Apr 3, 2012

Entry Terakhir

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Entry ini bersifat segera, tidak dirancang terlebih dahulu isi kandungannya.

Hati gua panas. Rasa nak pijak-pijak keyboard kat depan nih. Sebentar tadi gua tengah syok blogwalking dan tiba-tiba terasa kabur je skrin komputer nih. Disebabkan gua nih pemalas, gua tarik jer bahagian leher baju tidur gua nih dan terus lap partikel-partikel asing kat cermin mata gua. Tiba-tiba,

PRAKKKK!!

Bukan baju tidur gua yg koyak, tapi cermin mata gua yang patah.



Gua baru tukar cermin mata nih bulan Julai tahun lepas. Tak calar pun lagi. Tetiba dia buat hal pulak padahal selama nih gua cukup sayang kat cermin mata nih. Cermin mata ni lah yg berjasa kat gua waktu SPM dulu.  Cermin mata ni lah yg gua guna untuk tengok movie-movie yg melaghakan gua selama ni. Cermin mata ni lah yg buat gua lulus test JPJ sebulan lepas. Cermin mata ni lah yg kasi gua nampak lelaki pujaan gua dua minggu lepas (gila). Cermin mata ni lah yg gua guna untuk taip entry-entry bodoh serta merepek yg bersarang kat blog gua nih. Cermin mata ni jugak yg kasi gua tengok blog-blog korang yg sama merepek macam gua tuh. Yg membolehkan gua nampak button follow kat blog korang tu. Yg membolehkan gua follow korang dan menatap entry-entry terbaru blogger kesayangan gua tu.

Tapi sayang kasih sayang gua tak dibalas.

Habislah gua buta sekejap lepas ni. Habislah gua dah takleh nak drive dengan lesen P gua lagi. Habislah gua dah takleh online, takleh main game, takleh tengok movie, takleh tengok kartun, takleh baca blog orang lagi dah. Gua dah takleh baca Quran, dah takleh tengok muka mak gua tengah marah, takleh isi borang nak mintak biasiswa universiti, takleh melintas jalan pegi kedai Ah Chong, takleh usha online shop yg menggoda. Paling penting gua dah takleh usha lelaki pujaan gua (sekali lagi gila)

Hidup gua akan merana selepas ini.. 

Gua menaip entry ni dengan mata sedekat lima inci dari skrin komputer gua. So korang tolonglah hargai entry gua yg cincai tapi bermakna ni okey.

p/s : Hari ini mood nak menaip entry guna kata ganti nama diri 'gua' sebab gua baru lepas baca blog Zack Zukhairi. Hey Zack, lu dah kasi pengaruh buruk pada gua. Jawab dgn bakal mak mertua gua cepat, jawab cepat!!!! Eh tetiba.

p/s : Tajuk entry macam gempak je. Saje nak kasi orang panik sikit dan terutamanya untuk stalker-stalker aku tuh. Kah kah kah.


 

2 comments:

umi aisha karim said...

sengal !!.. aku ingat kau pun nak besara macam sappy.. kalau kau bersara, aku datang umah kau, bom terus.. haaa, jgn berani kau bersara..

AQILA S said...

kah kah kah. gempak sikit..