Mar 21, 2012

The Hottest Online Shop!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

[Iklan] Suka shopping tapi malas nak keluar rumah??? Ataupun setiap kali nak rembat barang kat shopping mall mata Puan Mama anda mencerun macam laser??

Kihkihkih. Okey sudahlah untuk intro.

************

Aku yakin ramai dalam karangan korang especially girls yang suka shopping kan? Dan mesti ramai gak yang dah mula join shopping online yang banyak kat alam maya nih. Untuk aku pulak, aku baru hijau dalam bidang nih so dompet masih tebal lagi.. Hahahaha tunggulah sebulan dua nanti mesti kempis balik gara-gara dah addicted dengan online shop.

Permulaan aku terjebak dalam dunia online shopping ialah masa aku menyinggah blog milik si comel penggila kamera Nisa Kay, seorang student UNISEL yang sangat-sangat shopaholic! Dia letak satu segmen Online Shop Best yang menempatkan semua online shop yang dia gemar lawat dan taburkan duit dia (pernyataan melampau) dan aku bukak semua link yang ada untuk turut menyinggah.

Kebanyakan online shop yang aku suka ni menjual dress, blouse, cardigan dan maxi. Harga pulak boleh dikatakan affordable serta tak merabakkan poket. Kalau yang mahal-mahal tu, sendiri mau ingatlah der.. Aku pun student lagi, mana larat nak keluarkan duit banyak-banyak. Silap-silap makan batu je nanti.

Ini serba sedikit online shop yang aku rasa menarik hati dan bertindak seumpama magnet untuk dompet aku. Klik pada gambar kalau nak singgah ke online shop tersebut ye ;)




Miss Vintage Shop is one of my favourite online shop sebab range barang-barang dia dari RM 10-RM 35 sahaja. But mostly at RM 10. Ada banyak pilihan jaket, dress, blouse dan maxi yang cantik-cantik dan kalau korang berkenan, kena cepat-cepat order sebab sekali Miss Vintage Shop nie keluarkan stock, semua golongan manusia yang gila fesyen menyerbu.You think I'm kidding??? Click gambar kat atas nie untuk turut sama menjadi gila apabila korang tatap sendiri baju-baju yang shomel (masyaAllah bahasa) dengan harga yang SANGAT MURAH!!!! Yeah, go ladies!!!!

Credit to Miera Azman sebab menjadi orang yang bertanggungjawab melaghakan aku dengan online shop ini.




Batik Valley. Sebuah online shop yang menjadi favourite Nisa Kay serta ramai lagi para blogger! Barang-barang kat Batik Valley ni pun sangat cantik dan comfy dari segi materialnya. Walaupun harganya tidak secantik Miss Vintage Shop tapi tetap jadi mangsa serbuan ramai setiap kali items pre order sampai. Kalau korang jenis yang mementingkan kualiti material dan keselesaan, Batik Valley ni memang satu online shop yang wajib korang singgah!!




Bagi sesiapa yang sukakan gaya memakai pashmina atau shawl dengan inner, korang pasti akan jatuh cinta dengan Ayunar. Kebiasaan inner yang kita pakai ada satu kaler je kan? Tapi untuk Ayunar, korang boleh mix and match kan mana-mana warna yang korang nak untuk dijadikan satu inner. Ada tiga jenis inner iaitu monotone (satu warna sahaja), twotone (gabungan dua warna) dan threetone (gabungan tiga warna). Yang paling best, korang boleh pilih sendiri kombinasi warna yang korang nak! Harga pun cuma RM 8 untuk monotone dan twotone derta RM15 untuk threetone. Menarik tak? Menarik tak????? Hmmmmm??????




Sejujurnya Wonderbutik Enterprise nie aku tak berapa explore isi kandungannya tapi berdasarkan apa yang sempat aku nampak, online shop ini menjual tudung bawal yang ada sulaman atas kepala. Sulaman tu pulak semuanya bermotifkan floral, memang superb wa cakap sama lu! Actually aku baru terniat nak isi borang tapi rupa-rupanya semua items yang dijual dah habis stok. So, jangan risau jangan gusar dengan pilihan anda untuk membeli-belah di online shop ini!




Ini online shop yang paling sesuai kalau korang sukakan mix and match baju-baju korang dengan cardigan. Di Cardy Lover, korang akan jumpa banyak style cardigan yang berkonsepkan Korea!! I repeat, KOREA. Sangat comel dan sangat trendy. Boleh cuba lawat site mereka dan lihat kalau anda berkenan :)

Ini antara online shop yang aku rasa sangat menarik dan boleh dipercayai. Owh ya lagi satu aku harap korang berwaspada untuk membeli barnag-barang kat online shop ni, takut tertipu dengan owner yang tak jujur. Bayangkan kalau korang dah bank in duit tetiba parcel tak sampai rumah???? Seriously a nightmare.

So untuk mengambil langkah berjaga-jaga sebelum oreder apa-apa, korang tengok kat online shop tu. Berapa followers dia? Ramai tak yang buat pre order? Atau banyak tak benda yang korang nak dah sold out?? Kalau korang nampak online shop tu sunyi sepi, berhati-hati takut owner tu penipu. Lebih ramai orang yang shopping di situ, maka lebih selamat online shop tersebut :)

Hipotesis itu mungkin tak tepat, jadi maaf kepada owner online shop yang rasa terhina.

Selamat bershopping!

2 comments:

Wonderbutik said...

Thanks dear for the review! Kami akan restock bawal sulam crown yg hot selling tu mggu dpn :D boleh la cop laju2 sbb cepat je abisnye. Thanks again!

myblouzeboutique said...

Hehe,If you interested boleh singgah http://www.myblouzeboutique.com .Kami jual pelbagai koleksi blouse =)