May 1, 2012

Aku Ibarat Lipas Yang Tersedut Racun

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..


Oh dem! Its May alreadyyyyyy..
Betapa pantas masa berjalan pun langsung aku tak sedar.
Rasa macam baru semalam habis Esh Pie Emmmm dan tergelak-gelak mengenangkan kebodohan belajar kereta.
Suddenly, its May already??
Hew hew hew..

Dah beberapa hari aku tak post apa-apa. Malas pun hado. Inipun sebab subuh-subuh aku tergerak hati nak stalk blog orang barulah ada mood nak menaip.
But that's not the main reason.
Actually aku benci tahap dewa kepada dashboard baru nih.
Seriously mencik!
Dear Mr Authorized, Y U NO THINK OF A BROADBAND USER LIKE ME????

Sudahlah dashboard lama sebelum nih pun lambat.
Ini pulak nak tunggu dashboard baru yang serba canggih nih loading.
Memang tak tekan button new post lah aku jawabnya..
Bila nak update post pun lambat, maka mood untuk menaip turut hilang.
Dan aku akan menekan button merah belah kanan tu dengan hati yang mendidih..
Sekali lagi, oh dem!

Baru-baru ini result matrik keluar.
Dan KPM dengan bangganya meletakkan aku kat Melaka..
Brrrrrrrrrrrrrr..
I filled the form with Matrik Kuala Nerang hokey!
And the second choice is Arau!
Once again, Y U NO LOOKED AT MY CHOICE????

Walaupun aku tak berniat nak sambung matrik, aku tetap tak puas hati sebab dapat Melaka..
Dah bosan duduk Melaka tuh, sikit-sikit Bandar Hilir, sikit-sikit A Famosa..
Pooooooodaaaaahhhhhhh!
Aku nak jugak merasa dapat jauh-jauh.
Barulah ada thrillnya..
Dulu zaman sekolah dapat MRSM kat Pasir Salak pun dekat dengan rumah jugak..
Takkan nak further study pun nak bagi dekat-dekat jugak???
Mak ayah jangan risau..
Big girl don't cry you know!!

Bulan Mei ini UPU pulak keluar..
Hah sudah ini pun aku cuak jugak..
Tak tahu dah apa yang aku nak harapkan lagi sekarang.
MARA pun masih dalam penantian..
Harap-harap Allah bagi rezeki kat aku untuk dapat MARA then further study sampai separuh mati..
Jangan mati betul sudahlah..
Tak menyempat aku nak balas jasa bonda dan ayahanda..

Aku dah terlalu lama duduk rumah menternak lemak..
Sampaikan sekarang aku dah lupa camne rasanya nak pegang pen dan kertas..
Nak pandang buku apatah lagi, langsung takde keinginan nak sentuh pun..
Konon-konon nak bajet dah buat persediaan nak masuk U lah nie..
Selak-selak buku Biology SPM then rasa macam nak menjerit.
Once again, Y U NO MAKE THE ENGLISH EASIER????

Aku dah takde semangat nak belajar..
Bila makcik-makcik tanya "Ila nak sambung apa nanti? Medic ye?"
I was just like "Ha? Oh, emm haaah"
 Pastu buat muka blur..
Bila dorang sok sek sok sek tanya kat aku apa perancangan masa depan..
Aku senyum dan angguk jer.
Rasa macam dah takde jiwa.

Aku perasan ada banyak perubahan yang ada dalam diri aku sekarang nih..
Dulu aku tak suka minum air masak..
Tapi sekarang dah boleh minum hari-hari.
Dulu aku suka sangat warna pink..
Sekarang dah tak berapa gila lagi nak carik baju kaler pink je.
Dulu aku fanatik kat Zimi Sofaz, sampai rasa nak kawen dengan dia..
Tapi sekarang Versus TV3 yang ada Sofaz tu pun aku dah tak layan.
Dulu aku suka baca novel jiwang-jiwang..
Sekarang aku meluat bila baca konflik yang sama jer..
Macam dah takde idea lain penulis zaman sekarang nih..
Dulu aku suka sangat buat sajak everytime aku frust..
Sekarang kalau frust aku baca komik jer.
Dulu aku kuat makan..
Sekarang mak aku cuma perlu supply roti dengan megi je kalau aku ditinggalkan kat rumah..
Dulu aku asyik pakai baju yang sama jer tiap kali keluar rumah..
Sekarang doplohpat jam pikir nak pakai baju apa kalau keluar esok.
Dulu aku tak suka tengok Korea..
Sekarang asal ada masa lapang jer aku layang MV Korea..
Siap jatuh cinta kat GD Bigbang lagi..
Dulu aku.....
Sekarang aku....
(List ini berterusan tanpa henti)

Sekarang nih aku ibarat lipas yang tersedut racun..
Termangu-mangu dan takde jiwa..
Bila orang tanya pasal hari esok, aku siap fikir masih ada ke hari esok untuk aku?
Apa yang aku nak belajar bila sampai U nanti?
Nak pilih cara hidup camne nanti?
Camne nak carik duit bila dah besar nanti?
Nak kawen dengan siapa nanti?
Seee? Semuanya berkisar pasal 'nanti'..
Once again, Y U NO STOP BOTHERING MY MIND????

Soalan-soalan tu macam soalan budak tak cukup umur je..
Macam budak pendek akal yang tak habis PMR lagi.
But that's the truth, aku yang dah besar tagun nih masih terfikir pasal tu..
Macam sekejap sangat masa berlalu, sedar-sedar dah kena fight for life balik..
Apa guna dapat result elok SPM kalau nak duduk rumah relaks jer kan..
I gotta move on with my life back..
Buang jauh-jauh perasaan down dan malas tuh..
Kumpul balik semangat nak study tuh..
Be a successful human being..
And a successful Allah's servant..
Apa-apa jelah..

Entry nih takde pape objektif utama pun..
Sekadar entry mabuk yang aku main tulis jer tak fikir pape pagi-pagi buta nih..
Main taip ikut sedap hati dan tak tapis pape pun..
Yelah, aku kan ibarat lipas yang tersedut racun..
Malas dah nak fikir apa-apa.. Hew hew hew..




Sory kalau ada yang rasa dikhianati dengan entry nih..
Yelah mungkin korang harap dapat tengok lipas yang separuh mati terkena racun..
Rupa-rupanya korang yang keracunan nampak muka tak semenggah aku tu..
Ampun maap hokey.

No comments: