Feb 16, 2012

Thanks

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Nak ucap thanks kat si Umi Aisha untuk entry Just For You ini. Mekasih sebab banyak bagi semangat dan kekadang rajin layan kemerepekan (apakah?) aku.

Thanks jugak kat Farah Syairah, Syahirah Norman, Muhammad Hanafi, Zaidatul Dalila dan Kurnia yang turut bagi semangat masa aku down gegila nak menyembah bumi.

Thanks untuk Kak Ieka sebab gagal jugak test JPJ tadi dan jadi kawan gagal saya, hahahaahak. Takpe kak nanti ada peluang nak belajar sesama lagi.. Satu March nie kita kasi terbakor driving school tuh!

Thanks for Encik Arfan yang keluarkan banyak air liur nak ajar aku yang ketegaq sangat nie. Mekasih sebab sabar ajar saya yang cepat panik nie, hahahaha. And sorry sebab haritu sikit lagi nak buat kereta terlajak pegi tempat lain dan nak tercium belakang lori.

Thanks untuk Encik Hadi jugak yang rajin uruskan itu ini pasal lesen tuh.

Paling penting, thanks untuk mama dan ayah yang banyak bagi dorongan dan keluarkan duit untuk belajar kereta.. Thanks untuk mama yang sanggup buang perasaan takut bila anakmu nie memandu macam pelesit kat Bukit Kapar, wahahahaa..

Tetiba terasa macam banyak gila kenangan dengan belajar kereta nie. Macam banyak masa dihabiskan untuk belajar kereta dari mula belajar sampai sekarang yang dah gagal sekali nie hah.. Hahaha. Siapa cakap belajar kereta tu cuma sekadar belajar kereta jer..

Ada banyak benda yang aku dah belajar. Belajar untuk mula berkawan dengan orang lain. Belajar untuk hilangkan perasaan takut dan malu. Belajar untuk bersedia dengan benda yang tak tersangka. Belajar untuk ringankan mulut bercakap. Belajar untuk tengok outside world yang sebenarnya aku masih belum pernah tengok.

Terasa macam semua orang dah jadi satu family. Rapat dengan orang yang baru kita jumpa dan boleh berborak macam dah kenal bertahun-tahun. Buang perasaan kekok tu. Rasa seronok dapat kenal dengan Kak Ieka, Kak Syiela, Kurnia dan Kak Amirah. Owh tak lupa Kak Hazirah, Loo dan Kho. Encik Arfan dan Encik Hadi jugak. Akhirnya aku boleh berbual dengan orang asing yang sebelum nie memang aku takut gegila nak buat.

Alhamdulillah :D