Apr 25, 2012

Essay MARA #2

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia 
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Semakin lama aku semakin gila dengan online shopping! Aku sendiri nggak paham deh ngapain aku sukak banget bukak online shop yang murah-murah then rambang mata memilih. Tiap minggu gaji aku habis kat baju je.. Hew hew hew..

Nak kata aku ni gila sangat berfesyen bagai taklah pulak. Baju-baju yang aku ada pun bukannya hot-hot macam orang lain. Tapi aku suka sangat membeli. Even masuk Tesco sekalipun aku tatap akan grab mana-mana baju yang aku rasa aku berkenan nak tukar hak milik wakaka. Naik berasap telinga Puan Mama setiap kali abang posmen datang umah hantar parcel untuk aku. Then siap kalsi pesanan penaja lagi, "Kalau beli baju banyak-banyak pastu tak dipakai siaplah kamu. Buat je baju kucing kat luar tu!" Amboi mak, janganlah gitu.. Nanti kucing kat luar lagi cantik dari orang habislah mak dapat menantu kucing lagi awal dari orang. Ihiksss gatal.

Aku takde mood senanye nak menaip tapi takpe nak jugak post benda merepek-repek bodoh-bodoh kat sini buat hilang bosan. Hah aku tau! Aku nak post essay yang aku hantar untuk MARA kelmarin hik hik.. Buat rujukan generasi akan datang lah konon. So hello 2013!! Wakakaka.. Meh aku tag sikit biar entry aku nih kuar kat engine pencarian Google korang tuh.

 Essay about myself, my study plan and career plan for Program Pinjaman Pelajaran MARA 2012 (Bagi korang korang tuh 2013 plus plus lah kan)

* * * * * * * * * * * *


AQILA BINTI MOHD NOOR
940722-10-5200

          22nd July 1994 was the historic date for my parents. As an apple of my family and the first daughter of three siblings, I have always taught to be caring, considerate and thoughtful towards everyone. As a result, I have developed a high sense of empathy and found myself as one who cares about the emotional needs of others. I also believe that the medical profession is a platform for me to achieve my ambition of creating a caring community and this can be done by forging close relationship while providing medical treatment for those in need.

          I was receiving early education at SK Meru and SRA Meru. Then, I was offered to one of boarding school in Klang which is SMK Tengku Ampuan Rahimah because of my 5A’s UPSR result. This school has definitely made me an independent and adaptable person when I was given the responsibilities to become Exco Kebersihan Dan Keceriaan Asrama Puteri and Setiausaha Agung Asrama Puteri on the next fellow year. All these responsibilities also enchanced my time management skills as I had to balance out between my academics and co-curricular activities. As diligence is the mother of good fortune, I tend to achieve 8A’s with 1C in PMR result and being one of strong peoples in STAR Debate team.

          On my upper secondary education, I continued my study at MARA Junior Science College Pasir Salak, Perak. I was quietly active in co-curricular activities and performed well in my studies. For the Anugerah Penghormatan Pengetua, I tend to achieve it every semester and even once got the second highest ranking with CGPA of 3.97. On 2011, I was the representative of my college in Pidato of Minggu Bahasa MRSM Zon Barat. I also became the first speaker of our Debat Bahasa Melayu team in Minggu Bahasa Dan Debat MRSM Se-Malaysia. Strongly held on my motto ‘The ending is the beginning’, I tend to learnt through past experiences to maintain my composure under any circumstances and to work with minimum supervision.

          I believe that I have been successful throughout my life because I always make a periodic plan of the things to do. That is how I always set up a target in my education and future planning and strive towards achieving them. This was proven when I got a perfect score in SPM result, straight 9A’s. This would give me a chance to fullfil my dream which is to continue my study in the medical field and become a successful doctor in Malaysia. My feeling care deeply about other people and their problem and also highly interested in how the human body functions decide me to choose medical course. So, I was planning to pursue my study in the Europe, Ireland through MARA scholarship. Ireland, especially Dublin has been ranked at number eight as the best student city in the world according to the QS World University Rankings. This shows medical developments in Ireland are more modern and more advance.

          Before I fly to Ireland, as I knew MARA will sent their students who choose Ireland to do International Baccalaureate for two years at Kolej MARA Banting. After completing the IB with scores at least 35 over 45, I will pursue my first degree in the medical field in Ireland for five years. After graduating with my first degree in medical field and obtained MBBS (Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery), I would devote myself as a doctor who is fully committed to her duty of serving nation and country especially for bumiputera. When I returned to Malaysia, I will work with the government hospital for three to five years. At the same time, I want to gain more experience about doctor profession and proceed further into becoming specialist. I will came for Internal Medicine with Cardiology as the medical speciality and tend to become a cardiologist. My future plan is to work with Institut Jantung Negara as heart disease is the fourth most chronic diseases in Malaysia.

          I sincerely hope that my profound passion for the medical field will enable me to be given a chance to take up this course. I hope my ambition to be a successful and high sense of empathy doctor will be achieved as I have been in the right path with MARA scholarship to pursue my study on the next level.


* * * * * * * * * * * *

 Amaran : Siapa gelakkan grammar aku, esok pagi bisul tumbuh kat mulut. INI BUKAN GURAUAN!

Apr 24, 2012

Abaikan Perasaan Mengalah Itu

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia 
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Kadang-kadang kita akan rasa macam kita dah buat pilihan yang salah dalam hidup ni. Especially when it comes to choose between two or more. Aku pun pernah jugak alami situasi ini, sama macam orang lain. Aku pun tak perfect jugak, sama macam orang lain. Aku pernah buat beberapa pilihan yang hasilnya tak macam yang aku harapkan. Thats common. Itu lumrah hidup. Kau tak boleh dapat semua perkara yang kau nak.

Apapun entry ini bukan nak cerita pasal aku. Aku menaip malam-malam buta lepas sorang hamba Allah call aku petang tadi. Situasinya camni, dia diberi dua pilihan untuk sambung belajar. Between engineering and medic. Honestly I think he's much much more worthy into medic but instead he chose engineering. Before he made the decision, he talked to me bout that and asked for my opinion. I told him, istikharah. Istikharah and let yr parents or family blessed the decision you gonna made. Then he got the istikharah result and go for his engineering.

These past few days, he text me that he felt disappointed with himself. He really thinks he had made a mistake by choosing engineering instead of medic. Yeah I know how he felt. Even aku sendiri pun mesti akan rasa a bit sense of regret kalau pilih benda yang aku tak berapa minat. Tapi aku tahu Allah takkan kasi jalan yang salah untuk hamba-Nya. Mungkin bagi dia pilihan itu salah. Mungkin dia rasa menyesal sebab tak pilih benda yang dia nak. Here's my words.

Apapun yang kita pilih, kita mesti buat keputusan tu berdasarkan istikharah. And one more, family's blessing. Zaman moden sekarang memang tak ramai anak yang nak dengar pendapat mak ayah esp kalau anak tu genius belaka. Lagi-lagi kalau mak ayah bukan jenis berpendidikan tinggi. But for me, family's blessing is VERY important. Aku bukan cakap kosong sebab aku tahu camne rasanya memberontak dengan pendapat mak ayah. Kadang memang kita rasa diri kita betul tapi kita lupa mak bapak lebih kenal siapa kita. Take me as an example even aku bukanlah anak yang baik sangat pun dengar cakap mak ayah doplohpat jam tapi aku rasa aku sudah belajar dari kesilapan aku.

Kita flashback kejap. PMR dulu aku amik sembilan subjek, means plus bahasa Arab. In form three my parents asked me to drop the subject sebab aku asyik dapat C memanjang. Aku memang tak pernah perform bahasa Arab aku. Satu hari aku decide nak jumpa ustazah, discuss lah kononnya pasal nak drop atau tak. Ustazah tu angkat kening dengan gaya kerek kat aku, "Kalau awak drop bahasa Arab nih awak yakin ke boleh dapat 8A??"

Terbakar habis telinga aku. Istikharah apa menda semua aku tolak tepi dan aku nak jugak amik bahasa Arab tu sebab tercabar punya pasal. Mak ayah aku banyak kali nasihat suruh drop jugak tapi aku buat dek je. Finally, I got 8A's in my PMR. With 1 super single C.

See? Keberkatan mak ayah itu penting. Nampak macam remeh tapi kau hanya akan nampak kepentingan itu lepas kau sendiri sedar apa yang kau pilih itu salah. Mungkin sebenarnya tak salah, tapi disebabkan kau buta mata hati tak dengar cakap mak ayah, Allah gelapkan jalan kau sampaikan kau tak dapat apa yang kau nak.

Mungkin aku bercakap macam orang tua, but trust me it'll worth it. Kan syurga tu bawah telapak kaki ibu. Reda Allah pun bergantung kepada reda mak ayah selagi korang yang perempuan ni belum bergelar puan.

So, back to the main issue. This guy said he felt down with his choice and menyesal gila-gila. Bagi aku, even kau nyesal sekalipun kau tetap perlu teruskan pilihan yang kau dah buat. Takkan sebab kau rasa give up, kau nak drop je engineering tu? Then nak ulang balik belajar medic dari mula. Tak payah, buang masa. Mungkin kau akan rasa kurang minat dengan apa yang kau buat but trust me, if you bring yr heart to whatever things you do, you'll find the truth. Maybe for now its a mistake, but in the future who knows? 

Kalau tak hadirkan niat dalam hati, semuanya takkan sempurna macam yang kita nak.

Kalau tak letakkan semangat dalam perbuatan, semuanya akan hancur sekelip mata.

Dan paling penting,

Kalau tak letakkan reda Allah dan mak ayah dalam setiap urusan kita, semuanya akan merugikan kita.

Kan Allah dah cakap, Dia takkan ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri. Nak tak nak, kita kena ubah mentaliti 'tak sukakan sesuatu' itu. Kita kena letakkan prioroti utama setiap kali nak buat something. Minat tu akan datang kemudian. Sama jugak macam ibadah. Mula-mula rasa tak ikhlas. Rasa terpaksa. Tapi bila lama-lama ikhlas itu mesti akan datang even sedikit demi sedikit. Kalau tak suap nasi dalam mulut, macammana nak kenyang??? Peace Ustaz Azhar Idrus.

Allah tau apa yang terbaik untuk kita. Dia takkan bebankan kita dengan batu kalau Dia tahu kita cuma larat nak angkat guli. All the best in what we do. Believe it or not, we just donno what we can do. And we'll never know until we try it :)

notasisipan: entry hati kering kak Qila. Sorry its a little bit serious. Peace yo.

Apr 22, 2012

Essay MARA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia 
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

PENAT! Itu aje yang ada dalam fikiran aku semenjak dua hari ini. Bukan penat fizikal tapi penat mental. Tapi itulah yang kita perlu hadapi kalau nak capai kejayaan betul tak? Harga pengorbanan yang perlu kita gadaikan bukan sedikit. Kalau nak sukat peluh yang menitik-nitik, rasa dah berbotol-botol agaknya. Lemak yang dah terbakar pun boleh dikira berpaun-paun. Eh eh tetiba je kak Qila nie.

Aku terkategori dalam kalangan beribu-ribu students lepasan SPM lain yang mohon Pinjaman MARA itu. Sistem tahun ini menyuruh students mengisi online dan pos sekali gus. Tak main dah nak online-online je macam scholars lain, huhuhu.. Kalau takat isi online dengan borang nak pos tuh satu jam aku dah boleh buat tapi yang buatkan proses aku tertangguh ialah apabila adanya essay.

Waaaaaaaa.. Udah sekian lama deh guwa nggak nulisin karangan.. Guwa udah lupa gimana mau bikin ayat dong.. Udah nggak gratis bahasa guwa!!

Itulah padahnya apabila duduk rumah berbulan-bulan dan buku terakhir yang aku baca ialah komik jepun ='=

Rasa macam nak import Miss Zahurin duduk rumah aku tiga hari tolong checkkan grammar English aku yang sememangnya berterabur macam gigi bersepah..


* * * * * * * * * *

Tiga jam berhempas pulas depan PC di saat semua manusia dun Meru sudah lelap, akhirnyaaaa siap sudah essay aku! Essay pertama aku setelah lima bulan!!!! Huarghhhh I can't believe by myself. Eh eh tengok tu, baru buat essay sikit dah terus cakap omputih. Puyus aje lipas ini.

Alhamdulillah usaha aku berjaga malam sampai dua hari selesai sudah. Research pasal medic bukan sikit kot. Banyaknya ya amat, gaya macam dah terus nak bukak kitab Biology SPM aje. Huhuhu. Disebabkan dah berbulan-bulan jugak aku tak memegang pen dan ketas A4, sumpahlah tulisan kak Qila sungguh huduh. Kejap besar kejap kecik. Grammar pun berterabur. Harap-harap kalau Miss Zahurin nampak essay aku, beliau sudi untuk mengampunkan kesalahan bekas anak didiknya yang suka tidur dalam kelas ini. Ihiks..

Aku nak publish essay taraf amatur SPM ini tapi malas nak upload gambar. Nak taip satu-satu lagilah takde kerja. Takpe-takpe, nanti nanti bila aku berkelapangan aku akan gagahkan jugak jari ni menaip essay buat rujukan anak-anak junior SPM seploh tahun ke depan nanti ye hik hik hik. Bukan taknak publish sekarang tau, takde masa okay. TAKDE MASA. Nanti ada pulak orang cakap kak Qila nih kedekut taknak share sama-sama. Huhuhu. Jangan su uzzon (bersangka buruk) ye adik-adik... Chill lah.

Keyh mata aku dah serupa macam panda. Elok-elok lipas naik taraf jadi panda pula. Eh eh ngaku pulak kak Qila ni diri dia lipas. Dah dah, aku dah ngantuk tahap buaya. Esok lusa ada mood nak menaip aku kembali lagi ke medan blogging ini. Selamat malam dan salam mimpi indah semua.

Krooooh krooooh krooooooohhhhhh..

Apr 20, 2012

Blogging vs Facebook-ing

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Aku seorang blogger tegar walaupun tak berapa aktip. Yeay! Bila fikir-fikir balik baru aku perasan, aku lebih banyak habiskan masa untuk blogging berbanding facebook-ing setiap kali aku menekan suis on pada PC aku. Kalau bukak facebook pun aku sekadar stalk wall orang dan baca status orang. Then kalau rajin kasi like lah sikit, ihiks. Kalau tak aku seumpama tak wujud jer di alam maya ciptaan Mark Zuckerberg itu.

Aku ada beberapa sebab konkrit untuk menjelaskan kenapa aku lebih suka blogging berbanding facebook-ing.

  • Aku tergolong dalam kalangan manusia yang suka menghias dan mencantikkan sesuatu. Dan aku suka menghias blog aku sarta re-design berulang-ulang kali kalau dah jemu dengan design lama. Bersyukurlah Mark Zuckerberg kerana aplikasi facebook tidak mengizinkan penggunanya menghias dan decorate macam-macam pada wall. Kalau tak pasti wall aku nampak macam kedai aksesori Sinma. Sape-sape yang pernah masuk bilik aku tahulah camne rupa aku menghias. Tak kisah lah bilik kat rumah atau bilik kat asrama, aku tetap hias seolah-olah takde peraturan dalam buku undang-undang asrama yang mengatakan bahawa tidak boleh menghias atau menampal bilik sesuka hati. Tapi disebabkan aku langgar peraturan itulah aku dapat Miss of Cleanliness Pasir Salak masa 2010 lepas hik hik. So kalau sape-sape nak dapat anugerah macam itu silalah langgar peraturan asrama ye. Hias jer bilik korang tu biar nampak macam parti krismas pun takpe
  • Aku juga seorang manusia yang pemalu. Kalau aku tulis status bodoh-bodoh kat facebook, konfem orang boo aku. Tak pun aku terkategori dalam kalangan manusia yang annoying sebab menulis status macam budak tadika. Tapi kalau aku tulis benda bodoh-bodoh dan merepek-merepek kat blog, tak ramai orang akan perasan. Kalau orang nak baca dengan perasaan meluat pun aku tak rasa pape sebab aku tak tau pun ada orang akan baca blog aku kah kah kah!
  • Tiada had perkataan serta bebas untuk membebel. Disebabkan aku seorang gadis berdarah Jawa, aku memang suka membebel esp kalau ada yang tak kena. Kalau aku tulis status panjang berjela kat facebook, larat ke orag nak baca? Tapi kalau aku tulis kat blog, ikut suka hati akulah nak tulis karangan BM ke esei ke, takde orang peduli pun sebab blog diciptakan untuk manusia yang gemar menaip ye tak? Kalau suka, kau baca dan follow. Kalau tak suka, kau tekan butang merah kat kanan tu. Habis cerita.
  • Bebas untuk menjadi diri sendiri. Setiap orang ada gaya penulisan masing-masing. Kalau di facebook, kau perlu berusaha keras untuk tulis status yang gempak-gempak supaya dapat banyak like. Aku bukanlah seorang yang hot setap, jadi aku tak perlukan like semua benda tu. Aku suka menulis je. Kalau orang gembira dengan apa yang aku tulis pun dah cukup. Aku tak peduli pasal like atau komen. Saya original. Saya ada gaya tersendiri * Kak Qila bajet retis.
  • Aku tak suka upload gambar banyak-banyak. Disebabkan aku nih tak pandai bergambar atau posing depan kamera, aku jadi malu nak publish gambar banyak-banyak kat facebook. Kalau dah publish pun aku padam balik sebab terasa macam gedik sangat nak letak gambar banyak-banyak. Boleh kata album aku kat facebook ada tiga empat jer. Itupun penuh dengan gambar kat sekolah. Yelah anak mak katakan, keluar rumah pun jarang. Huk huk huk. Malaslah nak letak gambar dengan latar belakang bilik sendiri je kan??? Buat duck face ke hapa depan webcam??? Ops takde niat nak perli nyih nyih :3

Aku suka blogging. Aku akan terus menulis dan menulis dari hati sendiri. Kalau suka sila baca dan follow. Aku hargai itu. Kalau tak suka sila cipta blog anda sendiri dan cuba buat blog sampai kau sendiri suka nak baca kah kah kah. Sebab aku sendiri pun kadang-kadang suka baca balik entry-entry lama aku yang bodoh-bodoh tu. Peace.


 Kadangkala perkataan berbicara lebih daripada lidah

Babye ~

Apr 18, 2012

Berpeleseran di Ibu Kota

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia 
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

A little bit tired after went back home from a long and fantastic walk at Tunku Abdul Rahman Street!! Wuhuhu juz like I said before, today this lovely girl FS and I went to Jalan TAR to do our shopping routine. Routine??? Yezzz you got me. We're addicted to shopping and we juz donno why hu-hu-hu. Oh please don't pulled out words like 'its a girl's habit' or 'will they die if they do not shopping??' or even called us gedik. Tell me what girls, who hates shopping??? At least you must have even a tiny desire to buy a new clothes right?? So don't talk back and label all shopping-types-girls is GEDIK. Seriously I hate it coz you're a total hypocrite or in malay, BAJET CUN.

Kenapa ayat kau kasar sangat nih kak Qila?? Oic, penat ye. Takpe takpe : l


FS cantik sebab dia pakai lens. Haku?? T_T;

Bermula di stesen KTM Shah Alam, aku dan FS menaiki KTM dan duduk di Ladies' Couch dengan penuh bajet sebab tak ramai orang waktu itu. Al maklum office hours. Aku cukup bersetuju dengan tindakan pihak pengurusan KTM sebab wujudkan Ladies' Couch ini menerusi banyak segi. Pertama, meletakkan para wanita di tempat yang selamat. Yelah kalau time tak sesak takpelah duduk campur-campur lelaki perempuan tapi kau cuba bayang kalau tengah sesak. Silap-silap terasa ada tangan pulak kat punggung. Eiiii ngeri eden mendengornye! Simpang.. Kedua, boleh mengelakkan maksiat. Kau tahu pernah satu ketika aku naik KTM dengan Puan Mama untuk ke KL. Waktu tu Ladies' Couch belum diwujudkan lagi. Aku yang waktu itu masih hingusan di sekolah menengah duduk berhadapan sepasang couple yang sedang berdiri sebab dorang takde tempat duduk. Tetiba mata aku yg kuyu tu bulat. Kau tahu sebab apa? Tetiba pulaklah aku nampak ada tangan kat pinggang kakak tu. Kalau stop terus kat situ takpe lagi, ni cik abang tu memandu pula tangannya ke tempat yang lebih sulit dan pejal. Mak aiiii aku pandang kiri kanan rupa-rupanya bukan aku sorang yang perasan adegan 'romantik' pasangan kekasih tu, amoi tua depan aku pun tak berkelip pandang diorang. Si kakak pulak meliukkan badannya dengan aksi penuh menggoda setiap kali tangan cik abang dia bergerak-gerak. Bila KTM berhenti kat stesen pulak, cik abang tu memeluk terus pinggang si kakak yang hampir terlambung ke depan. Amboi baiknya hati.. Aku tengok makcik kerja kilang kat belakang diorang tu takde pun nak terlambung ke depan sampai 70 degree. Si kakak tu je over-over macam nak tereksiden gayanya. Takde sivik! Berani betul buat adegan 18 tahun ke atas depan budak sekolah macam haku nih.

So dengan adanya Ladies' Couch, akan kuranglah masalah raba serta ketidakselesaan orang ramai terutamanya penganut Islam. Dan lebih penting, akan berkurangan jumlah muntah yang bakal terhambur keluar setiap kali penumpang dihidangkan dengan adegan romantik cinta sejati dibawa mati oleh pasangan-pasangan yang bermurah hati buat free show. Peace no vomit.


* * * * * * * * * * *


Turun sahaja di stesen Bank Negara, aku dan FS terus serbu kedai kain. Konon-konon nak cuci mata sekali si FS terus rambang mata. Siap katanya nak mati dah menahan diri bila tengok baju-baju. Dahsyat penangan Bangla jual kain di sini. Sempatlah tarik kemeja dengan tudung dua pasang sebelum breakfast. Itupun jenuh dah aku menarik si FS, kalau tak dia nak melekat lagi di kedai itu dan membiarkan aku terguling kelaparan.






 Usai makan, aku mengajak FS masuk ke kedai-kedai kain untuk mencari bahan baju kurung. Biarpun almari aku hampir rebah menampung muatan berlebihan baju kurung, haku tetap mahu mencari bahan baju kurung baru. Alasan klise - Nak masuk U dah.. Hehehehe peace. Lagipun Puan Mama turut mengirim sepasang dua baju kurung jadi aku perlu mencari yang tercantik supaya Puan Mama kagum dengan kebolehan aku mebeli-belah biarpun tanpa beliau wkwkwkwkwkwk :]

Stress tau nak mencari baju tercantik. Siapa kata seni itu mudah? Hahaha..

Setelah aku selesai mengangkut empat pasang kain baju kurung, FS mengajak aku masuk ke Kamdar untuk mencari baju kasual tapi nggak ketemuin. Lalu bercadang untuk ke Central Market untuk carik baju dan solat Zuhur sekali. Tapi di situlah tragedi bermula. Seperti biasa, setiap kali aku keluar rumah pasti akan berlaku satu tragedi hingga membawa kepada penghasilan entry baru di blog. Huhuhuhu..

Disebabkan aku dan FS begitu konfiden dengan tahap ingatan kami yang pernah datang sini beberapa tahun sudah, kami berjalan kaki untuk mencari Central Market. Bajet macam dah nampak bumbung CM rupa-rupanya  pejabat. Nak terpusing buku lali aku berjalan sehingga hampir ke KLCC. Gilak. Mana ada dalam peta Malaysia CM tu berdekatan KLCC????? Percuma aku dan FS turun tiga kilo hari ini. Mana idaknya, berjalan kaki hampir tiga kilometer tanpa mengetahui arah tuju untuk ke destinasi. Kononnya berjalan ikut langkah kaki gitu. Hambik kau, lembik terus di situ. Kesian FS, berpeluh-peluh dia hehehehe. Nak tanya orang malu, yelah nampak benor macam rusa masuk bandar sampaikan CM pun tak tahu.  Alah bukan tak tahu, konfius jer. Konfius!

SOGO jadi mangsa nak rehatkan kaki yang lenguh. Ingatkan aku dan dia memang dah nazak takleh berjalan rupa-rupanya aku yang syok sendiri. Si FS bila naik ke Ladies Department terus berjalan laju mencarik baju-baju kasual. Disuruhnya aku duduk sementara dia membelasah segala baju di situ. Gilak ini kawan. Stamina kuat ohhhhhhhh!

Pegi masuk fitting room ye, aku duduk kejap kat sini ~

 Akhirnya dapatlah FS angkut dua helai baju kasual.. Tahniah beb, guwa bangga sama lu! Lu memang kawan yang aktip! Ihiks.

* * * * * * * * * *


Cer teka camne boleh sampai CM at the end? Guna GPS menerusi handphone FS. Teknologi tanpa sempadan jangan diabaikan okey anak-anak lalalalalala *muka innocent cover malu

Di CM aku telah bertemu dengan benda yang aku idam-idamkan sejak dua minggu ini! Finally, I got this..



Hehehehehe.. Spek ala-ala Yana Samsudin!! Huehuehueeee seronok tak terkata masa nampak spek ni kat luar CM. Kawaii kawaiii gituuuu.. Aku rembat jugak kaler pink walaupun muka aku hitam melengut. Lantaklah, tak match takpe janji happy wooo dapat beli spek nih! Minggu depan nak gi Sabak Bernam lawat adik pakai spek ni lah! Wehehehehehueeee :3


FS juga bergaya dengan spek itam barunya ala-ala James Bond

Adakah kau bangga kerana menerbangkan duit simpanan selama seminggu????


Kagum dgn grafitti di tebing Sg Gombak







 Petang itu, menaiki LRT ke Bangsar dan ibu FS menjemput kami dari pejabatnya untuk pulang ke rumah :)



* * * * * * * * * *

Maybe today was not a fairy tail.
But it's magical when there is YOU :)

Apr 17, 2012

Minggu Berfoya-Foya

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..


Grrrr -- I'll seek revenge!!!

Ihiks. Abaikan aje gambar syaiton di atas itu. Aku kembali ber-blogging dengan perasaan yg dah kembali neutral :)

So, HELLO DUNIA!!!


 * * * * * * * * * * * *


Minggu ini merupakan minggu yg agak buzy untuk aku yg bergelar penganggur terhormat. Buzy amendenya lah kak Qila nih, berjalan je pun kerjanya.. Hehehe itulah aktiviti aku minggu ini. Esok aku ada temujanji dengan cik FS untuk menyopping baju-baju kurung di Jalan TAR. Minggu lepas waktu aku berjalan dan tidur-tidur di rumah dia yg sudah jadi rumah kedua aku, sungguh excited cik FS ini mengajak aku shopping baju. Katanya, nak memenuhkan almari baju. Kira dia dah berjangkit dengan akulah nih. Itulah siapa suruh kawan dengan aku sampai enam tahun???? Wkwkwkwkwk.. Kau belum lihat almari baju aku bukan? Kalau kau lihat, pasti kau mengucap panjang. Aku taknaklah publish kat blog nih nanti impression korang terhadap kesempurnaan aku sebagai manusia lemah lembut dan anggun berkurangan secara drastik  :/

Khamis pula aku dijadualkan untuk menghadiri interview bersama pihak Felda Global under Biotech. Huh, sebenarnya Tuhan je yg tahu camne malasnya aku nak pergi. Minat aku terhadap Biotech sudah pudar sedikit disebabkan permohonan aku untuk Program Pra SPM MRSM 11/12 dulu tak berjaya huhuhuhu.. Sampai hati MARA tolak saya waktu tu?? Okey okey gurau jer, takde niat nak mengungkit pun. Aku bersyukur dengan rezeki yg aku dapat ini. Jadi sekarang aku sedang sibuk study pasal Felda what-so-ever dan Biotech. Mujur aku dah pernah buat research pasal Biotech ini waktu nak mohon untuk MARA dulu, jadi tinggal nak refresh balik saja. Kalau tak ada rezeki untuk Felda ini pun tak apa, sekurang-kurangnya aku dah kutip tiga pengalaman pergi temuduga. First, waktu MOCK interview. Second, waktu MARA interview. Third, Felda interview. Tolong doakan aku akan menghadapi interview keempat yakni interview Pinjaman Boleh Ubah MARA nanti :D InsyaAllah

Jumaat pula? Aku ada date dengan si Umi. Disuruhnya aku temankan dia pergi Klang untuk menjemput Ustazah Suriyani. Siap berjanji nak bawak jalan lagi. Aku tuntut haaa, aku tuntut!!! InsyaAllah kalau Kames nanti aku selesai dgn interview maka aku akan menemankan kau mengaplikasikan lesen P baru tuh ke Klang okey. Wahahahahah *gelak kejam kerana aku mempunyai lesen P lebih lama dari dia. Booo kak Qila. Ingat sikit ye dah kemek-kemek kereta Puan Mama tu kau kerjakan.


* * * * * * * * * *


Kebelakangan ini aku memang takde masa sangat nak update blog dan berfesbuk sebab currently, my room lamp is broken. So it affected my mood to type in front of this PC. Pernah sekali Incik Ayah terkezut melihat bayangan seperti hantu yg sedang menghadap PC dalam gelap di bilik aku. Sudahlah malam tu aku pakai baju tidur gaun paras betis, lagilah tambah effect keseraman kat situ. Mujurlah Incik Ayah tak sakit jantung gara-gara aku wkwkwkwkwkwk..

So aku akan kembali berblogging secara aktif selepas lampu bilik aku dibaiki. Tak pun selepas aku masuk ke mana-mana U nanti ihiks :3

Oh ya nak tambah satu lagi. Seperti yg anda sedia maklum, blog saya ini menggunakan Manglish ataupun 'campuran rojak Malay-English' kerana saya merasakan English saya masih tahap sekolah rendah. Konon-konon nak berlatih lah ni tapi semangat A Samad Said dalam badan kuat sangatlah pulak. Jadi tercampur pulak English dengan Malay tuh.

Tapi kan, kalau aku tulis English, aku akan tulis betul-betul hatta dari segi grammar mahupun penggunaan vocab. Kalau Malay pun sama, aku akan jaga penggunaan perkataan agar takda short form yg melampau sehingga sukar dibaca. Idakleh teman nak guna 'shayew tark shukew jady macam neyh' atau 'itewr mencik larh nan dyewrh' Perghhhhh aku cukup anti bebudak macam gitu! Perosak bahasa!! Eh emo pulak.

Macam biasa, tatabahasa aku masih di tahap amatur :/

Ehmm, kepada cikgu-cikgu BM  atau sesiapa lah kalau perasan kesalahan tatabahasa saya silalah betulkan ye. Cik Qila nie memang bengkok sikit bab-bab tatabahasa, tak sepadan langsung dgn markah BM waktu SPM dulu hiks :/

Will be back later !

Apr 14, 2012

This Is What We Called LOYAL

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Tersentuh dengan ayat ini :')


Walaupun KAU berlari dengan pantas ,
Meninggalkan AKU keseorangan ,
AKU berjanji dengan diriku sendiri ,
KAU akan ku tunggu di garisan penamat .

Nothing more. InsyaAllah after a couple days I'll start to post again with a new leaf :')
 

Apr 13, 2012

The Best Love Letter

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Entry hari ini akan diupdate secara ringkas. Jenuh dah mengesat-ngesat air mata yg tumpah, jadi aku terfikir untuk publish aje kat blog. Mana tahu berguna untuk orang lain yg mungkin ada masalah mental macam aku :')

Bila aku baca balik entry yg aku taip petang tadi, sumpah ada rasa malu yg menggunung. Itulah orang kata ikutkan rasa binasa.

Jadi aku menghantar mesej kat Syahirah Norman, one of my best buddy and a good motivator for me. Seperti biasa, aku pakai tulis aje apa yg aku rasa nak tulis kat dia. Sudahnya, jadi macam karangan BM.

Dan mesej yg dia balas menyentuh hati aku.

************

Aku : Assalam, aku tengah sedih gila nak mati dah nih. Hang pi wat entry untuk aku cecepat. Pujuk aku. Huhuhu

Dia : Waalaikumussalam. Sedih sebab ape? Mungkin aku boleh adapt entry dengan situasi. Nanti malam boleh? Aku busy sikit.

Aku : Tak reply pon. Jahat gila.

Dia : Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri. Al-Hadid; 22-23

Aku : Hang pi baca blog aku. Rasanya bende remeh je tapi aku betul-betul upset dgn tuh.

Dia : Ok. Buat masa ni, kau bukak blog aku. Entry kenapa aku diuji? Ok. The best medicine.

Aku : InsyaAllah :(

************

Dia : Assalamualaikum. Sorry, aku tak sempat buat entry untuk kau. Busy dgn bisnes baju tu. Aku bg link blog tadi. Aku rasa banyak entry berguna dalam tu untuk kau. Jangan sedih. Kadang, Allah bukan tak beri tetapi lambat. Dan kalaupun Allah tak beri, percayalah Dia akan gantikan dengan yang lebih baik. Trust Him, always.

Aku : Thanks, terharu baca. Aku memang rasa down habis semalam. Kau tahu kan kalau aku sayang org camne? Aku tak pernah main-main.

Dia : Aku faham. Aku kenal kau dr dulu. Aku pun lebih kurang macam kau. Then sekarang ni, aku lepaskan org yg aku suka tu. Even macam aku je yg betul-betul suka. Betul, still ade rasa berharap tu. Tapi alhamdulillah sekarang aku dah jarang ingat. Sibukkan diri, and yg utama dekatkan diri dgn Allah. Kau boleh selalu baca artikel-artikel agama. And rapat dgn sahabat yg selalu mengingatkan. InsyaAllah, kau akan tenang. Percaya! Aku dah rasa semua tu. Kau boleh, aku tahu.

Aku : Still tak balas sebab berfikir.

Dia : Al-Quran, the best loveletter. Bila kau baca esp tafsirnya, kau akan rasa satu rasa yg tenang. Sangat. Terharu semua ada. Sebab janji Allah macam-macam untuk kita. Sorry kalau kau ada terasa dgn apa aku cakap. Allah tak jadikan sesuatu dgn sia-sia. Dia tak pernah zalimi kita, hamba-Nya. Cuma kadangkala Dia jentikkan ujian buat kita agar kita tak terlalu alpa. Dia sayang kita, Dia nak kita selalu doa dekat dia. Mintak dekat Dia. Tabahlah sahabat! Janji Allah itu benar.

Aku : Mesej ini dirahsiakan kerana melibatkan masalah peribadi.

Dia : Yup. Aku faham. Takpe kau masih ada aku utk sokong kau. Zai pun ade. Kadang, memang surrounding macam tak support kita. Tapi kita tak boleh terus jatuh. Kita kena usaha cari apa yg hati rasa kosong, apa yg buat kita kuat jalani hidup.
************

Aku tahu Syahirah pun berhati-hati gila susun ayat kat aku sebab  dulu aku pernah tacing berbulan-bulan sebab something yg dia tulis. Tapi untuk malam nih, aku tak terasa langsung. Its true for everything that she said. Rasa bahagia itu kurniaan-Nya. Rasa sedih itu juga kurniaan-Nya. Segalanya kurniaan-Nya.

Cuma aku yg leka.








Thanks dear for being my greatest ear. Thank Allah He sent you to me throughout all these times.



Apr 12, 2012

Tragedi Disebalik 11 April 2012 (bukan gempa bumi)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia 
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Gempa bumi yg terjadi petang semalam telah menghadirkan satu tragedi yg pahit dalam hidup aku. Maghrib semalam Incik Ayah yg berada di laut menghantar mesej kepada Puan Mama, mengatakan bahawa enjin botnya rosak di tengah-tengah laut sempadan Malaysia-Indonesia. Aku faham hobi ayah aku yg satu itu, setiap kali ada kelapangan pasti keluar memancing. Bagai nak luruh jantungku saat mendengar berita itu dari Puan Mama.

Incik Ayah sempat berkata bantuan dah dalam perjalanan sebelum bateri handphonnya mati dan tiada coverage. Aku lihat Puan Mama keresahan lalu aku mengajak Puan Mama pergi ke pengkalan tempat ayah menambat bot di Sementa. Sepanjang malam aku, Puan Mama dan Wafi menunggu ayah di rumah salah seorang kawan ayah di pengkalan itu. Kawan Incik Ayah kata tiga buah bot yg lain dah pergi untuk operasi mencarik tapi masih belum jumpa kerana Incik Ayah dan kawannya berada di kawasan sempadan Malaysia-Indonesia. Lebih menakutkan aku apabila kawan Incik Ayah kata bot Incik Ayah mungkin dah hanyut dipukul ombak sebab tali sauh yg ada takkan mampu sampai ke dasar Selat Melaka yg dalam itu. Aku lihat mata Puan Mama bergenang dan Wafi mula menangis lesu. Aku? Mana mungkin aku menangis sedangkan mereka memerlukan aku untuk menenangkan mereka.

Aku berpusing ke belakang kereta, jauh daripada pandangan Puan Mama lalu menangis sepuas-puasnya di situ. Berdoa dalam senyap agar Incik Ayah selamat.

Kebetulan adik bawah aku Ameen yg berada di asrama menelefon malam itu. Puan Mama aku lihat tak sampai hati nak bagitau Ameen tentang berita kehilangan ayah dan aku tahu itu yg terbaik. Kalau aku di tempat Puan Mama pun aku akan lakukan perkara yg sama. Aku tak mahu Ameen susah hati di sana. Selepas itu, sepanjang malam aku, Puan Mama dan Wafi yg berkeras taknak ditinggalkan di rumah duduk di dalam kereta menunggu ayah. Aku langsung tidak menghidupkan radio kerana tahu berita tentang gempa bumi yg berlaku di Indonesia pasti membuatkan imaginasi Puan Mama bertambah teruk mengenangkan tragedi tsunami yg pernah berlaku dan nasib Incik Ayah malam itu.

Sudahnya, sepanjang malam aku tidak tidur. Puan Mama yg tidur selepas aku paksa beliau untuk tidur juga megigau dan tidak henti-henti merintih dalam lena. Kau pasti takkan tahu bagaimana rasanya apabila memikirkan untung nasib Incik Ayah yg tidak menentu.

Kira-kira jam lima pagi, Encik Azlin mengejutkan aku dan Puan Mama kerana akhirnya Incik Ayah serta kawannya telah selamat ditemui. Bergegas aku dan Puan Mama keluar dari kereta. Sebaik sahaja melihat Incik Ayah di depan mata, Puan Mama terus menangis dan aku berusaha memujuk Puan Mama. Alhamdulillah Ya Tuhan, kerana masih mengizinkan aku untuk melihat jasad Incik Ayah yg masih bernyawa. Syukur kepada-Mu..

************

Satu peristiwa yg berlaku malam itu juga membuatkan aku terfikir sesuatu. Adakah ini petunjuk Allah bahawa insan yg aku sangkakan begitu rupa-rupanya begini? Aku tidak mahu meletakkan kesimpulan terlalu awal dan menunggu hari Sabtu 14 April tiba. Jika apa yg kuharapkan tidak terjadi, sembuhkanlah luka di hatiku Ya Allah.

Luka yg perlahan-lahan tercipta selama dua tahun aku memujuk hati untuk terus bersabar dan bertenang. Untuk terus bersedia dengan apa-apa kemungkinan yg aku tahu boleh membunuh rasa ini sekelip mata.

Kadangkala rasa terkilan itu ada, kerana aku ditakdirkan untuk menjadi orang yg menyayangi bersungguh-sungguh. Dan masih berpegang teguh kepada prinsip 'jangan perigi mencari timba'. 

Sampai bila?

Aku tak ikhlas? Memang pun. Kau gila ke? Sapa yg sanggup tengok orang itu bahagia dan kita terseksa sebab bahagia itu bukan bersama kita? Hanya orang yg tak sayang diri sendiri kata camtuh. Tak banyak, sikit pun mesti ada.


Kita hanya akan bahagia bila lihat orang itu bahagia setelah rasa yg ada dalam hati ini bukan untuk dia.

Believe me, tak wujud istilah 'cinta tak harus memiliki' tuh. Kau tanyalah sesiapa pun, mesti perasaan ikhlas untuk lepaskan seseorang mencari bahagia sendiri itu bukan sepenuhnya. Tetap ada rasa sedih untuk terima apa yg dah tersurat.

p/s : takde motif. cuma tulisan semata-mata.

Apr 11, 2012

UniKl Called Me

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia 
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Sekali lagi aku menganaktirikan blog inih apabila urusan duniawi yg lain meminta perhatian. Dalam beberapa hari inih aku kerap menghadap pc tapi langsung takde hati nak update blog walaupun banyak cerita gempak yg nak ditaip wkwkwkwkwk. Abaikan, tak gempak mana pun.

Sekarang nih pun aku masih takde rasa nak menaip tapi alang-alang dah berjaga malam sampai sakit mata dengan cermin mata senget bergam gajah aku nie, baik teruskan ye dok? Good. Satu-satunya perkara yg membuatkan aku ada selera nak update blog ialah apabila terkenangkan keterujaan aku setelah mendapat mesej dari pihak MARA kelmarin :>>

************

Kira-kira dua minggu lepas aku bukak website MARA dan sibuk meng-usha sama ada Pinjaman Pelajaran MARA 2012 dah keluar belum tapi hanya kecewa sebagai jawapan. Aku yg kebosanan mula gatal-gatal tangan untuk menekan link ke UniKl dan terus isi application form tanpa berfikir panjang. Kalau kau budak hingusan lepasan SPM 2011 pasti kau juga begitu. Teruja nak isi application form tanpa pedulik course apapun. Hatta course yg kau rasa merepek pun kau isi juga *merujuk kepada aku wkwkwkwkwk. Mujurlah Biasiswa Astro ada sediakan engineering maka aku pilih juga engineering walaupun aku langsung takdak hati nak amik engee. Kalau tak kau usah terkejut kerana aku bercadang nak memilih Arts and Cinematic. Silap-silap Julia Roberts pun mahu berguru dengan aku. Shaheizy Sam pun ketar lutut tengok aku bila aku dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPH sepuluh tahun lagi. Kau tengok? Ternyata aku berbakat dalam angan-angan Cinderella.

Kembali kepada tajuk asal. Kira-kira jam sebelas pagi kelmarin aku melihat tablet dan membaca mesej yang dihantar oleh MARA, mengatakan permohonan aku untuk ke UniKl telah berjaya. I was like "Oh myyyyy, why they chose ME???" bcoz I really filled that form without any intuition to geddit *kau tolonglah belajar bersyukur! 




Berkali-kali aku membaca mesej itu dan akhirnya aku tersenyum kegirangan. Apabila aku bertanya kepada rakan-rakan seangkatan, depa semua suruh aku terima jeh tawaran itu sebab depa kata MARA taja sepenuhnya untuk program Foundation. Bila aku bukak website UniKl barulah aku tahu apa yg mereka tawarkan untuk aku.

Foundation in Science di Kolej MARA Kuala Nerang. Diulangi sekali lagi, KUALA NERANG.

Uh, okey.

Kau cuba bukak GPS dan kau ukur jarak antara Klang ke Kuala Nerang. Kau kiralah berapa jam aku boleh berdengkur dalam kereta.

Malam itu sebaik saja aku lihat kereta Incik Ayah memasuki laman rumah, terus aku get ready kat ruang tamu dengan surat tawaran yg aku dah print petang tuh. Bila Incik Ayah duduk je terus aku tersengih hulurkan surat itu. Aku lihat mata Incik Ayah bulat, dalam hati punyalah berbunga-bunga ingat nak dengar ayat "Alahai kak, jauhnya.. Susahlah nak balik camtu" or "Sanggup ke nak belajar jauh-jauh camnie?" Terubat sikit hati nie kalau dengar ayat penuh kasih sayang dari mulut beliau. Namun realitinya tak seindah yg disangka.

"Mak ai, jauhnya. Mama dengan ayah tak payah lawatlah kalau camtuh." Dush.

************

Aku memulakan misi pencarian maklumat dengan bertanya kepada Cik Serba Tahu Assyifa Sabri. Dan ini jawapan dia.




Hanya perlu bayar RM 500 serta mendapat elaun bulanan kira-kira RM 100+/- (menurut Zahra) Selain daripada itu, FREE. Kemudian boleh sambung terus ke mana-mana kampus UniKl untuk 4 years degree. Wow! Aku bangga menjadik anak MARA. TQ Encik Shafie Afdal  :>>>

Kau baca satu lagi mesej gatal oleh Assyifa ituh.




Kui kui kui, abaikan mesej biru aku ituh. Semakin menjadi-jadi bajet dan miang keladi aku wkwkwkwk ;\

Alhamdulillah Allah seakan-akan membuka pintu hati aku untuk berasa teruja dan yakin dengan tawaran ini. Aku pun tak paham kenapa tapi aku siap termimpi-mimpi hari pertama aku di sana nanti. Kau lihatlah betapa jakunnya aku ini. Abaikan sekali lagi *peaceee

Puan Mama dan Incik Ayah bersetuju dengan pilihan aku tetapi beserta satu syarat - kalau dapat tawaran asasi di UKM atau UM aku WAJIB pergi. Huhuh. Nampaknya Incik Ayah masih dengan impiannya untuk aku belajar di sana sob sob sob :')

**********

Petang itu ketika aku baru selesai membersihkan badan, satu mesej diterima.




Mesej seterusnya dirahsiakan :')

InsyaAllah kalau tiada apa-apa halangan aku akan memijakkan kaki di bumi Kedah Darul Aman pada 13 Mei nanti bersama-sama Assyifa Sabri dan Zahra Fida. Peace and Love.


Apr 7, 2012

Yang Terbaru Dan Terhebat!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

S U R P R I S E !!

Hehehehe.

Eh jangan lari! Anda berada di tempat yang betul ye.

Jangan ingat anda telah tersalah blog kerana anda memang sedang menatap blog http://aqilasyahiena.blogspot.com/ milik si jelita menawan Aqila Syahiena >w<

Ok dahlah tu merepek..

Kepada Umi Aisha, Assyifa Sabri dan sesiapa yang selalu menekan link untuk ke blog milik aku tanpa aku ketahui, meh sini sep tangan ramai-ramai sambil tiup trompet dengan kehadiran wajah baru blog aku.




Seperti selalu, aku mudah bosan dengan design blog aku ;/

Jadi walaupun hari ini kekangan masa membelasah aku, aku tetap gagah nak redesign dan membiarkan adik aku kelaparan tak cukup makan kerana dapur lambat berasap, hewhewhew.. Kepada encik bakal aku, please take note ok.

Untuk design kali ini aku meggunakan tema VINTAGE dengan kaler pink dan brown sebagai tema warna. Aku pun tak tahu sejak bila aku suka gabungan warna pink dan brown tapi tiba-tiba naluri mendesak untuk mencuba. Kau pasti tahu perangai aku yang suka bereksperimen ini.

Sudah sekian lama aku merasakan design blog aku sebelum ini agak kebudak-budakan jadi sesuai dengan peningkatan umur dan perkembangan pemikiran (?) aku merasakan vintage design sesuatu yang bersifat agak matang dan klasik. Ala-ala zaman Rococo gitu.. hehehe. Yelah sekarang kan zaman kebangkitan benda-benda lama eg: tudung bawal, skirt kembang-kembang dan kemeja boyish? Jadi kita ucapkan selamat datang kepada era kembalinya zaman-zaman tok kaduk yang telah lama kita tinggalkan. Siapa kata yang dah terkubur itu tak bernama?? Kah kah kah

Oh ya, dengar kan lagu kat left side bar nih? Aku harap walau se-slow manapun internet kau, kau tetap boleh dengar lagu ini sebab aku telah pilih lagu yang agak ringan dan cepat loading dari Gratisan Musik. Aku faham perasaan pengguna broadband, teramatlah lembab macam siput. Kau pasti tension apabila cuba membuka blog orang lain, sebagaimana juga aku yang selalu tension hatta ingin membuka blog aku sendiri wkwkwkwk. Jadi aku letakkan penyelesaian yang agak bijak di situ.

Lagu ini pasti sangat-sangat familiar esp bagi penggila Korea :) Walaupun aku tak pernah tengok pun cerita My Girl ituh tapi aku tahulah juga pasal lagu ni. Cuma lagu ini telah di-translate kepada bahasa ibunda rakyat Malaysia oleh seorang mamat yang dikira patriotik kepada bangsa. Amacam Syifa, ni lah lagu yang aku cakap dulu.. Ingat tak ingat tak???? Tak ingat takpe, syuh syuh! *kejam

Aku juga sudah buang banyak gadjet-gadjet yang selama ini memberatkan blog aku dan menyebabkan lambat loading. Jadi sekarang blog aku sudah agak ringan, seperti aku sekarangggg (boleh muntah sekarang) hehehehe.. Eh dan satu lagi,



Kau pasti nampak tagline aku pada header di atas kan?

"Datang tak berjemput, perginya pasti kembali"

Kau tolonglah jangan take note apa-apa dengan ayat yang sungguh bajet ituh. Puihhhh!
 

To: Zahra Fida. From: Aqila Syahiena

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Sedang aku sibuk membelek-belek handphone dengan rasa kecewa kerana ketiadaan kredit untuk membalas mesej, Big Bang-Blue berbunyik. Bila dah terdengar suara riang ria Zahra Fida, barulah aku sedar betapa tidak bergunanya aku sebagai seorang kawan kerana terlupa birthday kawan sendiri. Aku menepuk dahi dan mengucap panjang...

Hari ini 7 April = Hari Zahra Fida Binti Toufik Rosidi dilahirkan ke dunia untuk menjadi salah seorang insan terpenting dalam hidup gua. Eh stop it!! Penggunaan kata ganti nama diri 'gua' adalah dilarang utnuk entry serba suci ini.

Jadi dengan penuh perasaan rendah diri, bersalah, terhina serta pesimis yang teramat,

SELAMAT HARI LAHIR ZAHRA ..

I love you..

Aku berniat nak taip panjang-panjang seperti kebiasaannya apabila aku disampuk semangat gila menaip tapi bila terkenangkan kejahatan aku sebab tak ingat birthday kau, ada perasaan bersalah yang maha besar beserta entry ini. Tapi kalau aku nak refkect balik semua kenangan dan kegembiraan aku sepanjang kita berkawan, rasa-rasanya dah banyak kali aku ulang kat entry sebelum-sebelum nie. Kalau hang nak tengok, pi naikkan anak panah balik sampai atas then hang tekan button 'Amazing People In My Life'. Aku pasti hang akan rasa terharu dengan kesucian hati ini menaip beberapa entry untuk kau dan kanak-kanak yang lain ituh wkwkwkwkwkwkwk (mungkin kau rasa pelik dgn cara aku gelak kerana kau tak terbiasa lagi dengan blog aku nih tapi nak explain jugak. Korean people used 'wkwkwkwkwkwk' instead of 'hahahaha' when laughing..) Teheeeeee. So, marilah kita bergelak-ketawa bersama-sama walaupun kau di Ipoh dan aku di Klang. Wkwkwkwkwkwkw :/






















Terserlah ke-ribena-an kita di situ.

Kau pasti suka kalau ada hadiah kan? Ecececece tipulah kalau ada orang yang tak suka bila dioffer hadiah *peacee. Aku nak beri kau hadiah tapi aku tak tahu apa nak diberi. Kalau aku nak beri kau frame, aku dah pernah beri. Kalau aku nak beri kau album gambar, pejabat pos laju yg terdekat dengan aku terletak di Jusco Bukit Tinggi merangkap berbelas-belas kilometer dari sini. Mati hidup balik pun Puan Mama takkan izinkan aku ke sana seorang diri.

Kalau aku nak jadi melankolik sikit, pasti aku hadiahkan kau kasih sayang yang menggunung. Tapi aku rasa kasih sayang aku lebih tinggi dari itu. Kalau aku nak jadi jiwang, pasti aku akan ukirkan nama kau dalam hati aku untuk selama-lamanya. Tapi aku rasa persahabatan kita lebih kekal berbanding selama-lamanya. Jadi aku buntu di situ. =_=;

Akhirnya aku memutuskan utuk menghadiahkan kau entry ini.

Kau tahu apa yg special tentang sebuah entry dalam blog walaupun milik blogger picisan yg followers pun tak sampai seratus orang macam aku nih? 

Kerana ia entry yg aku karang sendiri :)

Bukannya frame gambar atau album gambar yang dibuat di kilang. Bukannya tedy bear atau baju yang dijahit oleh mesin. Bukannya buku yang ditulis oleh orang lain. Bukannya kek yang dibeli dari kedai kek. Bukan juga metafora 'kasih sayang setinggi gunung' atau 'ukir nama dalam hati' kerana perkara itu tak boleh terlihat dek kau. Tetapi entry ini.

Sebaik sahaja aku selesai menaip entry ini, aku akan publish ke blog aku dan entry ini akan tersimpan secara automatiknya. Entry ini mempunyai link yang tersendiri dan jika ditekan pasti entry ini akan keluar. Entry ini juga wujud secara automatiknya di Google yang mempunyai berbilion-bilion pengguna. Bila-bila masa saja mereka menaip 'Aqila Syahiena' atau 'Zahra Fida', pasti entry ini akan terselit sama. Walaupun kebarangkalian untuk orang yang berbilion-bilion itu menekan link entry ini, namun probability itu tetap ada kan?  Dan selesai sahaja aku publish entry ini, kau akan dapat membacanya bila-bila masa yang kau suka. Selagi blog http://aqilasyahiena.blogspot.com/ ini wujud, kau tak perlu khuatir akan kehilangan entry ini. Aku juga jamin entry ini akan kekal sehingga akhir waktu kerana aku akan perturunkan blog ini kepada anak cucu aku lepas aku kahwin nanti wkwkwkwkwk *angan-anagn yg overrrrr.

So,
Special tak hadiah birthday aku kepada kau inih??? :]

-I LOVE YOU-