Feb 29, 2012

29 Dot 2 Dot 2012

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Sebenarnya takde pape benda pun nak post, saja jer nak ada post yang bertarikh 29 Februari 2012, muehehe :3

Rasa pelik pulak menjalani hari yang cuma muncul empat tahun sekali :0

Apa-apapun bersyukur kepada Allah S.W.T sebab masih memberikan aku peluang untuk bernafas hari ini.

Owh ya tadi aku belajar kereta untuk kali terakhir before test JPJ  esok !!*ehem kali kedua dah. Kuang kuang kuang, and I'll pray hard for tomorrow. Insya Allah.. 



nota kaki : saya memang suka letak gambar shomel-shomel camnie (masyaAllah bahasa..) tapi saya tak describe diri saya camnie pun. Kalau anda yang kata gitu, saya dah takleh nak komen pape lagi, muehehe :3

Feb 27, 2012

Pesanan Mak Untuk Orang Perempuan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..


Mak pernah pesan, orang perempuan nie kena kuat macam harimau..

Mak cakap, walau macam mana teruk sekalipun dugaan yang menimpa kita, orang perempuan mesti hadapi semua tu dengan tabah. Orang perempuan tak boleh cepat melatah dan panik dengan sesuatu yang  datang tiba-tiba tanpa dapat dijangka. Orang perempuan kena cekalkan hati biar jadi macam air. Yup, AIR. Sentiasa mengalir dan mengisi ruang mengikut bentuk ruang tersebut. Menyejukkan, dan dalam masa yang sama menyembuhkan. Neutral dan menyerap kepanasan. Sentiasa menenangkan orang lain dan menenangkan diri sendiri juga..


Mak pernah pesan, orang perempuan nie kena bekerjaya untuk mencorak masa depan sendiri..


Mak cakap, statement lama iaitu 'orang perempuan belajar tinggi-tinggi pun duduknya kat dapur jugak nanti' dah tak boleh pakai dah. Orang perempuan mesti bijak tentukan kehidupan sendiri, sebab dengan perkahwinan pun belum tentu menjamin kehidupan akan datang.. Mak cakap perkahwinan sekarang bukan macam dulu-dulu, sekarang orang ramai pakai konsep 'pakai buang' dan '3 in 1'. Jadi untuk mempersiapkan diri menghadapi semua itu, orang perempuan kena ada kewangan yang stabil walaupun tak mewah. Kena ada pendidikan walaupun tak tinggi..


Mak pernah pesan, orang perempuan kena jaga maruah diri, keluarga dan agama..


Mak cakap, walaupun kat dunia nie kita miskin dengan harta, tapi kita mesti dan wajib kaya dengan maruah serta harga diri.. Orang perempuan yang tak memiliki maruah dan harga diri samalah macam tak punyai apa-apa. Lebih hina dan lebih rendah berbanding orang miskin yang hidup kat jalanan. Mak pesan, walau apapun yang terjadi, walau kat mana pun kita pergi, orang perempuan mesti bawa dan pelihara maruah diri, keluarga dan agama.. Sebab itu tunjang utama kehidupan orang perempuan.. Mak cakap jangan terikut-ikut dengan trend remaja sekarang, 'lu masih dara, lu kolot..' Mak cakap itu pemikiran orang tak cukup akal.. Orang perempuan kena pelihara harga diri, keluarga dan agama dengan sebaik-baiknya walaupun terpaksa berkorban nyawa..


Mak pernah pesan, orang perempuan jangan mudah nak bagi perasaan 'cinta' kat sebarang orang..


Mak cakap, Allah dah tetapkan seorang Adam untuk kita dan bila sampai masanya nanti, kita akan jumpa pemilik tulang rusuk kita tu.. Orang perempuan jangan sesuka hati nak suka sebarangan orang, terutamanya kalau usia masih mentah dan tak lepas SPM lagi (mak anggap tu had umur nak bercinta) Orang perempuan kena berhati-hati sebab kebanyakan cinta monyet semuanya berakhir dengan disaster.. Kalau zaman dulu mak kata cinta monyet nie suweet sangat, sampai ada yang melangkah ke jinjang pelamin. Tapi zaman sekarang mak kata orang bercinta sebab nak suka-suka, dan ada yang nakkan 'itu' je.. Mak cakap nak bercinta, bercintalah masa kat U nanti, at least masa tu pemikiran dah matang.. Tapi mak kata kalau bercinta lepas tu terus kahwin lagi bagus, mak pun senang hati..


Mak pernah pesan, jangan lupakan apa yang mak pesan..

Sekarang nie, anak mak pulak nak pesan kat mak..

Mak, anak nak pesan kat mak supaya mak sentiasa suruh anak mak nie untuk jadi kuat macam harimau.. Sebab anak mak nie lemah kengkadang, anak mak nie cepat menangis.. Anak nak pesan, anak tau anak selalu mengadu macam-macam kat mak pasal masalah anak, dan semua benda yang anak tau hanya akan menambahkan kekusutan dan kerisauan mak kat anak mak nie.. Mak, anak nak cakap yang walaupun anak selalu kuatkan semangat, tapi kadang-kadang semangat tu jatuh jugak mak.. Terutamanya bila sampai anak rasa dah tak larat lagi nak face semua benda tu. Mungkin mak rasa anak nie anak manja sebab suka mengadu macam-macam kat mak. Tapi kan mak, sebenarnya anak nak mak kenal siapa diri anak.. Anak nak mak tau semua yang jadi kat hidup anak, tak kisahlah yang seronok ke yang sedih ke yang baik ke yang buruk ke, semua anak nak mak tau.. Sebab bagi anak, mak pendengar anak yang paling baik.. Bila anak dah mengadu macam-macam kat mak, anak rasa macam separuh dari apa yang anak rasa tu dah hilang. Kalau anak gembira, perasaan gembira tu bertambah bila tengok muka mak pun gembira dengan keadaan anak.. Kalau anak sedih, perasaan sedih tu bertambah jugak tapi anak tak rasa buntu lagi, sebab mak akan selalu tenangkan anak.. Mak mak, anak nak cakap nie.. Anak nak mak tau yang anak berkongsi semuanya dengan mak bukan sebab anak nie lemah.. Tapi sebab anak rasa anak cukup kuat untuk bagitau kat mak pasal hidup anak. Anak harap mak bangga dengan anak, dan anak nak pesan kat mak.. Sentiasalah pesan kat anak untuk jadi kuat ye mak..


Mak, anak nak pesan kat mak supaya mak sentiasa ingatkan anak untuk jaga maruah diri, keluarga dan agama.. Anak tau, mak selalu risaukan anak sebab anak nie perempuan. Anak tau mak takut anak terpengaruh dengan budaya tak sihat. Mak, anak nak mak tau yang insyaAllah anak masih ingat batas-batas diri anak.. Mungkin pemikiran anak moden sikit, al maklumlah kan anak mak nie lahir kat zaman IT.. Anak tau mak selalu risau nak lepaskan anak pergi mana-mana pun tanpa mak.. Hasilnya, dah 18 tahun hidup pun anak cuma keluar rumah bila kat asrama jer.. Bila time duduk rumah bawah pemerintahan mak, anak jarang sangat keluar rumah kecuali dengan mak.. Mak, anak janji anak akan jaga harga diri anak dan harga diri keluarga jugak. Paling penting, anak nak pelihara maruah agam anak.. Anak tau nak besarkan anak perempuan lagi susah dari jaga sekawan lembu kan mak? Kesian mak, kalau mak pelihara lembu dah kaya raya dah mak. Hehehe, anak gurau je mak.. Mak, anak nak mintak satu benda je dari mak untuk kehidupan anak nie.. Anak harapkan kepercayaan mak.. Anak harap mak percayakan anak, yang anak masih setia menjaga harga diri, keluarga dan agama.. Macam yang mak pernah pesan.. Sentiasalah pesan kat anak untuk jaga semua tu ye mak..


Mak, anak nak pesan kat mak supaya mak sentiasa pesan kat anak untuk tak serahkan hati nie kat sebarangan orang.. Mak, masa memula anak dengar pesanan mak nie kan, anak rasa lawak sangat.. Yelah anak mak nie bukannya cantik pun, takdenye ramai orang nak suka.. Tapi mak cakap kecantikan takkan kekal.. Mak, sampai part nie yang anak nak mintak ampun banyak-banyak kat mak.. Nasihat yang nie anak ketegaq sikit nak ikut.. Maap ye mak, mak pesan jangan bercinta masa sekolah tapi anak pernah bercinta jugak.. Sekali je mak, handsome budak tu tapi last-last dia playboy mak.. Ferust anak masa tu, tertonggeng-tonggeng dah.. Kalau mak tau mesti mak marah, maap ye mak. Tapi masa tu anak mentah lagi, sekarang bila dah besar anak paham kenapa mak pesan camtu.. Alhamdulillah anak dengar cakap mak, anak dah tak pernah bercinta lagi. Tapi kan mak, sekarang nie anak ada suka kat orang, tapi rasanya mak cakap lepas SPM takpe kan? Hihihi.. Gurau lagi mak, jangan marah ye.. InsyaAllah mak, anak sentiasa doa anak dijauhkan dari zina hati macam nie. Mak, mak doakanlah anak tak terjebak dengan menda-menda nie ye mak? Kalau anak bercinta lepas nie pun, mak ingatkanlah anak selalu ye.. 


Mak, terima kasih mak.. Dulu anak rasa mak nie kuat mengongkong tapi sekarang anak bersyukur dengan didikan mak.. Inilah anak mak, anak yang mak lahirkan dan besarkan.. Anak bersyukur mak selalu membebel marah-marah kat anak, yelah marah tandanya sayang kan? Tak gitu ke mak? Hehehe..


Mak, anak nak pesan nie...


Ingatkanlah apa yang anak terlupa dan sedarkanlah apa yang anak alpa.. Terima kasih mak..


Anak sayang mak..




nota kaki : Mak, ada orang cakap mak lagi cantik dari anak.. Betul ke??? 




Feb 26, 2012

15 March 2009

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..


Aqila Syahiena sibuk menaip lagi, setelah habis menyelongkar semua peti email untuk buat apa-apa yang patut.
Owh tiba-tiba tengok kalendar dan baru sedar pejam celik pejam celik dah nak habis bulan dua. Perasaan? Neutral.

Teringatkan tarikh 15 Mac yang dah nak dekat dan terus mengeluh. Mungkin tarikh itu tarikh biasa bagi kebanyakan manusia tapi bukan untuk aku. Tarikh itu bukan birthday sesiapa, bukan juga ada apa-apa majlis penting tapi cukup untuk buat aku mengeluh.

15 Mac 2009. Yes! Siapa tahu sila angguk dan kalau dah jemu dengan cerita saya tentang tarikh ini, anda dipersilakan untuk tidak meneruskan entry ini. Takpe saya tak kisah ;3

Dah hampir tiga tahun. Perasaan nak marah tu pun dah takde sebab rasanya benda tu dah wajib lapuk pun. Tapi perasaan canggung itu tetap ada especially kalau terserempak depan ada. Kelu, rasa nak bisu je kat situ. Nak start the awkward conversation dengan muka plastik and tangan shaking *adakah aku berdrama? Owh gurau jer, alhamdulillah selepas Form Four aku dah tak terserempak lagi dengan insan yang dimaksudkan tersebut.. Hehehe

Manusia itu pun rasa-rasanya dah tak rasa nak menegur aku lagi. Entah-entah nama aku pun dia dah blur, muka aku pulak dia langsung tak cam kalau terserempak waima tepi jalan sekalipun. Tapi kalau betul terserempak, aku jujur cakap nak lari siap-siap! Hehehe tak ready lagilah nak face dengan manusia itu lepas satu 'sejarah' yang ada.

Kalau anda tergaru-garu kepala dan rasa bengang sebab dari tadi dok berkias-kias jer aku nie, maaplah ye..

Saya rasa cinta monyet yang pernah saya alami dan tak kesampaian itu tak perlu didiscribekan lagi..

Hahaha, betul tu. Aku tau ramai gila orang kat luar sana yang akan anggap benda nie small matter sebab bila ada peluang untuk carik orang baru, mesti lupa semua ke-frust-an (apakah??) yang pernah dirasakan. Takpe-takpe itu memang benda common, cuma aku tak terkategori dalam golongan itu. Mungkin anda rasa saya lurus bendul sebab pernah kapel sekali dan bila dah break up terus tak kapel-kapel langsung. Mungkin anda rasa saya setia membabi buta dan masih sayangkan orang tu.

Anda salah.

Aku tak pernah rasa nak tunggu dia terima aku balik dan serik nak bercinta lagi. Langsung tak pernah terdetik pun. The only reason is aku tak rasa aku nak bercinta. Itu je. As simple as that :3

Sepanjang menengah atas nie pun jenuhlah aku nak explain kat orang kenapa aku bahagia jer solo (owh aku bukan hot setap ramai orang minat gitu, cuma kawan-kawan sangat suka label muka aku nie muka orang ada bf..) Aku pun tak paham camne si Filza selalu tuduh aku menipu bila aku cakap aku single. Tak kisahlah tu..

Rasanya bukan big matter pun kalau tak bercinta masa sekolah, betul tak? Untuk orang yang langsung tak pernah kapel, bersyukurlah hati korang masih suci bersih lagi. Untuk yang kurang bernasib baik macam aku and the rest yang satu geng, nak buat camne kan.. Kalau korang tak menyesal, itu terpulang tapi kalau korang sama macam aku, ada a sense of regret even small pun, still takpe.. Sekurang-kurangnya kita pernah rasa camne perasaan cinta monyet tu dan kita tau benda tu salah. Sekurang-kurangnya untuk masa akan datang, kita dah boleh berfikiran matang bila masuk bab-bab nie (aku tak berniat nak galakkan korang bercinta waktu sekolah tau!)

So sampai sekarang pun, aku bahagia jer dengan zaman solo aku. Alah belum sampai masa buat apa nak kepoh-kepoh sibuk mencari ye tak? Bila sampai masanya, it will come naturally. So enjoylah masa solo nie dengan sebaik-baiknya sebab hidup kita pun masih jauh dengan tuntutan cita-cita..

Sebenarnya aku pun tak paham kenapa aku boleh tulis entry kategori gatal macam nie, hehehe.. Tapi rasa-rasanya aku cuma nak expresskan pendapat dan pendirian aku. Itu aje.. Rasa awkward pulak nak post benda nie tapi sebagai satu coretan kenangan rasanya tak salah kan..

Hari ini tarikh ialah 25 Feb 2012 dan 15 Mac masih jauh. Tapi aku tau sampai tarikh tu, aku dah malas nak pikir so post jelah sekarang sementara masih ada masa dan idea ;3


Katakan
kepada anda yang single di luar sana! Hahahaha


No Title

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..


Aku tak suka membuang masa. Aku tak suka buat menda-menda yang menampakkan aku nie dah takde kerja. Pleeeeaaaseee university, cepatlah bukak!! 


Mood :

RASA NAK  TERBANG PERGI MANA-MANA TEMPAT YANG AKU ADA KAWAN!

 Kalau anda masih kanak-kanak yang memakai uniform sekolah,
bersyukurlah sebab tak perlu nak rasa perasaan bosan macam nie!

Atau lebih tepat lagi,

Perasaan PENGANGGUR TERHORMAT macam saya ;E

Siapa bosan? Aku bosan. Siapa kisah? Lantaklah, biar aku sorang jer kisah.. Hahahaha (Aqila, picit kepala cepat) Aku dah mula rindu gian nak merasa hidup kat asrama lagi. I LOVE HOSTEL LIFE!


Complicated Form!!!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..


Sekarang nie betul-betul membara terbakar dan dah berasap-asap hati nie. Ikutkan hati aku bom jer Maybank tuh.. Tau kenapa? Haritu dia call aku sebab nak offer scholarship dari pihak dorang. Dalam hati, bersyukur sangat sebab at least adalah yang nak mengoffer walaupun tak confirm dapat kan? Uhuhu. Tapi yang buat aku bebetul menahan sabar ialah, leceh gila nak isi borang dia!! Dah isi pastu nak kena print untuk signature, pastu pulak kena scan balik sebab nak email kat dia. Semua sijil-sijil pun kena scan sekali then compress dalam PDF file.

Nak scan semua benda tu dah satu kerja, dan disebabkan menda nielah aku tak boleh pergi kenduri kahwin sedangkan perut dah menjerit-jerit kelaparan.. Bila dah jadi PDF file, nak hantar kat email pulak loading sesangat. Dah tu bila habis loading terus send takpe, nie problem loading page pulak! Memang bebetul mencabar kesabaran aku.. Entah hape-hape entah yang dia nak kat borang tuh pun aku tak paham.

Eiiiii lain kali kalau nak suruh orang isi borang, janganlah kasi borang yang complicated gila nak diisi... Suruh isi online kan senang, habis cerita tak payah sesusah nak scan lah hape lah. Rasa-rasa dah banyak pahala yang aku dapat sebab menahan sabar tau! Kalau tak, eii aku campak jer borang tu masuk lombong! Tak dapat scholarship pun takpe aku tak kisah janji jangan nak buat aku tawar hati masa nak mengisinya.. Tak rela betul nak buat kerja dua tiga kali!

So aku harap lepas nie janganlah ada pihak-pihak yang menyuruh aku isi borang-borang yang tersangatlah complicated and a burden for my head lepas nie.. Pleaseee lah saya bukan tak reti bersyukur bila dibagi peluang tapi saya nie ada tahap kesabaran nak layan kerenah orang mintak macam-macam tau tak...

Feeling miserable and unconditionally will explode anytime anywhere!!

Feb 24, 2012

AS FS ;)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..






They said true friends are sweet enough
Well I ought to have a diabetes since five years ago ;)
 



Feb 22, 2012

Fesyen Lolita Masih Menyengat!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..




Hello semua orang! Okey kalau anda nak tahu, tuan tanah belog ini sangat sukakan komik-komik Jepun yang dah dialih bahasa jadi Bahasa Melayu. Tapi bukannya komik anime tau, ini komik yang kartun pompuan dia comel-comel cantik-cantik dan kartun lelaki dia pulak hensem sampai kadang-kadang rasa nak gunting jer, hehehe.. Alah yang banyak jual kat 7 Eleven tu.. Tau kan?

So hari nie tiba-tiba teringat kat satu komik yang pernah dipinjam senior aku waktu form two dulu, dan sampai sekarang aku dah tak nampak kelibat komik tu dah. Grrr bikin wa geram saja ini olang woo... Nasib baik aku tak jumpa dah akak tu, kalau jumpa memang tuntut balik sampai dapat! Hah komik tu tajuk dia Aspirasi Cinta, dan aku sangat suka komik tu.. Cerita dia pasal sorang pompuan yang sangat obses dengan gaya Lolita sedangkan sekarang nie dah menjangkau abad ke 21. Dan fesyen lolita tu pulak hanya mula jelas diketahui berkembang sejak tahun 1970-an.

Aku mula tertarik untuk tahu pasal fesyen lolita nie lepas terjumpa satu butik online kat internet yang menjual baju-baju dan aksesori untuk lolita. Nama butik tu Baby, The Stars Shine Bright. Hah kalau nak tau, jenama Baby, The Stars Shine Bright ataupun short form nya Baby, sangat-sangat terkenal disebabkan banyak pakaian dan aksesori cantik-cantik yang dijual. Tapi bukan senang nak dapatkan barangan dari Baby tau! Harga dia toksah cakap, bikin poket kempis saja.. Lagipun main butik dia ada di Jepun dan kalau korang bukak website dia pun, korang takkan faham sepatah pun yang tertulis kat situ melainkan amik inisiatif bijak yakni translate guna Mr. Google, hehehe.

Ini antara baju-baju Baby yang femes. Owh ya takde niat nak letak baju-baju kaler pink aje tau! Sebab sebenarnya baju Baby memang lebih utamakan warna pink, hahahaha jangan salahkan aku.. Aku memang obses pink tapi aku tak berat sebelah naa..








Cantik kan? Bagi aku, baju-baju nie nampak comel sangat! Tapi disebabkan aku nie gadis yang tidak dikategorikan sebagai putih, cantik apatah lagi kan.. So dalam mimpi jelah kalau nak pakai baju-baju nie pun.. Hahaha. Okey-okey even kalau aku putih melepak cantik comel sekalipun, takde maknanya nak pakai.. Terbakar berjuta tahun aku kat neraka nanti. Tak sanggup woo, kerana cantik iman binasa!

Sedikit sebanyak pasal fesyen lolita yang aku tahu, fesyen nie sebenarnya berasal dari Jepun yang diasimilasikan (amik kau ayat karangan) dari era Victoria dan zaman Rococo. Siluet yang asal ialah skirt sepanjang lutut atau pakaian dengan bentuk 'cupcake' yang dibantu oleh petticoats, tapi telah berkembang menjadi pelbagai jenis pakaian termasuk corsets dan skirt yang panjang sampai lantai. Blaus, sarung kaki lutut tinggi atau stoking dan perhiasan yang paling menarik juga dipakai. Fesyen lolita berkembang menjadi beberapa gaya yang berbeza dan mempunyai cabang kebudayaan yang hadir dalam banyak bahagian dunia. Selain kat Jepun, fesyen lolita nie pun berkembang ke serata Eropah tapi dengan adunan gaya yang berbeza.


Walaupun asal fesyen lolita nie tak berapa jelas, tapi kemunculannya sekitar tahun 1970-an mula dipandang ramai lepas lahirnya jenama-jenama dan label terkenal seperti Pink House, Milk And Pretty (sekarang dikenali sebagai Angelic Pretty) mula menjual pakaian yang dianggap lolita masa kini. Tak lama lepas tu baru datang Baby, The Stars Shine Bright dan Metamorphose temps de fille. Lepas tahun 1990-an, label-label lain yang lebih terkenal muncul seperti Princess Princess. Tapi masa tu, label Princess Princess nie gunakan gaya pakaian yang rumit dan tak berapa diikuti ramai. Sebab tu, kebanyakan lolita mula menggayakan pakaian lolita dengan gaya dorang sendiri.

Macam nie haa :D













Comel sungguh mereka...

Owh ya, lolita nie pun ada banyak kategori jugak tau! Bukan satu jenis jer..

Gothic Lolita - Fesyen nie berasal kira-kira akhir tahun 1990-an di Harajuku. Alah, korang mesti tau kan Harajuku tu apa? Pusat fesyen jalanan paling terkenal! Fesyen Gothic Lolita nie dicirikan dengan mekap-mekap gelap dan baju-baju warna gelap seperti merah, hitam dan dengan kombinasi putih. Untuk lolita bahagian Barat pulak, mereka sesuaikan dengan aksesori macam kelawar, keranda, simbol salib dan keagamaan. Tapi untuk kebanyakan lolita asli, dorang anggap style Gothic Lolita nie sangat buruk! Itu demelah yang kata, teman no komen jer...

Contoh-contoh gaya Gothic Lolita :







Sweet Lolita - Dikenali sebagai ama-loli kat Jepun. Banyak dipengaruhi gaya Rococo dan pakaian Victorian era. Fesyen ini memberi tumpuan kepada aspek fantasi daripada Lolita. Gaya Sweet Lolita ini pulak banyak gunakan motif kanak-kanak dalam reka bentuknya. Sesuailah dengan namanya Sweet Lolita kan, fesyen nie banyak gunakan warna-warna ringan macam putih, pink (I repeat, PINK...) dan peach. Tema pakaian ialah buah-buahan macam ceri, strawberi dan apa-apa jenis buah bergula. Bunga pulak kebanyakannya dorang guna bunga bermotifkan bunga ros, melur, teratai dan ceri. Aksesori macam mutiara, reben, renda dan aksesori berasaskan warna pastel banyak digunakan untuk cantikkan lagi style nie.  Satu lagi main asset untuk Sweet Lolita ialah bonnets dia, atau lebih dikenali sebagai topi kepala versi baby. Kalau takde bonnets nie, dorang sanggup tak keluar rumah woo.. Dan kebanyakan lolita memang lebih prefer style ini berbanding yang lain. Nampak comel, sweet dan manis jer..

Macam nie hah :





Bonnets tu pulak camnie hah rupanya :








Hekhekhek gurau jer.. Takdelah itu suma bonnets baby. Ini bonnets lolita yang betul :












Classic Lolita - Gaya lolita yang ini merupakan gaya lolita yang bersifat agak matang, diambil menerusi gaya Rococo, Kabupaten dan Victori. Lebih kurang macam Sweet Lolita jugak, gaya Classic Lolita nie banyak menekankan unsur-unsur kelembutan tapi taklah macam Sweet Lolita. Ada jugak unsur-unsur Gothic Lolita tapi dengan padanan warna yang tak gelap. Kira senang cerita, kat tengah-tengah lah nie, hahaha..


Style Classic Lolita macam nie hah :
















Punk Lolita - Kalau tadi ada Gothic Lolita, sekarang kita ada Punk pulak. Punk Lolita nie kira style lolita yang paling mencabar sebab secara keseluruhannya, style baju yang ada unsur punk memang dah takkan jadi macam lolita. Kalau terlebih design pulak, langsung takde ciri lolita. So style nie lebih banyak menekankan unsur-unsur punk kat kain, rantai, kasut dan rambut. Kasut yang digunakan biasanya but dan lebih banyak unsur Western untuk style Punk Lolita nie.

Check this out! :






So itulah dia serba sedikit (sikit kau kata????) pasal lolita yang aku rasa nak share. Tak dinafikan yang fesyen nie memang masih menyengat dan mendapat tempat kat serata dunia especially kat Eropah. Kalau pergi Jepun nu haa, kat Harajuku tu lagilah macam-macam jenis baju boleh jumpa. Tapi rasanya walaupun fesyen lolita nie tak sampai kat Malaysia, unsur-unsur lolita dalam dunia fesyen kita tetap ada tau! Cuba tengok kat kedai-kedai, banyak baju-baju sekarang semua style bergaun. Ala-ala dress tu haa. Comel-comel pulak tu! Dan sebenarnya kalau aku nak tengok baju-baju tu, tak payah pergi kedai. Selak jer dalam almari dah banyak dah, hehehe.. Sure that I'm one of those who likes girly dress. Tapi ada sorang makcik pernah cakap kat aku, pakai baju camtu sebenarnya lagi manis dari pakai baju-baju lain. Tau sebab apa? Sebab baju dress nie lebih tertutup, dan melepasi punggung. Kalau rasa terdedah, pakai jer cardigan. Tak pun jacket kulit yang berlambak kat luar tu haa, cuma mahallah.


So conclusionnya kat sini, tak salah nak bergaya asalkan jangan sampai iman di dada tergadai.. Tak kisahlah kalau nak pakai ikut perkembangan fesyen or mana-mana yang berkenan di hati, tapi sebagai seorang muslim kita kenalah pandai nak pilih pakaian yang sesuai untuk kita gayakan kan? Jangan semata-mata sebab nak ikut sangat trend, habis terbang semua kain.. Taknak lah camtu kan..


So untuk fesyen lolita nie, walaupun aku suka sangat tapi setakat boleh tengok jelah kan? Hakhakhak.. Takpe takpe itu sudah memadai.


nota kaki : Maaf sebab entry kali nie panjang gila! Mungkin entry terpanjang aku, huhuhu.. Hope anda sudi melayangkan barang secubit cuma komen di bawah nie, sebab aku berungguh-sungguh nak post entry nie sampai bising mak ayah suruh tidur, hehehe...


Adios, babyee.. ~



Feb 21, 2012

GET ME OUT OF THIS ALONE FEELING!!!!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..


Sekarang aku dah faham kenapa orang yang terlalu lama berkurung dalam rumah lama-kelamaan akan jadi GILA. Bila keluar je dari rumah, terasa dunia macam dah terbalik 180 darjah. 

Bila terkurung, otak terasa sempit dan mulut pun kelu. Hilang ability nak bercakap dengan orang lain. Gila dalam sendiri. Bila dah terlalu lama bersendiri, akan terasa hidup macam dah takde makna sampaikan segala-galanya nampak kosong.

AKULAH ITU..

MAMA PLEASE IZINKAN SAYA KELUAR..!!!

Sob sob sob ~

Feb 19, 2012

Aqila Syahiena

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Kawan-kawan di facebook sudah mula bising tentang kenapa aku dah lama sangat menyepi tanpa khabar berita sekarang. Rasanya dorang tak tau belog aku nie dah penuh dengan post jer setiap hari, kan?? Ahaha :E

Owh disebabkan lama aku menghilang, mesti dorang dah tak kenal aku.. Dalam kepala sibuk fikir sapalah minah banyak mulut nie, bising jer keje. Okey rasa nak bagi intro sikit.

__________________________________________________________________________________

Hai! Nama saya Aqila Syahiena Bt Mohd Noor. Umur 18, kerja tanam anggur kat rumah. Masa kecik pernah disahkan menghidapi Obsessive Compulsive Disorder iaitu terlalu obses dengan kekemasan dan ketelitian tapi sekarang dah kurang sikit obsesnya. Nama di Muka Buku Aqila Syahiena, jangan segan-segan nak add.. Sekarang tengah berbahagia hidup dengan steady boyfriend iaitu Zimi Sofaz dan Ikuta Toma, dan walaupun dorang berdua share aku tapi kitorang hidup aman bahagia jer..  Thanks to Zimi Sofaz yang sudi bertolak ansur untuk kasi aku in a relationship pulak dengan Ikuta Toma even hubungan ini bertaraf PJJ (Perhubungan Jarak Jauh) sebab dia ada di Jepun wooo... Owh dan saya penggila warna pink, kalau boleh rambut-rambut pun nak warna pink. Feveret food is everything yang ada cheese, feveret drink is minuman bersusu dan fresh orange. Hobi saya menulis dan bersastera dan langsung tak kisah dipanggil cucu A Samad Said. Currently hidup dengan aman bahagia kat Meru, Klang dan langsung tak teragak-agak untuk mengangguk bila dioffer pindah dari sini..

__________________________________________________________________________________



Salam perkenalan!! Hakhakhakhak ~

Feb 18, 2012

Dua Lagu

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Jam 8.40 am 18 Februari 2012, Text Message Received from Nia Syafira :

" Salam minah pink. Woi apa pasal kau bubuh lagu jiwang kat blog tu?
Lama dah kau tak menjiwang nie. Ada prob ke, ley cer.. "

Sorry lah Cik Nia Cantik oii, takde kredit pulak nak membalas text kau. Meh aku balas special punya kat belog aku nie. Ahaks :D

Waktu dulu-dulu aku suka gegila dua lagu nie, dan tiap kali movie Titanic ngan Pearl Harbour keluar je mesti tak tinggal punya. Kalau dah tengok pulak, teresak-esak kat situ sambil cover malu.. Tak malu betul.

So itulah ceritanya. Tetiba semalam teringin nak mendengar lagu My Heart Will Go On-Celine Dion ngan There You'll Be-Faith Hill. Teringat dua cerita itu dan kesedihan yang ada dalamnya.

So Nia Syafira, thanks sebab tanya camtu.. Minah rocker sorang nie nampak jer hati batu keras kepala, tapi baik wooo wa cakap sama lu olang.. Walaupun kengkadang mulut langsung takde insurans, hahaha. Baru aku terfikir jugak, lama dah ke aku tak menjiwang? Tak kisahlah. Agaknya Nia rindu nak tengok aku tulis sajak lagi kowt -,-'

Hanya Satu Tulisan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Akan ada masanya kita akan rasa macam dah terlepas banyak peluang untuk lakukan sesuatu dalam hidup nie. Kadang-kadang jugak akan timbul perasaan menyesal sebab apa yang dah berlaku terus berlaku tanpa bagi kita peluang untuk rencanakan macam mana perkara itu sepatutnya berlaku. Kadang-kadang masa kita sedang sibuk menjalani kehidupan, kita tak nampak apa yang lebih penting dan sepatutnya kita utamakan, sampailah detik semua itu dah berlalu dan baru kita terduduk memikirkannya semula. Dan menyesal.

Semestinya masa yang dah berlalu takkan boleh diundur semula. Walau macam mana teruk sekalipun masa lalu kita, ia tetap telah menjadi masa lalu. Masa lalu yang sudah tinggal sejarah. Walau macam mana teruk sekalipun kita menyesal sebab tak sempat nak lakukan apa yang kita mahukan, semuanya dah berlalu.

Paling menyedihkan, apabila penyesalan timbul. Penyesalan akibat kita terlalu sibuk memandang ke hadapan dan tidak menyedari bahawa kita mempunyai impian untuk dimiliki. Dan peluang untuk memilikinya sentiasa ada sehinggalah kita telah melepasinya. Dan kita terlalu lewat untuk menyedari bahawa kita telah ketinggalan peluang itu.

Seorang gadis yang aku kenal sentiasa menganggap bahawa pintu-pintu yang berada di hadapannya akan sentiasa terbuka untuk dia. Sentiasa boleh dibuka kerana dia memiliki kunci-kuncinya. Namun suatu hari dia menyedari bahawa dia memang memiliki kunci untuk pintu-pintu tersebut, tetapi semua tombol pintu telah bertukar tanpa dia sedari bila dan mengapa. Akhirnya dia di situ, terkurung dengan memiliki segugus kunci namun masih gagal membuka pintu-pintu yang berada di hadapannya.
 

Feb 16, 2012

Thanks

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Nak ucap thanks kat si Umi Aisha untuk entry Just For You ini. Mekasih sebab banyak bagi semangat dan kekadang rajin layan kemerepekan (apakah?) aku.

Thanks jugak kat Farah Syairah, Syahirah Norman, Muhammad Hanafi, Zaidatul Dalila dan Kurnia yang turut bagi semangat masa aku down gegila nak menyembah bumi.

Thanks untuk Kak Ieka sebab gagal jugak test JPJ tadi dan jadi kawan gagal saya, hahahaahak. Takpe kak nanti ada peluang nak belajar sesama lagi.. Satu March nie kita kasi terbakor driving school tuh!

Thanks for Encik Arfan yang keluarkan banyak air liur nak ajar aku yang ketegaq sangat nie. Mekasih sebab sabar ajar saya yang cepat panik nie, hahahaha. And sorry sebab haritu sikit lagi nak buat kereta terlajak pegi tempat lain dan nak tercium belakang lori.

Thanks untuk Encik Hadi jugak yang rajin uruskan itu ini pasal lesen tuh.

Paling penting, thanks untuk mama dan ayah yang banyak bagi dorongan dan keluarkan duit untuk belajar kereta.. Thanks untuk mama yang sanggup buang perasaan takut bila anakmu nie memandu macam pelesit kat Bukit Kapar, wahahahaa..

Tetiba terasa macam banyak gila kenangan dengan belajar kereta nie. Macam banyak masa dihabiskan untuk belajar kereta dari mula belajar sampai sekarang yang dah gagal sekali nie hah.. Hahaha. Siapa cakap belajar kereta tu cuma sekadar belajar kereta jer..

Ada banyak benda yang aku dah belajar. Belajar untuk mula berkawan dengan orang lain. Belajar untuk hilangkan perasaan takut dan malu. Belajar untuk bersedia dengan benda yang tak tersangka. Belajar untuk ringankan mulut bercakap. Belajar untuk tengok outside world yang sebenarnya aku masih belum pernah tengok.

Terasa macam semua orang dah jadi satu family. Rapat dengan orang yang baru kita jumpa dan boleh berborak macam dah kenal bertahun-tahun. Buang perasaan kekok tu. Rasa seronok dapat kenal dengan Kak Ieka, Kak Syiela, Kurnia dan Kak Amirah. Owh tak lupa Kak Hazirah, Loo dan Kho. Encik Arfan dan Encik Hadi jugak. Akhirnya aku boleh berbual dengan orang asing yang sebelum nie memang aku takut gegila nak buat.

Alhamdulillah :D



JPJ TEST

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..



Muehehehehehe baru balik ke rumah lepas test JPJ!!! Hah nak tau aku lulus ke tak, kejap lagi. Sekarang nak membebel sengsorang sebelum aku lupa semuanya. Al maklumlah one of my big day of life! (poyo) Dan hari nie banyak gila benda bodoh yang aku buat. Rasa nak sumbat je kepala nie masuk dalam beg bila ingat balik.. Owh kalau rasa boring nak baca post merepek nie boleh click button merah kat kanan tu tau.. Dah cakap awal-awal nie..

Malam tadi aku keresahan dan buat gaya macam nak amik SPM pulaks. Terlantar atas katil tapi mata pejam pukul 4.30 pagi. Baru sedap nak lena, 6.30 pagi jam loceng sudah menjerit. Bersiap ala-ala nak pegi melancong dan sarungkan kasut baru yang dibeli semalam, hahahaha. Takde niat tau nak beli semata-mata untuk test JPJ nie! Kebetulan jer tapak kasut lama dah terbelah dua semenjak ganas sesangat balajar kereta dan kasut tu terlalu uzur nak dipakai balik. Risau aku, kot lah kat tengah-tengah jalan tetiba tercabut terus dah satu hal.. Free jer dapat cop gagal kat borang tuh. Tercemar kesucian!

So tepat jam 7.30 pagi aku dah terpacak menunggu En Hadi di hadapan rumah sambil mundar mandir tak senang duduk. Macam yang aku dah sepatutnya agak, En Hadi lewat LAGI. Pukul 8 lebih baru sampai dan aku naik dengan dua orang lagi Chinese boy. Haila haila.. teringat pulak dah janji dengan Kak Ieka nak tunggu dia depan pejabat. Rupa-rupanya bila dah sampai driving school, Kak Ieka pun lambat.. Nasib badan lah aku jadi penunggu hari nie -,-

Waktu nak daftar, aku tengok dua orang Chinese boys tu dapat nombor 059 dan 016. Cewahhh dalam hati dah excited gila sebab dapat nombor banyak! Kuranglah sikit tahap kecuakan ye tak? Tersenyum-senyum aku depan En Hadi dan bila dah dibagi nombor, aku rasa nak bunuh diri. Seriously. Dalam banyak-banyak nombor kat dunia nie kenapa mesti 004 yang jadi milik aku??? Kenapa???? Sumpahlah rasa nak tukar nama dah time tuh. 

" En Hadi nie mulut tak ong lah! Masin betul doakan saya dapat nombor awal! " 

Dan En Hadi tersengih, 

" Dah nama awak Aqila jer memanglah awal.. Takpe awak confident je, kotlah masin mulut saya awak lulus hari nie.. "

(masa tu aku ada perasaan yang En Hadi tak yakin dengan aku)

So lepas merungut dengan takdir nombor aku, aku straight pegi litar untuk tunggu taklimat sambil menunggu jugak Kak Ieka yang tersekat dengan traffic jam Sg Buloh. Mak ai ramai gila yang amik test hari nie dan majoriti aku tengok student macam aku jugak. Muka excited tapi nampak sangat cover cuak, muahaha (aku tergolong sekali) Tak lama lepas tuh baru Kak Ieka sampai sambil tercungap-cungap, kesian dia. Aku duduk dengan Kak Ieka dan masa pegawai JPJ bagi taklimat, rasa nak menjerit je suruh dia kuatkan volume suara. Selow lah kak, telinga saya nie telinga gajah.. Last-last aku buat-buat paham jer sambil doa dalam hati janganlah sebab aku tak dengar taklimat tuh aku gagal nanti. Huhuhuhu. 

First sekali kena buat ujian litar iaitu bukit. Dalam perjalanan nak pegi garaj tempat menunggu aku berdoa banyak-banyak mintak-mintaklah tak dapat kereta yang plat BJY tuh. Tau kenapa? Handbrake kereta tuh suwey.. Kereta itu jugaklah yang dah melecetkan tangan aku. Aku dengar-dengar jugak orang ramai kat situ pun cakap benda yang sama. So bila dah mula, Cikgu Abu panggil " 001, 002, 003, 005, 006, 007 BOLEH MASUK KERETA SEKARANG UNTUK START ENJIN.. " Oh my aku perasan nombor malang aku 004 tu takde.. " Encik, saya 004. Encik tercicir nie.. " Dan Cikgu Abu pandang aku " Adik nie tak amik borang penilaian lagi kat kaunter tu.. Tu lah tadi taklimat tak dengar ke? Isy isy isy... " Haiyo... Doa aku masa taklimat tadi tak dimakbulkan rupanya. So terpaksa lah aku tunggu sampai lepas nombor 039. Elok-elok dapat awal, terus lambat jadinya. Okey aku kena ingatkan diri sendiri untuk suruh jer sape-sape bagi taklimat tu guna microphone lain kali dan di masa hadapan.

Bila dah banyak kereta lepas bukit tuh, terasa lega sikit sebab bukan aku sorang je rupanya tak confident kat situ. Ramai gegila tau yang tak lepas bukit tuh. Terus gagal mandatori.. Cuak dah aku menunggu kat situ. Bila sampai turn aku, tu diaaaa nasib baik dapat thumbs up dari pegawai JPJ kat pondok bukit tu! Muehehehe, alhamdulillah tak dapat handbrake yang suwey. Lepas habis bukit terus tunggu giliran parking dan aku dapat parking nombor tiga. Alhamdulillah jugak parking lulus dengan sempurna. Siap pegawai JPJ tu cakap " Adik takut sangat eh sampai mulut terkumat kamit baca bismillah? " Eceh bang, dapat pahala lebih tu..

Pergi pulak ke tiga penjuru, dan yang ini aku cuak sikit sebab banyak kali masa latihan aku sangkut kat tempat nie. Langgar line putih je kejenye. So dengan lafaz alhamdulillah jugak aku berjaya lepas.. Dalam hati sibuk menjerit  Hoooreeyy!!! test litar aku dah lulus semuanya. Lepas tandatangan borang, aku tanya kat pegawai JPJ tuh nak pegi mana pasnie. Dia cakap terus kat tempat hantar borang, so aku teruslah bawak kereta tuh pegi depan kawasan kaunter. Sekali terdengar satu suara nun dari jauh, " Hoiiiii adik! Yang awak pegi situ kenapa? Dah tu kat bukit nie orang lain nak guna kereta apa nanti??? " Aik? Salah ke? Bila pandang keliling baru perasan semua orang drive balik pegi kawasan bukit untuk hantar kereta dan jalan kaki pegi kaunter. Aku je yang berlagak VIP nak drive sampai kaunter. Cecepat tepuk kepala kuat-kuat dan pusing satu litar dengan penuh gaya untuk sampai ke bukit. Bila dah sampai, aku tersenyum-senyum jelah. Encik Abu berbicara..

" Itu dia.. Dengan gayanya.. Senyumannya... Bergaya betul nak drive jauh-jauh.
Kenapa tak pegi jalan je terus? Senang saya bagi lulus je terus.. "

Aku tayang muka tak malu depan orang ramai kat situ.

Alamak, takde niat pun nak jadi popular kat situ... Sedaya upaya dah aku try nak elak dari timbulkan kekecohan tapi terbuat jugak. Muahahaha....

Dengan muka tak malu terus pergi pondok menunggu untuk test jalan raya. Lepas satu jam menunggu akhirnya nama aku dipanggil oleh kak penjaga kaunter yang tersangatlah kerek. " Nanti awak masuk kereta nombor sebelas ye, jangan pegi melencong tempat lain pulak! " Ai kak, sentap tu..

Bila masuk jer kereta, tuuu diaaaa duduk bersebelahan aku merupakan seorang pegawai JPJ wanita. I repeat, WANITA.... Oh my habislah aku. Teringat Encik Arfan cakap kalau dapat pegawai wanita tu jaga-jaga sikit. Sosah nak kow tim (baru belajar perkataan nie dari bebudak sana) Dengan penuh kelembutan aku cakap " Assalamualaikum cik... " Dia cakap "hmmm" je. OMG hilang keyakinan aku. Ekspress pulak tu dia suruh aku potong je dua lagi kereta yang menunggu kat depan aku tu. Biar betul cik nie! Nak tak nak buat jugak..

Okey, mengikut apa yang aku dah belajar dengan Encik Arfan, kalau masa naik bukit enjin berbunti-bunyi tanda semput tak cukup nafas dan gear kat nombor dua, berhenti je terus dan free kan gear serta tarik handbrake. Pastu baru tukar balik gear satu sebab kalau nak tukar gear time tengah naik bukit, risiko enjin mati amatlah besar dan kereta akan mengundur. Itu dah jadi mandatori.

Jadi kisahnya masa aku naik bukit nak keluar ke jalan besar, kereta tu menderam dan itu tandanya aku kena tukar gear rendah. So aku stoplah sekejap nak tukar gear tapi enjin tak mati okey.. Baru jer jalan balik, pegawai JPJ tu cakap " Okey awak keluar sekarang. Biar saya drive balik. " Haaaaa??? What the..?? Setahu aku dialog tu membawa kepada cop GAGAL yang besar kat borang aku. Aku balas balik " Eh cik, takpe-takpe biar saya yang drive lagi " Dalam hati penat doa mintak-mintaklah dia nak ubah fikiran kasi aku drive lagi habiskan Jalan Satu tu. " Takpe, biar saya drive. Awak dah berhenti tengah jalan nie, gagal dah awak nie. Mana boleh berhenti camnie. " Yih?? Aku dah confuse masa tuh. Bukan sepatutnya berhenti tu tak mandatori ke selagi ada atas bukit?? Setahu aku, kalau kereta mengundur baru gagal. Ke aku yang tersalah  sebenarnya.. Adoi, manalah nak taruk muka. Konfem-konfem orang nampak kalau JPJ yang bawak balik kereta tuh maknanya orang tuh dah gagal. So aku senyap je sepanjang perjalanan balik ke driving school. Malu beb.. -,'-

Lepas keluar dan cecepat lari dari kereta, aku memalukan diri sendiri lagi bila cik JPJ tu jerit sebab aku tertinggal beg kat dalam kereta. Haila, semua orang dengar pulak tu... Apa pasal pelupa sangat aku hari nie  pun tak taulah. Kak Ieka pulak masih lama lagi nak tunggu test jalan raya, so dia ajak aku makan kat kafe. Tengah syok-syok minum milo ais sambil mengadu kat Kak Ieka, ternampak lah pulak si En Hadi dan En Arfan yang berbaju hitam berjalan ke arah meja kitorang. Aku pandang pulak tudung hitam aku. Eh pakcik! Matching lah pulak kita nie... Hahahaha. En Hadi sengih jer tanya " Apa macam?? " dan aku jawab " Terkandas lah encik. " Time tu pulak nampak mata En Arfan terbukak besar pandang aku. Sebelum sempat dia nak sembur aku, awal-awal aku cakap,

" Saya dah mandi bunga malam tadi encik.. "

Tuu diaaa Encik Arfan gelak habis.

" Awak guna bunga mana? Kalau bunga kertas depan rumah memanglah tak wangi..
Eh Hadi nanti kau carikkan dia tujuh bunga dari hutan dara.. 
Dia nie tak dengar cakap aku itu pasallah tak lulus.."

Tak habis-habis ungkit, hmmm.

Bila tengok Encik Arfan dah pergi meja lain, hah line clear! Aku defence habis-habisan kat Encik Hadi. (rasa takut nak bagitau Encik Arfan kenapa aku boleh gagal) Encik Hadi cakap jangan risau, kira okeylah test litar dah lulus. Drive pun dah okey cuma masalah kat jalan raya tu haa. Aku angguk jer dan tetiba muncul Encik Arfan dari belakang sambil tanya kenapa aku boleh gagal. Habis je aku cerita, dia tepuk tangan sekali dan cakap " Ini patut tak gagal nie. Betul nie. Sepatutnya awak tak gagal. " Walla.. Hilang rasa bersalah aku. Yelah ingatkan hari nie nak buktikan yang aku dengar semua tunjuk ajar dia, sekali terkandas pulak.. Takpe-takpe ada rezeki lah nak mendengar bebelan Encik Arfan lagi pasnie, muahaha..

So my next test will be on 1st March. Okey lepas nie aku BETUL-BETUL kena pastikan aku lulus.. Tak sanggup woo nak ulang lagi. Insya Allah, huhuhu. Paling penting kena make sure Encik Arfan tak suruh aku mandi bunga lagi, or bedung kaki atau lanjutkan tempoh jadi girlfriend kereta dia, hakhakhak. 

Its better to fail something with knowledge rather than achieve something but still stupid. (nak pujuk hati kononnya)

Adios, babyeeee.. ~

Feb 15, 2012

Rindu Maktab

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

AKU RINDU MAKTAB.

Tau apa yang aku buat untuk hilangkan sikit rindu nie???

Aku pasang cadar maktab yang dah buruk tuh kat katil aku, muahahahaha.



See? Tinggi semangat cintakan maktab aku kan. Sebijik macam kat P309 dan P026, muahaha.

Nota kaki: Rindukan ex cubemate si Syahirah Hanis, Shaerra Amiera, Aqilah Junior, Adawiyah Zulkiflie, Syahirah Zahurii dan Amira Adnan :'( Sob sob sob


Ikuta Toma A.K.A Nakatsu Shuicii In Hana Kimi

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Semalam line internet kat rumah Encik Mohd Noor laju gegila! So dapatlah aku download drama kesayanganku Hana Kimi. Semua sekali 12 episod dengan satu episod ekstra, muahahaha.

Ada sejarah dengan movie nie tau.

Aku nie bukanlah penggila Korea or Jepun, dan walaupun aku suka baca komik Jepun tapi movie jarang tengok jugak. So waktu tu SPM trial weeks, aku bersama lima lagi mereka yang turut sama tak sedar diri trial tak habis lagi sibuk menghadap laptop yang dibawa oleh si Niena. Layan cerita hantu yang macam sampah (oppsssss!) dan tengok video-video lagu. Sampailah Niena offer nak tengok movie nie sebab waktu tu dah boring sesangat. Aku angguk je, buat isyarat satu episod je sebab malas nak layan drama-drama nie tapi rasa nak tengoklah pulaks. Jeng jeng jeng, dah mula.

Hanazakarino Kimitachi E a.k.a For You In Full Blossom. Rasanya ramai dah tengok drama nie waktu memula kuar dulu, zaman aku kanak-kanak ribena rasanya (punyalah ketinggalan) dan mesti ramai jadi insane sebab cerita nie. Aku yang memula tengok buat muka neutral jer, tapi masuk episod dua badan mula macam cacing. Sekejap peluk Syasya. Sekejap menjerit " Owh suweeeetttnyyeerrrr! ". Sekejap duduk pastu baring. Sekejap pegang pipi. Sekejap gigit bantal. Sekejap lagi peluk balik Syasya yang dah nak penyek aku kerjakan tu. Pastu tak tido malam sebab nak tengok sampailah bateri laptop dah nak habis dan si Niena bangun dari tidur sambil paksa aku tidur.

Esoknya aku merengek-rengek kat Niena nak sambung tengok. Sampai aku sanggup ponteng prep korang tau sebab nak tengok punya pasal! Itulah first time aku bebetul suka kat movie, especially drama bersiri camtuh. Sebelum nie jual mahal malas nak bertapa depan tv..

Okey actually yang buat aku gila bayang bukannya kesweeetan movie tu tapi sebab pelakon dia owwwh awesomee! Nakatsu Shuicii. Alalalah aku tau ramai gila kat luar sana yang suka dia jugak kan kan? Dia memang handsome dan sangat lawak. Tak habis gelak aku waktu menengok scene yang ada muka dia. Pastu mesti pause cecepat sampai si Syasya, Niena ngan Syifa bising suruh play balik. Itulah first time aku gila bayang tengok muka pelakon lelaki sebab sebelum nie aku akan bagi reaksi begini : " Suju? Perghh macam pompuan je muka aku tengok. " "Lee Min Ho? Anak sape tu?" " TOP? Iklan sabun baju ke??? " Hah itulah dia. Sorry to all Koeanmaniac! Hikhikhik.


Inilah hero drama nih. Yang kanan tu Sano Izumi, tengah pulak Ashiya Mizuki dan kiri tu Nakatsu Shuicii.


Muka yang tersangat jarang dalam drama nih, sebab Nakatsu is a happy-go-lucky person in this.


Ini paling lawak. Dia jatuh cinta kat Ashiya dan sangka yang dia gay sebab taktau Ashiya tu pompuan..




Nakatsu waktu lawan dengan Sano sebab nak rebut Ashiya




Jaket standard. Jaket nih memenuhi hampir 89% scene drama nih dan rasanya memang feveret Nakatsu


Style budak sekolah yang selalu nak berseronok.


So malam tadi jenuhlah aku kena marah dengan mak suruh off je laptop tuh. Dan petang tadi aku tak tunggu lagi dah, balik je mak aku dari kerja aku terus serbu mintak laptop sebab movie tu aku download kat laptop bukan kat PC. Waaaaa Nakatsu kesayangan aku makin dekat lah! huehueheue.

Bukak FB, nampak pulaks lah page si Ikuta Toma. Cecepat aku like dan ituuuu diaaaaa Nakatsu Shuicii!!! Banyak gegila gambar dia dan terus aku buat gaya stalker pegi download semua. Hei Aqila, buruklah perangai hang..

Ikuta Toma dengan spectacles dia memang stylo... OMG

Yang ini tak senonoh sikit, ampun ye bawah umur jangan tengok @@/





Yang ini pun aku sukaaa T-T





Version rambut Nakatsu ~



Ending drama nih agak suwey bagi aku sebab at last Ashiya+Sano jugak. Tapi aku harap sangat dapat jadi Ashiya+Nakatsu, huhuhuhu... Takpe-takpe dapat tengok balik drama nih pun dah satu rezeki untuk aku... OMG seronok kan kalau ada lelaki macam Nakatsu kat Malaysia nih? Kalaulah aku nie jenis yang pandang paras rupa, dah lama terbang pegi Jepun carik orang sana.Tapi rasanya macam mimpi siang hari jelah.. Hensem mana pun, aku tetap pilih orang Melayu walaupun mereka tidak seromantik dan sesmart orang Jepun (ish main compare-compare pulak!) Hhahaha. Taknak cakap lebih-lebih, anda lebih mengetahui kan?

Adios, babyeeee.. ~