Apr 18, 2012

Berpeleseran di Ibu Kota

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia 
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

A little bit tired after went back home from a long and fantastic walk at Tunku Abdul Rahman Street!! Wuhuhu juz like I said before, today this lovely girl FS and I went to Jalan TAR to do our shopping routine. Routine??? Yezzz you got me. We're addicted to shopping and we juz donno why hu-hu-hu. Oh please don't pulled out words like 'its a girl's habit' or 'will they die if they do not shopping??' or even called us gedik. Tell me what girls, who hates shopping??? At least you must have even a tiny desire to buy a new clothes right?? So don't talk back and label all shopping-types-girls is GEDIK. Seriously I hate it coz you're a total hypocrite or in malay, BAJET CUN.

Kenapa ayat kau kasar sangat nih kak Qila?? Oic, penat ye. Takpe takpe : l


FS cantik sebab dia pakai lens. Haku?? T_T;

Bermula di stesen KTM Shah Alam, aku dan FS menaiki KTM dan duduk di Ladies' Couch dengan penuh bajet sebab tak ramai orang waktu itu. Al maklum office hours. Aku cukup bersetuju dengan tindakan pihak pengurusan KTM sebab wujudkan Ladies' Couch ini menerusi banyak segi. Pertama, meletakkan para wanita di tempat yang selamat. Yelah kalau time tak sesak takpelah duduk campur-campur lelaki perempuan tapi kau cuba bayang kalau tengah sesak. Silap-silap terasa ada tangan pulak kat punggung. Eiiii ngeri eden mendengornye! Simpang.. Kedua, boleh mengelakkan maksiat. Kau tahu pernah satu ketika aku naik KTM dengan Puan Mama untuk ke KL. Waktu tu Ladies' Couch belum diwujudkan lagi. Aku yang waktu itu masih hingusan di sekolah menengah duduk berhadapan sepasang couple yang sedang berdiri sebab dorang takde tempat duduk. Tetiba mata aku yg kuyu tu bulat. Kau tahu sebab apa? Tetiba pulaklah aku nampak ada tangan kat pinggang kakak tu. Kalau stop terus kat situ takpe lagi, ni cik abang tu memandu pula tangannya ke tempat yang lebih sulit dan pejal. Mak aiiii aku pandang kiri kanan rupa-rupanya bukan aku sorang yang perasan adegan 'romantik' pasangan kekasih tu, amoi tua depan aku pun tak berkelip pandang diorang. Si kakak pulak meliukkan badannya dengan aksi penuh menggoda setiap kali tangan cik abang dia bergerak-gerak. Bila KTM berhenti kat stesen pulak, cik abang tu memeluk terus pinggang si kakak yang hampir terlambung ke depan. Amboi baiknya hati.. Aku tengok makcik kerja kilang kat belakang diorang tu takde pun nak terlambung ke depan sampai 70 degree. Si kakak tu je over-over macam nak tereksiden gayanya. Takde sivik! Berani betul buat adegan 18 tahun ke atas depan budak sekolah macam haku nih.

So dengan adanya Ladies' Couch, akan kuranglah masalah raba serta ketidakselesaan orang ramai terutamanya penganut Islam. Dan lebih penting, akan berkurangan jumlah muntah yang bakal terhambur keluar setiap kali penumpang dihidangkan dengan adegan romantik cinta sejati dibawa mati oleh pasangan-pasangan yang bermurah hati buat free show. Peace no vomit.


* * * * * * * * * * *


Turun sahaja di stesen Bank Negara, aku dan FS terus serbu kedai kain. Konon-konon nak cuci mata sekali si FS terus rambang mata. Siap katanya nak mati dah menahan diri bila tengok baju-baju. Dahsyat penangan Bangla jual kain di sini. Sempatlah tarik kemeja dengan tudung dua pasang sebelum breakfast. Itupun jenuh dah aku menarik si FS, kalau tak dia nak melekat lagi di kedai itu dan membiarkan aku terguling kelaparan.






 Usai makan, aku mengajak FS masuk ke kedai-kedai kain untuk mencari bahan baju kurung. Biarpun almari aku hampir rebah menampung muatan berlebihan baju kurung, haku tetap mahu mencari bahan baju kurung baru. Alasan klise - Nak masuk U dah.. Hehehehe peace. Lagipun Puan Mama turut mengirim sepasang dua baju kurung jadi aku perlu mencari yang tercantik supaya Puan Mama kagum dengan kebolehan aku mebeli-belah biarpun tanpa beliau wkwkwkwkwkwk :]

Stress tau nak mencari baju tercantik. Siapa kata seni itu mudah? Hahaha..

Setelah aku selesai mengangkut empat pasang kain baju kurung, FS mengajak aku masuk ke Kamdar untuk mencari baju kasual tapi nggak ketemuin. Lalu bercadang untuk ke Central Market untuk carik baju dan solat Zuhur sekali. Tapi di situlah tragedi bermula. Seperti biasa, setiap kali aku keluar rumah pasti akan berlaku satu tragedi hingga membawa kepada penghasilan entry baru di blog. Huhuhuhu..

Disebabkan aku dan FS begitu konfiden dengan tahap ingatan kami yang pernah datang sini beberapa tahun sudah, kami berjalan kaki untuk mencari Central Market. Bajet macam dah nampak bumbung CM rupa-rupanya  pejabat. Nak terpusing buku lali aku berjalan sehingga hampir ke KLCC. Gilak. Mana ada dalam peta Malaysia CM tu berdekatan KLCC????? Percuma aku dan FS turun tiga kilo hari ini. Mana idaknya, berjalan kaki hampir tiga kilometer tanpa mengetahui arah tuju untuk ke destinasi. Kononnya berjalan ikut langkah kaki gitu. Hambik kau, lembik terus di situ. Kesian FS, berpeluh-peluh dia hehehehe. Nak tanya orang malu, yelah nampak benor macam rusa masuk bandar sampaikan CM pun tak tahu.  Alah bukan tak tahu, konfius jer. Konfius!

SOGO jadi mangsa nak rehatkan kaki yang lenguh. Ingatkan aku dan dia memang dah nazak takleh berjalan rupa-rupanya aku yang syok sendiri. Si FS bila naik ke Ladies Department terus berjalan laju mencarik baju-baju kasual. Disuruhnya aku duduk sementara dia membelasah segala baju di situ. Gilak ini kawan. Stamina kuat ohhhhhhhh!

Pegi masuk fitting room ye, aku duduk kejap kat sini ~

 Akhirnya dapatlah FS angkut dua helai baju kasual.. Tahniah beb, guwa bangga sama lu! Lu memang kawan yang aktip! Ihiks.

* * * * * * * * * *


Cer teka camne boleh sampai CM at the end? Guna GPS menerusi handphone FS. Teknologi tanpa sempadan jangan diabaikan okey anak-anak lalalalalala *muka innocent cover malu

Di CM aku telah bertemu dengan benda yang aku idam-idamkan sejak dua minggu ini! Finally, I got this..



Hehehehehe.. Spek ala-ala Yana Samsudin!! Huehuehueeee seronok tak terkata masa nampak spek ni kat luar CM. Kawaii kawaiii gituuuu.. Aku rembat jugak kaler pink walaupun muka aku hitam melengut. Lantaklah, tak match takpe janji happy wooo dapat beli spek nih! Minggu depan nak gi Sabak Bernam lawat adik pakai spek ni lah! Wehehehehehueeee :3


FS juga bergaya dengan spek itam barunya ala-ala James Bond

Adakah kau bangga kerana menerbangkan duit simpanan selama seminggu????


Kagum dgn grafitti di tebing Sg Gombak







 Petang itu, menaiki LRT ke Bangsar dan ibu FS menjemput kami dari pejabatnya untuk pulang ke rumah :)



* * * * * * * * * *

Maybe today was not a fairy tail.
But it's magical when there is YOU :)

2 comments:

Anonymous said...

Dear Aqila Syahiena, anda comell... =) sekian.. thanks 4 the entry *Cik Fs <3 mmuaahhh

AQILA S said...

cik FS komen entry saya??? hak hak hak wc lovely .. <3