Feb 26, 2012

Complicated Form!!!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..


Sekarang nie betul-betul membara terbakar dan dah berasap-asap hati nie. Ikutkan hati aku bom jer Maybank tuh.. Tau kenapa? Haritu dia call aku sebab nak offer scholarship dari pihak dorang. Dalam hati, bersyukur sangat sebab at least adalah yang nak mengoffer walaupun tak confirm dapat kan? Uhuhu. Tapi yang buat aku bebetul menahan sabar ialah, leceh gila nak isi borang dia!! Dah isi pastu nak kena print untuk signature, pastu pulak kena scan balik sebab nak email kat dia. Semua sijil-sijil pun kena scan sekali then compress dalam PDF file.

Nak scan semua benda tu dah satu kerja, dan disebabkan menda nielah aku tak boleh pergi kenduri kahwin sedangkan perut dah menjerit-jerit kelaparan.. Bila dah jadi PDF file, nak hantar kat email pulak loading sesangat. Dah tu bila habis loading terus send takpe, nie problem loading page pulak! Memang bebetul mencabar kesabaran aku.. Entah hape-hape entah yang dia nak kat borang tuh pun aku tak paham.

Eiiiii lain kali kalau nak suruh orang isi borang, janganlah kasi borang yang complicated gila nak diisi... Suruh isi online kan senang, habis cerita tak payah sesusah nak scan lah hape lah. Rasa-rasa dah banyak pahala yang aku dapat sebab menahan sabar tau! Kalau tak, eii aku campak jer borang tu masuk lombong! Tak dapat scholarship pun takpe aku tak kisah janji jangan nak buat aku tawar hati masa nak mengisinya.. Tak rela betul nak buat kerja dua tiga kali!

So aku harap lepas nie janganlah ada pihak-pihak yang menyuruh aku isi borang-borang yang tersangatlah complicated and a burden for my head lepas nie.. Pleaseee lah saya bukan tak reti bersyukur bila dibagi peluang tapi saya nie ada tahap kesabaran nak layan kerenah orang mintak macam-macam tau tak...

Feeling miserable and unconditionally will explode anytime anywhere!!

No comments: