Mar 20, 2012

Menjelang 21 Mac (!)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Kita tiup habuk yang bergentangan kat blog kawaii nie.

 

Hampir dua minggu tak sempat nak jenguk blog disebabkan ada benda yang perlu dibereskan. Jadi bila bukak blog, rasa moral down gila sebab time-time semangat datang nak update blog lah internet kat broadband nie macam siput.

Tapi takpe. I'm cool ;)

Aku sedar 21 Mac dah melambai-lambai kat aku. Saja je bebudak kat fesbuk nak psiko aku cakap pasal result. Bukak jer wall orang, semua penuh dengan post pasal result SPM - cuak, excited, rasa macam orang tak betul, otak dah senget, bla bla bla.. Bla bla bla.. And so on.

Guwa rilek jer kat depan PC nie. Tongkat dagu sambil senyum sorang-sorang dan stalk wall orang sampai sakit mata. Aiseh, mana tak sakit mata kalau gambar-gambar orang semuanya tiga inci depan kamera? Buat duckface lah, mata terjojol macam mata ikan dan kembongkan pipi sampai nak pecah aku tengok. KAN BAGUS KALAU KORANG CUCI SIKIT MATA AKU NIE DENGAN GAMBAR-GAMBAR YANG BOLEH BIKIN AKU JELES??

Booooooooooo Aqila.

************

Okey itu aku tipu jer. Siapa tak cuak bila result SPM nak keluar? SPM beb, SPM! Bukan PMR. Tak berenti aku fikir pasal kemungkinan yang akan datang Rabu nie. Mana nak sorok muka kalau result tak bagus. Sudah pasti malam Khamis tu handphone Puan Mama asyik berdering dengan makcik-makcik yang nak bertanyakan result aku.

Takpe, aku dah berusaha sebaiknya dan kepada Allah aku serahkan semuanya. Tak gitu?

Kalau kita rasa kita dah berusaha semaksimum mungkin dan apa yang kita dapat tak setanding dengan usaha kita, mesti Allah ada simpan sesuatu yang lebih baik. Kadang-kadang kita rasa macam kita dah berusaha separuh mati, tapi sebenarnya kita jer syook sendiri rasa camtu. Hakikatnya kita cuma tau berserah jer, tapi fail berusaha.

Aku dah belajar satu benda bila permohonan aku untuk further study kat INTI bawah program MARA tak berjaya tiga bulan lepas - Jangan terlalu yakin dengan diri dan jangan sesekali bangga diri.

Actually masa memula aku di-shortlist-kan untuk interview, aku dah rasa besar kepala gila. Dah terbayang kat kepala aku nie aku boleh banggakan Puan Mama dan Incik Ayah bila aku dapat further oversea. Tapi tu cuma alasan yang pakai untuk sedapkan hati jer, sebenarnya aku yang rasa bangga diri sebab dapat interview. Padahal interview je pun. Dasar pemikiran masih sempit.

Tapi takpe. Aku dah dapat pengajaran sebab terlalu yakin yang aku akan dapat tawaran tu. Bila permohonan aku ditolak, barulah aku tau camne rasanya jadi orang yang gagal. Seriously masa tu aku macam dah tak nampak masa depan, rasa macam loser sangat dan menyesal sebab pandang ringan soal kebersihan hati. Disebabkan kita selalu berjaya, kita lupa macammana rasanya gagal dalam sesuatu yang kita tak sangka. Aku faham dan aku amik keputusan untuk takkan sesekali bangga dengan diri sendiri lagi.

Oleh itu, untuk result SPM yang akan keluar nie, aku dah bersedia untuk terima apa pun keputusan yang aku dapat. Baik ke buruk ke, Dia dah tetapkan itu yang sebaiknya untuk aku.

So, apa yang patut aku buat sekarang?

Duduk goyang kaki dan tunggu hari Rabu menjelma :3

Okey okey auta sungguh! Timbul sedikit perasaan terharu bila aku melintas bilik Puan Mama dan nampak dia berdoa atas tikar sembahyang. Semestinya untuk satu-satunya anak perempuan dia yang keras kepala nie. Trimas mama, sob sob sob.

************

Agak-agak bila aku turun dari kereta, member-member masih cam aku tak? Mestilah tak, aku kan dah kurus.

Pap! Penyepak sebijk.

Owh, okey.

2 comments:

umi aisha karim said...

ok, aku tertarik dgn satu ayat je.. kau dah kurus ??.. woooaaaaa,, dasyat2,. mkn byk pon kurus..

MISS AS said...

lepas makan exercise , itulah hidup yg sihat .. fuhahahahaha lol ;3