Feb 18, 2012

Hanya Satu Tulisan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Akan ada masanya kita akan rasa macam dah terlepas banyak peluang untuk lakukan sesuatu dalam hidup nie. Kadang-kadang jugak akan timbul perasaan menyesal sebab apa yang dah berlaku terus berlaku tanpa bagi kita peluang untuk rencanakan macam mana perkara itu sepatutnya berlaku. Kadang-kadang masa kita sedang sibuk menjalani kehidupan, kita tak nampak apa yang lebih penting dan sepatutnya kita utamakan, sampailah detik semua itu dah berlalu dan baru kita terduduk memikirkannya semula. Dan menyesal.

Semestinya masa yang dah berlalu takkan boleh diundur semula. Walau macam mana teruk sekalipun masa lalu kita, ia tetap telah menjadi masa lalu. Masa lalu yang sudah tinggal sejarah. Walau macam mana teruk sekalipun kita menyesal sebab tak sempat nak lakukan apa yang kita mahukan, semuanya dah berlalu.

Paling menyedihkan, apabila penyesalan timbul. Penyesalan akibat kita terlalu sibuk memandang ke hadapan dan tidak menyedari bahawa kita mempunyai impian untuk dimiliki. Dan peluang untuk memilikinya sentiasa ada sehinggalah kita telah melepasinya. Dan kita terlalu lewat untuk menyedari bahawa kita telah ketinggalan peluang itu.

Seorang gadis yang aku kenal sentiasa menganggap bahawa pintu-pintu yang berada di hadapannya akan sentiasa terbuka untuk dia. Sentiasa boleh dibuka kerana dia memiliki kunci-kuncinya. Namun suatu hari dia menyedari bahawa dia memang memiliki kunci untuk pintu-pintu tersebut, tetapi semua tombol pintu telah bertukar tanpa dia sedari bila dan mengapa. Akhirnya dia di situ, terkurung dengan memiliki segugus kunci namun masih gagal membuka pintu-pintu yang berada di hadapannya.
 

No comments: