Aug 29, 2011

Selamat Pagi Malaysia !

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera .. Hehehe aku tiba lagi .. Aku semakin khuatir apabila merasakan bahawa aku ini sudah ketagih untuk berblog saja setiap kali online = =; Err , tidak mengapa . Ada seorang sahabat berkata begini kepada aku :

Fuyoo skema gila blog kau ! Bahasa baku gitu !

Hahaha .. Aku sudah biasa berdepan dengan kenyataan kejam begitu ( erk ? ) Baiklah , aku jelaskan kepada mereka yang baik hati kerana berterus terang dengan aku itu , hohoho . Bagi aku , walaupun sekadar coretan santai namun kita sebagai seorang pelajar merangkap anak jati melayu perlu mendaulatkan bahasa kita , betul tak ?? Err bukan maksud aku kita perlu katakan TIDAK kepada bahasa Inggeris , tidak tidak tidak .. Berbahasa asing itu boleh , tapi kan lebih molek kalau kita guna EJAAN PENUH dan STRUKTUR PERKATAAN yang betul begini haa . Maksud aku seperti ini :

dyew - DIA
cpew - SIAPA
btw - BY THE WAY

Banyak lagi kalau nak disenaraikan .. Bagi aku , kalau nak berbahasa Inggeris itu , biarlah penuh .. Nanti tak pasal-pasal dah terbiasa , lingkup pula karangan nanti kan kan ? Sama juga halnya dengan bahasa Melayu . Sedih bila baca kenyataan yang ditulis dalam bahasa Melayu 'moden' rata-rata masyarakat Malaysia sekarang . Bahasa Melayu kan , bahasa kita .. Anak jati Melayu .. Tak bangga ke dengan bahasa ibunda kita ? Ishh , kadang kala aku sampai terpusing biji mata nak membaca mesej yang berbelit-belit bahasanya itu ! Sepatutnya kita sedar yang bangsa Melayu semakin hilang ke-Melayuannya ! Jadi jika kita telah kehilangan segala-galanya yang menjadi milik orang Melayu , takkan lah BAHASA kita pun kita nak cemarkan juga ? Tak begitu ? Err ini cuma pandangan peribadi aku .. Maaflah kalau ada yang tidak berkenan yaa (: Jadi kepada yang bertanya kepada aku itu , hehe ini dia jawapannya - KERANA AKU SAYANGKAN BAHASA MELAYU !! :D

Ada beberapa buah puisi yang ingin aku kongsikan bersama . Haa , sila klik ke www.kapasitor.net untuk meneroka lebih banyak puisi-puisi yang menarik ! Err , yang jiwang-jiwang pun banyak juga hehehe .. Ini dia sebuah puisi yang aku rasa agak menarik untuk dikongsi bersama :

PULANGNYA SEORANG PENDERHAKA - BATU KUSAM

Si bangsat penderhaka
pulang menghadap tuanya
setelah lemas dalam alpa
dia datang merintih hiba
bersujud di dasar dunia
menginsafi tiap cerita duka
membersih jiwa dari nista
menyemat benci pada hina dosa

Kisah perit seorang derhaka
mengharung kehidupan dunia
di bawah lembayung iblis puaka
mencinta yang fana
lupa yang abadi selamanya

Apa yang ada pada hidup sementara
yang membuat dia derhaka
mengabai tuannya
lari mendakap yang maya
sedang yang nyata dibuang di tangga

Yang sementara akan musnah jua
membawa bersama bahgia fatamorgana
berlalu bersama masa
tinggallah penderhaka celaka
tinggal bersama sesalnya
membelek sejarah kelamnya
dari seorang setia hamba
kepada seorang pemberontak sial
membawanya pulang kepada tuannya

Apa ada yang bisa
mengampuni dosa penderhaka
yang dulu berlalu bangga
pergi mendabik dada
dia bukan hamba tetapi dewa? -
pulangnya penderhaka celaka
ke pangkuan tuannya
disambut syahdu pelukan hangat
seorang tuan setia
yang menanti sabar dirinya.

Kerana Dia,
Tuan yang setia

 * Bagi aku puisi ini memang terbaik ! Kredit untuk Batu Kusam , hoho :D

No comments: