Jan 30, 2012

Sweetest Goodbye

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Esok bakal menghantar adik lelaki ke SBPI Sabak Bernam. Kalau dulu asyik nama aku jer yang makcik-makcik sebut sebab ulang alik dari asrama, sekarang nasib dia pulaaakk!! Hewhewhew... :D

Tipulah cakap kalau takkan rasa kehilangan bila dia takde kat rumah nanti walaupun aku tak berapa nak rapat dengan dia. Dulu kecik rapat gegila tapi bila dah besar biasalah kan. Masing-masing buat hal sendiri.. Rasa-rasanya major siblings memang jadi macam rupa nie.

Harap-harap dia boleh jaga diri baik-baik dan selamat sentiasa. Okey siapa cakap aku bukan kakak mithali??? *u*

Jan 29, 2012

A Letter To Athena

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Entry kali nie pendek jer sebab tak manyak masa lohhhhh...!! Tapi nak jugak mencelah update blog. Itu sudah satu kemestian... Huhuhuhu.

Okey kali nie nak share satu sajak yang memang sudah buat aku JATUH CINTA dengan ayat dia.. Seriously memang tajam menusuk mencucuk-cucuk hah kat hati aku nie. Walaupun ayat dia simple tapi maksud dia dalam. Owhhh aku betul-betul terpikat kat sajak nie! Sajak nie aku amik dari belog Fakri Khairi, boleh click kat nama dia untuk kesahihan okey.. Cer baca, cer baca.. * Teresak-esak sebab feeling terlebih


mereka kata kan "tak perlu kau menunggu akan perkara yang tidak pasti"
kau kembali duduk menunggu dia

mereka bangkit dan cuba untuk mengheret kau dari bangku menunggu
kau berpegang erat pada bangku itu , "jangan lepaskan"

seorang pemuda menawarkan bantuan,
menawarkan sebuah kerusi yang tidak perlu kau duduk dan menunggu lagi

kau senyum
kau tetap kaku diatas bangku itu, menunggu dia

pemuda itu tersenyum, kagum

bertapa kuatnya kau berpegang pada janji yang telah kau ikrarkan dahulu

kau senyum

kau tetap kaku diatas bangku itu, menunggu dia 

sedangkan kau sendiri tidak pasti bilakah dia akan pulang 
samada dia akan pulang, atau tidak langsung 

kau senyum,
kau tetap kaku diatas bangku itu, menunggu dia 

ianya dipanggil setia.
jarang sekali untuk kita berjumpa dengannya
dia sangat beruntung mempunyai seorang penunggu yang setia seperti kau


See??? I told you.. Kalau korang takde rasa pape memang hati kering lah tu..
  

Jan 28, 2012

SPECIAL

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Everyone got their own specialness right? So do me :)

And of course all of you. Tak perlu nak berpura-pura jadi orang lain sebab itu menyebabkan diri kita nie tak original. Plastik. Dan bila kita tak hargai apa yang kita ada, kita akan kehilangan lebih banyak perkara lagi dalam hidup kita. Sebab manusia ini diciptakan dengan kelemahan dan kelebihan yang saling melengkapi..

Aku tahu perangai aku pelik dan aku tahu aku kadang-kadang langsung tak serupa macam orang lain yang normal (adakah aku ini cacat?) Owh taklah. Ye kepala aku tak serupa macam orang lain dan aku selalu buat benda yang tak pernah dibuat orang tapi aku tak kisah. Selagi benda tu tak salah, aku tak kisah. Aku tak pedulikan pandangan orang lain bukan sebab aku tak terima apa yang orang cakap, cuma aku rasa gembira dengan apa yang aku buat dan aku yakin takde apa yang menjejaskan orang lain pun.

Selagi benda tu tak salah disisi syarak buat apa nak kisah betul tak? Janji aku bahagia dengan apa yang aku buat. Janji aku puas hati. Janji aku boleh tersenyum.

I am special, although in a different way than you :)

Jan 25, 2012

Still Have Heart To Remember !

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

A post dedicated to my sweetest cousins!! She is my sister, my friend and my great pal.. LOVE HUG KISSES :)


Annis Nazlan. Sixteen this year dan menjadi kawan aku semenjak dia sendiri baru kenal dunia. Owh memanglah setakat sepupu apa nak heran kan? Maybe bagi orang lain macam tu kowt tapi tak untuk aku. Walaupun dia cuma sepupu aku tapi dia sangat berharga untuk aku.

Okey-okey aku memang dah serupa macam promoter je kan. Post sebelum nie pasal kawan-kawan, sekarang sepupu pulak. Eleh macam aku sorang jer ada kawan dan sepupu kan? (buat muka selamba)

Tak kisahlah apa orang nak cakap tapi kalau kita sekadar tahu yang kita ada ramai orang sekeliling kita tapi tak pandai nak appreciate, atau sekurang-kurangnya tunjukkan yang kita bersyukur dengan kehadiran diorang tak guna jugak kan?

"Kasih sayang tak perlu diluahkan, cukup sekadar mereka tahu dan kita merasakannya" Owh ungkapan nie tak boleh diguna langsung. Sebab tak semua orang tahu kita sayangkan dorang kan? Dan tak semua orang jugak sedar bila kita terlalu takut dan ego nak tunjukkan. Bluuuh.

I'm grateful that i still have a heart to remember them :)

Jan 24, 2012

We 'Are' Friends, Will Never Be 'Were'

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..




Owh malam ini tiba-tiba saya rindukan mereka. Saya rindukan kawan-kawan saya yang dah sebulan lebih tak jumpa semenjak jadi alumni MRSM Pasir Salak nie. Mungkin aku nie suka menjiwang-jiwang bermain dengan madah kata segala macam tu tapi bila sampai part nak express kan, terus tak reti. Blur semacam je.

Rasa-rasanya tak perlu nak letakkan kata-kata indah kot. Satu je garis panduan yang aku ada malam nie : AKU SAYANG MEREKA dan thats enough to let myself know how terrible much it is.

Ye aku tau ramai kat luar sana yang anggap budak lepasan sekolah macam aku nie masih lagi tak sedar diri nak membesar. Masih sibuk teringat kat kawan-kawan yang dah ditinggalkan, teringat semua sweet-sweet memories yang ada zaman sekolah. Okey aku sedar yang aku nie dah besar. Its time to grow up dan terus pandang depan sebab zaman sekolah bukan lagi zaman aku. Heii kalaulah korang-korang yang masih dalam uniform sekolah nie pikir "Owh seronoknya dah tak payah sekolahhh!!!" korang silap besar lah der aku cakap awal-awal. Zaman lepasan SPM memang syiokkk tapi zaman 'peralihan nak sedar diri tu dah besar' tu yang tak berapa nak seronok kalau dibandingkan dengan fantasinya. Silap langkah sikit je terus tersadung tergolek-golek dan nak bangun belum tentu senang. Owh silap bukan senang, tapi cepat. Yup bila dah tersungkur, lambat bebenor nak sedar diri tu dah menyimpang jauh. Prejudis? Its a fact, kawan.

Rasa-rasanya aku tak berhak nak campur tangan dalam urusan orang kan kan? Tapi aku terasa nak menulis jugak sebab tak berapa nak sedap perkembangan kawan-kawan seangkatan aku. Segelintir, diulang sekali lagi, segelintir. Mungkin pada pandangan aku sorang lah kot, orang lain tak tau lah. Bila dah bebas dari peraturan sekolah je, semua pakat nak tanggal tudung bagi girls dan pakat smoking bagi boys (owh silap dorang kebanyakannya dah start smoking masa dikurung dalam pagar sekolah lagi) Tak kisahlah. Tapi tak boleh nak sorokkan rasa terkejut tu bila terserempak ngan dorang kat mana-mana. Yelah masa sekolah elok je bertudung walaupun tak labuh (aku pun macam tuh) dan bila dah sebulan tak nampak muka, tup tup nampak rambut mengurai. Aku tau aku pun tak baik mana, tak alim mana pun. Iman masih terkontang-kanting. Tapi aku harap orang-orang yang aku sayang takkan terlajak jauh, harap-harap dorang sempat nak sedar. Dan doa itu untuk diri aku jugak.

Bila ada negetif mesti positifnya lebih banyak kan? Hah ramai kawan-kawan aku yang dah mula bekerja, paling koman pun dah sibuk nak amik lesen walaupun aku yakin dorang pegang stereng 2x ganda lagi baik dari aku hakhakhak. Okey merepek. Kalau nak ulas semua perkembangan dorang sekarang nie, tak cukup tangan aku dibuatnya. So yang terdekat ada enam orang. Tak, silap tu. Memang sentiasa ENAM orang ini yang terdekat dengan aku. Sentiasa dalam hati aku dan dalam frame tepi katil yang tiap-tiap malam aku tengok.

The very first one is her


Nama diberi Nurul Assyifa Binti Ahmad Sabri. Nama kontot Syifa, tapi aku suka panggil Syifer. Waktu tu demam melanda aku sampaikan semua orang aku nak letak -er kat belakang nama dorang, hahaha. Orang Taiping dan lahir 3 Disember 1994 yakni berkongsi birthday dengan adik aku Ameen. Memula kenal korang akan nampak dia nie cool dan matang jer tapi lelama korang akan notice kegedikan dia menyerlah hari demi hari.. Aku tak tipu okey. Syifa nie Exco Keusahawanan maktab kitorang. Dan dia jugaklah satu-satunya yang selalu keluarkan statement cool dan menenangkan jer kalau bersembang. Yang lain semua perangai tak serupa umur (akulah tu, terasa bangat) dan aku sangat respect Syifa yang tak pernah give up dalam apa-apapun yang dia buat. Teruk mana pun, hancur cemana pun benda tu dia tetap usaha nak buat sampai jadi. And Syifa is my best comfort. Istilah 'is' tu takkan pernah tukar jadi 'was' okey. Bergelen-gelen air mata jugak aku dah tumpahkan kat dia disebabkan comfornya dia sebagai seorang good listener bagi aku. Dan berguni-guni air liur jugak aku hadiahkan kat dia sebab tak tahan nak gelak bila dia buat perangai luar daripada biasa dia tu :D

The next one will be her.


Okey sebelum mulakan mukadimah, aku nak tunjukkan keputihan gigi dia yang menakjubkan! Tak payah zoom dekat-dekat pun dah nampak kan? Aku selalu cakap kat dia "Orang nampak gigi kau dulu baru nampak muka kau tau tak" hahaha. Nama diberi Siti Mariam Binti Abdul Halim. Anak pakcik Halim nie orang panggil Yam jer. Statement feveret aku : Rumah kat Slim River tapi kampung kat Shah Alam. Hak9. Yang ini paling tak tahan, bila dia ada maunya gempa bumi orang kat sekeliling. Paling spontaneous bila sampai bab melawak. Kadang-kadang aku pun tak habis fikir cemana lah si Yam nie boleh keluar idea lawak macam tu. Hahahaha. Tapi dalam lawak-lawak dia, Yam nie hati lembut macam kusyen.. Dan dia jugak orang first yang buat aku gelak waktu memula jejak kaki kat maktab tu. And Yam pun pandai buat aku terkedu bila dia cepat detect angin aku lain macam masa tu. Memang aku sendiri selalu rasa yang dia dah macam kakak tak rasmi aku kat situ, suka bebenor menggedik-gedik tak kira waktu. Hahahaha.. And one thing I do missed most is her smile :)

Next! The very one her.


Haaah adik manis nie bernama Zahra Fida Binti Toufik Rosidi. Anak jati Ipoh mali. Seorang budak yang sangat suka perasan dirinya comel dan aku sebagai seorang budak baik hanya mampu mengangguk denagn mulut muncung hak9. Sekarang nie dia tengah sibuk dengan peranan penting sebagai wirawati negara. Dalam kalangan kitorang dia sorang jer dapat PLKN, dan memang dahsyat jugaklah semangat si Zahra nie nak berkawad kaki segala tu.. Okey memula aku kenal Zahra, aku segan sikit nak beramah mesra dengan dia sebab dia nampak macam pendiam. Zahra jugak selalu cakap dia pun takut nak memula tegur aku sebab dia cakap muka aku yang sebenarnya cantik (ahaks) nie nampak sombong. Owh lupa nak tulis yang aku sangat sangat sangat sangat sayang kat Zahra disebabkan apa pun aku tak tau. Dan sangat sangat sangat sangat susah jugak nak buat orang lain marah kat Zahra nie, sebab dia memang tak pernah sakitkan hati aku walau secubit kuman pun (tapi aku suka merajuk bila kau komplot ngan teammate kau tu okey hak9)

Okey seterusnya ialah dia.


Tengok muka, tengok bebaik muka dia. Innocent gegila kan? Tapi bila sampai bab nak mengenakan orang, masya Allah zalim sungguh! Serius tak tipu. Owh nama dalam MyKad ialah Nur Amanina Binti Amir Abdul Halim. Ini sorang lagi aku suka panggil Niener, hahaha. Dia jugaklah studymate aku yang paling gagah sebab sanggup berjaga sampai pukul 2 pagi dalam bilik aku tiap kali exam. Dan Niena ni memegang tampuk jawatan paling penting dalam hidup aku kat kelas yakni mengejutkan aku tiap kali aku mengantuk terlentok kat depan cikgu.. Hukhukhuk. Secara tak langsung dia jugak merupakan PA tak rasmi aku. Kalau takde Niena, alamatnya aku nie lambat memanjang nak pegi mana-mana pun. Adawiyah pun cakap Niena dah macam mak aku.. Em aku pun selalu kagum dengan Niena sebab dia jenis yang usaha sungguh-sungguh sampai dapat.. Dan aku jugak sangat-sangat suka bila dia kena usik pasal Yon. Muka jadi cool semacam jer. Walaupun dia nie cantik tapi tak pernah berperangai pelik-pelik depan lelaki. Dan aku hormat itu :D

Allright, last but not least is her.


Nak explain sikit kenapa gambar si dia atas nie berbeza sikit latarnya dengan gambar-gambar kat atas tadi tuh. Waktu kitorang berlima berjoli sebelum SPM tu dia nie takde, so gambar dengan kertas ala-ala iklan tu dia takdelah. Nama si dia nie Nur Qhuraisya Binti Annuar. Nama kontot, Syasya. Anak kelahiran Sungai Siput dan antara manusia yang bertanggungjawab menyebarkan pendidikan bahasa Perak kepada aku. Erm Syasya start rapat ngan aku waktu Form Five. Tapi satu-satunya yang paling aku tak boleh lupa ialah waktu Syasya bacakan Yasin untuk aku time aku sakit. Dan Syasya jugak sudi berkongsi apa-apa yang dia rasa dengan aku. Bagi aku, aku bukan seorang pendengar yang baik tapi bila Syasya pilih aku untuk jadi pendengar, aku rasa bertuah sangat. Erm sebenarnya aku memang rasa mcaam tu bila sape-sape pun bercerita kat aku.. Owh ya aku sangat sangat sangat gembira jugak sebab Syasya selalu berusaha nak bangun dari kesilapan lepas dia. Dan dia ada semangat yang kuat untuk tolong family dia jugak jadi lebih baik. Apa-apapun aku selalu doakan yang terbaik untuk Syasya :)

Okey mari kita menyelit sikit.


Ini minah yang paling kepoh. Paling kuat menangis. Paling jiwang. Paling cepat tacing. Paling kabut. Paling gila kadang-kadang. Dan minah nie sangat obses dengan warna pink. Kalau boleh dia nak rambut-rambut sekali warna pink. Minah nie juga sangat gila dengan mengemas barang-barang dan pernah disahkan menghidapi Obsessive Compulsive Disorder iaitu terlalu obses dengan kekemasan dan ketelitian waktu kecik dulu. Tapi sekarang dah kurang sikit, hehehe.. Owh ya minah nie seorang yang sangat sangat sangat sangat kuat makan walaupun badan tak besar-besar (adakah merungut?) Owh okey dah lah tu dah dah.... Akulah minah tu, hak9.








Owh kalau korang betul-betul peka, korang akan perasan individu yang aku ceritakan kat atas (selain akulah tu) ada lima jer, sedangkan kat atas tu haa aku cakap ENAM orang. Jadi mana orang keenam???



Ye aku faham kenapa perlu diedit-edit biar kabur camnie? Biarlah kabur, tak perlu pun nak tayang kat orang sebab takde pape pun yang perlu ditayang. Tapi ini masuk dalam kategori enam orang yang saya sebutkan tu.

Sebelum aku mencungkil semua benda baik undur diri dulu ~

Gong Xi Fa Chai Lai Lai Lai!!!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..


Tepat jam 12 malam tadi kedengaran bunyi pum pam pum pam kedeboommm kat rumah sebelah. Aku yang sedang asyik membaca novel baru dibeli semalam terus terbangun. Maunya tak hangin satu badan, rasa-rasanya aku takde berjiran dengan sorang amoi mata sepet pun selama nie. Tup tup dorang pakat sambut raya cina sekali. Tak paham betul aku.

Owh apa-apapun kali nie bukan nak membebel pasal mercun maha gempita yang aku dengar semalam. Buang masa je membebel pasal benda tuh, bukannya deme reti pun aku nie dok berasap jer malam tadi (okey terkeluar bahasa Perak aku hak9) 

Tengah hari tadi aku satu family pergi beraya kat rumah kawan my father kat Setia Alam. Dan sekalian anda  yang duduk area Shah Alam and Klang mesti tau kan Setia Alam tu standard tempat cemana. Owh masa menjejak masuk kat kawasan rumah lot, mulut aku terlopong ternganga menengok deretan rumah-rumah kat situ. Kebetulan kawan ayah aku tu orang berada, kaya raya tujuh keturunan harta tak habis gituu... Rumah dia pulak bukannya rumah yang macam kat perumahan tu, tapi rumah lot yang dibina atas tanah yang juga dibeli $$$$ huhuhuhu. Terpegun aku menengok rumah-rumah yang tak kurang dari tiga tingkat kat situ. Dalam hati terdetik jugak nak ada rumah macam nie. Tipulah taknak kan kan?

Kebetulan kawan ayah aku tu peramah orangnya. Ayah aku pun selalu cerita pasal dia. Dia cakap uncle tu kawan ngan dia dah berbelas-belas tahun dan dah jarang gila jumpa tapi uncle tu still ingat ayah aku kalau dia buat open house. Bagi aku, bukan senang nak berkawan ngan bangsa asing nie al maklumlah aku tak berapa nak berkenan ngan konsep ONE MALAYSIA yang orang dok canang sana sini ooooppppppppssss hahaha. Tu pandangan peribadi yek, takde niat nak sentuh sensitiviti kaum punn. Okey Aqila stop it now. Melalut pulak dia.

Hah makanan kat umah tu yang buat aku tak pejam mata mengunyah. Kenyataan yang aku nie kuat makan memang fakta yang diketahui kawan-kawan orait :DD Dan aku memang respect kat uncle nie sebab dia serve semua makanan yang halal dimakan kami orang Islam. Satay, rendang, kari, daging, ayam, kek buah dan segala macam lagi. Dah tak rupa raya cina dah aku menengoknya, hahaha. Dan yang paling penting, angpow dia yang paling syioookkkkk sekali!! Kaching kaching kaching $$$$$$ RM 10 free-2 jer kat tangan aku.... Uuuuwh best sesangat!

Nota kaki : Saya bukan mata duitan haa tapi bila dioffer saya tak tolak! LOL

Jan 21, 2012

My Boyfiee

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Bila aje terserempak dengan kawan-kawan lama, mesti sume keluarkan ayat standard cam gini haa :

"Amboi, lainnya dia sekarang! Dulu kecik jer"
"Kau dah kurus sikitlah sekarang!"
"Lama dah tak jumpa, nasib baik muka kau tak berubah sangat"
"Duduk asrama dari Form One? Gih-la!"

dan ayat yang aku tak boleh nak jawab secara cool


"SINGLE?? Hai takkan tak berdua kot..."

Hahahaha. Kalau aku nie cantik cam Maya Karin takpelah jugak nak tanya soalan maut cam gitu. Lagipun aku baru menjejak umur lepasan SPM! Tak lepas nak kerja lagi pun. Gaya tanya macamlah aku nie dah nak sampai tahap anak dara tua yang dah wajib-wajib-wajib dipersoalkan status gantung tu.
Yelah zaman-zaman sekarang nie mana ada nak jumpa manusia-manusia yang single mingle dingle macam aku nie. Semua dah berdua, bertiga, berempat dan berkeliling pinggang (opssss) Hahahaha. Tapi rasa-rasanya batch aku kat MRSM tu pun tak ramai yang dah berpunya. Majoriti masih solo dan aku takdelah nak rasa pelik dan tersisih sangat :)

Tapi disebabkan ramai sangat dok bertanya macam-macam, mehlah aku explain. Okey ada yang tanya aku nie cerewet ke sampai takde sape-sape? Atau aku memang anti couple? Taklah. Mana ada.

Aku pun perempuan biasa, macam korang-korang semua. Aku pun ada perasaan, macam korang-korang semua. Dan aku pun punya fitrah nak memiliki, macam semua orang. Aku manusia biasa, takde apa yang pelik pun. Tipulah cakap aku tak teringin nak berpasang-pasang macam orang lain kan? Aku pun teringin nak ada someone yang boleh aku sayang. Boleh aku rindu. Dan boleh dijadikan tempat aku bercerita. Macam ni hah















Tapi aku taknak macam tu. Faham ke? Tak faham kan. Okeylah aku taknak ada couple yang dating-dating, kalau text guna 'honey' lah 'baby' lah 'anje' lah 'sayang' lah 'mama papa' lah segala macam tu. Aku benci semua tu. Sorry kalau memang kasar tapi itu apa yang aku rasa. Okey aku nie tak romantik. Aku nie tak manja macam orang lain. Dan aku pun taklah alim mana. Memang kalau korang-korang nie kenal aku, korang taulah yang aku nie perangai budak-budak, kalut, kepoh, suka bergurau dan nampak macam sosial. Itu aku dengan kawan-kawan sekolah dan bila sampai bab lelaki, aku loser.

Tapi bagi aku, dalam satu perhubungan tu tak payahlah nak menunjukkan yang kita sayang kat dia macamlah dia tu yang paling baik, yang paling perfect dan takde kekurangan. Dan yang paling aku tak berkenan ialah bila tengah dating, tunjuk romantik-romantik depan public. Sukalah tu bila orang kata "Owh sweetnyeee!!" Tak. Bagi aku tak.

Pernah tengok cerita Twilight kan? Okey aku bukan nak cerita pasal kegilaan semua orang kat Robert Pattinson tu sebab aku terkecuali. Tapi aku suka gaya dia bercinta dengan Bella tu. Takde pun nak kuar ayat-ayat manis ke mulut bergula ke tapi cukup untuk kita semua nampak yang diorang memang loving satu sama lain sangat-sangat. Aku suka macam tu. Dan setakat ni aku belum pernah jumpa lelaki macam tu.

Aku tak cerewet dan aku tak memilih. Cukuplah kalau lelaki yang akan aku sayang tu setia, suka senyum, beragama, sudi terima sagala baik buruk aku, sanggup nikah dengan aku dan habiskan hidup dengan aku.











Itu je dan aku masih belum jumpa.

Picnik My Favourite!!!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

APA??? PICNIK nak tutup?? Owh noooo tidak tidak tidak... Thats my favourite.. Huhuhuhu jangan tutup.. Pleaseeeeeee...

Owh ya korang-korang mesti pelik baca statement gila meroyan aku nie kan? Sebenarnya Picnik tu web favourite aku kalau nak edit gambar. Dah berbulan aku tak bukak dan bila bukak terkejut aku baca statement dia cakap April 2012 nie dah tutup dah. Huehue sedih, tersangat sedih.

Tapi berita gembira untuk aku ialah Picnik nie offer tawaran baik punya. Sebeum tutup, dorang kasi guna application Picnik Premium yang sebelum nie kena bayar secara PERCUMA!!! Woohooo... Dan aku pun mulalah menggila dengan mengedit gambar-gambar buat kesekian kalinya, hak9..












Okayy done tangan pun dah tergeliat. Lepas-lepas nie belog Aqila Syahiena ini akan SEMAK dengan gambar-gambar pulaks ye... Hak9

Tataaaaaaaa ~ (LOVE.HUG.KISSES)

Jan 20, 2012

Memandu Macam Spongebob

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Hari ini hari Jumaat dan aku masih berasa bosan dengan keadaan diri aku yang hampir dua hari tak mandi *yukkssss!!! Hik9.. Eh aku cakap betul nie, memang dah lama tak merasa air sejuk kat shower tu hah. Emm nak cerita apa ye..

Okey okey Rabu lepas aku dah start dengan latihan memandu sepuluh jam aku bawah Harmony Driving Academy (Encik Hadi suruh aku promote kedai dia kat korang-korang semua dan aku dah jalankan kewajipan aku hik9) Sebenarnya dah lama sangat aku tunggu nak pegang stereng tu tapi tak kesampaian hajat aku dan setelah dua minggu menunggu akhirnya dapat jugak. Aku disuruh tunggu depan pintu rumah jam 8 pagi tapi apa yang aku buat ialah aku dah duduk tercongok kat tepi jambatan rumah pada jam 7.40 pagi. Yee kawan-kawan aku sememangnya sudah sedia maklum yang aku memang bersiap dengan kadar tiga kali ganda lebih lambat daripada orang lain... Sebab tu jugaklah aku bangun jam 6.30 pagi dan terus bersiap lepas Subuh..

Tunggu punya tunggu nak dekat jam 9 pagi baru orang tu sampai dan aku yang waktu tu tengah baru nak menggigit hujung sebatang ais krim terus tersedak. Dalam masa tu otak terfikir-fikir TAKKAN NAK BAWAK JER AIS KRIM NIE MASUK KERETA? (macam bebudak sungguhlah Aqila Syahiena nie)
dan separuh lagi otak aku menjerit DAH TU TAKKAN KAU NAK MEMBAZIR BUANG JER AIS KRIM NIE?????

Akhirnya, aku buang.

Dan sepanjang perjalanan nak pergi Sg Buloh tu aku meraung-raung dalam hati bila terfikirkan betapa besarnya kerugian yang aku dah buat. Untuk yang tak kenal siapa gerangannya Aqila nie, dia memang gila ais krim. Statistik dia makan ais krim bersamaan sepuluh batang sehari hak9..

Owh aku nak share sikit pengalaman first time pegang stereng sengsorang. Orang nak memandu nie ada dua kategori - yang dah reti bawak secara haram atau yang tak reti langsung hatta asas sekalipun (akulah tu) dan memula tu teruja lah jugak. Aku dipartnerkan dengan sorang budak sebaya aku dari Bukit Kapar, nama dia Kurnia. Sedap kan? Orangnya pun baik. Tak janggal duduk ngan dia walaupun baru je kenal sebab dia rajin nak menyembang dengan aku. Aku bab-bab baru nak mengenal orang baru nie lemah sikit. Maunya terdiam terkedu membisu seribu bahasa tapi bila dah lama kenal, korang akan menyesal sebab dapat kawan kepoh macam aku nie hahahaha :D

Apa-apapun aku ingatkan belajar basic jer dulu sekali dia terus suruh drive! (owh ya 'dia' tu merujuk kepada En. Hadi sebab aku malas nak tulis pepanjang hak9) First round kat litar tu memang Allah jer yang paham azabnya macammana. Bila aku focus kat clutch ngan minyak, aku lupa pasal stereng. Dah senget-benget kereta aku tu atas litar sampai En. Hadi terjerit-jerit takut aku terbunuh dengan dia-dia sekali aku angkut jadi arwah. Aku yang kat tempat driver nie punyalah sengsara. Sudahlah brek tangan ketat gegila, kasut pulak licin sampai kaki kiri aku nie menyenget jer kat tempat clutch tu. Last-last En. Hadi kasi aku rehat dulu sebab dia nak torture Kurnia pulak.

Kurnia pun sama jer dahsyat macam aku. Kat tengah-tengah litar enjin dia mati. Hahahaha aku rasa nak gelak separuh gila dalam hati bila tengok muka dia tapi nak gelak kuat-kuat tak sampai hati lah pulak. Lagipun Aqila oi kau nie macam tak sedar diri jer kau pun 2x5=10. Tapi bila dah lama-lama, baru okey sikit. Aku dah boleh buat muka cool jer drive tu walaupun kadang-kadang En. Hadi bising sebab aku nie suka masuk laluan ikut suka hati aku. Dalam hati aku dok bising " Dah tu tadi suruh saya berani, jangan takut-takut. Nie saya dah tonjolkan sikap berani saya En. Hadi marah pulak " Hahahaha sekali pandang memang ada rupa aku memandu macam Spongebob tu. Cuma bezanya En Hadi sebelah aku nie mukanya bukan macam Mrs. Puff. Hik9

Setelah seharian aku memandu akhirnya habis pun. Aku ada lagi lapan jam setengah daripada sepuluh jam yang dah ditetapkan untukbelajar memandu sebelum amik ujian JPJ. Huhu tak sabar rasanya nak drive sendiri. Baru terasa macam orang dewasa betul kan kan? Hikhikhik.

Dan tadi aku dah amik borang untuk kerja sambilan kat 7Eleven depan umah. Nasib tak jauh, free jer aku boleh melenggang jalan kaki pegi kerja. Itulah orang cakap hidup kena berstrategi :D

Sampai sini jer. Tataaaa

Jan 17, 2012

Short Followers ;0

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Baru sekejap tadi blogwalking dan kini menghadap PC yang masih suam-suam kuku panasnya. Em bila fikir-fikir balik apa sebenarnya tujuan asal aku membelog nie eh? Untuk menconteng? Untuk menunjuk-nunjuk? Atau untuk menghebahkan semua cerita kepada umum?

Mungkin aku memang suka menconteng-conteng apa yang aku rasakan :)

Dan aku tak kisah bila belog aku tak ramai followers macam orang lain, sebab aku berbelog bukan untuk mendapat list followers yang panjang berjela bagai tu.

Aku berbelog untuk diri aku sendiri dan berjuta-juta terima kasih kalau ada yang tak rasa bosan membaca contengan-contengan aku nie :DD LOL

Jan 16, 2012

16 Januari 2012

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Dah berapa lama tak membebel kat belog sendiri. Okey hari ini 16 Januari 2012 dan kalau anda berada di rumah saya, anda akan melihat satu tanda bulatan pada kalender dengan tarikh ini. Dari semalam jugak adikku sorang dah sibuk bertanya apa maksud tanda bulatan kat kalender tu.

Rasa-rasanya tak perlulah nak beritahu kan.

Cukuplah kalau saya nak kata yang tiba-tiba muncul satu ruang kosong kat dalam nie. Rasa kehilangan tapi dalam masa yang sama gembira bila mereka akan menempuh satu kehidupan baru tanpa saya.

Baiklah aku tipu. Bukan mereka tapi dia.

Jan 11, 2012

Sweet Nightmare

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Hikhikhik. Masuk nie entah dah berapa banyak post aku publish kat sini. Lepaskan gian ke? Taklah. Cuma malam nie rasa nak bercerita kat semua orang. Rasa nak menyembang je dan yang paling utama memang jelas yang aku kesunyian kat umah nie tanpa kawan nak diajak bual :(

Mak ayah kerja.
Adik-adik sekolah.
Yang tinggal kat rumah hanya aku dan Cookie.
Bolehlah tu. Ada kucing sebagai kawan (hahaha sah dah tak betul)

Dan sejak kebelakangan nie selalu sangat terjadi Deja Vu dalam hidup aku. Terasa macam aku pernah alami peristiwa tu tapi sebenarnya tak pernah.

Ngeri tau.

Dan aku juga sering bermimpikan perkara yang aku rasakan paling aku tak pernah terfikir akan berlaku.
Mana yang lebih menakutkan?
Bermimpi orang yang kita cuba untuk lenyapkan atau orang yang kita tak pernah jumpa?
Aku takut yang nombor dua tu (serius)

Aku ingat setiap satu mimpi aku. Dan aku sentiasa taknak berharap semua itu akan jadi kenyataan.
Sebab kebanyakan mimpi aku semuanya indah.
Dan kadang-kadang sampai tahap mustahil.

Aku pernah cerita pada Syifa tentang satu mimpi yang kerap malawat aku.
Mimpikan seseorang dengan singlet putih dan dilapisi kemeja berkotak-kotak merah coklat.
Membelakangkan aku.

Dan begitu.
Episod yang sama terus berulang.

Aku keluar dari kereta dalam keadaan menangis teresak-esak.
Hujan lebat langsung aku tak pedulikan.
Aku bersandar pada pintu kereta.
Barangkali bersedih, barangkali juga kecewa. Entah.

Dan dia sedang melukis di balkoni rumah kedai tingkat kedua.
Tersenyum dan memandang aku.
Dan aku terus menangis di situ, di tempat yang sama dan cuaca yang sama dan waktu yang sama.
Dan dia terus melukis di situ.

Menakutkan kan mimpi itu?
Terlalu nyata dan indah untuk jadi kenyataan.
Dan aku terus bermimpi perkara yang sama berulang-ulang kali.

Tak tahu bila akan berhenti.

Tinta-Tinta Lalu Yang Tidak Pudar - Bahagian VII

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

# Perkongsian Ketujuh - Camar, Dengarkanlah Aku.. (15 Mac 2010)
# Sejarah Coretan - Cerpen ini dihasilkan untuk mencuba melibatkan diri dalam bidang penulisan kreatif dan jatuh cinta pula. Sebelum berpindah ke Pasir Salak aku sempat memberi salinan cerpen ini kepada Cikgu Nasarudin yang merupakan cikgu Sejarah serta banyak memberi semangat kepada aku. Cerpen ini juga menjadi pengenalan diri aku di Pasir Salak ketika mula-mula berada di sana :)

****

Camar, Dengarkanlah Aku ...

Aqila Binti Mohd Noor
940722-10-5200
16 Mac 2010 , 3.31 am
Sejuta Penghargaan Dan Kasih Sayang Buat Farah Syairah Hussin Yang Menggalakkan Aku Untuk Terus Berkarya Dalam Dunia Sestera Nan Indah
Hak Cipta Terpelihara


Dedikasi Khas Buat Keluarga, Sahabat Handai Serta Warga Pendidik Yang Diingati.
.....

        Camar, sampaikan pesanku padanya. Katakan yang aku masih merinduinya. Aku masih menantikan hadirnya, masih mengharapkan dirinya, masih memerlukan setinta kata daripadanya yang ku kira dapat mematri kekuatanku dalam mengisi kelongsong hidupku yang kian kosong. Camar, terbanglah engkau selaju-lajunya. Aku memerlukan dia, camar! Tolonglah !

                                                                      *****

       Pagi itu masih dingin. Embun masih menitis dari hujung perdu pohon yang tegak subur di perkarangan rumahku. Matahari masih lesu di kaki bukit, cuba memancarkan cahayanya walau kabus masih menyelimuti alam. Perlahan, aku menyelak daun pintu dan berjalan ke arah dapur. Terjengket-jengket langkahku. Aku menggagaukan tanganku ke atas para yang terletak bersebelahan dengan sinki untuk mencapai gelas. Teriakan tekakku yang haus meminta dicurahkan air perlu diredakan.

       “Sudah bangunkah, Dila?”

       Pranngg! Gelas yang masih berbaki suku air itu terlepas dari genggaman tanganku. Pantas, aku menunduk dan meraba lantai bagi mengutip sisa gelas yang pecah. Aduh, ibuku ini kacau daun pula!

      Kedengaran bunyi tapak kaki ibu yang bergegas menghampiriku. “Itulah, mengapa tidak kejutkan ibu? Habis pecah gelas ini. Sudahnya, siapa yang susah? Ibu juga yang harus membersihkan serpihan kaca ini. Jika mengharapkan kamu, huh! Sampai ke pagi esok pun kaca ini masih bersepah di lantai. Berderet-deretlah adik kamu yang seramai lima orang itu beratur di hadapan kaunter klinik kerana terpijakkan kaca,”leter ibu sambil tangannya meliau mencari penyapu. “Sudah, biar ibu bersihkan. Kamu pergi duduk jauh-jauh, jangan mampir ke mari. Buatnya kaki kamu terpijak kaca, naya jadinya,”

       Aku mengatur langkahku ke arah ruang tamu. Habis, habis rancangan aku! Kenapa pula awal benar ibu bangun hari ini? Sudahlah rosak rancangan aku hendak ke bendang Pak Jalal, kena leter dengan ibu pula! Pasti camar di sana merinduiku kerana sudah sepurnama aku tidak ketemu mereka. Sungguh tidak kena segala-galanya. Sambil melangkah, aku membebel keseorangan. Mana mungkin akan aku suarakan ketidakpuasan hatiku ini kepada ibu, kelak aku juga yang bakal hangus ditelan api kemarahannya. Bukan aku tidak masak dengan fi’il ibu. Sudah 16 tahun aku sebumbung dengannya, menongkah hari demi hari yang mendatang. Segala hakikat leteran dan hamburan marahnya telah hadam kutelan dan sudah sebati di dalam diri ini.

       Perlahan, aku memegang bucu meja dan melangkah satu persatu. Segala objek, perabut dan susun atur serta selok-belok rumah ini sudah terakam di fikiranku. Yang mana satu kerusi yang bengkok hujungnya, sofa yang melendut bunyinya kala diduduki, tangga yang berlubang di tengahnya sudah mampu ku hafal. Bahkan lantai yang reput dimakan anai-anai juga sudah aku cam perletakannya.

       “Dila...”

       Aku terkedu. Suara itu begitu mesra berlagu di cuping telingaku.

       “Dila...”

       Sekali lagi aku termangu. Mengapa suara itu kedengaran lagi? Apakah benar aku mendengarnya, atau aku sekadar mendengar bisikan yang saban hari bergema dalam hatiku? Apakah benar empunya badan yang menuturkan sendiri namaku itu?

       “Dila, mengapa Dila masih tercegat di sini? Bukankah Dila sepatutnya sudah berada di bendang dan menghitung cemara?”

       Aku menoleh dan mencari-cari dari arah mana datangnya suara tersebut. Hatiku berdetak, ya Allah, sungguh aku rindu dengan insan yang memiliki suara tersebut. Rindu serindu-rindunya!

       “Dila?” Langkahku terhenti. “Dila, mengapa ini? Mengapa ibu lihat kamu seperti meliau mencari seseorang? Apa yang kamu cari, Dila?” Suara ibu kedengaran. Terasa hangat sentuhan mesranya yang mencengkam bahuku. Serentak itu, air mataku gugur buat kali yang entah ke berapa. “Mengapa anak ibu menangis, Dila terkesan hatikah dengan ibu kerana memarahi Dila pagi tadi? Sungguh ibu lupa bahawa Dila tidak sengaja. Ibu tidak berniat hendak melukakan hati Dila. Maafkan ibu, sayang. Ibu lupa akan perasaanmu, ibu lupa bahawa Dila bukan seperti anak-anak ibu yang lain,”

       Makin deras berjuraian air mataku. Seorang ibu meminta maaf dengan anaknya, bukan sesuatu yang sepatutnya berlaku. Walau hatiku agak tercalar dengan sikap ibu yang memarahiku kerana kesalahan yang tidak sebesar mana, namun sebagai anak aku seharusnya akur bahawa kemarahan ibu itu bersebab. Aku tidak berkecil hati dengan ibu, cuma.. Suara itu. Suara itu yang telah mengusik kelabu hatiku.

       “Ibu faham perasaan Dila. Ibu turut bersedih dengan apa yang telah menimpa Dila. Maafkan ibu, sayang. Ibu tahu peristiwa itu masih berbekas di hati Dila. Sabarlah Dila, sesungguhnya orang yang sabar itu kekasih Allah.  Mana mungkin segalanya terpadam dalam masa yang singkat,”

       Ya, benar kata-kata ibu itu. Tidak mungkin akan ku lupa segala yang telah terjadi, kerana peristiwa itu telah merubah hidupku secara total. Walau dua tahun telah berlalu, namun ia masih basah dalam ingatanku. Masih terimbas kenangan lalu. Masih terngiang suara itu. Masih terlihat bayangan itu...

       Dalam pelukan ibu, masa berputar kembali dan merakam peristiwa dua tahun lalu.
                                                          
                                                                  *****                    

       “Abang Man, lihat! Camar itu beterbangan mencari anaknya. Tidak sekata corak terbangnya, mungkin kerana kegundahan hati yang melanda,” Laju butir bicaraku sambil mataku meliau menjilat udara. Camar itu ku perhatikan dengan penuh pesona.

       “Ya, kasihan camar itu. Anaknya hilang ditelan ular. Pasti tidak keruan hatinya, lantaran kehilangan anak tercinta. Walaupun ia hanya seekor binatang yang tidak dikurniakan akal, namun Allah telah menganugerahkan ia dengan kasih sayang yang tiada hadnya,” telus kata-kata Aiman. Dicapai ranting yang berhampiran lalu dikuisnya dengan jari. Aku yang duduk bersebelahan dengannya hanya memerhati. Rendang pohon yang menjadi tempat kami berteduh memayungi kami yang kepenatan kerana menuai padi di bawah terik mentari.

       “Binatang pun mempunyai rasa sayang? Bukankah binatang merupakan makhluk yang zalim? Dila pernah terlihat seekor kucing memakan anaknya sendiri. Itukah yang dinamakan sayang? Mengapa Abang Man mengeluarkan spekulasi begitu?” Berdas-das soalan aku lontarkan. Namun Aiman dengan sikap tenangnya hanya tersenyum dan memandangku sekilas.

       “Binatang tidak zalim, Dila. Seperti yang abang katakan tadi, binatang tidak mempunyai akal. Oleh sebab itulah kucing yang  Dila lihat itu memakan anaknya sendiri. Ini kerana, kucing tersebut tidak mempunyai akal untuk membezakan antara tikus dengan anaknya sendiri. Itulah beza antara manusia dengan binatang. Sekiranya manusia pun membunuh anaknya sendiri, manusia itu memang sepatutnya disamakan taraf dengan binatang! Bertindak dengan tidak menggunakan akal yang waras,” Aiman membalas persoalanku dengan penerangan yang panjang lebar. Aku yang mendengar hanya terangguk-angguk. Maklumlah, usia yang masih mentah menghalang aku untuk berfikir dengan matang. Oleh itu, segala persoalan yang terkeluar di benakku aku suarakan pada Aiman. Aiman yang berkelulusan universiti itu bagiku terlalu bijak dan aku amat mengaguminya. 

       “Dila hendaklah menggunakan akal yang telah dianugerahkan Allah itu dengan sebaik-baiknya. Abang tahu, Dila akan membesar menjadi seorang ilmuwan Islam yang cemerlang dan mampu menggerakkan negara ini ke depan. Dila merupakan generasi Islam yang bakal menentukan kibaran panji agama kita pada masa akan datang. Abang yakin dengan Dila, Dila mampu mencapainya,” Aiman menguis-nguis lagi ranting tersebut dan melakar sesuatu di tanah tempat kami melabuhkan punggung. Kelihatan gambar seorang gadis dewasa yang ayu berlitup tudung di kepalanya. Sekilas itu, wajahku kemerahan. Ah, perasan juga Aiman rupanya! Bukan salahku yang tidak mengenakan selendang di kepala pada hari itu, namun ibu yang menghalang hasratku. Katanya, aku masih anak gadis yang mentah. Belum diwajibkan lagi untuk memakai tudung. Aku yang naif pun hanya menuruti saja, walau di benakku telah terimbas wajah hampa Aiman melihat rambutku yang separas pinggang itu menari bebas tanpa sarung.

       “Maafkan Dila. Dila sudah merancang hendak memakai tudung seperti yang telah abang ajarkan kelmarin, tetapi..”

       “Abang tahu, ibu Dila tidak mengizinkan bukan? Tidak mengapa, buat masa ini memang Dila belum diwajibkan untuk menutup aurat. Tetapi Dila harus ingat, didikan mestilah bermula sejak dari awal. Usah tunggu sehingga sampai waktunya baru hendak bertatih belajar. Waktu itu, sekiranya hati dan pemikiran sudah tetap, sudah hadam, sudah nekad untuk tidak mengikut syariat yang telah digariskan Islam, susah jadinya,” Aiman berhenti sebentar dan menghela nafasnya. “Dila tahu bukan, melentur buluh biarlah dari rebungnya,” sambung Aiman lagi. Dia tersenyum memandangku. Sememangnya Aiman seorang yang murah dengan senyuman, dan mata redupnya itu tampak manis kala tersenyum. Kadangkala aku juga yang cemburu kerana setiap kali kami berpapasan dengan perawan lain di bumi Mersing ini, mereka akan tunduk dan tersipu-sipu malu memandang Aiman. Ah, aku masih budak! Tidak mengerti atas tujuan apa mereka harus malu begitu.

       “Abang tidak menyalahkan ibu Dila kerana setiap ibu tahu apa yang terbaik buat anaknya. Cuma, sekiranya boleh abang ingin melihat Dila memakai tudung dan menutup aurat. Tentu adik abang ini akan kelihatan lebih manis..” Dia terhenti sebentar dan mencuit hidungku. Aku yang mendengar turut ketawa terkekek-kekek dan menepis tangan kasar Aiman. “Abang tidak bergurau, tidak juga menipu Dila. Dila akan membesar menjadi seorang gadis yang cantik dan ayu. Waktu itu, abang hanya mampu menongkat dagu dan melelehkan air liur melihat Dila didampingi lelaki lain. Yalah, mana mungkin Dila akan memandang abang yang serba kekurangan ini..” tutur Aiman sambil mempamerkan wajah sedihnya.

       “Eii abang ini, abang sangka Dila akan jatuh kasihankah melihat abang memasamkan muka begitu? Jauh panggang dari api. Hilang ketampanan abang, bertukar menjadi si jelik yang hodoh..” Aku mencebik dan menolak tubuh Aiman dengan kasar.

       “Aduh, sakitlah! Tangan Dila ini tidak sepadan dengan tubuh kecil Dila. Mujurlah abang ini kuat lagi gagah perkasa, jika tidak pasti sudah terbang melayang ditiup angin,” balas Aiman. “Abang seorang saja yang perasan diri abang itu gagah. Hakikatnya, disuruh dukung Dila pun tidak larat,” Aku membalas dengan wajah selamba.

       “Yalah Dila, abang saja yang kalah. Tapi, memang benar apa yang abang katakan tadi. Dila akan menjadi seorang gadis dewasa yang jelita. Cuma satu nasihat abang, jangan sesekali lalai dan leka dengan kecantikan lahiriah yang telah Allah kurniakan. Peliharalah diri Dila daripada pandangan mata-mata yang jahat dan bertopengkan syaitan. Jadilah seorang muslimah, seorang mukminah, seorang mujahidah, dan seorang muslihah yang kuat mempertahankan akidah dan agamanya sebagaimana Sumayyah Ummu Ammar, isteri kepada Yasir yang gugur  syahid kerana mempertahankan iman dan akidah,”

       Aku terkedu. Pilu dan rasa terharu mula meliau di dadaku. Begitu bermakna sekali kata-kata yang dituturkan oleh Aiman tadi. Mampukah aku menjadi seperti Sumayyah, seorang wanita yang kental imannya itu? Nama Adila Sumayyah yang telah dizahirkan oleh arwah bapaku itu belum tentu lagi dapat menjamin peribadiku akan semulia Srikandi Sumayyah.

       “Seorang muslimah bermakna Dila perlu menjadi seorang wanita Islam yang benar-benar mengamalkan segala tuntutan agama seperti mana yang digariskan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Bukan hanya kalimah syahadah sebagai bukti keIslaman, malah menjadikan Islam sebagai cara hidup. Seorang mukminah pula bukan sekadar beriman kepada Rukun Iman, bahkan melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Tegal hakikat iman yang sempurna itu adalah mengikrarkan dengan lidah, membenarkan dengan hati dan beramal dengan anggota badan. Seorang mujahidah menurut pemahaman abang ialah seorang wanita yang berjihad bersungguh-sungguh dalam apa jua situasi demi memastikan Islam terus bernafas dan dipandang tinggi, manakala seorang muslihah pula seorang wanita yang berperanan melakukan tugas-tugas islah dan pembaikan ke atas kerosakan yang berlaku dalam umat dan masyarakat,” jelas Aiman dengan lancar. Fasih lidahnya berkata-kata walau kepenatan akibat berjemur di tengah panas masih merajai badan. “Dan seorang Sumayyah pula..”

       Pantas aku mencelah. “Arwah ayah menamakan Dila dengan nama Adila Sumayyah yang bermaksud kesempurnaan seorang Sumayyah, dengan harapan Dila akan meneruskan keunggulan peribadi Sumayyah zaman Rasulullah S.A.W. Tapi, Dila khuatir tidak dapat menyempurnakan harapan arwah ayah itu. Mampukah Dila menjadi seperti Sumayyah Ummu Yasir, Abang Man?” Aku menoleh dan merenung wajah Aiman. Sedikit pun dia tidak kelihatan letih kerana melayani persoalanku.

       “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Berbekalkan keazaman yang konkrit dan keyakinan yang jitu terhadap Allah S.W.T, Dila pasti mampu mencapainya. Malah, tidak mustahil juga sekiranya Dila mampu menjadi Adila Sumayyah yang lebih hebat lagi! Yakinlah adikku, Allah sentiasa ada untukmu,”

       Ya, benar kata-kata Aiman itu. Walaupun dia berkelulusan universiti dalam bidang Pengajian Melayu, namun pemahaman dan pengetahuannya tentang Islam begitu mendalam. Pernah aku suarakan kehairanan aku tentang keputusannya untuk menyambung pelajaran dalam bidang itu, namun Aiman hanya tersenyum dan ketawa. Katanya, dia ingin menjadi seorang guru dan berbakti terhadap anak-anak bumi Mersing yang dahagakan ilmu. Dia ingin menabur budi terhadap tanah tempat kelahirannya itu kerana rasa tanggungjawab dan prihatin. Jelasnya lagi, anak-anak muda kini sudah tidak berminat handak menjadikan profesion perguruan sebagai bidang kerjaya mereka, khususnya lelaki. Kebanyakan mereka hanya berkhidmat sebagai guru setelah tiada pekerjaan lain yang boleh dijadikan sandaran dalam menyambung hidup. Pekerjaan yang mulia ini dipandang sepi dan diletakkan di ‘ranking’ paling belakang. Itulah yang paling dikesali oleh Aiman.

        Sebaik saja mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, Aiman terus melanjutkan pelajaran ke Universiti Perguruan Sultan Idris, Perak. Tiga tahun menuntut di sana menyebabkan aku keseorangan meniti hari di sini. Masakan tidak, sebelum ini Aimanlah yang sering menemani aku berselut di tengah bendang, mengejar camar yang beterbangan. Aiman yang menjadi teman aku bermain, menjadi tempat aku mengadu kala dimarahi ibu, dan menjadi sahabat baik merangkap abangku. Walaupun perbezaan umur kami begitu ketara, namun Aiman tidak pernah kisah. Dia tetap melayaniku dengan baik sehingga kadangkala ibu memarahi aku lantaran selalu berkepit dengan Aiman. Ibu menegah dan melarang aku bertandang ke rumah Aiman kerana khuatir aku akan mengganggu waktu ulang kaji Aiman yang ketika itu bakal menghadapi peperiksaan penting. Tetapi aku tidak pernah peduli. Ketiadaan abang menyebabkan aku mencari Aiman untuk menumpang kasih dan sayang.

       Aku bersyukur kerana Aiman menunaikan janjinya untuk kembali ke kampung ini setelah tamat belajar. Dengan kehadiran Aiman, kuranglah walang yang melanda hidupku ini. Aiman sering menasihatiku agar menuntut ilmu dengan lebih tekun kerana hanya ilmu yang bakal menjamin masa depanku. Dia juga  yang telah menenangkan aku saat aku kehilangan ayah tercinta kerana menghidap penyakit angin ahmar. Hanya dia yang mampu memujuk aku ketika itu, setelah ibu sendiri tidak mampu mengawal kesedihanku. Aiman saja yang aku ada sebagai teman yang menghiasi hari-hariku, mengisi kekosongan waktu-waktuku. Aimanlah segalanya buatku.

                                                                     *****     

       “Abang, lihat! Anak camar itu mencicit kelaparan. Di mana ibu camar itu? Kasihan, anaknya lapar menanti sesuap makanan buat pengalas perut,” Aku menjulurkan kepalaku agar dapat melihat sarang camar tersebut dengan lebih dekat lagi. Genggaman tanganku begitu kejap mencengkam dahan pokok agar tidak jatuh menyembam bumi.

       Aiman yang menemani aku memanjat pohon kapas itu juga kelihatan terkial-kial mencapai dahan untuk berpaut. Semuanya gara-gara aku yang mendesaknya untuk melihat anak camar dengan lebih dekat. Walaupun ditegah Aiman, namun aku tetap berdegil untuk memanjat pohon kapas yang tingginya menceceh 12 kaki itu. Sudahnya, Aiman turut serta mengikutku kerana khuatir akan keselamatan aku yang ketika itu masih kecil. Aku hanya tersenyum puas kerana menang.

       “Hati-hati Dila, pohon ini tinggi. Abang tidak mahu apa-apa yang buruk menimpa Dila. Masak abang perlu berhadapan dengan ibu Dila nanti,” leter Aiman sambil matanya tidak putus-putus memandang aku dan tanah di bawah bersilih ganti. Aku yang ghairah melihat keelokan paras anak camar itu terus leka menatap.

       “Aduh! Abang Man, anak camar ini menggigit Dila!” jeritku setelah anak camar itu mula mematuk dan menggigitku. Segera aku menarik tangan yang telah meliar ingin mengangkat anak camar tersebut. “Tolong Dila, Abang Man!” Aku cuba menjauhkan diriku dari sarang tersebut.

       Aiman yang mendengar jeritanku pantas memanjat untuk menarikku jauh dari situ. Mungkin, dalam kekalutan dia terlepas pandang bahawa bukan kami berdua saja yang berada di atas pohon itu. Dia hanya berhenti setelah menyedari kakinya menangkap satu rasa yang sejuk dan melekit. Sesuatu yang besar telah mencengkam kakinya. Serentak itu, dia menoleh dan tergamam.
                                                                 
                                                                  *****
    
        “Semua ini terjadi kerana kesalahan Dila, ibu. Dila degil, tidak mendengar kata Abang Man yang melarang Dila ketika itu. Selama ini apa yang diperkatakan oleh Abang Man, tidak pernah Dila tepis. Tetapi, sekali itu.. Hanya sekali itu Dila mungkir dan Dila harus menelan natijahnya hingga saat ini dan selamanya,” Aku tersedu-sedan dalam pelukan ibu. Kelukaan yang merabit di jiwa terasa amat sakit dan perit. Pilu dan ngilu merobek segenap penjuru lorong hatiku. Pedih, terlalu pedih batinku.

                                                                     *****

         Aiman pantas menjerit namaku lantaran dia tidak berdaya hendak bergerak lagi. Ular sawa sebesar paha orang dewasa telah melilit kaki dan pinggangnya, hanya menunggu masa hendak mendakap Aiman sepenuhnya dengan kekuatan yang tidak mampu dileraikan. Aku yang ketika itu sedang ralit menepis paruh kecil anak camar tersebut segera menoleh dan terkedu. Mataku sempat menangkap badan ular sawa itu. Panik, cemas dan kalut mula merantai diri. Dengan sepenuh tenaga yang ada, Aiman meronta dan terus meneriakkan namaku. Aku yang terpukau kaku bagai disampuk hantu sudah tidak mampu mengeluarkan buah fikiran dengan lebih waras lagi.

       Gegaran yang terhasil akibat rontaan Aiman itu telah menghilangkan keseimbangan badanku. Serentak, kami bertiga merempuh dingin udara dan jatuh berdebuk di tanah. Ranting dan dahan yang panjang tertusuk-tusuk di mukaku. Perasaan aneh mula menerpa. Sesuatu yang kurang menyenangkan bagai terasa-rasa di mataku. Rasa itu disusuli pula dengan kesakitan yang teramat sangat. Dalam keadaan pijar dan perit, aku melangkah terhuyung-hayang mencari kelibat Aiman. 

       Ketemu. Dalam kelam pandangan mataku, aku sempat menatap tampang yang terbaring di hadapanku.  Mataku dan matanya bertemu, dan aku dengan kesakitan yang teramat sangat cuba menyambut huluran tangan Aiman yang kian terkulai layu. Aku melihat nada sendu yang terzahir di matanya. Aku melihat air mata yang bertakung di kolam matanya, cuba mengalir keluar namun terhalang oleh pulupuk mata yang mungkin akan terpejam tanpa kembali terbuka.  Aku melihat kelembutan dan kepiluan di matanya, seolah menjadi pengganti diri untuk mengucapkan selamat tinggal kepadaku. Perlahan, mata itu terkaku tanpa makna. Mata itu ku lihat semakin kosong, gelap dan dalam. Mata itu sudah kehilangan serinya. Hilang yang takkan mungkin kembali.

       Aku yang semakin dicengkam kesakitan turut rebah di sisi Aiman, bintang hati yag telah pergi direntap kegelapan kala aku tidak berdaya untuk menggilap kembali sinarnya.

                                                                     *****

         “Bersabarlah Dila, ibu turut bersedih atas kehilangan Aiman. Namun Dila tidak boleh meletakkan kesalahan tersebut di atas pundak bahu Dila. Sudah lupakah apa yang sering Aiman titipkan buat Dila? Kita hendaklah menerima Qada’ dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dengan hati terbuka, walau bagaimana pahit sekalipun takdir yang telah tertulis buat kita. Segala yang berlaku ada hikmahnya yang tersirat, dan kita sebagai hamba Allah yang lemah harus reda dengan ketentuan-Nya. Lepaskan arwah Aiman pergi, Dila. Biarkan dia bersemadi dengan tenang di alam sana.  Biarpun dia tiada lagi di sisi Dila, menemani dan menjaga Dila, namun di hati Dila dia tetap hidup. Dia akan memastikan seri hari Dila tidak pernah hilang, dan akan selalu memandu Dila ke arah yang sepatutnya. Tidak salah untuk Dila terus mengingati dia, namun jangan sampai kewarasan merantai emosi,” Ibu terus mendakap dan mengusap-usap tubuh cengkungku. Aku hanya mampu menangis dan menangis. 

       Sesunguhnya aku benar-benar terkesan dengan kehilangan Aiman. Saat menatap pusara sepinya, rohku bagai melayang-layang dan terbang bersama jiwaku. Aku telah banyak menempuh kemanisan dan kegetiran hidup bersama Aiman. Entah kapan akan surut bengkak yang bernanah dalam hatiku ini. Hari demi hari yang aku lalui, tidak pernah sekali pun aku sudahi tanpa menitipkan segugus doa buat Aiman. Moga, kepergian Aiman akan ada pengubatnya. Aku akan setia mengikat diriku dengan ikrar untuk menjadi seorang muslimah, mukminah, mujahidah, muslihah dan seorang Sumayyah.

       Huluran tangan ibu segera ku capai. Dengan perlahan, dia memimpin anaknya yang buta ini ke bendang tempat aku akan menghabiskan waktu-waktu senggangku mendengar kicauan camar. Ya, hanya cemara itu yang setia mendengar rintihan dan kesakitanku. Camar itu jua yang menjadi pengganti kehadiran Aiman dalam hidupku, dan aku akan terus setia meladeni kicauannya.

       Camar, dengarkanlah aku...
                                                                
                                                                   -TAMAT-

Tinta-Tinta Lalu Yang Tidak Pudar - Bahagian VI

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

# Perkongsian Keenam - Harapanku Pada-Mu (15 Oktober 2010)
# Sejarah Coretan - Aku menaip coretan ini setelah diberi motivasi dan perangsang oleh sahabat baikku Mariam Halim. Aku berterima kasih kepada Mariam kerana membuatkan aku bersedia untuk menerima ketentuan yan telah ditetapkan oleh-Nya. Terima kasih Mummy Yam!! :D

****

Aku melihat dunia ini seperti  tiada serinya lagi
Oh tuhan, apakah rasa yang menjerut jiwaku ini?
Mengapa gundah yang menghampiri tatkala bahagia yang ku cari?

Oh Allah Azza Wajalla !
Kebahagiaan yang diburu serasa begitu payah untuk digenggam
Semakin aku menghampiri, semakin jauh ia berlari
Oh tuhan, tidak layakkah aku?
Untuk menggenggamnya  walau ku tahu diri ini diselaputi lumpur hina
Hari demi hari yang berlalu bagai putaran masa yang tidak pernah jemu mencemburuiku

Oh tuhan, kepada siapa lagi harus aku mengadu?
Langkahku songsang, jalan yang Kau hamparkan buatku penuh berselirat
Kadangkala aku buntu !!
Saat tiba di persimpangan, langkahku mati
Aku menangis, aku meraung
Aku takut andai selamanya akan ku terkandas di sini
Meliau tanpa hala tuju yang pasti
Namun tidak seorang pun hamba-Mu yang sudi menuntunku
Membawaku bertatih di jalan yang berpenghujung pasti
Yang ku temui hanya jiwa-jwa insani sedang bergembira
Melihatku, segera melemparkan senyuman penuh pesona
Sayang sekali belum sempat senyuman itu kubawa masuk ke dalam hati
Ia hilang dibawa pergi oleh pemberinya
Dan air mata yang menghambur di pipi tiada siapa sudi menerimanya ke dalam hati

Ya Allah, mengapa tidak kutemu srikandi Abu Bakar yang setia?
Umar yang gagah?
Atau Usman yang jujur menghampar ukhwah?
Di manakah bayangan mereka ya Rabb?

Islam yang ku rindu, masih setia ku buru ..
Dan takkan pernah jemu aku memburunya
Walau ternyata jalan mualajatul ayub yang harus ditempuh menuntut sejuta kepayahan
Izinkanlah aku mengikis keaiban diri yang selama ini merantai hati
Agar dapat ku menjadi seperti Rabiatul Adawiyah yang dirindui
Seandainya Kau mengizinkan ya Allah ..
Temukanlah aku dengan ashabul islami yang ku damba selama ini
Biarpun tidak secantik Ainul Mardhiah
Tidak sekaya Balqis
Atau sebijak Aisyah Humaira ..
Cukuplah sekadar mencintai-Mu seperti Sumayyah
Sanggup berkorban kerana-Mu seperti Zinnirah
Berpegang kepada islam kaafah-Mu seperti mereka
Dan menggenggami sunnah Muhammad S.A.W yang Kau cinta ..