Nov 6, 2011

Mengorbankan Segalanya

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera ! Hari ini umat Islam sedunia menyambut Hari Raya Aidiladha yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh orang yang kuat makan seperti aku ini =_= hehehe ..

Apa-apapun, hari ini aku tidak mahu bercerita tentang korban, daging, ayam masak merah atau sebagainya.

Termasuk hari ini, ada tujuh hari lagi untuk aku menduduki peperiksaan SPM. Takut? Gementar? Libang libu? Hah kalau nak diikutkan, semua perasaan itu sudah bercampur aduk.. Disebabkan tanggungjawab yang tergalas di bahu untuk membalas jasa ibu bapa, aku kuatkan juga untuk terus bertahan demi kejayaan yang aku impikan.

Cerita kejayaan tidak semanis yang didengar dan dibayangkan.

Betul itu. Terlalu banyak dugaan dan cabaran yang harus aku tempuh. Di MRSM Pasir Salak, kami telah dilatih untuk sentiasa menolak diri sendiri. Sentiasa berjuang walaupun kadang kala kepenatan terasa seperti ingin mati katak. Jujur, aku benar-benar penat dengan perjalanan ini.. Tetapi apabila terbayangkan manisnya kejayaan setelah kepahitan, aku gagahkan diri untuk terus bangun.. Tambahan pula, melihat senyuman pada wajah kawan-kawan membuatkan aku sentiasa ingin berada bersama mereka. Tersenyum, ketawa dan menangis bersama sepanjang detik-detik menelaah ilmu di sini. Bukan dua kali aku boleh mengulang semula saat-saat manis di sini. Terlalu banyak kenangan yang terukir di sini. Jadi, wajarkah aku tamatkan segala perjalanan di sini semata-mata kerana tidak tahan menempuh kepayahan yang merintangi ????

Alhamdulillah semangat sudah datang.

Aku cuba untuk memotivasikan diri sendiri. Cuba untuk belajar daripada kesilapan aku sendiri, dan juga kesilapan yang telah dilakukan oleh orang lain. Hidup ini mengajar kita silibus yang tidak diajar di kurikulam pelajaran. Hidup merupakan peperiksaan yang pasti. Peperiksaan yang akan menentukan jatuh bangun seseorang manusia itu. Nak ke jadi orang yang gagal? Kalau gagal pelajaran tidak mengapa, jangan gagal akidah. Gagal iman. Gagal menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Nak ke?? Nauzubillah.

Sebab itu kita mesti kuat. Kita mesti bersemangat. Jangan disebabkan satu perkara kecil yang kita sendiri sebenarnya boleh selesaikan, kita lupa segala-galanya. Lupa diri, lupa tanggungjawab, lupa tujuan kita keluar dari rahim ibu kita.. Dan paling penting, lupa bahawa Allah sentiasa bersama kita..

Sebab itu kalau terasa hidup ini kosong, kita kena cepat-cepat berhenti. Tak, bukan berhenti dan berputus asa, tapi berhenti untuk merenung kembali. Kenapa hidup kita kosong? Kenapa kita merasakan kebosanan yang tebal? Kenapa kita rasa kita ini 'loser' ??? Kadang kala kita tak sedar, dalam kita menjalani kehidupan ini, ada banyak perkara yang kita lupa. Kita lupa untuk mengingatkan diri sendiri supaya tidak melupakan Allah. Kita lupa kita banyak dosa. Kita lupa kita ini lemah. Kita lupa fitrah manusia itu memang bersifat pelupa. Lemah kan kita ini? Tapi kita tak boleh jadikan alasan lemah itu untuk terus hanyut dalam hidup ini. Kita tak boleh terus menjahanamkan diri sendiri...

Senyumlah..

Sebab senyuman itu salah satu daripada ubat menyembuhkan hati.

Bersedekahlah..

Sebab sedekah itu ada banyak jenis. Cuma kita yang lupa.

Menghulurkan senyuman
Membantu orang
Membuang perkara yang boleh mencederakan orang
Amar makruf nahi munkar

Semua itu sedekah...

Bila kita melakukan kebaikan, kita akan lupa untuk membuat kerosakan. Tak percaya? Cubalah. Kita akan berasa gembira apabila melakukan sesuatu yang bermanfaat. Terasa macam kita ini berguna. Taklah 'loser' macam selalu..

Sempena Aidiladha ini, mari kita mengorbankan segala kenikmatandan keseronokan yang sia-sia itu. Kenikmatan dan keseronokan yang takkan ke mana-mana kalau disanjung selalu. Kita boleh nak bergembira, tapi jangan sampai melampau batas.. Jadi aku mengingatkan diri sendiri dan orang lain juga. Sebab aku pun tak sempurna. Kita semua tak sempurna betul tak ??

Seburuk-buruk suara yang dibenci oleh Allah ialah suara keldai....

No comments: