Dec 15, 2011

Program Pra-SPM MRSM 2011/2012

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia ..

Alhamdulillah kelmarin aku telah selesai menjalani temuduga dengan pihak MARA untuk Program Pra-SPM 2011/2012. Apa tu? Meh sini cerita.. Program tu anjuran pihak MARA untuk pelajar MRSM yang terpilih. Ada beberapa universiti yang ditawarkan dan kalau sesiapa yang dapat program nie, pihak MARA bagi tajaan penuh dan masuk bulan Januari nanti. Kira masuk awal lah, tak payah tunggu bulan September macam selalu. Kelebihan program nie ada banyak. Dapat tajaan penuh, tempat universiti terjamin dan habis belajar pihak MARA terus carikkan kerja..

Tipulah cakap kalau taknak kan? Aku bersyukur gak sebab aku dipanggil untuk temuduga walaupun sebenarnya aku rasa diri nie tak layak pun. Yelah aku mana nak aktif kokurikulum tu semedang. Tau kembangkan badan kat bilik jer.. Kalau ada sukan memang nak mengelak awal-awal.. Haha padanlah kalau badan macam belon. Tapi bersyukur sangat-sangat, walaupun tak confirm yang aku akan diterima masuk tapi sekurang-kurangnya aku dah diberi peluang untuk melakukan yang terbaik waktu interview haritu.

Cakap pasal interview, memang rasa nak pengsan. Sebelum aku ditemuduga haritu, adalah dalam dua hari tak tidur sibuk cari info tentang Bioteknologi, kursus yang aku mohon. Takut jugak kalau-kalau percuma jer kena sembur dengan soalan dan mulut terkunci tak reti jawab. Al maklumlah aku nie bab fakta memang kontang.. Nak amik tahu isu semasa apatah lagi. Jadi untuk menebus lubang yang satu tu, terpaksa lah bersengkang mata belajar balik..

Haha, memang teruk. Setahu aku kalau sebelum ini, semua temuduga mesti sama ada secara individu sahaja atau individu dan berkumpulan atau istilah Uncle John nya 'grouping'. Aku pun prepare habis-habisan untuk individu. Untuk grouping tak boleh cakap apalah kan, bergantung kepada panel nak bagi soalan apa. Jadi berbekalkan keyakinan hampir 90% aku pun datang ke Pejabat MARA Selangor untuk temuduga tu. Waktu aku datang tu, memang ramai dan kebanyakannya untuk pelajar yang mohon untuk sambung belajar ke luar negara. Tahun nie, MARA offer ke Australia dan USA. Memang muka nampak hebat-hebat jer semua. Aku nie, tergugat lah jugak tapi steady jalan tak pandang kiri kanan ( konon macam confident tapi nampak pelik sebab muka tegang semacam ) Hahaha. Nak redakan gemuruh, anggap jer kita nie calon terbaik walaupun sebenarnya jauh panggang dari api.. Hehehe.

Waktu aku datang, nama aku disenaraikan sebagai calon pertama untuk Panel 2.Nak cakap lebih-lebih macam kena reda jelah, terima kasih ayah sebab bagi nama anakmu ini bermula daripada huruf A.. Huhuhu. Sebelum masuk untuk sesi 3.30 petang, sempatlah aku beramah-tamah selama 15 minit dengan calon lain yang sama panel dengan aku. Terkejut jugak, ada yang datang straight dari Kubang Pasu dan tidur di masjid sebab takut tak sempat. Yang sama panel dengan aku ada lima orang, dan lima-lima tu rumah jauh semedang. Tak macam aku yang sekangkang kera boleh sampai nie. Waktu tu timbul rasa kesyukuran sebab dikurniakan rumah yang dekat dengan Shah Alam..

Tepat jam 3.30 staf MARA panggil kami masuk. Aku memang musykil, kenapa masuk ramai-ramai? Aku pandang muka mereka, mereka pandang aku balik. Masing-masing buat isyarat tak tahu apa yang terjadi. Blur semacam je. Hadui, matilah aku.. Sekali grouping daaa. Terkejutlah sebab takde info apa-apa pun sebelum nie. Nak taknak, reda tak reda kena redah jelah kan.. Waktu duduk tu, semua memang muka resah semacam. Macam cacing kepanasan. Semua senyum terpaksa jer ( memang nampak janggal dan pelik ) Pegawai MARA tu suruh kami baca arahan kat soalan sebab temuduga nie melibatkan aktiviti berkumpulan. Sama ada nak buat group discussion, mock presentation atau debate ( tanpa sebarang kompromi kami memilih group discussion! )

Aktiviti haritu lebih kurang situasinya macam nie ha -- Ada sebuah belon udara panas menuju ke Putrajaya dan dalam belon tu terdapat lapan orang. Disebabkan berat bertambah, empat orang terpaksa dicampak keluar bagi mengelakkan belon tersebut terhempas. Pilih dan bincangkan siapa yang perlu dibuang serta kebaikan dan keburukannya. ( Sebenarnya soalan dalam BI tapi translatekan ye )

Lapan orang tu ialah :

1.Datuk Seri Najib ( Perdana Menteri )
2. Dato Seri Mohamad Fadilah Kamsah ( Motivator )
3.Rozita Che Wan ( Tipu tak kenal )
4.Tony Fernandez ( Tokoh perniagaan )
5. Khairul Fahmi Che Mat ( Lagilah tipu tak kenal )
6. Tan Sri Zeti Akhtar ( Gabenor Bank Negara )
7. Datuk Ibrahim Ahmad ( Pengarah MARA )
8. Datuk Seri Hasan ( Islamic Affairs Minister )

Bincang punya bincang, kami memilih Rozita Che Wan, Khairul Fahmi Che Mat, Zeti Akhtar dan Datuk Ibrahim Ahmad untuk dikorbankan. Memang seronok sebab masing-masing bagi komitmen yang tinggi, takdelah bergaduh berperang pulak. Akhir perbincangan tu kami diminta untuk memilih satu watak setiap seorang dan bincang kenapa perlu dibuang/dikekalkan. Aku pilih Datuk Seri Hasan dengan muka penuh kepasrahan. Panel dalam tu ada empat orang dan memang psiko habis. Kalau mental tak kuat, mahunya nak menangis kat situ. Jadi kesimpulannya jangan mudah tertipu dengan sikap orang cuba nak psikokan diri kita.. Yakin jer kita boleh buat.. Chaiyok!!!

Temuduga habis satu jam selepas itu. Rasa lega yang teramat sangat sebab dah selesai satu tugasan. Lepas nie, aku perlu sentiasa berdoa semoga keputusan temuduga tersebut positif.. Harap-harap usaha itu berbaloi. Dengar cerita ramai jugak kawan-kawan seangkatan yang dapat temuduga MARA tu. Lagi beruntung, ada yang free jer dapat masuk dan tak perlu nak ditemuduga pun. Tapi dalam negara lah, yang luar negara semua kena temuduga. InsyaAllah kalau dapat, aku berpeluang melanjutkan pelajaran selama dua tahun di INTI International College untuk program persediaan dan empat tahun di USA untuk program ijazah dalam bidang Bioteknologi... Semoga setiap kesusahan akan dibalas dengan kesenangan! Amin..



3 comments:

umi aisha karim said...

congrats aqila :)

Major Rush said...

Assalamualaikum
boleh nak tumpang tanye?
macam mane kite nak tau dapat program pra spm nih ke tak? kene cek email ke dapat surat?
harap dapat bantu cause I'm really lost here...

AQILA SYAHIENA MN said...

waalaikumsalam (:

thanks umi, doakanlah kejayaan aku..

untuk major rush, saya jawab berdasarkan apa yang saya dah terima ya. kena check email sebab dia akan bagi email. pastu tunggu surat, sebab dalam surat tu ada dicatatkan kita dapat bawah program apa. satu lagi kalau tak dapat dua-dua tu, call pihak mara sebab ramai kawan saya dapat program nie tanpa perlu interview pun. mara hanya akan call mereka akhir disember nie. harap membantu dan selamat maju jaya ! :)