Apr 24, 2012

Abaikan Perasaan Mengalah Itu

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia 
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Kadang-kadang kita akan rasa macam kita dah buat pilihan yang salah dalam hidup ni. Especially when it comes to choose between two or more. Aku pun pernah jugak alami situasi ini, sama macam orang lain. Aku pun tak perfect jugak, sama macam orang lain. Aku pernah buat beberapa pilihan yang hasilnya tak macam yang aku harapkan. Thats common. Itu lumrah hidup. Kau tak boleh dapat semua perkara yang kau nak.

Apapun entry ini bukan nak cerita pasal aku. Aku menaip malam-malam buta lepas sorang hamba Allah call aku petang tadi. Situasinya camni, dia diberi dua pilihan untuk sambung belajar. Between engineering and medic. Honestly I think he's much much more worthy into medic but instead he chose engineering. Before he made the decision, he talked to me bout that and asked for my opinion. I told him, istikharah. Istikharah and let yr parents or family blessed the decision you gonna made. Then he got the istikharah result and go for his engineering.

These past few days, he text me that he felt disappointed with himself. He really thinks he had made a mistake by choosing engineering instead of medic. Yeah I know how he felt. Even aku sendiri pun mesti akan rasa a bit sense of regret kalau pilih benda yang aku tak berapa minat. Tapi aku tahu Allah takkan kasi jalan yang salah untuk hamba-Nya. Mungkin bagi dia pilihan itu salah. Mungkin dia rasa menyesal sebab tak pilih benda yang dia nak. Here's my words.

Apapun yang kita pilih, kita mesti buat keputusan tu berdasarkan istikharah. And one more, family's blessing. Zaman moden sekarang memang tak ramai anak yang nak dengar pendapat mak ayah esp kalau anak tu genius belaka. Lagi-lagi kalau mak ayah bukan jenis berpendidikan tinggi. But for me, family's blessing is VERY important. Aku bukan cakap kosong sebab aku tahu camne rasanya memberontak dengan pendapat mak ayah. Kadang memang kita rasa diri kita betul tapi kita lupa mak bapak lebih kenal siapa kita. Take me as an example even aku bukanlah anak yang baik sangat pun dengar cakap mak ayah doplohpat jam tapi aku rasa aku sudah belajar dari kesilapan aku.

Kita flashback kejap. PMR dulu aku amik sembilan subjek, means plus bahasa Arab. In form three my parents asked me to drop the subject sebab aku asyik dapat C memanjang. Aku memang tak pernah perform bahasa Arab aku. Satu hari aku decide nak jumpa ustazah, discuss lah kononnya pasal nak drop atau tak. Ustazah tu angkat kening dengan gaya kerek kat aku, "Kalau awak drop bahasa Arab nih awak yakin ke boleh dapat 8A??"

Terbakar habis telinga aku. Istikharah apa menda semua aku tolak tepi dan aku nak jugak amik bahasa Arab tu sebab tercabar punya pasal. Mak ayah aku banyak kali nasihat suruh drop jugak tapi aku buat dek je. Finally, I got 8A's in my PMR. With 1 super single C.

See? Keberkatan mak ayah itu penting. Nampak macam remeh tapi kau hanya akan nampak kepentingan itu lepas kau sendiri sedar apa yang kau pilih itu salah. Mungkin sebenarnya tak salah, tapi disebabkan kau buta mata hati tak dengar cakap mak ayah, Allah gelapkan jalan kau sampaikan kau tak dapat apa yang kau nak.

Mungkin aku bercakap macam orang tua, but trust me it'll worth it. Kan syurga tu bawah telapak kaki ibu. Reda Allah pun bergantung kepada reda mak ayah selagi korang yang perempuan ni belum bergelar puan.

So, back to the main issue. This guy said he felt down with his choice and menyesal gila-gila. Bagi aku, even kau nyesal sekalipun kau tetap perlu teruskan pilihan yang kau dah buat. Takkan sebab kau rasa give up, kau nak drop je engineering tu? Then nak ulang balik belajar medic dari mula. Tak payah, buang masa. Mungkin kau akan rasa kurang minat dengan apa yang kau buat but trust me, if you bring yr heart to whatever things you do, you'll find the truth. Maybe for now its a mistake, but in the future who knows? 

Kalau tak hadirkan niat dalam hati, semuanya takkan sempurna macam yang kita nak.

Kalau tak letakkan semangat dalam perbuatan, semuanya akan hancur sekelip mata.

Dan paling penting,

Kalau tak letakkan reda Allah dan mak ayah dalam setiap urusan kita, semuanya akan merugikan kita.

Kan Allah dah cakap, Dia takkan ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri. Nak tak nak, kita kena ubah mentaliti 'tak sukakan sesuatu' itu. Kita kena letakkan prioroti utama setiap kali nak buat something. Minat tu akan datang kemudian. Sama jugak macam ibadah. Mula-mula rasa tak ikhlas. Rasa terpaksa. Tapi bila lama-lama ikhlas itu mesti akan datang even sedikit demi sedikit. Kalau tak suap nasi dalam mulut, macammana nak kenyang??? Peace Ustaz Azhar Idrus.

Allah tau apa yang terbaik untuk kita. Dia takkan bebankan kita dengan batu kalau Dia tahu kita cuma larat nak angkat guli. All the best in what we do. Believe it or not, we just donno what we can do. And we'll never know until we try it :)

notasisipan: entry hati kering kak Qila. Sorry its a little bit serious. Peace yo.

No comments: