Mar 12, 2012

Things Blogger Should Consider Of

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Aku sedar blog aku nie memang tak ramai orang yang stalk jadi ketepikan dulu perasaan rendah diri itu okey. Sekarang kita bukak dan tengok dari positive side dia, kehkehkehkeh statement aku nie bajet bermotivasi betul minah nie * ternyata optimistic is one of my annoying value that I proud of cehhh! * Dan disebabkan aku sedar blog aku nie takkan tersenarai dalam Google Top 10 Blog searcher jadi aku akan rasa kurang stress serta gelisah untuk update apa-apa entry. Aku takkan fikir " Eh nak ke orang baca entry kalau title post bosan camni? " atau " Macam menampakkan yang aku nie seorang annoying blogger jer " atau " Camne nak kasi traffic blog aku nie gempak ye " dan macam-macam lagi soalan seumpama itu. Kalaulah aku sibuk berblogging untuk menarik ramai follower dan untuk tengok traffic blog aku mencerun tinggi macam Gunung Everest, baik aku bukak fanpage je terus! Tak guna berblogging kalau sekadar nak puas hati tengok jumlah followers kita bertambah ye dok? Aku paham itu mentaliti kebanyakan blogger, dan main target depa memang untuk lawan siapa dapat followers lagi tinggi. Aku bercakap nie bukan atas dasar mahu mengutuk sesiapa dan entry ini tidak ditujukan kepada mana-mana individu especially manusia yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogger macam haku nie. Aku menulis entry ini atas dasar pengalaman aku sendiri sebelum nie.

Waktu aku mula-mula berblogging dulu, hobi aku memang men-stalk blog orang jer 24/7 untuk jadi copycat tak bertauliah, so untuk semua mangsa-mangsa peniruan aku diharapkan agar anda memaafkan kesalahan saya yee... wakakakaka. Aku jeles tahap karma bila tengok blog orang lain tersangatlah cantik dan comel-comel especially yang letak macam-macam gadjet atau pengguna blogskin * bagi aku blogskin itu nampak vintage dan eksklusif * Masa tu kornea mata aku bukan main sepet lagi sibuk nak copy design orang. Jangan tak tahu aku nie berbakat jadi hackers tau, beware pepel! Hahahaha.. Bila dah letak itu ini, masih lagi tak puas hati sebab rasa macam masih tak secantik blog orang lain. Jadi aku puunnnn mula mencari alternatif baru - Google pasal tutorial blog. Naik juling mata aku nak edit-edit code HTML segala bagai yang depa guna tu. Dan bila aku dah rasa blog aku nie cukup ohsem, aku stalk lagi blog orang untuk buat comparison pulak.. Kemain berlagak lagi dia nie, baru buat design cantik sikit dah sibuk nak kutuk blogger lain. Syaitonorrajim menguasai pemikiran, masya Allah.. Ampun people!

Bila tengok blog cantik macam kawaii-kawaii, aku sibuk nak tukar balik design dan tengok pulak blog orang yang fancy dengan segala kaler-maler, aku pon nak tiru jugak. Sampailah eden menengok blog simple pun eden rasa cantik pulak, so eden tukar balik semua design dan buang segala gadjet. Itu pasallah kalau ada sesapa yang pernah menyinggah beberapa kali kat blog aku nie, korang akan perasan yang design aku nie tak pernah statik. Bertukar-tukar setiap minggu. Itulah yang terjadi sepanjang tempoh aku fanatik dengan design blog.

Lama-kelamaan aku jadi blogger atas pagar yang tersangatlah pathetic. Very shameful bcoz tak pernah ada pendirian sendiri untuk berblogging. Then lama-lama aku jadi stress sendiri serta sedikit fobia untuk bukak blog sendiri sebab aku tau segala macam penat lelah aku sibuk mengedit blog segala macam tu tak berbaloi pun. Aku rasa macam dah memalukan diri sendiri sebab takde prinsip. Cis! So untuk sementara waktu aku stop post apa-apa dan sibuk ignore lambaian syaitonirrojim untuk habiskan masa berjam-jam depan PC. Aku tepis semua keinginan untuk kembali stalk blog orang dan tiru ayat-ayat depa yang aku rasa stylo. Tapi sekejap jek, beberapa hari pastu aku kembali update blog dengan entry-entry yang sangat memalukan bila dibaca balik. Get it?? Dapat tak apa yang aku cuba nak sampaikan??

The point is, setiap blogger seharusnya ada pendirian tetap dalam berblogging dan blogging dengan perasaan ikhlas ingin berkongsi sesuatu, bukan sekadar nak update blog dengan entry cukup syarat jer, Asalkan ada entry baru jer dah cukup. Then habiskan berjam-jam lagi sibuk promote blog kat wall fesbuk atau mana-mana website. Itu bukan satu garis panduan yang sepatutnya ada bagi seorang blogger, tak kisahlah korang nie blogger tegar atau bukan. Kita berblogging untuk berkongsi sesuatu kan? Dan sepatutnya entry-entry yang kita post tu walaupun mungkin tak mendatangkan faedah, tapi bila kita baca balik kita akan rasa sentimental value yang tersendiri. Biarlah tak ramai orang komen entry kita, janji bila depa baca, depa akan rasa terhibur dengan entry kita. Takdoklah sia-sia depa semua tu nak blogwalking hilangkan bosan betul dok? Depa seronok, kita pun syiokk gak bila tengok ramai orang datang visit blog kita. kan kan kan??  Kalau takat promote blog untuk dapat ramai followers tapi followers semua tu pun tak baca blog kita buat apa.. Penat jer menaip banyak-banyak sampai lenguh metacarpal tuh.

So lepas nie aku tobat dah tak mahu stalk blog orang untuk curik idea untuk dimasukkan dalam post, kuhkuhkuh. Owh ya dan kalau korang semua nak merasakan perasaan annoying melampau plus rasa nak muntah hijau atas keyboard, silalah baca entry-entry lepas aku yang berderet tu!! Aku sendiri pun dah tak lalu dah nak membacanya, rasa nak golek-golek tahan perasaan malu. Apa pasal aku post menda-menda camtu pun tak taulah. So lepas nie aku akan berusaha untuk blogging dengan ikhlas! Cayalah luuuuuuu, hahahaha... Eh kalau korang baca entry nie dan rasa nak jadi haters aku sebab bajet dah jadi blogger hot stuff, dipersilakan sebab aku akan ignore jer dan takkan take apa-apa action pun. I'm emotionless since... errrr, nevermind. Please, do enjoy yourself as a blogger and try not to harm urself by copycat-ing others! It gave you unpleasant feelings you know,so release urself and chill!!!!


Yeah I'm special and I know it, booooo Aqila. Booooooooooo....

No comments: