Mar 7, 2012

Saya Penganggur Terhormat

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Ada tirai pulak untuk post kali nie.. Hahaha :3

Bila check balik belog nie tadi barulah perasan yang dah lama gila tak post apa-apa. Sebenarnya bukan taknak post pape tapi takde menda pun yang nak dipost. Al maklum lah kehidupan orang menganggur nie memang tak banyak benda pun, apatah lagi untuk suri rumah sepenuh masa 24/7 macam aku nie.. So kalau nak post apa yang terjadi untuk sehari-hari aku kat rumah, jawabnya jadi cam ginilah post-post aku :

" Hari nie aku bangun tidur terus kena jalankan rutin sebagai seorang suri rumah tak bergaji.. "

" Wah memang syok habis dapat round satu Meru nie dengan drive sendiri! (show off) "

" Lama-lama duduk rumah boleh jadi zombie aku.. Kena cahaya luar buta terus agaknya "

" Masak banyak-banyak pun bukan ada orang nak makan! Grrr penat je masak! "

atau bila dah sampai mood jiwang,

" Now I realized I really missed them.. I miss my teenage life! "

dan mood jiwang yang diperturunkan oleh A Samad Said,

" Kini hidupku seperti aku tidak pernah menjalani apa-apa kehidupan pun sebelum ini "

See? Hahaha secara tak langsung aku sebenarnya dah TER-post jugak benda-benda yang membosankan macam gitu.. Okey dahlah tu kalau tak terkeluar semua hikayat Rapunzel Meru nie.

And I got a very good and exciting news! Haha, aku dah mulakan perjalanan pusing ke seluruh Meru dengan drive sendiri! Alah taulah orang lain dah lama merayap lepas terus dapat lesen kan.. Aku nie bernasib malang sikit, kedua ibu bapa tersayang aku nie risau gila kalau aku langgar anak orang tengah jalan karang.. So aku diharamkan untuk drive sendiri melainkan mak ayah ada kat sebelah. Tapi ada satu hari tu aku berjaya jugak pujuk my mother untuk kasi kunci kereta dia. Ituuu diaaa sampai ke Bukit Cerakah then pusing balik pergi Tesco Setia Alam aku bawak... Hahaahaha bila balik rumah memang bulat mata mak ayah aku lepas aku cakap dah sampai mana aku kerjakan kereta tu! Tak kisahlah tu, sebab kalau bukan sekarang bila lagi nak belajar bawak sendiri kan? Alasan aku senang jer, 

" Hari tu sibuk cakap kat makcik-makcik yang anak mama nie takut
drive kereta.. Nie bila orang nak drive, mama takut pulak nak lepaskan. Kalau camtu baik tak payah amik lesen terus.. Simpan je lesen tu sampai berkulat dalam dompet.. "

Huhuhu laser pulak mulut aku terlepas haritu.. Ampun ma.. Nasib baik mak aku tak meletup haritu wooo! 

Adios, babyee ~

No comments: