Feb 27, 2012

Pesanan Mak Untuk Orang Perempuan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..


Mak pernah pesan, orang perempuan nie kena kuat macam harimau..

Mak cakap, walau macam mana teruk sekalipun dugaan yang menimpa kita, orang perempuan mesti hadapi semua tu dengan tabah. Orang perempuan tak boleh cepat melatah dan panik dengan sesuatu yang  datang tiba-tiba tanpa dapat dijangka. Orang perempuan kena cekalkan hati biar jadi macam air. Yup, AIR. Sentiasa mengalir dan mengisi ruang mengikut bentuk ruang tersebut. Menyejukkan, dan dalam masa yang sama menyembuhkan. Neutral dan menyerap kepanasan. Sentiasa menenangkan orang lain dan menenangkan diri sendiri juga..


Mak pernah pesan, orang perempuan nie kena bekerjaya untuk mencorak masa depan sendiri..


Mak cakap, statement lama iaitu 'orang perempuan belajar tinggi-tinggi pun duduknya kat dapur jugak nanti' dah tak boleh pakai dah. Orang perempuan mesti bijak tentukan kehidupan sendiri, sebab dengan perkahwinan pun belum tentu menjamin kehidupan akan datang.. Mak cakap perkahwinan sekarang bukan macam dulu-dulu, sekarang orang ramai pakai konsep 'pakai buang' dan '3 in 1'. Jadi untuk mempersiapkan diri menghadapi semua itu, orang perempuan kena ada kewangan yang stabil walaupun tak mewah. Kena ada pendidikan walaupun tak tinggi..


Mak pernah pesan, orang perempuan kena jaga maruah diri, keluarga dan agama..


Mak cakap, walaupun kat dunia nie kita miskin dengan harta, tapi kita mesti dan wajib kaya dengan maruah serta harga diri.. Orang perempuan yang tak memiliki maruah dan harga diri samalah macam tak punyai apa-apa. Lebih hina dan lebih rendah berbanding orang miskin yang hidup kat jalanan. Mak pesan, walau apapun yang terjadi, walau kat mana pun kita pergi, orang perempuan mesti bawa dan pelihara maruah diri, keluarga dan agama.. Sebab itu tunjang utama kehidupan orang perempuan.. Mak cakap jangan terikut-ikut dengan trend remaja sekarang, 'lu masih dara, lu kolot..' Mak cakap itu pemikiran orang tak cukup akal.. Orang perempuan kena pelihara harga diri, keluarga dan agama dengan sebaik-baiknya walaupun terpaksa berkorban nyawa..


Mak pernah pesan, orang perempuan jangan mudah nak bagi perasaan 'cinta' kat sebarang orang..


Mak cakap, Allah dah tetapkan seorang Adam untuk kita dan bila sampai masanya nanti, kita akan jumpa pemilik tulang rusuk kita tu.. Orang perempuan jangan sesuka hati nak suka sebarangan orang, terutamanya kalau usia masih mentah dan tak lepas SPM lagi (mak anggap tu had umur nak bercinta) Orang perempuan kena berhati-hati sebab kebanyakan cinta monyet semuanya berakhir dengan disaster.. Kalau zaman dulu mak kata cinta monyet nie suweet sangat, sampai ada yang melangkah ke jinjang pelamin. Tapi zaman sekarang mak kata orang bercinta sebab nak suka-suka, dan ada yang nakkan 'itu' je.. Mak cakap nak bercinta, bercintalah masa kat U nanti, at least masa tu pemikiran dah matang.. Tapi mak kata kalau bercinta lepas tu terus kahwin lagi bagus, mak pun senang hati..


Mak pernah pesan, jangan lupakan apa yang mak pesan..

Sekarang nie, anak mak pulak nak pesan kat mak..

Mak, anak nak pesan kat mak supaya mak sentiasa suruh anak mak nie untuk jadi kuat macam harimau.. Sebab anak mak nie lemah kengkadang, anak mak nie cepat menangis.. Anak nak pesan, anak tau anak selalu mengadu macam-macam kat mak pasal masalah anak, dan semua benda yang anak tau hanya akan menambahkan kekusutan dan kerisauan mak kat anak mak nie.. Mak, anak nak cakap yang walaupun anak selalu kuatkan semangat, tapi kadang-kadang semangat tu jatuh jugak mak.. Terutamanya bila sampai anak rasa dah tak larat lagi nak face semua benda tu. Mungkin mak rasa anak nie anak manja sebab suka mengadu macam-macam kat mak. Tapi kan mak, sebenarnya anak nak mak kenal siapa diri anak.. Anak nak mak tau semua yang jadi kat hidup anak, tak kisahlah yang seronok ke yang sedih ke yang baik ke yang buruk ke, semua anak nak mak tau.. Sebab bagi anak, mak pendengar anak yang paling baik.. Bila anak dah mengadu macam-macam kat mak, anak rasa macam separuh dari apa yang anak rasa tu dah hilang. Kalau anak gembira, perasaan gembira tu bertambah bila tengok muka mak pun gembira dengan keadaan anak.. Kalau anak sedih, perasaan sedih tu bertambah jugak tapi anak tak rasa buntu lagi, sebab mak akan selalu tenangkan anak.. Mak mak, anak nak cakap nie.. Anak nak mak tau yang anak berkongsi semuanya dengan mak bukan sebab anak nie lemah.. Tapi sebab anak rasa anak cukup kuat untuk bagitau kat mak pasal hidup anak. Anak harap mak bangga dengan anak, dan anak nak pesan kat mak.. Sentiasalah pesan kat anak untuk jadi kuat ye mak..


Mak, anak nak pesan kat mak supaya mak sentiasa ingatkan anak untuk jaga maruah diri, keluarga dan agama.. Anak tau, mak selalu risaukan anak sebab anak nie perempuan. Anak tau mak takut anak terpengaruh dengan budaya tak sihat. Mak, anak nak mak tau yang insyaAllah anak masih ingat batas-batas diri anak.. Mungkin pemikiran anak moden sikit, al maklumlah kan anak mak nie lahir kat zaman IT.. Anak tau mak selalu risau nak lepaskan anak pergi mana-mana pun tanpa mak.. Hasilnya, dah 18 tahun hidup pun anak cuma keluar rumah bila kat asrama jer.. Bila time duduk rumah bawah pemerintahan mak, anak jarang sangat keluar rumah kecuali dengan mak.. Mak, anak janji anak akan jaga harga diri anak dan harga diri keluarga jugak. Paling penting, anak nak pelihara maruah agam anak.. Anak tau nak besarkan anak perempuan lagi susah dari jaga sekawan lembu kan mak? Kesian mak, kalau mak pelihara lembu dah kaya raya dah mak. Hehehe, anak gurau je mak.. Mak, anak nak mintak satu benda je dari mak untuk kehidupan anak nie.. Anak harapkan kepercayaan mak.. Anak harap mak percayakan anak, yang anak masih setia menjaga harga diri, keluarga dan agama.. Macam yang mak pernah pesan.. Sentiasalah pesan kat anak untuk jaga semua tu ye mak..


Mak, anak nak pesan kat mak supaya mak sentiasa pesan kat anak untuk tak serahkan hati nie kat sebarangan orang.. Mak, masa memula anak dengar pesanan mak nie kan, anak rasa lawak sangat.. Yelah anak mak nie bukannya cantik pun, takdenye ramai orang nak suka.. Tapi mak cakap kecantikan takkan kekal.. Mak, sampai part nie yang anak nak mintak ampun banyak-banyak kat mak.. Nasihat yang nie anak ketegaq sikit nak ikut.. Maap ye mak, mak pesan jangan bercinta masa sekolah tapi anak pernah bercinta jugak.. Sekali je mak, handsome budak tu tapi last-last dia playboy mak.. Ferust anak masa tu, tertonggeng-tonggeng dah.. Kalau mak tau mesti mak marah, maap ye mak. Tapi masa tu anak mentah lagi, sekarang bila dah besar anak paham kenapa mak pesan camtu.. Alhamdulillah anak dengar cakap mak, anak dah tak pernah bercinta lagi. Tapi kan mak, sekarang nie anak ada suka kat orang, tapi rasanya mak cakap lepas SPM takpe kan? Hihihi.. Gurau lagi mak, jangan marah ye.. InsyaAllah mak, anak sentiasa doa anak dijauhkan dari zina hati macam nie. Mak, mak doakanlah anak tak terjebak dengan menda-menda nie ye mak? Kalau anak bercinta lepas nie pun, mak ingatkanlah anak selalu ye.. 


Mak, terima kasih mak.. Dulu anak rasa mak nie kuat mengongkong tapi sekarang anak bersyukur dengan didikan mak.. Inilah anak mak, anak yang mak lahirkan dan besarkan.. Anak bersyukur mak selalu membebel marah-marah kat anak, yelah marah tandanya sayang kan? Tak gitu ke mak? Hehehe..


Mak, anak nak pesan nie...


Ingatkanlah apa yang anak terlupa dan sedarkanlah apa yang anak alpa.. Terima kasih mak..


Anak sayang mak..




nota kaki : Mak, ada orang cakap mak lagi cantik dari anak.. Betul ke??? 




1 comment:

Mohd Ridwan said...

Nice entry....! Pesan mak jangan dilupakan~