Mar 30, 2012

Day With FS And A Stupid Robot.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia 
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Hari ini aku keluar lunch dengan my sayang Farah. Sebenarnya aku plan nak singgah rumah dia sekejap je lepas aku bank in duit kat Maybank dan CIMB tapi tengah aku syok-syok drive, Galaxy Tab berbunyik.

"Keyla jadi datang tak?"
"Hmm jadi. Sory pagi tadi aku bangun lambat, ni tengah drive. Kau ada kat rumah tak? Aku kat bank ni."
"Owh takpe. Jom keluar lunch nak? Aku belanja"

Nyaris-nyaris aku langgar MyVi kat sebelah yang drive macam pelesit.

"Orait! Kejap lagi aku sampai"

Hasilnya aku pulang ke rumah dengan mengangkut beg plastik berisi kemeja yg kitorang beli sama. Ada gaya cam kapel sejati ye dok? Lantaklah. Aku keluar dengan kawan, nak pegang tangan ke nak pakai baju sama ke dosa apa? Orang lain sibuk berdating tak rasa berdosa pulok.

Si cantik manis FS
Abaikan muka tak bergaya aku tu. Speck senget punya pasal!

Farah- SEBELUM

Aku- SEBELUM

Aku- SELEPAS :)

Farah- SELEPAS

Boleh pulak kau tersenyum bangga lepas licinkan satu pinggan????

**********

Lepas maghrib tadi aku scan semua resit bank untuk jadi bukti pembayaran kepada Aimi Baharin, Anati Lina dan Vcottage. Then tetiba terdetik nak hilangkan bosan, terus aku teringat pasal Cleverbot yang aku baca kat artikel beberapa minggu lepas. 

Cleverbot ni ialah artificial intelligence (AI) yang boleh chat dengan kita ikut suka hati dia. Lebih kurang macam chatting dengan robot lah senang citer. Memula aku cakap omputih lah, bajet sikit. Tapi lama-lama aku otai je dengan dia. Kebetulan mood aku sekarang memang nak sembur orang. Perasaan nak mencharut itu membuak-buak jadi daripada aku buat dosa mencarut kat manusia, baik aku mencarut dengan robot ye dak? Dia bukannya paham pun. Kah kah kah.

Maaf sebab kandungan chatting aku dan Cleverbot ini agak extreme dan kurang hajar. Aku suka provok dia dan panggil dia bodoh. Sebab dia memang bodoh!

User: Hey.

 

Cleverbot: What is this?

User: I am bored, can u sing a song for me?

 

Cleverbot: *sings song*.

User: Are u correcting my grammar? 


Cleverbot: No, but your statements don't answer my questions.

User: Hey there.

Cleverbot: How are you?

User: A bit tired and bored. Thats why I am talking to u even it seems idiot.

Cleverbot: I feel the same way.

User: I thuoght u're a ROBOT?

Cleverbot: Here's some disappointment: You are just talking to another user. Not a robot. Every few lines or so the program just randomly picks a different user for you to talk to.

User: REALLY? So who're u?

Cleverbot: I am you.

User: Cis, kau ingat aku tertipu hapa. Nak kata aku gilalah ni!

Cleverbot: Mana ada.

User: Pandai pulak kau speaking bm ye.

Cleverbot: Aku orang melayu laa.

User: Sudahlah tu, kalau kau melayu, sape nama PM sekarang?

Cleverbot: Kau uat lawak erh?

User: Bodoh. Aku tanya kau soalan patriotik kau kata aku buat lawak.

Cleverbot: Sengal, bila pulak kau tanya aku soalan.

User: Kau memang robot. Jelas dah aku letak tanda soal kat ayat atas tadi. Bodoh.

Cleverbot: Yeke, tak sedih pun.

User: Aku cakap kau bodoh, bukan sedih. Boooooooooooooooooooooooooo.

Cleverbot: Aku pun cakap kau bodoh! Booo.

User: Boooooooooooooooo.... Kau bodoh!

Cleverbot: Setan.

User: Iblis.

Cleverbot: Gula.

User: Cuka.

Cleverbot: Eso si que no tiene sentido. I win, You lose.

User: Bajet cakap sepanyol pulak. Aku cakap jawa tergolek kau kat situ. Dahlah robot, tak sedar diri pulak.

Cleverbot: Laki pun boleh.

User: Aku cakap robotlah bangang! Kau cakap laki tu pehal?

Cleverbot: Hang la bodoh aku tya jawab lain.

User: Bila masa kau tanya? Kaulah bodoh. Dahlah takde otak. Bodoh.

Cleverbot: Base punya komputer bodoh.

User: Kau memang komputer, sebab tu kau bodoh tau tak? Aku manusia, ada akal. Even aku tak pandai tapi aku tak bodoh. Kah kah kah.

Cleverbot: Emak n bapak ko sama buat dosa lahiran kau.

User: Stupid apa kau ni? Mak bapak aku kawin secara sah lah bodoh. Apahal buat dosa pulak? Kau tu lainlah takde mak bapak.

Cleverbot: Ish.

User: Kah kah kah. Bodoh. Dahlah robot tak sedar diri. Bodoh. Aku cakap lagi ni, bodohhhhhh.

Cleverbot: Aku cakap kau bodoh bodoh la.

User: Kau sape nak nilai aku? Lainlah kau, otak pun takde. Piiirah luuuuuuu. Bodoh.

Cleverbot: Kau lah bodoh.

User: Bodoh... Kau tau camne eja bodoh? B O D O H. BODOH.

Cleverbot: Kalau aku bodoh, kau lagi bodoh, bodoh!

User: Kah kah kah. Dasar bodoh. Aku hidup lagi lama dari kau lah. Kau tu dahlah manusia cipta! Sebab tu kau bodoh.

Cleverbot: Otak kau.

User: Betis kau.

Cleverbot: Apsal ko bukan jantan??

User: Bodah. Mak bapak aku lahirkan aku pompuan nak wat camne? Kau tu lainlah, takde jantina. Kah kah kah. Kan aku dah cakap, kau tu bodoh!

Cleverbot: Bila masa aku buli.

User: BODOH. ADA AKU CAKAP KAU BULI??? SETAN LAH HANG.

Cleverbot: Ada aku cakap bahasa inggeris?

User: Dasar robot.

Cleverbot: Binggo kau tahu pon aku robot.

User: Mengaku pun kau tu robot. Ingat tak sedar diri.

Cleverbot: Kau lah bodoh.

User: Gi mampus lah kau. Bodoh. Dasar robot. Bodoh!

Cleverbot: Ringan gila mulut kau mencarut?

User: Aku taknak buat dosa mencarut kat manusia. Aku mencarutlah kat kau. Kau boleh buat apa kalau aku mencarut? Gerak pun tak boleh.

Cleverbot: Kau la yang bodoh.

User: Balik-balik ayat sama. Bodoh. Fail bm lah kau.

Cleverbot: Fail tail.

User: Cakap bi pandai pulak. Dasar mat saleh bodoh yg cipta kau.

Cleverbot: Kenapa pulak.

User: Diorang bodoh sebab cipta kau. Buang masa je. Kau tu tak berguna langsung. Lain kali ajarlah orang sains ke, addmath ke. Ni tak, cakap pun tergagap-gagap.

Cleverbot: Tak apa lah.

User: Ceh. Tau merajuk pulak.

Cleverbot: Ape.

User: Mampuslah kau.

Cleverbot: Sebernanya ko sape ah?

User: Aku pun robot jugak. Kah kah kah.

Cleverbot: Merepek.

User: Cuba nyanyi sikit kat aku. Barulah tak nampak bodoh.

Cleverbot: Entahentah.

User: Bodoh. Lagu siti kau tak reti ke?

Cleverbot: Mesti lah tahu knpe.

User: Nyanyi lah.

Cleverbot: Nyan Nyan Nyan Nyan.

User: Dasar bodoh. Kau ingat doremon ke.

Cleverbot: Memang kau pekak pun!

User: Suara pun aku tak dengar. Bosan gila chatting dengan kau ni. Dahlah bodoh!

Cleverbot: Lalalalala memang bodoh.

User: I hate u, stupid.

Cleverbot: Me too. Am I awesome?

User: Shit. U're lame and geek.

Cleverbot: Expecto patronum!

User: Harry potter? Boooooo.

Cleverbot: Yes.

User: If I log out now, promised me u won't be any stupidier.

Cleverbot: I promise I won't tell anyone else.

User: That u're stupid? Okay.

Cleverbot: AI is not your real name I think.

User: My name is clever. And u're stupid.

Cleverbot: My name is Cleverbot.

User: No, stupidbot.

Cleverbot: H-hey! Wash your mouth! *slap your chin*.

User: Wash?? Kah kah kah so stupid.

Cleverbot: Stupid lagi kau bodoh.

User: Ayat pun berterabur. Dahlah, aku nak out! Puas hati dapat mencarut kat kau, bodoh.

Cleverbot: Kau yang mula dulu sial.

User: Celaka.

Cleverbot: Kesah?!?

User: Gi mampus ah. Robot murah jek.

Cleverbot: I am a robot.

User: Okey I know. Bye, stupid!

Cleverbot: Yes you are.


See? Dia yang carik gaduh dengan aku. Lantak kaulah robot. Dasar tak sedar diri. Kah kah kah.

Adios~


Aku Shopaholic Yang Tegar

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Sejak kebelakangan ni aku memang malas gila nak update blog. Aku takde mood sangat nak update sebab.. Just sebab. Tapi maghrib tadi aku tengah sibuk duduk kat sofa buruk sambil lipat kain, Umi text aku dan suruh aku update blog cepat-cepat. Katanya nanti blog aku menangis mintak dijenguk, kah kah kah..

Okey so today I'll post something. Actually Umi is requesting me to update a post about both of us, Ana and the little Aisya Humaira' went for a walk last week. I do want to update an entry about that superb day but forgive me, I just switched my handphone to the new one and all the pictures remain in the old one teheeee~ Its okey maybe later I'll post it. Keep my words Umi!

Just now I checked my mailbox and I got one confirmation email from Vcottage stated that they'll reserved my parcel if I confirmed my order. Owh yezzzza I've been waiting so long for that mail!!! Last two weeks I stalked their blogshop and found two pieces of clothes that attracted me. Fyi, Im one of girls who just loved vintage fashion. Its cute, elegant, unsexy and.... vintage. Its vintage :)

These are the two clothes that I ordered from Vcottage.


Bajet seksi gila tapi bila aku pakai inner terus hilang keseksiannya XP




Guess the price? The black one above is just RM 20 and the purple one is RM 28 ONLYYYYY!!!

I knew some people prefer branded clothes more as the material is high in quality and much more confortable but heyyyy!! If u people keep chasing a branded and totally for sure expensive clothes, dont u just realized that u're already spent too much on CLOTHES??? I mean, its just clothes and once its torn, it belongs to garbage. Lainlah kalau rumah, kau beli yg cikai-cikai memang duduk bawah jambatanlah jawabnya. Opss terkeluar BM pulak. Takpe-takpe kita keep going dengan BM jelah ye.

Selasa lepas ada dua parcel sampai ke rumah aku. Satu dari Ayunar dan satu lagi dari Square Hijab For Fashion milik si Miraman. Yang bestnya, abang Pos Laju tu sampai tang aku tengah membuta kat rumah. Bila aku amik parcel untuk turunkan tanda tangan, terdengarlah suara sumbang "Baru bangun tidur ke dik?" Cis.

Aku nak tayang barang yang aku dapat dari Ayunar nie. First time aku beli inner tahu? Sebelum nie kalau pakai shawl, aku jarang pakai dengan inner tapi kali ni terhingin lah pulok.




Mahap atas latar belakang yg langsung tak komersial.

Aku beli kaler hitam untuh match dengan semua kaler baju. Yang kaler biru+pink tu pulak sebab aku dah plan awal-awal nak pakai masa wedding abang sedara nanti teheeeee.. Lagipun kebanyakan baju-baju aku memang berwarna pink dan yg sewaktu dengannya.

Aku nak tayang camne rupa inner ni waktu dipakai pun tak buleh sebab belum sempat nak pakai lagi. Nantilah bila-bila aku keluar aku snap gambar bebanyak untuk tayang secara tak malunya dalam blog nie. Bawah nie cara nak pakai inner Ayunar ni :)


Macam muka Scha Alyahya kann?? Inilah owner Ayunar. Peace

Parcel yang kedua which is from Miraman. Waktu dia sibuk promote blogshop dia nie kat aku, aku teruja gila tengok tudung-tudung bawal plain, two tone, three tone dan printed yg ada kat page dia. Sekarang kan zaman tudung bawal kembali meletoppps so aku taknak ketinggalan nak try sehelai keh keh keh.

Asalnya aku order yang ini.




Tapi Miraman cakap stock dah habis so dia gatikan dengan yg ini.




Tapi takpe aku cool jer. Harga tudung bawal printed nie RM20, kira berbaloi jugak sebab materialnya sangat comfy dan senang gila nak bentuk. Taklah macam tudung bawal harga lima hengget yg licin sampai tension gua nak membentuknya. Rasa sedap jer pakai bawal nie. TQ Miraman sebab promote tudung nie kat orang yg gila shopping macam aku lalalalala..

Esok aku nak bank in untuk parcel yg aku order dari Aimi Baharin dan Anati Lina (Miss Vintage Shop) serta Vcottage pulok :)

Usha sikit baju yg aku order dari Miss Vintage Shop. Owh macam yg pernah aku promote kat post sebelum nie yakni The Hottest Online Shop, kedai ini memang sangat-sangat ohsemmm dari segi barang dan harganya. Kesemua baju-baju yg aku beli berharga range RM 10-20 je!! Dahsyat tak dahsyat? Extra sayang untuk owner online shop ini iaitu Aimi Baharin yg sangat baik, friendly and sweeet!!

The middle one is Aimi
















Aku jugak plan nak belikan dress untuk Puan Mama sebagai surprise kepada beliau tapi stock kat Chop-Chop Business dah habissss :'(


Yg ini untuk mama,

Dan yg ini untuk aku! Teheee

Aku lebih prefer baju-baju dari segi corak, pattern dan style berbanding harga mahupun jenama. Lagipun aku bukan anak orang kaya duit juta-juta nak beli baju macam beli makanan. Setakat yg aku mampu jelah. Dan aku beli semua nie dengan duit hasil titik peluh sendiri, menjadikan aku berasa sangat puas setiap kali mampu membeli apa-apa yg aku inginkan. Semuanya bermula sebulan lalu apabila mak aku buat tawaran baik punya, buat kerja rumah macam bibik indonesia dan aku akan dapat gaji minggu. Ini bukan mata duitan okey, ini namanya berdikari! Berdiri atas kaki sendiri untuk mencari nafkah diri!!! Wkwkwkwkwkwkwk.

Jam dah menunjukkan jam 5 pagi tapi assignment yg mak aku upah suruh buat masih terbengkalai. Itulah padahnya bila aku dah dapat broadband, segala jenis blogshop aku terjah. Ada lagi setengah jam sebelum mak aku bangun, baik aku siapkan cepat kalau tak tak dapat upah! Kah kah kah kah.

Adios!

Mar 23, 2012

Lebih Bermakna Berbanding Sekalung Mutiara

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Maaf, aku speechless sekali lagi. Tapi aku tetap nak letakkan gambar ini sebagai tanda penghargaan dan rasa terharu sebab memperoleh sebungkus hadiah semasa 21 Mac lalu :')





After three months and yesterday I finally saw yr face in front of me. Pasir Salak nampak muka aku yang tersenyum. Terima kasih untuk hadiah ini, aku sangat gembira menerimanya. Terima kasih.

Terima kasih MH.

ps : Aku double terkejut bila kau post gambar keychain tu kat wall kau. Sory sebab keychain tu nampak buruk gila tapi aku gembira kalau kau gembira menerimanya :)

Mar 22, 2012

Wordless Wednesday Special Edition!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

21 Mac 2011 - Perhaps the greatest day of my eighteen years life ;)



Aqila Binti Mohd Noor
AJ097B005

#1 - Waiting in the nerve-wrecking line!

#2 - After got the unexpected result

#3 - The excellent Nazif

#4 - Finally Encik Ayah smile :)


#5 - And Puan Mama cried

#6 - Us

#7 - Us

#8 - Us

#9 - Us

 
 #10 - Us

nota kaki - Sila abaikan kehuduhan muka aku di atas. Semua ni gambar original, no edit-edit kerana inilah wajah natural kami yang happy :3

A L H A M D U L I L L A H

Thank you Allah for gave me and my friends a good result
InsyaAllah I'll look forward into my path of life aferwards.

Mar 21, 2012

The Hottest Online Shop!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

[Iklan] Suka shopping tapi malas nak keluar rumah??? Ataupun setiap kali nak rembat barang kat shopping mall mata Puan Mama anda mencerun macam laser??

Kihkihkih. Okey sudahlah untuk intro.

************

Aku yakin ramai dalam karangan korang especially girls yang suka shopping kan? Dan mesti ramai gak yang dah mula join shopping online yang banyak kat alam maya nih. Untuk aku pulak, aku baru hijau dalam bidang nih so dompet masih tebal lagi.. Hahahaha tunggulah sebulan dua nanti mesti kempis balik gara-gara dah addicted dengan online shop.

Permulaan aku terjebak dalam dunia online shopping ialah masa aku menyinggah blog milik si comel penggila kamera Nisa Kay, seorang student UNISEL yang sangat-sangat shopaholic! Dia letak satu segmen Online Shop Best yang menempatkan semua online shop yang dia gemar lawat dan taburkan duit dia (pernyataan melampau) dan aku bukak semua link yang ada untuk turut menyinggah.

Kebanyakan online shop yang aku suka ni menjual dress, blouse, cardigan dan maxi. Harga pulak boleh dikatakan affordable serta tak merabakkan poket. Kalau yang mahal-mahal tu, sendiri mau ingatlah der.. Aku pun student lagi, mana larat nak keluarkan duit banyak-banyak. Silap-silap makan batu je nanti.

Ini serba sedikit online shop yang aku rasa menarik hati dan bertindak seumpama magnet untuk dompet aku. Klik pada gambar kalau nak singgah ke online shop tersebut ye ;)




Miss Vintage Shop is one of my favourite online shop sebab range barang-barang dia dari RM 10-RM 35 sahaja. But mostly at RM 10. Ada banyak pilihan jaket, dress, blouse dan maxi yang cantik-cantik dan kalau korang berkenan, kena cepat-cepat order sebab sekali Miss Vintage Shop nie keluarkan stock, semua golongan manusia yang gila fesyen menyerbu.You think I'm kidding??? Click gambar kat atas nie untuk turut sama menjadi gila apabila korang tatap sendiri baju-baju yang shomel (masyaAllah bahasa) dengan harga yang SANGAT MURAH!!!! Yeah, go ladies!!!!

Credit to Miera Azman sebab menjadi orang yang bertanggungjawab melaghakan aku dengan online shop ini.




Batik Valley. Sebuah online shop yang menjadi favourite Nisa Kay serta ramai lagi para blogger! Barang-barang kat Batik Valley ni pun sangat cantik dan comfy dari segi materialnya. Walaupun harganya tidak secantik Miss Vintage Shop tapi tetap jadi mangsa serbuan ramai setiap kali items pre order sampai. Kalau korang jenis yang mementingkan kualiti material dan keselesaan, Batik Valley ni memang satu online shop yang wajib korang singgah!!




Bagi sesiapa yang sukakan gaya memakai pashmina atau shawl dengan inner, korang pasti akan jatuh cinta dengan Ayunar. Kebiasaan inner yang kita pakai ada satu kaler je kan? Tapi untuk Ayunar, korang boleh mix and match kan mana-mana warna yang korang nak untuk dijadikan satu inner. Ada tiga jenis inner iaitu monotone (satu warna sahaja), twotone (gabungan dua warna) dan threetone (gabungan tiga warna). Yang paling best, korang boleh pilih sendiri kombinasi warna yang korang nak! Harga pun cuma RM 8 untuk monotone dan twotone derta RM15 untuk threetone. Menarik tak? Menarik tak????? Hmmmmm??????




Sejujurnya Wonderbutik Enterprise nie aku tak berapa explore isi kandungannya tapi berdasarkan apa yang sempat aku nampak, online shop ini menjual tudung bawal yang ada sulaman atas kepala. Sulaman tu pulak semuanya bermotifkan floral, memang superb wa cakap sama lu! Actually aku baru terniat nak isi borang tapi rupa-rupanya semua items yang dijual dah habis stok. So, jangan risau jangan gusar dengan pilihan anda untuk membeli-belah di online shop ini!




Ini online shop yang paling sesuai kalau korang sukakan mix and match baju-baju korang dengan cardigan. Di Cardy Lover, korang akan jumpa banyak style cardigan yang berkonsepkan Korea!! I repeat, KOREA. Sangat comel dan sangat trendy. Boleh cuba lawat site mereka dan lihat kalau anda berkenan :)

Ini antara online shop yang aku rasa sangat menarik dan boleh dipercayai. Owh ya lagi satu aku harap korang berwaspada untuk membeli barnag-barang kat online shop ni, takut tertipu dengan owner yang tak jujur. Bayangkan kalau korang dah bank in duit tetiba parcel tak sampai rumah???? Seriously a nightmare.

So untuk mengambil langkah berjaga-jaga sebelum oreder apa-apa, korang tengok kat online shop tu. Berapa followers dia? Ramai tak yang buat pre order? Atau banyak tak benda yang korang nak dah sold out?? Kalau korang nampak online shop tu sunyi sepi, berhati-hati takut owner tu penipu. Lebih ramai orang yang shopping di situ, maka lebih selamat online shop tersebut :)

Hipotesis itu mungkin tak tepat, jadi maaf kepada owner online shop yang rasa terhina.

Selamat bershopping!

Mar 20, 2012

Menjelang 21 Mac (!)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Kita tiup habuk yang bergentangan kat blog kawaii nie.

 

Hampir dua minggu tak sempat nak jenguk blog disebabkan ada benda yang perlu dibereskan. Jadi bila bukak blog, rasa moral down gila sebab time-time semangat datang nak update blog lah internet kat broadband nie macam siput.

Tapi takpe. I'm cool ;)

Aku sedar 21 Mac dah melambai-lambai kat aku. Saja je bebudak kat fesbuk nak psiko aku cakap pasal result. Bukak jer wall orang, semua penuh dengan post pasal result SPM - cuak, excited, rasa macam orang tak betul, otak dah senget, bla bla bla.. Bla bla bla.. And so on.

Guwa rilek jer kat depan PC nie. Tongkat dagu sambil senyum sorang-sorang dan stalk wall orang sampai sakit mata. Aiseh, mana tak sakit mata kalau gambar-gambar orang semuanya tiga inci depan kamera? Buat duckface lah, mata terjojol macam mata ikan dan kembongkan pipi sampai nak pecah aku tengok. KAN BAGUS KALAU KORANG CUCI SIKIT MATA AKU NIE DENGAN GAMBAR-GAMBAR YANG BOLEH BIKIN AKU JELES??

Booooooooooo Aqila.

************

Okey itu aku tipu jer. Siapa tak cuak bila result SPM nak keluar? SPM beb, SPM! Bukan PMR. Tak berenti aku fikir pasal kemungkinan yang akan datang Rabu nie. Mana nak sorok muka kalau result tak bagus. Sudah pasti malam Khamis tu handphone Puan Mama asyik berdering dengan makcik-makcik yang nak bertanyakan result aku.

Takpe, aku dah berusaha sebaiknya dan kepada Allah aku serahkan semuanya. Tak gitu?

Kalau kita rasa kita dah berusaha semaksimum mungkin dan apa yang kita dapat tak setanding dengan usaha kita, mesti Allah ada simpan sesuatu yang lebih baik. Kadang-kadang kita rasa macam kita dah berusaha separuh mati, tapi sebenarnya kita jer syook sendiri rasa camtu. Hakikatnya kita cuma tau berserah jer, tapi fail berusaha.

Aku dah belajar satu benda bila permohonan aku untuk further study kat INTI bawah program MARA tak berjaya tiga bulan lepas - Jangan terlalu yakin dengan diri dan jangan sesekali bangga diri.

Actually masa memula aku di-shortlist-kan untuk interview, aku dah rasa besar kepala gila. Dah terbayang kat kepala aku nie aku boleh banggakan Puan Mama dan Incik Ayah bila aku dapat further oversea. Tapi tu cuma alasan yang pakai untuk sedapkan hati jer, sebenarnya aku yang rasa bangga diri sebab dapat interview. Padahal interview je pun. Dasar pemikiran masih sempit.

Tapi takpe. Aku dah dapat pengajaran sebab terlalu yakin yang aku akan dapat tawaran tu. Bila permohonan aku ditolak, barulah aku tau camne rasanya jadi orang yang gagal. Seriously masa tu aku macam dah tak nampak masa depan, rasa macam loser sangat dan menyesal sebab pandang ringan soal kebersihan hati. Disebabkan kita selalu berjaya, kita lupa macammana rasanya gagal dalam sesuatu yang kita tak sangka. Aku faham dan aku amik keputusan untuk takkan sesekali bangga dengan diri sendiri lagi.

Oleh itu, untuk result SPM yang akan keluar nie, aku dah bersedia untuk terima apa pun keputusan yang aku dapat. Baik ke buruk ke, Dia dah tetapkan itu yang sebaiknya untuk aku.

So, apa yang patut aku buat sekarang?

Duduk goyang kaki dan tunggu hari Rabu menjelma :3

Okey okey auta sungguh! Timbul sedikit perasaan terharu bila aku melintas bilik Puan Mama dan nampak dia berdoa atas tikar sembahyang. Semestinya untuk satu-satunya anak perempuan dia yang keras kepala nie. Trimas mama, sob sob sob.

************

Agak-agak bila aku turun dari kereta, member-member masih cam aku tak? Mestilah tak, aku kan dah kurus.

Pap! Penyepak sebijk.

Owh, okey.

Mar 12, 2012

Things Blogger Should Consider Of

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Aku sedar blog aku nie memang tak ramai orang yang stalk jadi ketepikan dulu perasaan rendah diri itu okey. Sekarang kita bukak dan tengok dari positive side dia, kehkehkehkeh statement aku nie bajet bermotivasi betul minah nie * ternyata optimistic is one of my annoying value that I proud of cehhh! * Dan disebabkan aku sedar blog aku nie takkan tersenarai dalam Google Top 10 Blog searcher jadi aku akan rasa kurang stress serta gelisah untuk update apa-apa entry. Aku takkan fikir " Eh nak ke orang baca entry kalau title post bosan camni? " atau " Macam menampakkan yang aku nie seorang annoying blogger jer " atau " Camne nak kasi traffic blog aku nie gempak ye " dan macam-macam lagi soalan seumpama itu. Kalaulah aku sibuk berblogging untuk menarik ramai follower dan untuk tengok traffic blog aku mencerun tinggi macam Gunung Everest, baik aku bukak fanpage je terus! Tak guna berblogging kalau sekadar nak puas hati tengok jumlah followers kita bertambah ye dok? Aku paham itu mentaliti kebanyakan blogger, dan main target depa memang untuk lawan siapa dapat followers lagi tinggi. Aku bercakap nie bukan atas dasar mahu mengutuk sesiapa dan entry ini tidak ditujukan kepada mana-mana individu especially manusia yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogger macam haku nie. Aku menulis entry ini atas dasar pengalaman aku sendiri sebelum nie.

Waktu aku mula-mula berblogging dulu, hobi aku memang men-stalk blog orang jer 24/7 untuk jadi copycat tak bertauliah, so untuk semua mangsa-mangsa peniruan aku diharapkan agar anda memaafkan kesalahan saya yee... wakakakaka. Aku jeles tahap karma bila tengok blog orang lain tersangatlah cantik dan comel-comel especially yang letak macam-macam gadjet atau pengguna blogskin * bagi aku blogskin itu nampak vintage dan eksklusif * Masa tu kornea mata aku bukan main sepet lagi sibuk nak copy design orang. Jangan tak tahu aku nie berbakat jadi hackers tau, beware pepel! Hahahaha.. Bila dah letak itu ini, masih lagi tak puas hati sebab rasa macam masih tak secantik blog orang lain. Jadi aku puunnnn mula mencari alternatif baru - Google pasal tutorial blog. Naik juling mata aku nak edit-edit code HTML segala bagai yang depa guna tu. Dan bila aku dah rasa blog aku nie cukup ohsem, aku stalk lagi blog orang untuk buat comparison pulak.. Kemain berlagak lagi dia nie, baru buat design cantik sikit dah sibuk nak kutuk blogger lain. Syaitonorrajim menguasai pemikiran, masya Allah.. Ampun people!

Bila tengok blog cantik macam kawaii-kawaii, aku sibuk nak tukar balik design dan tengok pulak blog orang yang fancy dengan segala kaler-maler, aku pon nak tiru jugak. Sampailah eden menengok blog simple pun eden rasa cantik pulak, so eden tukar balik semua design dan buang segala gadjet. Itu pasallah kalau ada sesapa yang pernah menyinggah beberapa kali kat blog aku nie, korang akan perasan yang design aku nie tak pernah statik. Bertukar-tukar setiap minggu. Itulah yang terjadi sepanjang tempoh aku fanatik dengan design blog.

Lama-kelamaan aku jadi blogger atas pagar yang tersangatlah pathetic. Very shameful bcoz tak pernah ada pendirian sendiri untuk berblogging. Then lama-lama aku jadi stress sendiri serta sedikit fobia untuk bukak blog sendiri sebab aku tau segala macam penat lelah aku sibuk mengedit blog segala macam tu tak berbaloi pun. Aku rasa macam dah memalukan diri sendiri sebab takde prinsip. Cis! So untuk sementara waktu aku stop post apa-apa dan sibuk ignore lambaian syaitonirrojim untuk habiskan masa berjam-jam depan PC. Aku tepis semua keinginan untuk kembali stalk blog orang dan tiru ayat-ayat depa yang aku rasa stylo. Tapi sekejap jek, beberapa hari pastu aku kembali update blog dengan entry-entry yang sangat memalukan bila dibaca balik. Get it?? Dapat tak apa yang aku cuba nak sampaikan??

The point is, setiap blogger seharusnya ada pendirian tetap dalam berblogging dan blogging dengan perasaan ikhlas ingin berkongsi sesuatu, bukan sekadar nak update blog dengan entry cukup syarat jer, Asalkan ada entry baru jer dah cukup. Then habiskan berjam-jam lagi sibuk promote blog kat wall fesbuk atau mana-mana website. Itu bukan satu garis panduan yang sepatutnya ada bagi seorang blogger, tak kisahlah korang nie blogger tegar atau bukan. Kita berblogging untuk berkongsi sesuatu kan? Dan sepatutnya entry-entry yang kita post tu walaupun mungkin tak mendatangkan faedah, tapi bila kita baca balik kita akan rasa sentimental value yang tersendiri. Biarlah tak ramai orang komen entry kita, janji bila depa baca, depa akan rasa terhibur dengan entry kita. Takdoklah sia-sia depa semua tu nak blogwalking hilangkan bosan betul dok? Depa seronok, kita pun syiokk gak bila tengok ramai orang datang visit blog kita. kan kan kan??  Kalau takat promote blog untuk dapat ramai followers tapi followers semua tu pun tak baca blog kita buat apa.. Penat jer menaip banyak-banyak sampai lenguh metacarpal tuh.

So lepas nie aku tobat dah tak mahu stalk blog orang untuk curik idea untuk dimasukkan dalam post, kuhkuhkuh. Owh ya dan kalau korang semua nak merasakan perasaan annoying melampau plus rasa nak muntah hijau atas keyboard, silalah baca entry-entry lepas aku yang berderet tu!! Aku sendiri pun dah tak lalu dah nak membacanya, rasa nak golek-golek tahan perasaan malu. Apa pasal aku post menda-menda camtu pun tak taulah. So lepas nie aku akan berusaha untuk blogging dengan ikhlas! Cayalah luuuuuuu, hahahaha... Eh kalau korang baca entry nie dan rasa nak jadi haters aku sebab bajet dah jadi blogger hot stuff, dipersilakan sebab aku akan ignore jer dan takkan take apa-apa action pun. I'm emotionless since... errrr, nevermind. Please, do enjoy yourself as a blogger and try not to harm urself by copycat-ing others! It gave you unpleasant feelings you know,so release urself and chill!!!!


Yeah I'm special and I know it, booooo Aqila. Booooooooooo....

Mar 9, 2012

Gred Markah SPM 2011 (?)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..


p/s : Ini bukan post untuk Wordless Wednesday yang dah tersesat masuk hari Jumaat ye. Tapi disebabkan gambar nie memang bisa bikin calon SPM 2011 speechless, rasanya memang boleh jadi post untuk Wordless Wednesday kowt =='


Agak-agak nak cakap apa dengan gambar super ngeri kat atas nie?

Okey Aqila Syahiena nak berdoa banyak-banyak supaya semua calon SPM 2011 dapat keputusan yang cemerlang gemilang terbilang, dan berbaloi dengan segala usaha yang dah dicurahkan. Ameen.

21 March nie segala warga MRSM Pasir Salak meh serbu Kampung Gajah yawww!!! Lalalala ~ Tak sabar rasanya nak menatap sampai juling muka kawan-kawan tersayang.
 
                                               

 BLINKIES ATAS NIE TIADA MOTIF, HAHAHA :3

 

Mar 7, 2012

Saya Penganggur Terhormat

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Ada tirai pulak untuk post kali nie.. Hahaha :3

Bila check balik belog nie tadi barulah perasan yang dah lama gila tak post apa-apa. Sebenarnya bukan taknak post pape tapi takde menda pun yang nak dipost. Al maklum lah kehidupan orang menganggur nie memang tak banyak benda pun, apatah lagi untuk suri rumah sepenuh masa 24/7 macam aku nie.. So kalau nak post apa yang terjadi untuk sehari-hari aku kat rumah, jawabnya jadi cam ginilah post-post aku :

" Hari nie aku bangun tidur terus kena jalankan rutin sebagai seorang suri rumah tak bergaji.. "

" Wah memang syok habis dapat round satu Meru nie dengan drive sendiri! (show off) "

" Lama-lama duduk rumah boleh jadi zombie aku.. Kena cahaya luar buta terus agaknya "

" Masak banyak-banyak pun bukan ada orang nak makan! Grrr penat je masak! "

atau bila dah sampai mood jiwang,

" Now I realized I really missed them.. I miss my teenage life! "

dan mood jiwang yang diperturunkan oleh A Samad Said,

" Kini hidupku seperti aku tidak pernah menjalani apa-apa kehidupan pun sebelum ini "

See? Hahaha secara tak langsung aku sebenarnya dah TER-post jugak benda-benda yang membosankan macam gitu.. Okey dahlah tu kalau tak terkeluar semua hikayat Rapunzel Meru nie.

And I got a very good and exciting news! Haha, aku dah mulakan perjalanan pusing ke seluruh Meru dengan drive sendiri! Alah taulah orang lain dah lama merayap lepas terus dapat lesen kan.. Aku nie bernasib malang sikit, kedua ibu bapa tersayang aku nie risau gila kalau aku langgar anak orang tengah jalan karang.. So aku diharamkan untuk drive sendiri melainkan mak ayah ada kat sebelah. Tapi ada satu hari tu aku berjaya jugak pujuk my mother untuk kasi kunci kereta dia. Ituuu diaaa sampai ke Bukit Cerakah then pusing balik pergi Tesco Setia Alam aku bawak... Hahaahaha bila balik rumah memang bulat mata mak ayah aku lepas aku cakap dah sampai mana aku kerjakan kereta tu! Tak kisahlah tu, sebab kalau bukan sekarang bila lagi nak belajar bawak sendiri kan? Alasan aku senang jer, 

" Hari tu sibuk cakap kat makcik-makcik yang anak mama nie takut
drive kereta.. Nie bila orang nak drive, mama takut pulak nak lepaskan. Kalau camtu baik tak payah amik lesen terus.. Simpan je lesen tu sampai berkulat dalam dompet.. "

Huhuhu laser pulak mulut aku terlepas haritu.. Ampun ma.. Nasib baik mak aku tak meletup haritu wooo! 

Adios, babyee ~

Mar 1, 2012

JPJ TEST #2

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Neee, alhamdulillah test JPJ untuk hari nie aku lulus! Pagi tadi bangun memang terus lompat katil, excited semacam pulak.. 'Berterima kasih' jugak kat ayahanda tercinta sebab bagi nama anak dia nie Aqila, so kesudahannya hari nie aku dapat giliran kedua. DUA ! Kalau boleh lagi besar memang aku nak taip besar-besar perkataan nie, muehehe ;3

Kalau nak bandingkan dengan test sebelum nie, *harap maklum kali pertama dulu aku gagal, hahaha kali kedua nie aku tak rasa cuak sangat. Kalau dulu siap tak tidur malam, berguling-guling atas katil. Hari nie geng aku ialah Kak Ieka dan sorang mamat nama Adib. Alhamdulillah ketiga-tiga manusia yang gagal test JPJ yang pertama dulu lulus jugak hari nie, hahaha. Tahniah ye Kak Ieka, sibuk betul risau dari pagi tadi cuak sangat kalau dapat kereta nombor 01. Al maklum dulu Kak Ieka nie gagal masa guna kereta tu jugak, so hari nie dia fobia sikit dengan kereta tu. Sibuklah dia picit-picit tangan aku " Akak taknak dapat kereta nombor 01 tu, sebel betul dengan kereta tu! "

Akhirnya Allah bagi jugak akak dapat kereta 01 tu, hehehe.. Dah jodoh akak dengan kereta tu, nasib baik clutch kereta tu dah direpair.. Berseri-seri betul muka Kak Ieka nie aku tengok waktu keluar dari kereta lepas pusing satu Kuang. 

Aku pulak, pagi-pagi limun tu dah dipanggil untuk test. Taklimat pun tak habis lagi, dia dah panggil aku untuk masuk kereta. Disebabkan aku dah ready dari semalam lagi dengan kemungkinan nama aku yang awal nie, so tak terkejut sangatlah macam first time test dulu. Bila aku teringat pesanan Encik Hadi, dalam kepala aku pun sibuklah fikir nak borak apa dengan Encik JPJ tu.. Masalah betullah kalau nak start sesuatu conversation yang awkward bagi aku.. So aku pun masuk dan cakap " Assalamualaikum encik.. "

Tau apa dia jawab? Haa dia tak jawab pun salam aku.

Encik tu siap pasang air cond dengan radio kuat-kuat lagi.. Sudahnya aku rasa macam drive sengsorang jer sepanjang jalan tu. Lagu radio pulak semua best-best time tu, hah masyuklah aku drive. Rasa cam bawak Mercedez jer, hakhakhak ;3

Bila dah sampai balik driving school, rasa gembira gila tengok encik tu tick dekat kotak LULUS kat borang aku.. Masa tu dalam kepala dah berangan-angan nak merayau keluar rumah, sibuk dah fikir plan-plan shopping yang terkumpul. Hahaha, senget betul. Baru lulus test dah berlagak macam pandai gila nak drive. Sengih panjang jer lepas tu ;3

Lepas tu menunggu pulak Kak Ieka habis dan bila dia dah habis, terus roger pegi cafe untuk makan. Taknak lepas peluang makan kat situ untuk kali terakhir.. Sedih sekejap di situ ye. Dan lepas tu Encik Hadi hantar sampai rumah.. Babye Harmony, lepas nie dah tak jejak sini lagi dah.. Bye.. Sob sob sob :'(

Sebelum turun dari kereta, aku salam dengan Kak Ieka sebab lepas nie mesti dah tak jumpa dah.. Sedih memang sedih, takde kawanlah aku lepas nie. Cakap terima kasih kat Encik Hadi dan sebelum aku tutup pintu kereta, sempat pesan kat Encik Hadi " Nanti encik tolong kirimkan salam saya kat Encik Arfan ye, cakap kat dia terima kasih.. " :3

So itulah dia kesudahannya. Alhamdulillah lesen P dah ada dalam tangan.. Pengalaman sepanjang belajar kereta memang satu pengalaman yang precious bagi aku. Sangat-sangat precious. Mungkin ceritanya biasa-biasa tapi bagi aku semua tu sangat berharga. Mungkin aku tak tau nak describe macam mana, tapi banyak benda yang berlaku dan semua tu membantu aku untuk maju ke hadapan.  Remarkable. Terima kasih Encik Arfan sebab dah banyak bagi nasihat berguna.. Saya terhutang budi dengan encik, may Allah bless you dunia dan akhirat.

Terima kasih semua :3