seperti yang semua orang sangkakan .. Terlalu banyak yang aku simpan , kerana semuanya terlalu menyakitkan ..

Kini , sudah hampir setengah tahun aku memendam kesedihan . Entahlah , kadangkala aku sudah terlalu penat menzahirkan kegembiraan . Aku ingin semua orang melihat kegembiraan aku , bukan kesedihan yang aku simpan .. Aku ingin menjalani kehidupan yang normal seperti insan lain .. Aku ingin menjadi seperti remaja lain .. Bergelak ketawa tanpa ada duka yang bersarang .. Meneruskan kehidupan tanpa risau memikirkan hari esok yang dipenuhi ketidakpastian ..

Seorang hamba Allah yang aku sayangi sering bertanyakan masalahku .. Maafkan aku kerana tidak mampu untuk meluahkannya . Sehingga kini pun , aku sudah tidak meluahkan apa-apa kepada sesiapa pun .. Bukan kerana aku tidak sudi , tetapi kerana sudah tiada apa-apa lagi yang tinggal untuk aku .. Aku telah kehilangan banyak perkara dalam kehidupanku , sehingga aku berasa takut untuk bergantung harap kepada sesiapa lagi .. Kerana aku sudah terlalu takut untuk merasakan sakitnya kehilangan sesuatu .. Kepada hamba Allah itu , maafkan aku .. Maafkan aku kerana tidak mampu untuk bercerita apa-apa lagi . Aku bukanlah seperti yang kau kenal kini .. Aku terlalu jauh berbeza .. Aku berpura-pura sahaja .. Dan kini aku sudah penat berpura-pura menjadi seorang yang normal .. Kerana aku bukan seperti insan normal yang lain .. Aku gemar bercerita dengan kau .. Aku gembira apabila dapat bercerita apa-apa dengan kau .. Dan yang paling penting , AKU SAYANGKAN KAU .. Dan di situlah kesilapanku . Aku tidak boleh menyayangi kau .. Aku tidak boleh menyimpan rasa ini . Aku harus membunuh rasa ini , walaupun telah setahun lamanya aku menyimpannya . Aku tidak mungkin menjadi Hawa yang layak untuk menyayangi kau , yang mencintai kau ..

Terima kasih kerana mengenali aku . Terima kasih kerana mengambil berat tentang aku . Terima kasih kerana pernah membelikan aku makanan yang aku gemar . Terima kasih kerana menemani aku berjalan . Terima kasih kerana sering mendengar ceritaku . Terima kasih kerana pernah membantu aku . Terima kasih kerana pernah membuatkan aku ketawa . Terima masih kerana pernah membuatkan aku berasa gembira dan tidak keseorangan . Terima kasih kerana pernah mengucapkan sesuatu yang tidak mungkin akan aku lupakan sehingga ke akhir waktu , walaupun mungkin remeh pada pandangan kau ..

"Takpe , lepas ni kau sentiasa ikut aku ke mana-manapun .."

Terima kasih kerana membuatkan aku berasa dihargai , walaupun seorang sahabat yang pernah aku sayangi sepenuh hati pun membuang aku daripada kehidupnnya . Hanya kerana dosa yang tidak terampun , aku dilupakan terus daripada hidupnya .. Tidak pernah mengingati aku sebagaimana aku mengingatinya .. Tidak mengapa , kerana aku sudah biasa ..

Membawa hati yang luka tidak semudah melupakannya ..

Kepada semua watak yang pernah singgah ke dalam kehidupanku , terima kasih diucapkan .. Aku sangat menghargai segala-galanya , segala kenangan yang telah tercipta . Segala kegembiraan , segala kesakitan , segala kesedihan .. Biarlah aku simpan sehingga ke akhir waktu yang ditentukan .. Izinkan aku untuk terus menulis , kerana aku tidak pandai mengungkapkan melalui kata-kata .. Hanya tulisan yang memahami isi hatiku .. Dan sudi untuk mengungkapkannya ..



Today My Life Begins

I've been working hard so long
Seems like pain has been my only friend
My fragile heart's been done so wrong
I wondered if I
I'd ever heal again

Oh just like all the seasons never stay the same
All around me i can feel a change

I will break these chains that bind me, happiness will find me
Leave the past behind me, today my life begins
A whole new world is waiting it's mine for the taking
I know i can make it, today my life begins

Yesterday has come and gone
And I've learn how to leave it where it is
And i see that i was wrong
For ever doubting i could win

Oh just like all the seasons never stay the same
All around me i can feel a change

I will break these chains that bind me, happiness will find me
Leave the past behind me, today my life begins
A whole new world is waiting it's mine for the taking
I know i can make it, today my life begins

Life's to short to have regrets
So I'm learning now to leave it in the past and try to forget
Only have one life to live
So you better make the best of it

I will break these chains that bind me, happiness will find me
Leave the past behind me, today my life begins
A whole new world is waiting it's mine for the taking
I know i can make it, today my life begins

I will break these chains that bind me, happiness will find me
Leave the past behind me, today my life begins
A whole new world is waiting it's mine for the taking
I know i can make it, today my life begins
Today my life begins...

They could be beauty in tragedy , anyway ...........