Sep 30, 2011

Dunia Yang Indah !

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera .. Alhamdulillah tepat jam tujuh petang tadi aku sudah selamat menjejakkan kaki ke baiti jannati a.k.a RUMAHKU SYURGAKU yaw !!

Ada satu perasaan puas di sini.

Kenapa puas? Haa meh cerita meh. Di maktab terindah tempat aku menuntut ilmu itu, percubaan SPM baru habis. Gembira? Lega? Ehh tak jugak.. Mana nak lega kalau keputusan belum keluar. = =; Apa-apapun aku selaku pelajar yang berdedikasi (konon) betul-betul penat dengan periksa semedang ini. Mana taknya, tiap-tiap hari berjaga sampai pukul dua pagi, belajar punya hal. Bila pagi, jam loceng hampeh tak dengar. Sudahnya bangun lewat. Grr, rasa macam nak tembak semua orang kalau tak fikir sabar dalam hati. Asal aku nak mandi je, ada orang yang mandi. Itulah benda paling 'tension' sekali minggu-minggu periksa ini. 

Pernah tengok muka zombie tak??

Haha, merepek. Tapi memang betul. Minggu periksa ini Allah tunjukkan banyak ekspresi muka pada wajah manusia rupa-rupanya. Yang bawah mata lebam macam panda satu. Yang mata sepet ala-ala kena tumbuk satu. Yang muka ketat macam nak cekik orang pun ada. Macam-macam ada sepanjang pemerhatian aku beserta gelak ketawa yang kadang-kadang 'unconsious' terletus tanpa sedar.

Nak tengok contoh ? Ini dia ...









Terbaik punya muka! Masa ini malam sebelum subjek agama. Ringan lah sikit, kot tak?? Tapi ringan-rinagn pun soalan dia boleh tahan membunuh ......

Dalam banyak-banyak muka, yang ini paling hot tau.





Hehehe. Apa-apapun, aku nak nikmati cuti yang 'heaven' ini dengan sebaik-baiknya!!

" Sesungguhnya di setiap kesusahan itu akan disudahi dengan kesenangan.. "
Insya Allah (:

No comments: