Dec 30, 2011

Sepuluh Tahun Punya Perbicaraan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.. Hari ini aku mula bergiat aktif untuk membuka laman sesawang setelah sehari suntuk semalam terbaring sebab demam. Macammana boleh demam? Itu jangan ditanya. Sudah pasti sebab terkejut dengan panggilan hangit tempoh hari. Itulah salah satu kelemahan yang sampai sekarang masih susah untuk aku betulkan ; AKU AKAN DEMAM KALAU TERKEJUT :)

Macam bebudak je kan.

Tapi tak dinafikan yang aku betul-betul kecewa sewaku mendapat panggilan dari MARA tu. Terasa macam gelap jalan di depan selepas ini tapi aku sedar yang tu cuma perasaan yang lahir daripada kesedihan aku. Perasaan sedih dan down aku yang betul-betul buat aku menangis berjam-jam tak henti. Aku tak malu untuk mengaku yang aku menangis sebab menangis ialah perkara pertama yang akan aku lakukan kalau aku dah tak tau nak buat apa. Kalau aku dah rasa tak pasti dengan realiti yang aku terpaksa telan sendiri. Bukan sebab sedih. Aku takkan menangis kalau aku hanya sedih.

Walau apapun, hidup mesti terus. Pahit mana pun realiti itu, aku masih diberikan peluang untuk melakukan yang terbaik dalam hidup aku selepas ini. Walaupun jalan tersebut gelap dan panjang. Walaupun aku akan menangis berkali-kali lagi selepas ini tapi aku perlu terus berjalan. Berjalan untuk menghabiskan hidup yang diberikan dengan penuh ketelitian.

Anugerah terindah dalam hidup ini ialah apabila kita dapat mengenal pasti apa yang BENAR...

Sebaris ayat itu lahir spontan daripada pemikiran aku ketika aku sedang bersedih. Perkataan benar itu membawa aku untuk kembali mengenal pasti keadaan sebenar ketika itu. Hanya satu kebenaran yang aku temu ; Allah akan menyimpan sesuatu yang lebih baik untuk hamba-Nya yang akur dengan ketentuan-Nya.. Ayat itu membawa aku supaya menerima segala yang telah terjadi dan yakin bahawa semuanya akan ada hikmahnya.. Semuanya akan baik-baik saja selagi aku yakin dengan janji-Nya..

Dan tiba-tiba aku teringat dengan janji yang telah aku pahatkan dalam hati beberapa bulan yang lalu.. Janji 10 tahunku.. Ada banyak perkara yang telah aku tanam dalam hati untuk tempoh sepuluh tahun tersebut. Ada janji yang aku ukir kerana yakin untuk kebaikan diri sendiri, ada janji yang aku ukir kerana gurauan.. Namun ada juga janji yang aku ukir untuk menjadi satu bukti.. Untuk diri aku sendiri dan untuk orang lain. Dan itu merupakan janji aku yang paling berat walau aku yakin janji tersebut ialah satu-satunya yang aku kan sentiasa cuba untuk laksanakan..

Aku akan cuba sedaya upaya untuk mengotakan janji-janjiku walaupun ada antaranya yang aku katakan kerana gurauan.. Contoh terdekat, janji aku untuk menguruskan badan :D

Aku sematkan dalam hati bahawa untuk sepuluh tahun akan datang, aku tidak mahu dan tidak akan melihat diri aku menjadi berbeza daripada sekarang. Bukan bermakna aku tidak mahu melakukan sebarang perubahan namun kerana aku terlalu menyayangi aku yang sekarang. Aku yang terbentuk menerusi pengalaman-pengalaman yang pernah aku lalui. Aku sayangkan diri aku yang sekarang kerana aku telus dengan diri ini. Aku tidak menyembunyikan apa-apa dan aku cukup percaya akan diri ini. Diri aku yang kini. Aku tak mahu menjadi diri yang lain kerana diri yang lain bermaksud orang lain tidak akan mengenali diri ini lagi. Aqila yang 'ini'.

Namun dari beberapa segi, pastinya akan aku perbaiki. Islamku. Kehidupan keluargaku. Kehidupan aku. Tiga perkara ini yang aku akan pastikan berubah walaupun perlahan-lahan.. InsyaAllah.

Semua janji-janji itu merupakan kenyataan yang aku sematkan tentang diri ini. Kepada diri ini. Hanya satu janji yang aku ukir untuk diri ini tentang manusia lain.

Sepuluh tahun lagi, insyaAllah apa yang aku sayang dalam hati ini tetap sama. Hati ini tetap seperti ini dan tidak berubah. Mee rebus ayah Lando yang merupakan mee rebus original dari Kampung Gajah masih menjadi kegemaranku. Masih menjadi pilihanku. Dan aku hanya akan makan mee rebus itu di Pasir Salak sahaja. Itu terjemahan janjiku.

--> igt impian 10 tahun ko..


Insya Allah aku ingat selalu


Dec 28, 2011

Terima Kasih Kerana Berada Disisi..

Assalamualaikum w.b.t.. Sedih, tak dapat digambarkan sedihnya bagaimana. Bagaimana untuk memujuk hati ini supaya menerima takdir Allah bahawa usaha yang telah dilakukan tidak membuahkan kejayaan yang diharap-harapkan.. Terasa gelap dunia ini buat seketika namun digagahkan jua hati supaya reda menerima ketentuan Allah..

Terasa sangat sakit apabila menerima panggilan yang selama ini ditunggu-tunggu namun memberi tamparan hebat.. Terasa ingin menjerit namun apalah daya. Ini takdirku. Takdir yang telah Allah tuliskan buatku.. Takdir yang tak mampu untuk aku lawan dah tentang..

Terima kasih untuk dua orang sahabat yang sudi menenangkan aku yang dalam kesedihan. Terima kasih buat kedua ibu bapaku yang tidak putus-putus memujuk, memberi sokongan. Terima kasih kerana tidak membiarkan aku keseorangan..

Semoga akan ada hikmah disebaliknya walaupun gelora hati tidak tertanggung..

Dec 27, 2011

Bicara Hati Dan Akal

Me #1 : Apa benda yang aku rasa sekarang nie? Takde benda. Tiap kali cuba nak mengambil tahu, tiap kali tu jugak kecewa.

Me #2 : Memang patutlah kau kecewa Qila oi, takkan nak harap dia menegur kau je sepanjang masa? Takkan kau nak dia menyembang dengan kau sorang je?

Dan yang paling penting, dia anggap kau penting ke sampai dia nak kena selalu menegur kau??

Hahaha, lawak lawak. Aqila Syahiena nie perasan je gamaknya.

Me #1 : Eh tapi sekurang-kurangnya aku ada perasaan kan? Sekurang-kurangnya hati aku adalah rasa nak sayang orang. Taklah beku macam ais. Walaupun aku nie tak cantik, tak menarik, tak peramah, tak mesra alam tapi sekurang-kurangnya aku masih ada perasaan. Aku ada hak nak memiliki perasaan tu. Cuma tak ada hak nak tentukan perasaan orang lain.

Dah bosan dan penat sebab asyik sedih dengan benda yang tak sepatutnya aku sedih. Benda yang tak berbaloi untuk aku sedihkan. Dahlah serupa macam perigi mencari timba. Takpelah, lepas-lepas nie aku dah taknak sedih pasal nie lagi dah. Kalau sedih pun nak diam-diam je. Banyak lagi masalah kat dunia nie yang lebih besar dari masalah hati dan perasaan. Dan sekarang pun aku dah cukup mengusutkan diri aku dengan benda nie. Maybe its time to start learning how to letting go..

Me #2 : Cepatnya kau nak putus asa! Dulu cakap nak tunggu? Baru setahun lebih, takkan dah penat kot??? Kalau macam tu, maknanya kau tak setia lah? Kau cepat give up bila dah rasa penat??

Me #1 : Orang yang cakap memang tak tau apa yang aku rasa.. Udahlah aku nie hati lembut cam kusyen, mestilah cepat tersentuh. Bukan aku tak cuba nak pekakkan telinga butakan mata, aku dah buat dah. Tapi hati aku mana nak dengar cakap. Akal dah takleh nak kawal dengan baik. Senang cerita bila aku duduk rumah tak keluar-keluar nie, otak aku jadi beku.. Blank semuanya.

Me #2 : Istikharahlah. Kalau betul dia, kau tunggulah.. Kalau kau yakin dia cuma menambahkan sedih dari gembira, mungkin dia bukan orangnya.. Kalau gitu kau harus tunggu dengan setia.. Tunggu walaupun kau taktau siapa. Dan memang sangat-sangat berbaloi bila kau menunggu orang yang betul untuk kau..

Me #1 : Aku tunaikan janji aku. Tunggu walaupun orangnya tak pasti siapa. Kan lebih baik???

Me #2 : Sementara tu jangan kusutkan fikiran kau. Teruskan hidup dengan tenang. Biar Allah tentukan segalanya.. Yakin janji Dia.

Itulah beza antara hati dan akal aku..
Bicara hati memang lebih telus dan jujur
Tapi bicara akal perlu lebih rasional dan waras..


Cerita Dolu-Dolu Yang Haru ( Special For Dearest Sister )

Assalamualaikum w.b.t.. Rajin pulak aku nak mengepos je kat blog nie kan? Hahaha. Macam yang aku cakap, aku dah jatuh cinta kat blog sendiri..

Baru-baru nie aku selalu teringat kat orang-orang lama yang ada dalam hidup aku sebelum nie. Bunyik macam klasik je kan? Takdelah, cuma teringat orang-orang yang aku dah lama tak jumpa. Especially budak-budak STAR yang dah dua tahun aku tinggalkan. Gaya macam diorang ingat aku jer kan? Takdelah, aku tak kisah pun. Aku tau diorang rindu aku tapi maluu hahaha.

Paling aku teringat, adik perempuan aku sorang nie haa. Bukan adik kandung pun, sebab aku dikurniakan dua orang adik lelaki je. Tapi saja-saja merasa nak ada adik perempuan :)

Nama diberi Nurul Nadhirah Binti Zulkifli.. Nama pendek Nad, nama kat Muka Buku, Nad Dhira.. Bukan nak promote tau! Jagalah sape kacau dia.. Hahaha.

Apa-apapun Nad nie aku kenal waktu aku Form 3 kat STAR. Waktu tu, aku antara senior yang paling kerek kat junior.. Aku ingat lagi camne benci aku kat Si Aisyah tu bila dia couple senyap-senyap dengan Ilham.. Haa Ilham Hanafi tu adik angkat lelaki aku pulak. Dah ada sepasang dah, sorang lelaki sorang perempuan. Merepek betul.. Kemain dahsyat aku nie waktu tu. Tapi sekarang aku selalu contact Nad je, ngan Ilham dah jarang. Bukan apa, dia dah besar sampaikan aku tak rasa aku cakap ngan 'adik' lagi dah. Seram sejuk aje bila dia panggil aku akak. Lagipun kalau boleh aku taknak rapat sangat ngan Ilham dah, dia tu lelaki. Tapi nak cakap tak sampai hati.. So jalan pintasnya, biarkan je senyap macam tu.. :)

Aku ingat waktu aku kenal Nad. Muka dia masam je. Tak pernah senyum langsung. Kalau nak fikir kekerekan aku waktu tu, nak aje aku sembur dia macam aku buat kat orang lain. Tapi tak jadi sembur pun, sebab dia tak buat dosa pun kat aku waktu tu.. (baik jugak aku nie)

Waktu tu Minggu Orientasi, apalagi memang kitorang amik peluang habis-habisan nak buli junior! Macam-macam aku buat, sampai dah tak larat nak gelak. Sampai satu masa aku suruh sorang budak nie kasi kertas warna kat Nad (aku pun taktau kenapa) Rasanya sebab waktu tu aku tengok dia macam susah hati je carik kertas warna.. Tetiba rasa macam sayang kat situ dan taktau kenapa. Gedik betul.

Dipendekkan cerita, Nad jadi adik angkat aku.. Dia memang baik. Aku rasa macam betul-betul ada adik perempuan. Aku rajin cerita kat dia sebab dia pendengar yang baik. Nasiblah dia dapat kakak yang mulut becok macam aku nie.. Hehehe.

Aku selalu rasa terharu bila dia amik berat kat aku. Kalau aku sakit pun dia risau. Aku betul sayang kat dia macam aku sayang adik-adik aku kat rumah. Waktu aku clash ngan Mr. Z pun dia banyak tolong aku tapi disebabkan rasa tension waktu tu, dengan Nad sekali aku marah. Kesian dia dan sampai sekarang aku rasa bersalah.

Bila dah Form 4, aku kat STAR tapi Nad dah pindah ikut mak dia. Aku terlupa dia cakap dia pindah waktu tahun sebelumnya. Sedih memang sedih tapi nak buat cemana? Sampai sekarang aku dah tak jumpa dia sejak aku pun pindah. Tapi dia rajin tanya khabar aku even aku selalu busy nak balas mesej dia..

Nad, akak mintak maaf. Akak bukan tak peduli kat adik tapi akak selalu takde masa dan akak harap adik faham. Akak banyak buat salah kat adik dulu. Sampai sekarang akak ingat yang akak suka curik tuala kecik adik tu pastu bawak pegi sekolah. Akak ingat yang adik suka peluk bantal akak kalau tidur. Dulu akak selalu curik-curik bukak loker adik waktu adik pegi sekolah (jangan marah haa) sebab akak nak tengok adik akak nie macam mana orangnya. Akak rasa terharu bila adik tampal biodata akak kat loker adik. Baru akak tau yang adik sayang akak rupanya.. Mintak maaf sebab akak bukan kakak yang baik. Akak jarang ada dengan adik tapi tu tak bermakna akak tak sayang adik, tak ingat adik. Akak selalu ingat adik sebab akak tak pernah rasa ada adik perempuan dalam hidup akak.. Terima kasih sebab jadi adik akak. Terima kasih sebab jadi pendengar yang baik. Terima kasih sebab faham akak...

Walaupun kita jauh, tak bermakna kita dah lupa satu sama lain. Hampir tiga tahun akak kenal adik, akak tau hati budi adik. Lepas nie, kat mana-mana pun akak akan selalu jadi akak adik walaupun bukan yang terbaik. Akak sayang adik.. :)









Lepas nie pun, akak tetap sayang adik..


Setiap manusia itu Allah hantarkan ke dalam hidup kita untuk sesuatu tujuan, dan apabila sudah habis peranannya maka akan pergilah dia..


Dec 26, 2011

Pedulikan Rasa Ini?

Sakit ke kalau kita tak berpeluang nak bagitau apa yang kita rasa? Memang sakit, tapi tak sesakit bila terpaksa menipu perasaan sendiri kan?

Lagi sakit bila manusia itu tidak tahu apa-apa, atau mungkin dia tahu dan berpura-pura tidak tahu.

Berpura-pura semuanya macam takde pape, macam kita tak beri apa-apa impak pun dalam hidup dia.

Ke, memang kita nie tak beri apa-apa makna pun dalam hidup dia? Sebab tu semuanya terbiar tak berjawab kan?

Aku tak ralat kalau dia tak balas perasaan tu (buat masa sekarang) Tapi aku ralat bila semuanya macam tak pernah jadi.

Senang cerita, aku sayang seseorang dan aku tak tau apa perasaan dia bila tau aku sayang dia.

Hati yang sedih nie memang aku je yang faham dan dia tak pernah faham. Kalau sedih pun, macamlah dia peduli.


SHAHIR-PENDAM (sah dah jiwang leleh bila dengar lagu nie)

Terasa Ingin Menaip Sahaja

Assalamualaikum w.b.t dan salam Satu Dunia! (ayat sama jer tak berubah) Hahaha. Takde apa pun, cuma terasa nak menaip sebab dah jatuh sayang kat blog sendiri. Macam jiwang semacam je.

Rasa nak tulis pasal English Education bak kata Cikgu Usop Hot Fm.. Bukan apa mak aku dok bising dari dulu sampai sekarang sebab aku taknak guna English as one of my main writing language (tengok tu, dah poyo dah) Buktinya status Muka Buku pun aku banyak buat dalam BM. Bukan tak reti tapi malas. Bukan tak nak tapi rasa macam over sangat nak guna English jer sepanjang masa. Okey aku macam kolot kan tapi bagi aku English tu gunalah waktu ada kepentingan je. Bukan nak kata English tak penting langsung dan orang yang selalu guna English tu dah lupa asal usul. Tak, tak... English memang penting tapi masyarakat Malaysia selalu obses dengan English sampaikan lupa dengan BM sendiri. Bukti??

Dalam exam, English dapat A+ tapi BM dapat C+..

Takde niat nak menghina tau, cuma nak menegur.. Tak kisahlah nak guna English tapi jangan sampai tak kena tempat dan masa.. Lagipun tak belajar English tujuannya memang nak digunakan kan? Cuma janganlah sampai buang terus bahasa ibunda tu.

Untuk bonda tersayang, sorry mama anakmu ini memang ralat sikit nak guna English. Tapi insyaAllah, untuk belajar English tu sentiasa jadi keutamaan..





Dec 25, 2011

Panggilan Hangit MARA !

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia. Hari ini aku terpuruk dalam rumah jer, tak kemana-mana pada hari Ahad yang permai nie. Mood hari ini nak rehat cukup-cukup dan rasanya bukan aku sorang yang berfikiran macam tu, family pun sama. Hahaha. Lagipun hari ini Hari Hohoho, jalan pun tak payah nengok dah. Confirm jam!

Teringat temuduga MARA yang aku pergi hari tu. Rasa-rasanya haritu panel cakap hujung bulan mereka akan call untuk bagitau sape yang dapat. Hmm, berdebar pulak rasa. Kengkawan seangkatan ada yang terima nasib macam aku, tertunggu-tunggu. Ada jugak yang bernasib baik, tak payah temuduga terus dapat masuk especially for those who took engineering course. UTM dan UTP. Yang rapat dengan aku macam Niena, dapat UTP. Tahniah Niena, nanti kirim salam kat Sir Marwan ye.. Hahaha. Duduk sana elok-elok dan jangan lupa jatuh cinta kat Physics, subjek killer kau tu. Hahaha, nak tak nak kena minat jugak kan sebab sepanjang aku hidup dan setahu aku lah belum ada orang belajar engineering tapi tak belajar Physics. Aku tau kau tu luar alam sikit, tapi jangan lah dok menyimpang dari normal ye..

Tak lupa kat kengkawan sekelas aku, Nonoi, Akim dan yang aku tak tau. Dapat masuk tanpa temuduga gak, tahniah! Rasa seronok dengar berita kejayaan kengkawan. Rasa nak senyum jer dengar dorang happy-happy kat Muka Buku. Cam budak-budak. Yang lebih bernasib baik, Nazif tu haa. Percuma dapat pegi Australia tanpa ditemuduga jugak. Peluang Allah dah bagi kan, memang tak sangka. Tinggal nak amik peluang tu dan buat sebaiknya jer..

Syifa ngan Filza seangkatan ngan aku. Antara geng aku yang kena temuduga dan menanti dengan penuh pasrah gituu, hahaha. Filza dapat temuduga Nottingham University, under Biotech. Sama macam aku laa, cuma aku under INTI. Kesian Filza, merengek-rengek kat aku waktu mohon tu cakap takde sape yang amik Pharmacist sama ngan dia. Pilihan pertama kau Nottingham dan Nottingham tu pulak pilihan kedua aku. Penat pujuk kau suruh amik jer Pharmacist tu, jangan ikut orang. Haha, kau cakap " Syoknya Qiela nanti dapat sama ngan kau! " tapi last-last course kita memang sama, tapi U lain-lain. Takpelah Filza, dah rezeki kau bukan kat Pharmacist kan.. Adalah rezeki kau kat Biotech tu even insyaAllah kalau kau dapat masuk Nottingham dan aku dapat masuk INTI, kita tak sama U.. Tak merasa aku nak dengar kau merengek-rengek lagi, hahaha. Dan rindu nak dengar tu rupanya ada ye.

Untuk Syifa yang tengah menunggu call, sabarlah ye.. Syifa nie pun bertuah jugak, dapat temuduga under INTEC. Kalau dapat, mai Australia lah dia.... Dapat course pulak under Psikologi. Hmm, Syifa memang sesuai pun dengan course tu. Selama nie pun kalau aku rasa nak merengek jer, aku mesti carik Syifa, hahaha.. Syifa memang understanding dan sikap matang-tapi-gedik dia tu memang sesuai nak buat pendengar. Sorry Syifa, tapi kau memang gedik sikit pun.. Hahaha, takpe gedik sesama kita je kan? Hmm rasa-rasanya kalau Syifa terbang pegi Bumi Kangaroo tu, aku mesti akan rasa hilang sebelah telinga kot. Syifa, aku tak pernah cakap kat kau benda nie sebab aku malu. Aku sayang kawan-kawan aku tapi aku selalu tunjuk dengan perbuatan jer (macam mengendel-ngendel sebelah korang) dan aku susah nak cakap. Kadang-kadang aku cakap tapi aku buat gaya cam lawak jer kan? Tapi sebenarnya aku sayang kau dan kengkawan lagi empat ekor tu. Empat ekor lagi yang dekat dalam hati aku. Hehehe, aku nie memang mengada-ngada dengan kau. Kau pun sabar je layan aku. Kau selalu bagi semangat kat aku dan aku memang takkan lupa yang kau selalu sokong aku untuk buat tindakan yang aku yakin betul. Terutamanya kalau pasal Mr. Siwon kau dan David Amos aku. Kau kawan yang baik dan jujur aku cakap memang susah nak jumpa kawan yang memahami macam kau. Apa-apapun, dah memang Allah nak bagi rezeki kau kat Australia, insyaAllah.. Aku harap kau belajar betul-betul dan simpan seekor kangaroo untuk aku! Balik Malaysia nanti, boleh jadi kaunselor aku tiap kali aku merengek kat kau.

Si Syasya pulak lain ceritanya. Dia tak mohon SPC dan nak tunggu lepas SPM. Takpelah Syasya, aku yakin kau buat tindakan yang betul kan sebab kau amik keputusan tu dengan persetujuan ayah kau. Restu ayah tu penting kan.. Takpe, adalah rezeki kau kat mana-mana lepas SPM nanti.. Entah-entah Allah nak bagi yang lebih baik dari kitorang. Aku tau kau boleh berjaya kalau kau nak dan usaha. Apa-apapun aku ada untuk jadi kawan kau :)

Dan Yam serta Zahra, aku yakin korang akan berjaya dekat mana-mana pun tempat yang korang pergi. Yam nie haa, jadi matang sikit tau lepas nie! Aku tau kau memang berhati lembut ala-ala kusyen tapi lepas nie aku nak kau tabah.. Takkan ada lagi aku ngan Syifa ke, Syasya ke, Niena ke nak ada disisi kau selalu kalau kau sedih sebab kau kena kuatkan hati kau. Aku harap kau boleh lupakan masalah yang SATU tu dan bina hidup baru kat tempat baru nanti, hehehe.. Kau dah macam kakak aku Yam, semua masalah aku banyak share dengan kau. Dengan senyum lebor kau yang nampak gigi dulu dari mata, memang aku tak lupa. Mana nak jumpa orang tak malu macam kau, ahaha. Gurau. Apa-apapun lepas nie aku harap kau jadi Yam yang kuat, dan aku selalu akan jadi kawan kau.

Zahra pulak, aku selalu suka tengok muka merah kau tu. Orang putih cakap, English rose. Hahaha.. Zahra, aku tau kau selalu rasa sedih sebab kau selalu rasa takde sape pedulikan kau kan. Aku tau kau selalu rasa rendah diri.. Zahra, aku lagilah sepuluh kali ganda tak reti nak express ayat nie kat kau tapi aku nak cakap jugak. Aku happy sebab dapat peluang nak jadi kawan kau. Rasa seronok sebab ada kawan yang comel macam kau (walaupun aku selalu buat muka menyampah tiap kali kau cakap kau comel) tapi aku suka kawan dengan kau. Aku rapat dengan kau pun baru tahun nie kan dan aku ingat kau selalu cakap kau takut nak cakap dengan aku sebab muka aku nampak sombong dan garang. Hehehe lepas nie aku nak kena ingat tiap kali nak pegi tempat baru jangan buat muka masam asam lagi. Zahra yang comel, kau ada azam yang kuat dan aku yakin azam tu boleh bawak kau kearah kejayaan satu hari nanti. Jangan rasa down lagi tau, kau kena tabahkan hati.. Dalam ramai-ramai kawan aku selalu rasa kau yang paling aku nak amik berat. Dah serupa macam kakak mithali kan? :)

Untuk Syifa, Syasya, Yam, Zahra and Niena, jaga baik-baik tau frame gambar yang aku kasi tu. Aku pun ada satu. Aku harap gelak ketawa kita dalam gambar tu akan selalu buat korang ingat yang kita semua pernah share banyak memori kat Pasir Salak Tanah Kedaung. Memori yang boleh terbitkan rasa rindu dan air mata.

Tulah dia sekarang nie rasa hati memang berubah-ubah. Harap-harap dapat call cepat, bolehlah aku rasa semangat untuk mulakan satu lagi hidup yang baru kat U nanti. InsyaAllah, kalau ada rezeki.. Aku dah usaha semampunya, so sekarang tinggal tawakal.

Tunggu, dan tunggu.

Waktu Hari Graduasi~


Memori 11.11.11


Pagar tempat orang fly :D


Menggedik sakan kat surau


Aku rasa gambar nie ada rupa macam kat Korea jer


Malam terakhir sebelum 30 November :'(


Dari kiri; Niena, Syifa, Syasya


Dari kiri; Yam, Zahra, Si Cantik :P


Waktu habis exam Bio


Menggedik kat gate maktab


Very last moment..


And a very last picture..


Dan ini, gambar frame kita... :D






























Dec 24, 2011

Tak Tahu Nak Cakap Apa

Lagi sekali, entry untuk aku sorang. Sejak habis sekolah nie memang banyak benda berubah. Bila tengok kengkawan punya status kat Facebook, rasa macam baru jer kenal dorang semalam. Ada status yang lawak. Ada status yang gembira. Ada jugak yang syok sendiri dan semakin banyak status yang menyakitkan hati. Aku tak terasa pun sebab kebanyakan kata-kata tu aku tak rasa ditujukan untuk aku tapi geram tu ada jugaklah. Seolah-olah bila dah tak jumpa tu jadi macam lesen untuk sakitkan hati orang lain dan bercakap sesedap ikan bilis.

Orang putih cakap Dont Judge The Book By Its Cover. Tapi sekarang nie tengok Muka Buku pun dah boleh judge orang tu macam mana.

Orang melayu cakap Jangan Menilai Orang Pada Pandang Pertama. Betullah tu, tapi sekarang nie dah pandang seribu kali pun masih lagi salah menilai orang.

Dunia, macam-macam. Makin lama makin banyak benda yang unexpected. Dan aku sepatutnya dah bersedia dengan perkara-perkara macam nie kan? Ada banyak lagi yang aku masih perlu belajar dan tempuh. Jadi entry kali nie ditaip sekadar untuk meredakan perasaan aku yang kacau-bilau. Bak kata mak aku;

Kamu tu remaja tak sepatutnya pikir belit-belit. Hidup tu panjang lagi kalau nak dirosakkan dengan fikir benda yang tak sepatutnya kamu fikir.

Rasanya betullah tu. Semua orang dah besar, okey aku faham. Dahlah Aqila, stop berfikir yang semuanya akan berada pada roda atas. Kadang-kadang memang perkara yang tak disangka-sangka berlaku secara tiba-tiba. Tak bolehlah nak kata yang perubahan tu mustahil walaupun jadi lebih buruk.
Manusia, kita tak boleh jangka.

No Title Coz Im Blank !

Maaf, tiada salam. Tiada kata aluan kerana tangan nak menaip rasa hati dan takde tujuan untuk dipublisikan buat bacaan umum. Ini blog aku dan aku rasa hari ini blog ini sepenuhnya ingin aku gunakan. Bukan berfikir sepuluh kali sebelum menaip kerana bimbang orang terbaca. Kali ini aku sudah tidak peduli.

Aku selalu melakukan kesalahan dalam hidup ini. Aku jauh dari istilah baik dan aku sedar. Aku sangkakan sejak dua tahun lalu aku dah berubah menjadi lebih baik tapi sebenarnya aku silap. Aku masih sama dan rasanya makin buruk. Memang sekarang ini aku rasa down dan nak mengalah je.

Aku banyak buat dosa. Aku banyak kecewakan orang yang berharap pada aku terutamanya ibu bapa. Aku kelihatan baik depan mereka tapi aku tahu hati aku masih hitam. Aku masih belum bersih dari dosa lepas dan aku dah tak tahu nak buat apa lagi dah. Aku takde bimbingan dan aku tak salahkan sesiapa dalam hal ini. Sememangnya diri aku yang bersalah. Aku dah puas cuba nak jadi lebih baik dari dulu. Aku dah puas cuba nak isi kehidupan aku dengan perkara-perkara yang dituntut keatas aku. Memang berjaya, tapi sekejap. Lepas tu aku berubah jadi macam dulu balik. Aku rasa bersalah. Memang rasa bersalah dan aku tahu hidup aku tak tenang sekarang nie sebab hati aku masih belum bersih.

Aku tahu semua tu dan aku sedar. Bukan aku tak sedar.

Aku teringin nak jadi macam Ili. Macam Syuhada. Sejuk mata memandang, sejuk hati mengingat. Tapi terasa macam jauh lagi. Okey jujur aku memang tak kuat. Aku perlukan seseorang untuk bimbing dan tolong aku. Sekarang nie cuma ada sorang dalam kepala aku. Farah. Yes, Farah. Aku rindu Farah. Alangkah bagus kalau Farah ada disisi aku. Farah yang selalu sabar layan kerenah aku dan selalu nasihatkan aku setiap kali aku sedih. Aku rindu Farah.............

Ya Allah, aku tak mintak banyak dalam hidup nie. Cukuplah sekadar aku menjadi hamba-Mu yang mengamalkan amar makruf nahi mungkar dan punya keluarga serta sahabat yang setia bersama aku. Aku tak kisah pasal perasaan yang ada dalam hati nie. Perasaan sayang yang ada untuk seorang Adam. Kalau perasaan nie akan tambahkan negetif dalam hati aku, Engkau buang pun takpe. Aku sebagai hamba-Mu tak kisah dan reda. Aku cuma nakkan cinta-Mu!!!!!!!!

Aku nakkan ketenangan hidup. Aku nak lakukan yang terbaik buat diri aku. Aku nak jadi muslimah yang betul-betul, bukan Islam kat nama je. Aku nak jadi manusia yang berguna. Aku taknak kesesatan macam nie. Aku taknak kelalaian camni. Aku taknak hati aku tak tenang macam sekarang nie. Aku taknak jadi munafik macam sekarang nie!!

Aku cakap aku dah menyesal dengan dosa-dosa lama yang aku buat tapi aku tipu. Kadang-kadang aku rindu nak buat balik. Tak tipu, aku teringin nak jadi budak yang dulu. Sesuka hati aku buat sekolah tu macam aku punya, bukan bapak punya lagi dah. Aku taknak dah rasa macam tu. Dibenci ramai orang. Taknak dah hidup sambil lewa je.

Aku memang perlukan bantuan dan sekarang nie aku buntu. Buntu mencari arah macam mana nak keluar dari kegelapan dan kegelisahan hati nie.

Alangkah baiknya kalau masa boleh diputar semula. Aku nak belajar agama betul-betul dari kecik dan taknak jadi budak banyak masalah disiplin kat sekolah. Nak cari erti hidup yang dah lama kabur.

Untuk orang yang masih leka, mereka memang takkan pernah faham camne rasanya perasaan gelisah dan hilang arah.

Dec 21, 2011

Mereka Berkata Bahawasanya Saya Ini JIWANG !!! ~

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia! Sekarang aku berada di Pulau Mutiara yang kaya dengan makanan yakni Pulau Pinang :) Hehehe. Cuti yang penuh masa senggang ini telah dimanfaatkan oleh ayahandaku untuk bercuti di Pulau Pinang setelah sepuluh tahun lalu sejak kali terakhir aku ke sini. Apa-apapun entry kali ini bukan nak bercerita tentang Pulau Pinang yang kita semua tahu semakin lama semakin hilang ke-Melayu-annya ini ( tiada niat untuk sensitiviti kaum, sekadar mencoret apa yang telah menjadi realiti kini ) sebaliknya aku teringat gelaran yang sering rakan-rakan aku berikan apabila mereka mengenali aku.

Mereka mengatakan aku ini JIWANG ~

Hahaha. Betul ke? Entahlah tak tahu sejauh mana kesahihannya tapi aku mengaku lah aku memang suka benda-benda puitis nie. Orang kata yang mushy-mushy nie. Tak kisahlah lagu ke, cerita ke, novel ke, sajak ke, and even pemikiran aku pun memang lebih kepada unsur-unsur kejiwangan. Maksudnya betullah aku nie jiwang ye? Ahaha.

Rasanya jiwang nie ada banyak maksud. Ada sesetengah manusia kat dunia ini jiwangnya, masya Allah. Sampai sanggup hidup dalam derita semata-mata sebab terlalu hanyut dalam jiwang tu. Terutamanya bab-bab cintan-cintun nie. Memanglah kita sedia tahu yang ramai manusia akan terlebih jiwang bila sampai benda-benda pasal cinta nie ( especially for girls! ) tapi patutnya rasional akal pun gunalah kan? Ini tidak, sampai sanggup nak bunuh diri sebab putus cinta. Menangis menjejeh-jejeh orang Jawa kata ( ahakz ) Bagi aku tak salah nak rasa sedih kalau kecewa dalam cinta, sebab normallah kan untuk kita rasa sedih bila kecewa. Normal jugaklah kalau rasa macam hidup waktu tu meaningless je. Dan normal jugak kalau rasa macam dah taknak teruskan hidup ( untuk kes berat lah nie ) Tapi memang tersangat tak normal bila akal mengiakan je rasa hati yang terlebih jiwang tu. Sangat-sangat tak normal bila akal dah diletak kat kepala lutut. Patutnya sebelum buat satu keputusan tu, timballah balik baik buruknya. Fikirlah kesannya dan kalau rasa selfish sangat nak fikir pasal orang lain, sekurang-kurangnya fikirlah pasal diri sendiri. Berbaloi ke untuk korbankan satu kehidupan yang Allah dah bagi semata-mata untuk rasa kecewa tu? Agak-agaknya orang yang dah buat kita kecewa tu, rasa sedih ke bila dapat tau kita buat satu benda bodoh macam tu? Kalau ada rasa sedih memang baguslah sebab orang tu masih ada peri kemanusiaan lagi tapi kalau tak sedih? Buat aci tak kisah je walaupun tau kita menderita bagai nak rak. Berbaloi ke buat satu tindakan bodoh semata-mata untuk orang macam tu?? Orang yang takde peri kemanusiaan macam tu??

Habislah mood membebel aku dah sampai. Takde niat nak membebel atau nak menyindir sesiapa sama ada yang hidup atau yang telah MENINGGAL DUNIA ( ini serius ) tapi itulah hakikat. Hakikat kehidupan yang dah menimpa manusia-manusia jiwang yang tak reti guna logik akal zaman teknologi melompat-lompat nak maju nie. Kalau teknologi dah maju, patutnya akal lagilah kena bertapak-tapak maju ke depan ( datang lagi mood membebel ) Jadi tak salahlah kalau nak kata mentaliti masyarakat rata-rata golongan remaja memang bertaraf kelas pertama dari segi akademik tapi beratur dalam ranking paling bawah bila masuk bab rasional. Bukan mentaliti kelas ketiga, tapi kelas kelima. Itu ke generasi yang kita nak lahirkan??

Aku luahkan kesedihan dan kekecewaan ini untuk seorang yang rapat dalam hidup aku. Seorang yang dekat dalam hati aku dan juga untuk berorang-orang lagi di luar sana yang ada level jiwang melampau batas. Paling utama, aku tujukan kepada AKU. Sebab aku sangat-sangat takut kalau sekarang nie mamang berdegar-degar aku cakap tapi bila sampai masanya, akal sendiri menunduk kat hati yang tengah tak waras. Harap-harap coretan nie akan menyedarkan aku nanti sebab aku nie kan jiwang? Harapnya takkan melampau batas.

Untuk insan itu, walaupun dah terlambat untuk aku curahkan semua ini tapi aku tetap berharap manusia yang dah menyakitkan hati dia itu akan sedar dan mengubah diri sendiri. Insan ini memang takkan pernah membaca coretan aku nie, sebab insan itu telah MATI. Semoga lebih ramai manusia di luar sana yang akan bangkit dari kekecewaan dan bukannya ikutkan rasa hati yang kecewa. Semoga selepas ini aku takkan melalui lagi kehilangan seperti ini walaupun dah bertahun-tahun peristiwa ini terjadi.

( Mood berubah-ubah pulak bila cakap pasal jiwang nie. Maaf kalau terbebel-bebel. Diulang, TER. Hehehe )


Dec 19, 2011

Selagi Ada Kesempatan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia. Yehaaa blog aku sudah bersalin baju lagi! Hehehe. Aku perasan tabiat aku yang satu nie memang susah nak dihalang. Rasa nak picit-picit jer skrin nie kalau tengok menda yang sama setiap masa. Tapi takdelah nak assume yang aku nie cepat boring, rasanya cuma tak boleh kalau tengok benda tu incomplete. Aku sukakan kesempurnaan, yes. Tapi sempurna pada setiap yang aku hasilkan, bukan kesempurnaan diri atau orang lain. Manusia tak sempurna kan, camtu jugak dengan aku. Cuma berilah kesempatan untuk aku melakukan sesuatu itu sesempurna mungkin, dan sehingga aku berpuas hati dengan segala usaha yang telah aku lakukan. Bagi aku, sangat tak berbaloi kalau kita lakukan sesuatu itu sekadar cukup syarat. Sekadar nak siap. Bagi aku, itu buang masa namanya. Tak begitu ke? Lebih baik lakukan sedikit perkara dan sempurna daripada banyak perkara tetapi tunggang terbalik.. Itu cuma pendapat peribadi aku, yang tersetting sendiri dalam minda berdasarkan kehidupan sendiri. Aku akui aku pun tak sempurna dan masih belum sempurna untuk melakukan sesuatu sehingga sempurna. Cukuplah buat masa ini aku memandang sempurna itu sebagai sesuatu yang membuatkan aku berpuas hati.. Selagi ada masa dan kesempatan, sentiasa ingin memperbaharui sesuatu itu sehingga sempurna..

Hah mulalah tu nak membebel-bebel seorang diri. Sebenanya ada banyak perkara yang nak aku katakan. Terlalu banyak yang ingin diluahkan tapi aku tak dapat nak menyusun kata-kata dan perkataan. Sehingga kini aku masih selesa dengan kertas dan pen, bukannya keyboard. Okey mungkin aku nie ketinggalan zaman tapi asal manusia mencoret ialah pada kertas jugak kan? Jadi rasanya tak salah kan kalau keselesaan itu masih pada kertas.. Hahaha.

Dan sungguhlah aku pun tak faham mengapa sangat sukar untuk mencoret sesuatu pada blog ini walaupun secara konteksnya blog ini merupakan milik aku dan aku bebas untuk mencoret apa saja. Apa yang aku rasakan, apa yang aku simpan dan apa yang ingin aku luahkan. Aku teringin nak jadikan blog ini sebagai diari harian aku tapi masih kempunan nampaknya. Ada sebuah buku yang aku beli di Rafflesia ( anak jati Kg Gajah tahu kedai nie ) dan buku itu aku ambil dari rak yang berhabuk dengan satu tujuan. Setelah aku meninggalkan zaman persekolahan, aku ingin mencoret segala isi hati pada buku tersebut. Aku ingin mencatatkan segala-galanya supaya suatu hari nanti apabila aku membelek buku tersebut, aku melihat banyak kenangan yang bertanda. Kenangan yang mungkin tidak semuanya indah tetapi masih mampu membuatkan aku tersenyum. Teringat tulisan Cikgu Eriza, ingin diperingatkan oleh tulisan sendiri.. Hah aku pun nak diperingatkan oleh tulisan sendiri jugak. Kehidupan terlalu berharga untuk disia-siakan, dan kenangan terlalu mahal untuk dilupakan. Memang aku antara orang yang hidup berdasarkan dua guru paling mahal; KENANGAN dan PENGALAMAN. Dua guru itu memang banyak mengajar aku untuk tidak membuat kesilapan yang sama sekali lagi. Namun dalam masa yang sama, Islam tetap menjadi pegangan agar aku tidak tersungkur dengan kenangan dan pengalaman yang menyimpang sebelum ini.

Mukmin yang beriman tidak akan jatuh di lubang yang sama dua kali..

Harap-harap, aku mampu untuk menjadi insan yang lebih baik hari demi hari. Sedar yang aku ini bukanlah insan yang terlalu baik. Terlalu banyak kekhilafan yang dilakukan. Terlalu banyak air mata yang dibazirkan untuk perkara yang sia-sia. Dan yang paling utama, untuk manusia yang tiada apa-apa untuk ditangiskan.

Berharap pada tahun hadapan yang bakal menjelma tidak lama lagi, satu fasa kehidupan yang baru akan berlangsung.. Satu kehidupan yang lebih baik akan tercapai. InsyaAllah, selagi ada masa akan aku sentiasa cuba untuk memperbaiki diri ini. Sentiasa cuba untuk menjadikan kehidupan ini lebih bererti dan dirahmati Allah SWT. Aku taknak menjadi insan yang rugi!



InsyaAllah. Aqila Syahiena bukan orang yang mudah berputus asa.

Dec 15, 2011

Program Pra-SPM MRSM 2011/2012

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia ..

Alhamdulillah kelmarin aku telah selesai menjalani temuduga dengan pihak MARA untuk Program Pra-SPM 2011/2012. Apa tu? Meh sini cerita.. Program tu anjuran pihak MARA untuk pelajar MRSM yang terpilih. Ada beberapa universiti yang ditawarkan dan kalau sesiapa yang dapat program nie, pihak MARA bagi tajaan penuh dan masuk bulan Januari nanti. Kira masuk awal lah, tak payah tunggu bulan September macam selalu. Kelebihan program nie ada banyak. Dapat tajaan penuh, tempat universiti terjamin dan habis belajar pihak MARA terus carikkan kerja..

Tipulah cakap kalau taknak kan? Aku bersyukur gak sebab aku dipanggil untuk temuduga walaupun sebenarnya aku rasa diri nie tak layak pun. Yelah aku mana nak aktif kokurikulum tu semedang. Tau kembangkan badan kat bilik jer.. Kalau ada sukan memang nak mengelak awal-awal.. Haha padanlah kalau badan macam belon. Tapi bersyukur sangat-sangat, walaupun tak confirm yang aku akan diterima masuk tapi sekurang-kurangnya aku dah diberi peluang untuk melakukan yang terbaik waktu interview haritu.

Cakap pasal interview, memang rasa nak pengsan. Sebelum aku ditemuduga haritu, adalah dalam dua hari tak tidur sibuk cari info tentang Bioteknologi, kursus yang aku mohon. Takut jugak kalau-kalau percuma jer kena sembur dengan soalan dan mulut terkunci tak reti jawab. Al maklumlah aku nie bab fakta memang kontang.. Nak amik tahu isu semasa apatah lagi. Jadi untuk menebus lubang yang satu tu, terpaksa lah bersengkang mata belajar balik..

Haha, memang teruk. Setahu aku kalau sebelum ini, semua temuduga mesti sama ada secara individu sahaja atau individu dan berkumpulan atau istilah Uncle John nya 'grouping'. Aku pun prepare habis-habisan untuk individu. Untuk grouping tak boleh cakap apalah kan, bergantung kepada panel nak bagi soalan apa. Jadi berbekalkan keyakinan hampir 90% aku pun datang ke Pejabat MARA Selangor untuk temuduga tu. Waktu aku datang tu, memang ramai dan kebanyakannya untuk pelajar yang mohon untuk sambung belajar ke luar negara. Tahun nie, MARA offer ke Australia dan USA. Memang muka nampak hebat-hebat jer semua. Aku nie, tergugat lah jugak tapi steady jalan tak pandang kiri kanan ( konon macam confident tapi nampak pelik sebab muka tegang semacam ) Hahaha. Nak redakan gemuruh, anggap jer kita nie calon terbaik walaupun sebenarnya jauh panggang dari api.. Hehehe.

Waktu aku datang, nama aku disenaraikan sebagai calon pertama untuk Panel 2.Nak cakap lebih-lebih macam kena reda jelah, terima kasih ayah sebab bagi nama anakmu ini bermula daripada huruf A.. Huhuhu. Sebelum masuk untuk sesi 3.30 petang, sempatlah aku beramah-tamah selama 15 minit dengan calon lain yang sama panel dengan aku. Terkejut jugak, ada yang datang straight dari Kubang Pasu dan tidur di masjid sebab takut tak sempat. Yang sama panel dengan aku ada lima orang, dan lima-lima tu rumah jauh semedang. Tak macam aku yang sekangkang kera boleh sampai nie. Waktu tu timbul rasa kesyukuran sebab dikurniakan rumah yang dekat dengan Shah Alam..

Tepat jam 3.30 staf MARA panggil kami masuk. Aku memang musykil, kenapa masuk ramai-ramai? Aku pandang muka mereka, mereka pandang aku balik. Masing-masing buat isyarat tak tahu apa yang terjadi. Blur semacam je. Hadui, matilah aku.. Sekali grouping daaa. Terkejutlah sebab takde info apa-apa pun sebelum nie. Nak taknak, reda tak reda kena redah jelah kan.. Waktu duduk tu, semua memang muka resah semacam. Macam cacing kepanasan. Semua senyum terpaksa jer ( memang nampak janggal dan pelik ) Pegawai MARA tu suruh kami baca arahan kat soalan sebab temuduga nie melibatkan aktiviti berkumpulan. Sama ada nak buat group discussion, mock presentation atau debate ( tanpa sebarang kompromi kami memilih group discussion! )

Aktiviti haritu lebih kurang situasinya macam nie ha -- Ada sebuah belon udara panas menuju ke Putrajaya dan dalam belon tu terdapat lapan orang. Disebabkan berat bertambah, empat orang terpaksa dicampak keluar bagi mengelakkan belon tersebut terhempas. Pilih dan bincangkan siapa yang perlu dibuang serta kebaikan dan keburukannya. ( Sebenarnya soalan dalam BI tapi translatekan ye )

Lapan orang tu ialah :

1.Datuk Seri Najib ( Perdana Menteri )
2. Dato Seri Mohamad Fadilah Kamsah ( Motivator )
3.Rozita Che Wan ( Tipu tak kenal )
4.Tony Fernandez ( Tokoh perniagaan )
5. Khairul Fahmi Che Mat ( Lagilah tipu tak kenal )
6. Tan Sri Zeti Akhtar ( Gabenor Bank Negara )
7. Datuk Ibrahim Ahmad ( Pengarah MARA )
8. Datuk Seri Hasan ( Islamic Affairs Minister )

Bincang punya bincang, kami memilih Rozita Che Wan, Khairul Fahmi Che Mat, Zeti Akhtar dan Datuk Ibrahim Ahmad untuk dikorbankan. Memang seronok sebab masing-masing bagi komitmen yang tinggi, takdelah bergaduh berperang pulak. Akhir perbincangan tu kami diminta untuk memilih satu watak setiap seorang dan bincang kenapa perlu dibuang/dikekalkan. Aku pilih Datuk Seri Hasan dengan muka penuh kepasrahan. Panel dalam tu ada empat orang dan memang psiko habis. Kalau mental tak kuat, mahunya nak menangis kat situ. Jadi kesimpulannya jangan mudah tertipu dengan sikap orang cuba nak psikokan diri kita.. Yakin jer kita boleh buat.. Chaiyok!!!

Temuduga habis satu jam selepas itu. Rasa lega yang teramat sangat sebab dah selesai satu tugasan. Lepas nie, aku perlu sentiasa berdoa semoga keputusan temuduga tersebut positif.. Harap-harap usaha itu berbaloi. Dengar cerita ramai jugak kawan-kawan seangkatan yang dapat temuduga MARA tu. Lagi beruntung, ada yang free jer dapat masuk dan tak perlu nak ditemuduga pun. Tapi dalam negara lah, yang luar negara semua kena temuduga. InsyaAllah kalau dapat, aku berpeluang melanjutkan pelajaran selama dua tahun di INTI International College untuk program persediaan dan empat tahun di USA untuk program ijazah dalam bidang Bioteknologi... Semoga setiap kesusahan akan dibalas dengan kesenangan! Amin..



Dec 12, 2011

PENANTIAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam Satu Dunia .. Niat di hati tidaklah mahu mencoretkan apa-apa yang serius seperti selalu :) Hehehe. Cuma ingin mencoret tentang beberapa peristiwa yang telah terjadi dan akan terjadi insyaAllah jika diberi kesempatan oleh Allah S.W.T..

30 November 2011. Sehingga ke akhir hayat takkan aku lupa segala yang terjadi pada hari tersebut. Sebenarnya entry sebelum nie dah banyak sangat cerita pasal 30 November nie ( The Ending Is The Beginning.. Haha ) tapi ada satu yang lupa aku nak coretkan. Mungkin bukan lupa, tapi saja-saja taknak coret sebab takut kalau satu hari nanti aku baca balik entry-entry yang lepas, terkeluarlah semua memori-memori yang tersimpan.. Terutamanya memori itu. YANG ITU. Rasanya dah cukup berani untuk aku luahkan apa yang tersimpan. Dah cukup memalukan untuk aku ingat balik dan tak kurang jugak ada sedikit penyesalan yang bertamu. Penyesalan yang aku sendiri tak tahu kenapa, kehadirannya betul-betul macam sembilu kat hati ini. Ramai yang meyakinkan aku apa yang aku lakukan itu betul, tapi aku sendiri rasa macam tak betul. Pada mulanya aku yakin untuk melakukannya, tapi dalam masa yang sama aku takut. Aku takut apa yang aku telah lakukan akan mengundang ketidakselesaan buat dia dan kelukaan buat aku jua akhirnya. Aku takut untuk mengulang semula apa yang pernah aku lakukan. Aku takut untuk berasa sedih lagi, sama seperti dulu. Sedih kan kehidupan aku ini? Terlalu banyak dibayangi kenangan semalam sampaikan aku takut untuk melakukan sesuatu seperti itu lagi...

Apa perasaan anda bila anda bertemu dengan seseorang yang saat pertama kali anda melihat matanya, anda melihat kesedihan yang ada dalam hatinya?

Dah bunyi macam pakar psikologi pulak aku nie kan. Tapi sayang untuk persoalan diatas tu aku takde jawapannya. Kalau ada pun, jawapannya terlalu subjektif dan tersirat. Takkan sama dengan sesiapa pun. Kenapa aku utarakan persoalan itu pun, aku tak tahu. Rasanya sekadar untuk mengeluarkan dawai yang tersekat kat kepala yang dah sedia senget nie. Kot, entahlah.

Perasaan seseorang, kita tak boleh paksa kan.. Dan hati manusia memang bukan manusia yang pegang, apatah lagi bagi manusia macam aku nie..

Dan kesedihan dalam hati manusia itu, sungguhlah sampai sekarang aku masih kabur untuk nampak sepenuhnya. Aku takde niat nak baca hati dia, tapi itu hakikat. Hakikat yang aku memang melihat kesedihan yang jelas dalam hati dia saat pertama kali aku pandang dia. Waktu tu memang tertanya-tanya, budak nie ada masalah ke? Budak nie memang suka berpura-pura senyum ke? Budak nie memang taknak orang kongsi sekali kesedihan dia ke?

Okey kalau tadi aku macam pakar psikologi, sekarang nie aku dah betul-betul macam Oprah.

Masa seolah-olah dah berputar pada 21 Mac 2010. Pertama kali secara rasminya aku masuk ke MRSM Pasir Salak dan jadi Oprah tak bertauliah. Jadi pemerhati tak berlesen. Jadi penganalisa tak bergaji. Dan jadi penyayang tak bersebab. Betul-betul takde sebab.

Masa berputar pulak pada kelas Cikgu Amal yang aku tak ingat entah bila. Macam ternampak-nampak aku punya ahli kumpulan BM waktu tu. Aku yang jadi mentor kepada empat orang kawan yang sama kelas. Aku yang jadi mentor kepada manusia itu walaupun sebenarnya aku rasa BM dia lebih hebat dari aku. Aku yang pertama kali nampak dia senyum dan gelak kat depan muka aku. Selamba dek dia cerita tentang dia nampak budak perempuan yang 'cuti' berpuasa makan biskut dalam kelas. Selamba dek jugak aku buat selamba waktu tu walaupun aku rasa lega dan aku tak tahu kenapa.

Masa berputar kembali pada Jamuan Raya 2010. Dengan separuh rela aku jadi emcee dengan Alif walaupun masa itu marah aku kat Umi tak hilang lagi ( sorry Umi, baru nak mengaku, hehe ) Memang masih ternampak-nampak semua BWP makan dengan sedap depan mata aku dan tak sedar langsung perut aku nie berkeroncong tahap kebulur sebab tak sempat makan. Ternampak-nampak jugak tiga batang sate depan mata aku. Dihulur oleh tangan yang pemiliknya mempunyai muka blur waktu hulur kat aku yang serba salah nak terima. Waktu makan jugak sate tu lepas dipaksa, rasa perut nie macam tak payah makan setahun dah. Bukan sebab jiwang sangat nak rasa kenyang bila orang bagi sate, tapi sebu sebab rasa mampat dengan segala rasa. Rasa yang aku pun tak tahu kenapa boleh ada. Waktu tu dalam kehidupan aku macam muncul satu kalendar. Kalendar yang menentukan permulaan sesuatu yang baru. Atau pencetus rasa yang memang dah ada waktu nampak 'mata gembira tapi hati sedih tu'?

Masa, jom pusing balik waktu exam final Semester Dua. Memang jelas dalam kepala waktu handphone hilang atas meja. Tengah-tengah study kat kelas yang cuma ada dalam enam orang waktu tu, handphone boleh lesap. Masih ingat kat kepala ayat maut yang keluar dari mulut nie --> Siapa amik handphone aku, aku cium pipi dia! Sumpahlah aku memang takkan cakap ayat tu lepas tau handphone tu bukan kat Si Mariam Golek, tapi kat Si Manusia Yang Buat Perangai Pelik.

Masa kembali agak jauh ke zaman-zaman awal tahun 2011. Zaman drama kelas BI. Zaman kesanggupan aku nak berlakon jadi Anna dalam The Fruicake Special yang memang lawak tu. Zaman Anna yang terbalikkan plot sebenar cerita bila tak jadi nak sangkut kat David Amos, tapi kat Waiter yang dok nyanyi lagu Westlife kat dia. Zaman Anna yang rasa nak tukar nama dia jadi Anna Waiter walaupun kat dunia nyata.

Masa berputer semula pada Minggu Bahasa Se-Malaysia. Waktu tu memang masa lebih baik berhenti je, jangan jalan-jalan lagi. Muka memang tak nak express apa yang ada dalam hati tapi malang gambar-gambar dalam kamera mengkhianati. Rasa nak duduk Melaka tu sampai bila-bila dan tak rasa menyesal langsung bila tak dapat nak pergi kem semata-mata sebab ganti Alif bertuah tu dan join Minggu Bahasa. Rasa nak cabut telinga nie dengar ayat 'Takpe lepas nie pun, kau sentiasa ikut aku ke mana-mana pun' Sungguhlah memang pelik bila aku buang tabiat tak buang air tin Milo dan pastik coklat Cadbury walaupun dah terang jelas lagi nyata benda tu sampah yang memang patut dibuang. Memang buang tabiat jugak bila sampai sekarang tin Milo dan plastik coklat tu jadi hiasan meja belajar kat rumah lepas dibawak balik dari kediaman asalnya iaitu dalam loker kat asrama, bukan tong sampah.

Maka agak-agak terjawab tak persoalan aku tu ? Apa perasaan anda bila anda bertemu dengan seseorang yang saat pertama kali anda melihat matanya, anda melihat kesedihan yang ada dalam hatinya?

Jawapannya ada pada setiap riak muka yang ada pada muka aku sepanjang dua tahun itu.

Dan sekarang, masa kembali semula pada 30 November 2011. Masa yang mencatatkan aku menulis sesuatu di belakang gambar itu. Tulisan yang sampai la nie buat aku menimbal-nimbal tindakan drastik tu.

Orang cakap penantian itu satu penyeksaan. Aku pun tak tahu macammana rasanya dan dulu aku tak sanggup pun nak jadi bahan eksperiman untuk statement tu. Dulu, tapi untuk sekarang? Cukup berani ke nak tengok kesimpulan eksperiman tu macam mana?

Aku tak pilih penantian. Aku pilih kenyataan. Kenyataan yang aku janji aku akan tanya hati ini sekiranya ada satu lagi pertemuan selepas ini. Pertemuan yang sebenarnya aku sendiri tak tau bila dan macam mana keadaannya. Paling penting, pertemuan yang aku rasa suasana je yang lain, tapi orangnya masih sama. Orang yang ada depan mata waktu itu, dan orang yang ada dalam hati selama itu.

Masih sama, insyaAllah.



Dec 4, 2011

Seseorang Berbicara Tentang MIMPI

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.. Hari ini aku ingin mencoret rasa hati tentang MIMPI. Yup, mimpi.

Semua orang pernah bermimpi kan?

Ada mimpi indah. Ada mimpi sedih. Ada mimpi ngeri. Macam-macam jenis kompilasi mimpi ada. Bagi sesetengah orang, mimpi itu satu keseronokan, satu kegembiraan. Mimpi tentang masa silam yang penuh gelak tawa. Mimpi tentang masa hadapan yang membahagiakan. Semua mimpi itu memang indah, membuatkan kita taknak bangun daripada tidur langsung..

Bagi sesetengah orang pula, mimpi itu menyakitkan, menyedihkan. Mimpi tentang masa-masa yang kelam. Mimpi tentang sesuatu yang paling tidak kita ingini daripada terjadi. Dan mimpi tentang ketakutan kita yang paling dahsyat. Itu, memang mimpi yang dahsyat. Lebih teruk lagi kalau mimpi tu menghantui kehidupan hidup kita tanpa sedar. Melumpuhkan semangat dan hari-hari yang mendatang..

Bagaimana pula keadaannya jika sesebuah mimpi itu 
bertandang berulang-ulang kali dalam episod malam kita?

Tak semua mimpi mendatangi kita bersama maksud di sebaliknya. Dan tak semua mimpi juga hanya sekadar fatamorgana semata kan? 

Ada yang berkata bahawa mimpi menzahirkan segala rasa hati yang tersimpan. Segala yang terbuku dalam dada, yang tidak ditonjolkan kepada sesiapa. Ada juga yang berkata bahawa mimpi itu satu impian. Suatu harapan yang kadang kala amat sukar untuk direalisasikan. Benar, tiada apa yang mustahil di dunia ini dengan izin Allah S.W.T tapi tahap ketidakmustahilan itu perlulah juga berpijak di bumi yang nyata, kan? Ibarat mengukur baju di badan sendiri.

Jadi, walau bagaimana indah atau sedih pun satu mimpi itu, sedarlah bahawa mimpi dalam tidur hanya sementara. Tetapi jika dalam dunia nyata pun kita masih 'bermimpi'? Tepuk dada tanyalah selera.

Mimpi itu SAKIT
Kepada mereka yang sentiasa menginginkan KESAKITAN
Mimpi itu INDAH
Kepada mereka yang sentiasa memikirkan KEINDAHAN
Mimpi itu NGERI
Kepada mereka yang sentiasa merasakan KEKEJAMAN
Mimpi itu KHAYAL
Kepada mereka yang masih tiada KESEDARAN...



Dec 3, 2011

Dah RINDU dahh ????? Alamak =_=

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Today was a fairytail!! Alhamdulilah aku bangun pagi hari Sabtu yang indah ini dengan senyuman (: Kenapa aku gembira sangat?? Taklah, mana ada apa-apapun. Cuma perasaaan gembira ini datang bila aku dah bebas daripada pemikiran camni - "OH TIDAKKK buku tak habis baca lagi !!!! " atau " Malasnya nak pergi Gemilang.... " atau lebih kronik, " Thats it! Aku dah fedap dengan SPMM !!! " Okey aku memang teruk sebab pernah pikir camtu kan? (senyum lebar)

Tapi satu benda yang mengganggu pemikiran aku sehari dua ini ialah - AKU RINDUKAN MEREKA..

Macam budak kecik. Tapi budak kecik pun ada perasaan kan? Dan perasaan budak kecik lagi suci dari orang dewasa yang dah melekat dengan hitam-hitam kat hati mereka.

Rasa kosong je bila tak berborak dengan siapa-siapa hari ini. Rasa tak lengkap bila tak gelak dengan kawan-kawan. Rasa pelik semacam bila takde lawak bodoh dari classmate. Memang ganjil dan memang dahsyat. Macam kertas soalan tak lengkap. Macam gambar tak habis cetak. Macam puzzle tak habis susun. Itulah rasa hati aku. Aku rindukan mereka. Syifa, Nina, Syasya, Zahra, Yam, Ada, Syeraz, Fas, Raihan, Maman, dan semua.. Dan satu nama walaupun aku tak tahu kenapa.

Semoga kerinduan ini bukan sia-sia. Semoga kerinduan ini akan menambah kekuatan untuk aku. Semoga kerinduan ini bakal mengingatkan aku dengan kegembiraan. Semoga kasih sayang yang terjalin akan sentiasa mekar..

Thats it
We might think there will be no way
For us to hear all those sweet voice
And see all those nice laugh
Just imagine
As long as we love them
There will always be a way to love
And to remain LOVE..

Perpisahan itu pasti, bagi mereka yang memang akur dengan realiti hidup ini..
Pertemuan itu pasti, walaupun mungkin di akhirat nanti..