Apr 20, 2012

Blogging vs Facebook-ing

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Aku seorang blogger tegar walaupun tak berapa aktip. Yeay! Bila fikir-fikir balik baru aku perasan, aku lebih banyak habiskan masa untuk blogging berbanding facebook-ing setiap kali aku menekan suis on pada PC aku. Kalau bukak facebook pun aku sekadar stalk wall orang dan baca status orang. Then kalau rajin kasi like lah sikit, ihiks. Kalau tak aku seumpama tak wujud jer di alam maya ciptaan Mark Zuckerberg itu.

Aku ada beberapa sebab konkrit untuk menjelaskan kenapa aku lebih suka blogging berbanding facebook-ing.

  • Aku tergolong dalam kalangan manusia yang suka menghias dan mencantikkan sesuatu. Dan aku suka menghias blog aku sarta re-design berulang-ulang kali kalau dah jemu dengan design lama. Bersyukurlah Mark Zuckerberg kerana aplikasi facebook tidak mengizinkan penggunanya menghias dan decorate macam-macam pada wall. Kalau tak pasti wall aku nampak macam kedai aksesori Sinma. Sape-sape yang pernah masuk bilik aku tahulah camne rupa aku menghias. Tak kisah lah bilik kat rumah atau bilik kat asrama, aku tetap hias seolah-olah takde peraturan dalam buku undang-undang asrama yang mengatakan bahawa tidak boleh menghias atau menampal bilik sesuka hati. Tapi disebabkan aku langgar peraturan itulah aku dapat Miss of Cleanliness Pasir Salak masa 2010 lepas hik hik. So kalau sape-sape nak dapat anugerah macam itu silalah langgar peraturan asrama ye. Hias jer bilik korang tu biar nampak macam parti krismas pun takpe
  • Aku juga seorang manusia yang pemalu. Kalau aku tulis status bodoh-bodoh kat facebook, konfem orang boo aku. Tak pun aku terkategori dalam kalangan manusia yang annoying sebab menulis status macam budak tadika. Tapi kalau aku tulis benda bodoh-bodoh dan merepek-merepek kat blog, tak ramai orang akan perasan. Kalau orang nak baca dengan perasaan meluat pun aku tak rasa pape sebab aku tak tau pun ada orang akan baca blog aku kah kah kah!
  • Tiada had perkataan serta bebas untuk membebel. Disebabkan aku seorang gadis berdarah Jawa, aku memang suka membebel esp kalau ada yang tak kena. Kalau aku tulis status panjang berjela kat facebook, larat ke orag nak baca? Tapi kalau aku tulis kat blog, ikut suka hati akulah nak tulis karangan BM ke esei ke, takde orang peduli pun sebab blog diciptakan untuk manusia yang gemar menaip ye tak? Kalau suka, kau baca dan follow. Kalau tak suka, kau tekan butang merah kat kanan tu. Habis cerita.
  • Bebas untuk menjadi diri sendiri. Setiap orang ada gaya penulisan masing-masing. Kalau di facebook, kau perlu berusaha keras untuk tulis status yang gempak-gempak supaya dapat banyak like. Aku bukanlah seorang yang hot setap, jadi aku tak perlukan like semua benda tu. Aku suka menulis je. Kalau orang gembira dengan apa yang aku tulis pun dah cukup. Aku tak peduli pasal like atau komen. Saya original. Saya ada gaya tersendiri * Kak Qila bajet retis.
  • Aku tak suka upload gambar banyak-banyak. Disebabkan aku nih tak pandai bergambar atau posing depan kamera, aku jadi malu nak publish gambar banyak-banyak kat facebook. Kalau dah publish pun aku padam balik sebab terasa macam gedik sangat nak letak gambar banyak-banyak. Boleh kata album aku kat facebook ada tiga empat jer. Itupun penuh dengan gambar kat sekolah. Yelah anak mak katakan, keluar rumah pun jarang. Huk huk huk. Malaslah nak letak gambar dengan latar belakang bilik sendiri je kan??? Buat duck face ke hapa depan webcam??? Ops takde niat nak perli nyih nyih :3

Aku suka blogging. Aku akan terus menulis dan menulis dari hati sendiri. Kalau suka sila baca dan follow. Aku hargai itu. Kalau tak suka sila cipta blog anda sendiri dan cuba buat blog sampai kau sendiri suka nak baca kah kah kah. Sebab aku sendiri pun kadang-kadang suka baca balik entry-entry lama aku yang bodoh-bodoh tu. Peace.


 Kadangkala perkataan berbicara lebih daripada lidah

Babye ~

7 comments:

♔Lady Ainaa♔ said...

same la titew...hehehehe.... ena pun lbh hbiskan mse dgn blog je... fb rse bosan klu tgok lelame..hahahaha

AQILA S said...

hik hik tau takpe. fb kosong, boring!

umi aisha karim said...

aku sokong, sebab kita sama :) suka blog than fb.. but, aku trtanya2, bila masa kau pemalu ??!!.. hahaha:)

AQILA S said...

aiseman aku pemalu lah, otu pasal tak jadi hot setap kat fb ahaksssss

umi aisha karim said...

hahahaa.. perasaan sungguh !!..

FEDO said...

Best bh blog juga ne bagi saya sekarang. He2. Fb selalu sudah block aku sebelum ini. Mark z. Pun tmbh kaya ja kot. Hahaha.Apa pung mc fkr bgmana nak blogne lncar.He2

FEDO said...

Best bh blog juga ne bagi saya sekarang. He2. Fb selalu sudah block aku sebelum ini. Mark z. Pun tmbh kaya ja kot. Hahaha.Apa pung mc fkr bgmana nak blogne lncar.He2