Apr 13, 2012

The Best Love Letter

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Entry hari ini akan diupdate secara ringkas. Jenuh dah mengesat-ngesat air mata yg tumpah, jadi aku terfikir untuk publish aje kat blog. Mana tahu berguna untuk orang lain yg mungkin ada masalah mental macam aku :')

Bila aku baca balik entry yg aku taip petang tadi, sumpah ada rasa malu yg menggunung. Itulah orang kata ikutkan rasa binasa.

Jadi aku menghantar mesej kat Syahirah Norman, one of my best buddy and a good motivator for me. Seperti biasa, aku pakai tulis aje apa yg aku rasa nak tulis kat dia. Sudahnya, jadi macam karangan BM.

Dan mesej yg dia balas menyentuh hati aku.

************

Aku : Assalam, aku tengah sedih gila nak mati dah nih. Hang pi wat entry untuk aku cecepat. Pujuk aku. Huhuhu

Dia : Waalaikumussalam. Sedih sebab ape? Mungkin aku boleh adapt entry dengan situasi. Nanti malam boleh? Aku busy sikit.

Aku : Tak reply pon. Jahat gila.

Dia : Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri. Al-Hadid; 22-23

Aku : Hang pi baca blog aku. Rasanya bende remeh je tapi aku betul-betul upset dgn tuh.

Dia : Ok. Buat masa ni, kau bukak blog aku. Entry kenapa aku diuji? Ok. The best medicine.

Aku : InsyaAllah :(

************

Dia : Assalamualaikum. Sorry, aku tak sempat buat entry untuk kau. Busy dgn bisnes baju tu. Aku bg link blog tadi. Aku rasa banyak entry berguna dalam tu untuk kau. Jangan sedih. Kadang, Allah bukan tak beri tetapi lambat. Dan kalaupun Allah tak beri, percayalah Dia akan gantikan dengan yang lebih baik. Trust Him, always.

Aku : Thanks, terharu baca. Aku memang rasa down habis semalam. Kau tahu kan kalau aku sayang org camne? Aku tak pernah main-main.

Dia : Aku faham. Aku kenal kau dr dulu. Aku pun lebih kurang macam kau. Then sekarang ni, aku lepaskan org yg aku suka tu. Even macam aku je yg betul-betul suka. Betul, still ade rasa berharap tu. Tapi alhamdulillah sekarang aku dah jarang ingat. Sibukkan diri, and yg utama dekatkan diri dgn Allah. Kau boleh selalu baca artikel-artikel agama. And rapat dgn sahabat yg selalu mengingatkan. InsyaAllah, kau akan tenang. Percaya! Aku dah rasa semua tu. Kau boleh, aku tahu.

Aku : Still tak balas sebab berfikir.

Dia : Al-Quran, the best loveletter. Bila kau baca esp tafsirnya, kau akan rasa satu rasa yg tenang. Sangat. Terharu semua ada. Sebab janji Allah macam-macam untuk kita. Sorry kalau kau ada terasa dgn apa aku cakap. Allah tak jadikan sesuatu dgn sia-sia. Dia tak pernah zalimi kita, hamba-Nya. Cuma kadangkala Dia jentikkan ujian buat kita agar kita tak terlalu alpa. Dia sayang kita, Dia nak kita selalu doa dekat dia. Mintak dekat Dia. Tabahlah sahabat! Janji Allah itu benar.

Aku : Mesej ini dirahsiakan kerana melibatkan masalah peribadi.

Dia : Yup. Aku faham. Takpe kau masih ada aku utk sokong kau. Zai pun ade. Kadang, memang surrounding macam tak support kita. Tapi kita tak boleh terus jatuh. Kita kena usaha cari apa yg hati rasa kosong, apa yg buat kita kuat jalani hidup.
************

Aku tahu Syahirah pun berhati-hati gila susun ayat kat aku sebab  dulu aku pernah tacing berbulan-bulan sebab something yg dia tulis. Tapi untuk malam nih, aku tak terasa langsung. Its true for everything that she said. Rasa bahagia itu kurniaan-Nya. Rasa sedih itu juga kurniaan-Nya. Segalanya kurniaan-Nya.

Cuma aku yg leka.








Thanks dear for being my greatest ear. Thank Allah He sent you to me throughout all these times.



No comments: