Nov 30, 2011

The ENDING is The BEGINNING

Assalamualaikum w.b.t Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ..

Alhamdulillah , aku baru tiba di rumah setelah selesai menduduki peperiksaan SPM 2011 dengan subjek Biology sebagai penamat segalanya .. Yeke penamat ?? Taklah , penamat kepada zaman persekolahan tapi bukan kehidupan . Akhirnya inilah aku . Seorang bekas pelajar yang sedang mencari-cari arah kehidupan seterusnya sambil menggagau-gagau mengingati kenangan silam .. Tak perlu nak cakap lah kan , terlalu banyak kenangan yang bertanda dan tak dapat nak dijelaskan dengan kata-kata . Segala kenangan itu telah mendewasakan pemikiran aku , membuatkan aku lebih mengenali diri ini dengan lebih mendalam ..

Apa yang dimaksudkan dengan
THE ENDING IS THE BEGINNING ??

Kadangkala apabila sesuatu itu berakhir , kita merasakan bahawa segala-galanya telah berakhir . Berakhirnya sesuatu itu turut  membawa segala yang terkandung bersamanya . Contoh terdekat , ni haa apabila zaman persekolahan berakhir . Tipulah kalau tak sedih kan ? Ikutkan hati rasa nak menjerit meraung-raung bila aku terpaksa meninggalkan satu demi satu segala yang terdapat di situ . Serius terseksa tapi apa boleh buat kan ? Itulah realiti kehidupan , terpaksa meninggalkan segala yang telah berlalu apabila tiba masanya ... Kira-kira empat jam tadi aku merasakan bahawa hidup aku telah berakhir . Bukan aku tidak pernah melalui perpisahan , tapi entah mengapa perpisahan tadi begitu menyakitkan . Perpisahan tadi begitu memilukan dan memberi satu keraguan - Adakah akan ada lagi pertemuan selepas ini ??? Itulah yang bermain di fikiran aku . Walaupun hanya dua tahun aku menuntut ilmu di sana , namun realitinya terlalu berbeza . Hidup di sana bukan sekadar memenuhkan kepala dengan silibus pelajaran yang tak pernah nak menyenangkan kepala . Hidup di sana bukan sekadar belajar berdikari . Hidup di sana lebih daripada itu . Hidup di sana memberikan pengalaman dan pengajaran yang begitu beerti untuk dijadikan panduan hidup aku selepas ini ..

Aku belajar untuk menyesuaikan diri dengan norma-norma masyarakat yang sebelum ini tak pernah aku sedari . Tinggal di sini memberi gambaran kepada aku bahawa dunia di luar lebih berbeza daripada apa yang aku sangkakan berbeza . Membuatkan aku melihat sendiri bahawa kesusahan hidup dari segi material bukan penghalang untuk berjaya . Buktinya ?? Ramai antara kawan-kawan aku yang berjaya di sini datang daripada keluarga yang sederhana dan tidak semewah yang disangka .. Mereka memperlihatkan aku tentang erti sebenar kejayaan . Memanglah kehidupan itu perit kerana perlu berusaha keras untuk mencapai apa yang dihajati .. Tapi ketabahan mereka untuk meneruskan kehidupan tanpa terikat dengan masalah peribadi memang mengagumkan . Sebab dalam gelak tawa seseorang pun , kita boleh melihat apa yang tersembunyi dalam hati mereka , walaupun secara kasar . Terlalu ramai manusia yang memendam apa yang mereka rasakan , tanpa menyedari dengan melihat melalui mata hati , kita boleh menilai kegembiraan yang cuba dipamerkan itu .. Aku kagum dengan kawan-kawan yang banyak memberi contoh ketabahan dalam hidup mereka . Mungkin kerana faktor usia , aku melihat dengan lebih jelas hakikat kehidupan ini berbanding dahulu .

Aku juga belajar untuk menerima segala yang terjadi walaupun sukar . Kadang kala dalam hidup ini , tidak semua yang kita inginkan akan kita peroleh kan ? Nak tak nak , kita perlu hadapi . Macam lagu Cinta Muka Buku - " Harus pejam mata dan cuba apa saja .. " Hah camtu lah . Banyak perkara yang menuntut kesabaran untuk diselesaikan . Macam kemas loker , pertama sekali kena punggah semua dulu . Pastu asingkan yang mana dah taknak , buang . Akhir sekali , simpan dan susun baik-baik .. Camtu jugak dengan masalah , hahaha . Kalau dulu aku pernah cuba nak bunuh diri bila ada masalah berat , alhamdulillah kali ini aku sudah mampu mengawal diri ini . Bunuh diri bukan penyelesaian terbaik ..

Paling penting , satu kenangan yang bertanda memang berharga untuk aku . Kenangan tiga batang sate dan seterusnya .

Inilah yang aku maksudkan dengan THE ENDING IS THE BEGINNING . Pengakhiran zaman persekolahan , zaman persahabatan , zaman percintaan atau zaman riang ria gembira bukanlah berakhir di situ . Pengakhiran itu sebenarnya merupakan satu perintis kepada sesuatu yang baru , sesuatu yang kita tidak akan pernah terduga .. Berakhirnya sesuatu itu telah memberi peluang kepada diri kita untuk melakukan sesuatu yang baru , dan terus memandang ke hadapan bagi mencapai matlamat utama kita dihidupkan dan menuju ke satu destinasi yang pasti - MATI . Jadi sebelum mati menjemput , penuhilah kehidupan kita .. Penuhilah kehidupan ini dengan sebaik-baiknya dan terus melangkah walau berkali-kali tersadung ... Berbekalkan kenangan lau , jadikan ia sebagai satu kekuatan dan benteng pengajaran agar tidak sekali-kali melakukan kesilapan yang sama lagi . Kenangan lalu itu penting , kerana menerusi kenangan lalulah kita dapat belajar erti kesyukuran . Walaupun mungkin suatu hari nanti kehidupan terasa menyesakkan , sekurang-kurangnya kenangan lalu memberitahu kita bahawa kita pernah berada dalam kegembiraan suatu masa dahulu ... Dan bagi aku , kenangan lalu akan sentiasa terpahat utuh selagi hayat dikandung badan . Selagi maut masih belum menjemput . Selagi aku mampu bernafas . Dan selagi aku masih mengenal apa itu erti kehidupun ..

Kepada semua sahabat handai yang sentiasa berada di sisiku tanpa mengira senang atau susah , terima kasih .. Tidak kira sama ada di STAR atau di MRSM PASIR SALAK , terima kasih semuanya ...Aku banyak belajar daripada persahabatan , kerana persahabatan merupakan satu-satunya yang aku miliki sebagai satu pertalian keikhlasan hati selain kepada Allah dan keluargaku .. Terima kasih kerana mengajar aku erti kemanisan ukhwah yang mahabbah . Kepada Nurul Assyifa , Nur Amanina , Nur Qhuraisya , Zahra Fida , Siti Mariam , Farah Syairah , Wan Najmah , Nabilah , Nurul Shahira , Siti Jamaliah dan Zaidatul Dalila, terima kasih kerana telah menjadi sahabat terbaikku !! Insya Allah , persahabatan ini akan sentiasa mekar ..

Tinggallah Pasir Salak ..
Tinggallah kenangan ..
Tinggallah semuanya ..

Kepada hamba Allah itu
Yang ada dalam hatiku
Sejak sekian waktu
Walau kau tak pernah mahu tahu
Aku tetap menunggu
Jagalah amanahku
Jagalah dirimu
Jangan dibuang kenangan itu
Kerana hanya itu yang tinggal dari aku untuk kamu
Walau sepuluh tahun berlalu
Walau kau mungkin tidak akan mengenaliku
Aku tetap aku
Walaupun hatiku bukan seperti dulu
Namun semua itu bukan kehendakku
Selagi diizinkan waktu ...


Akan aku teruskan perjalanan hidup ini semampuku
Selagi diizinkan-Nya, segalanya tetap dalam hati ..
Walau bertahun belalu
Walau masa memudar waktu
Walau hidup makin tak menentu
Walau kita takkan pernah tahu
Kepada sahabat-sahabatku
Hati ini tetap seperti itu ..
Dan aku tetap Aqila yang itu ..
Sebagaimana yang dikenali olehmu ..
Insya Allah ..

Kertas Soalan Tamat
Zaman Persekolahan Pun Tamat
TAPI KEHIDUPAN YANG SEBENAR BARU SAHAJA BERMULA ..

No comments: