Feb 22, 2012

Fesyen Lolita Masih Menyengat!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..




Hello semua orang! Okey kalau anda nak tahu, tuan tanah belog ini sangat sukakan komik-komik Jepun yang dah dialih bahasa jadi Bahasa Melayu. Tapi bukannya komik anime tau, ini komik yang kartun pompuan dia comel-comel cantik-cantik dan kartun lelaki dia pulak hensem sampai kadang-kadang rasa nak gunting jer, hehehe.. Alah yang banyak jual kat 7 Eleven tu.. Tau kan?

So hari nie tiba-tiba teringat kat satu komik yang pernah dipinjam senior aku waktu form two dulu, dan sampai sekarang aku dah tak nampak kelibat komik tu dah. Grrr bikin wa geram saja ini olang woo... Nasib baik aku tak jumpa dah akak tu, kalau jumpa memang tuntut balik sampai dapat! Hah komik tu tajuk dia Aspirasi Cinta, dan aku sangat suka komik tu.. Cerita dia pasal sorang pompuan yang sangat obses dengan gaya Lolita sedangkan sekarang nie dah menjangkau abad ke 21. Dan fesyen lolita tu pulak hanya mula jelas diketahui berkembang sejak tahun 1970-an.

Aku mula tertarik untuk tahu pasal fesyen lolita nie lepas terjumpa satu butik online kat internet yang menjual baju-baju dan aksesori untuk lolita. Nama butik tu Baby, The Stars Shine Bright. Hah kalau nak tau, jenama Baby, The Stars Shine Bright ataupun short form nya Baby, sangat-sangat terkenal disebabkan banyak pakaian dan aksesori cantik-cantik yang dijual. Tapi bukan senang nak dapatkan barangan dari Baby tau! Harga dia toksah cakap, bikin poket kempis saja.. Lagipun main butik dia ada di Jepun dan kalau korang bukak website dia pun, korang takkan faham sepatah pun yang tertulis kat situ melainkan amik inisiatif bijak yakni translate guna Mr. Google, hehehe.

Ini antara baju-baju Baby yang femes. Owh ya takde niat nak letak baju-baju kaler pink aje tau! Sebab sebenarnya baju Baby memang lebih utamakan warna pink, hahahaha jangan salahkan aku.. Aku memang obses pink tapi aku tak berat sebelah naa..








Cantik kan? Bagi aku, baju-baju nie nampak comel sangat! Tapi disebabkan aku nie gadis yang tidak dikategorikan sebagai putih, cantik apatah lagi kan.. So dalam mimpi jelah kalau nak pakai baju-baju nie pun.. Hahaha. Okey-okey even kalau aku putih melepak cantik comel sekalipun, takde maknanya nak pakai.. Terbakar berjuta tahun aku kat neraka nanti. Tak sanggup woo, kerana cantik iman binasa!

Sedikit sebanyak pasal fesyen lolita yang aku tahu, fesyen nie sebenarnya berasal dari Jepun yang diasimilasikan (amik kau ayat karangan) dari era Victoria dan zaman Rococo. Siluet yang asal ialah skirt sepanjang lutut atau pakaian dengan bentuk 'cupcake' yang dibantu oleh petticoats, tapi telah berkembang menjadi pelbagai jenis pakaian termasuk corsets dan skirt yang panjang sampai lantai. Blaus, sarung kaki lutut tinggi atau stoking dan perhiasan yang paling menarik juga dipakai. Fesyen lolita berkembang menjadi beberapa gaya yang berbeza dan mempunyai cabang kebudayaan yang hadir dalam banyak bahagian dunia. Selain kat Jepun, fesyen lolita nie pun berkembang ke serata Eropah tapi dengan adunan gaya yang berbeza.


Walaupun asal fesyen lolita nie tak berapa jelas, tapi kemunculannya sekitar tahun 1970-an mula dipandang ramai lepas lahirnya jenama-jenama dan label terkenal seperti Pink House, Milk And Pretty (sekarang dikenali sebagai Angelic Pretty) mula menjual pakaian yang dianggap lolita masa kini. Tak lama lepas tu baru datang Baby, The Stars Shine Bright dan Metamorphose temps de fille. Lepas tahun 1990-an, label-label lain yang lebih terkenal muncul seperti Princess Princess. Tapi masa tu, label Princess Princess nie gunakan gaya pakaian yang rumit dan tak berapa diikuti ramai. Sebab tu, kebanyakan lolita mula menggayakan pakaian lolita dengan gaya dorang sendiri.

Macam nie haa :D













Comel sungguh mereka...

Owh ya, lolita nie pun ada banyak kategori jugak tau! Bukan satu jenis jer..

Gothic Lolita - Fesyen nie berasal kira-kira akhir tahun 1990-an di Harajuku. Alah, korang mesti tau kan Harajuku tu apa? Pusat fesyen jalanan paling terkenal! Fesyen Gothic Lolita nie dicirikan dengan mekap-mekap gelap dan baju-baju warna gelap seperti merah, hitam dan dengan kombinasi putih. Untuk lolita bahagian Barat pulak, mereka sesuaikan dengan aksesori macam kelawar, keranda, simbol salib dan keagamaan. Tapi untuk kebanyakan lolita asli, dorang anggap style Gothic Lolita nie sangat buruk! Itu demelah yang kata, teman no komen jer...

Contoh-contoh gaya Gothic Lolita :







Sweet Lolita - Dikenali sebagai ama-loli kat Jepun. Banyak dipengaruhi gaya Rococo dan pakaian Victorian era. Fesyen ini memberi tumpuan kepada aspek fantasi daripada Lolita. Gaya Sweet Lolita ini pulak banyak gunakan motif kanak-kanak dalam reka bentuknya. Sesuailah dengan namanya Sweet Lolita kan, fesyen nie banyak gunakan warna-warna ringan macam putih, pink (I repeat, PINK...) dan peach. Tema pakaian ialah buah-buahan macam ceri, strawberi dan apa-apa jenis buah bergula. Bunga pulak kebanyakannya dorang guna bunga bermotifkan bunga ros, melur, teratai dan ceri. Aksesori macam mutiara, reben, renda dan aksesori berasaskan warna pastel banyak digunakan untuk cantikkan lagi style nie.  Satu lagi main asset untuk Sweet Lolita ialah bonnets dia, atau lebih dikenali sebagai topi kepala versi baby. Kalau takde bonnets nie, dorang sanggup tak keluar rumah woo.. Dan kebanyakan lolita memang lebih prefer style ini berbanding yang lain. Nampak comel, sweet dan manis jer..

Macam nie hah :





Bonnets tu pulak camnie hah rupanya :








Hekhekhek gurau jer.. Takdelah itu suma bonnets baby. Ini bonnets lolita yang betul :












Classic Lolita - Gaya lolita yang ini merupakan gaya lolita yang bersifat agak matang, diambil menerusi gaya Rococo, Kabupaten dan Victori. Lebih kurang macam Sweet Lolita jugak, gaya Classic Lolita nie banyak menekankan unsur-unsur kelembutan tapi taklah macam Sweet Lolita. Ada jugak unsur-unsur Gothic Lolita tapi dengan padanan warna yang tak gelap. Kira senang cerita, kat tengah-tengah lah nie, hahaha..


Style Classic Lolita macam nie hah :
















Punk Lolita - Kalau tadi ada Gothic Lolita, sekarang kita ada Punk pulak. Punk Lolita nie kira style lolita yang paling mencabar sebab secara keseluruhannya, style baju yang ada unsur punk memang dah takkan jadi macam lolita. Kalau terlebih design pulak, langsung takde ciri lolita. So style nie lebih banyak menekankan unsur-unsur punk kat kain, rantai, kasut dan rambut. Kasut yang digunakan biasanya but dan lebih banyak unsur Western untuk style Punk Lolita nie.

Check this out! :






So itulah dia serba sedikit (sikit kau kata????) pasal lolita yang aku rasa nak share. Tak dinafikan yang fesyen nie memang masih menyengat dan mendapat tempat kat serata dunia especially kat Eropah. Kalau pergi Jepun nu haa, kat Harajuku tu lagilah macam-macam jenis baju boleh jumpa. Tapi rasanya walaupun fesyen lolita nie tak sampai kat Malaysia, unsur-unsur lolita dalam dunia fesyen kita tetap ada tau! Cuba tengok kat kedai-kedai, banyak baju-baju sekarang semua style bergaun. Ala-ala dress tu haa. Comel-comel pulak tu! Dan sebenarnya kalau aku nak tengok baju-baju tu, tak payah pergi kedai. Selak jer dalam almari dah banyak dah, hehehe.. Sure that I'm one of those who likes girly dress. Tapi ada sorang makcik pernah cakap kat aku, pakai baju camtu sebenarnya lagi manis dari pakai baju-baju lain. Tau sebab apa? Sebab baju dress nie lebih tertutup, dan melepasi punggung. Kalau rasa terdedah, pakai jer cardigan. Tak pun jacket kulit yang berlambak kat luar tu haa, cuma mahallah.


So conclusionnya kat sini, tak salah nak bergaya asalkan jangan sampai iman di dada tergadai.. Tak kisahlah kalau nak pakai ikut perkembangan fesyen or mana-mana yang berkenan di hati, tapi sebagai seorang muslim kita kenalah pandai nak pilih pakaian yang sesuai untuk kita gayakan kan? Jangan semata-mata sebab nak ikut sangat trend, habis terbang semua kain.. Taknak lah camtu kan..


So untuk fesyen lolita nie, walaupun aku suka sangat tapi setakat boleh tengok jelah kan? Hakhakhak.. Takpe takpe itu sudah memadai.


nota kaki : Maaf sebab entry kali nie panjang gila! Mungkin entry terpanjang aku, huhuhu.. Hope anda sudi melayangkan barang secubit cuma komen di bawah nie, sebab aku berungguh-sungguh nak post entry nie sampai bising mak ayah suruh tidur, hehehe...


Adios, babyee.. ~



1 comment:

EQieN said...

huhu comey2 n menarik