Feb 26, 2012

15 March 2009

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..


Aqila Syahiena sibuk menaip lagi, setelah habis menyelongkar semua peti email untuk buat apa-apa yang patut.
Owh tiba-tiba tengok kalendar dan baru sedar pejam celik pejam celik dah nak habis bulan dua. Perasaan? Neutral.

Teringatkan tarikh 15 Mac yang dah nak dekat dan terus mengeluh. Mungkin tarikh itu tarikh biasa bagi kebanyakan manusia tapi bukan untuk aku. Tarikh itu bukan birthday sesiapa, bukan juga ada apa-apa majlis penting tapi cukup untuk buat aku mengeluh.

15 Mac 2009. Yes! Siapa tahu sila angguk dan kalau dah jemu dengan cerita saya tentang tarikh ini, anda dipersilakan untuk tidak meneruskan entry ini. Takpe saya tak kisah ;3

Dah hampir tiga tahun. Perasaan nak marah tu pun dah takde sebab rasanya benda tu dah wajib lapuk pun. Tapi perasaan canggung itu tetap ada especially kalau terserempak depan ada. Kelu, rasa nak bisu je kat situ. Nak start the awkward conversation dengan muka plastik and tangan shaking *adakah aku berdrama? Owh gurau jer, alhamdulillah selepas Form Four aku dah tak terserempak lagi dengan insan yang dimaksudkan tersebut.. Hehehe

Manusia itu pun rasa-rasanya dah tak rasa nak menegur aku lagi. Entah-entah nama aku pun dia dah blur, muka aku pulak dia langsung tak cam kalau terserempak waima tepi jalan sekalipun. Tapi kalau betul terserempak, aku jujur cakap nak lari siap-siap! Hehehe tak ready lagilah nak face dengan manusia itu lepas satu 'sejarah' yang ada.

Kalau anda tergaru-garu kepala dan rasa bengang sebab dari tadi dok berkias-kias jer aku nie, maaplah ye..

Saya rasa cinta monyet yang pernah saya alami dan tak kesampaian itu tak perlu didiscribekan lagi..

Hahaha, betul tu. Aku tau ramai gila orang kat luar sana yang akan anggap benda nie small matter sebab bila ada peluang untuk carik orang baru, mesti lupa semua ke-frust-an (apakah??) yang pernah dirasakan. Takpe-takpe itu memang benda common, cuma aku tak terkategori dalam golongan itu. Mungkin anda rasa saya lurus bendul sebab pernah kapel sekali dan bila dah break up terus tak kapel-kapel langsung. Mungkin anda rasa saya setia membabi buta dan masih sayangkan orang tu.

Anda salah.

Aku tak pernah rasa nak tunggu dia terima aku balik dan serik nak bercinta lagi. Langsung tak pernah terdetik pun. The only reason is aku tak rasa aku nak bercinta. Itu je. As simple as that :3

Sepanjang menengah atas nie pun jenuhlah aku nak explain kat orang kenapa aku bahagia jer solo (owh aku bukan hot setap ramai orang minat gitu, cuma kawan-kawan sangat suka label muka aku nie muka orang ada bf..) Aku pun tak paham camne si Filza selalu tuduh aku menipu bila aku cakap aku single. Tak kisahlah tu..

Rasanya bukan big matter pun kalau tak bercinta masa sekolah, betul tak? Untuk orang yang langsung tak pernah kapel, bersyukurlah hati korang masih suci bersih lagi. Untuk yang kurang bernasib baik macam aku and the rest yang satu geng, nak buat camne kan.. Kalau korang tak menyesal, itu terpulang tapi kalau korang sama macam aku, ada a sense of regret even small pun, still takpe.. Sekurang-kurangnya kita pernah rasa camne perasaan cinta monyet tu dan kita tau benda tu salah. Sekurang-kurangnya untuk masa akan datang, kita dah boleh berfikiran matang bila masuk bab-bab nie (aku tak berniat nak galakkan korang bercinta waktu sekolah tau!)

So sampai sekarang pun, aku bahagia jer dengan zaman solo aku. Alah belum sampai masa buat apa nak kepoh-kepoh sibuk mencari ye tak? Bila sampai masanya, it will come naturally. So enjoylah masa solo nie dengan sebaik-baiknya sebab hidup kita pun masih jauh dengan tuntutan cita-cita..

Sebenarnya aku pun tak paham kenapa aku boleh tulis entry kategori gatal macam nie, hehehe.. Tapi rasa-rasanya aku cuma nak expresskan pendapat dan pendirian aku. Itu aje.. Rasa awkward pulak nak post benda nie tapi sebagai satu coretan kenangan rasanya tak salah kan..

Hari ini tarikh ialah 25 Feb 2012 dan 15 Mac masih jauh. Tapi aku tau sampai tarikh tu, aku dah malas nak pikir so post jelah sekarang sementara masih ada masa dan idea ;3


Katakan
kepada anda yang single di luar sana! Hahahaha


No comments: