Apr 22, 2012

Essay MARA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia 
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

PENAT! Itu aje yang ada dalam fikiran aku semenjak dua hari ini. Bukan penat fizikal tapi penat mental. Tapi itulah yang kita perlu hadapi kalau nak capai kejayaan betul tak? Harga pengorbanan yang perlu kita gadaikan bukan sedikit. Kalau nak sukat peluh yang menitik-nitik, rasa dah berbotol-botol agaknya. Lemak yang dah terbakar pun boleh dikira berpaun-paun. Eh eh tetiba je kak Qila nie.

Aku terkategori dalam kalangan beribu-ribu students lepasan SPM lain yang mohon Pinjaman MARA itu. Sistem tahun ini menyuruh students mengisi online dan pos sekali gus. Tak main dah nak online-online je macam scholars lain, huhuhu.. Kalau takat isi online dengan borang nak pos tuh satu jam aku dah boleh buat tapi yang buatkan proses aku tertangguh ialah apabila adanya essay.

Waaaaaaaa.. Udah sekian lama deh guwa nggak nulisin karangan.. Guwa udah lupa gimana mau bikin ayat dong.. Udah nggak gratis bahasa guwa!!

Itulah padahnya apabila duduk rumah berbulan-bulan dan buku terakhir yang aku baca ialah komik jepun ='=

Rasa macam nak import Miss Zahurin duduk rumah aku tiga hari tolong checkkan grammar English aku yang sememangnya berterabur macam gigi bersepah..


* * * * * * * * * *

Tiga jam berhempas pulas depan PC di saat semua manusia dun Meru sudah lelap, akhirnyaaaa siap sudah essay aku! Essay pertama aku setelah lima bulan!!!! Huarghhhh I can't believe by myself. Eh eh tengok tu, baru buat essay sikit dah terus cakap omputih. Puyus aje lipas ini.

Alhamdulillah usaha aku berjaga malam sampai dua hari selesai sudah. Research pasal medic bukan sikit kot. Banyaknya ya amat, gaya macam dah terus nak bukak kitab Biology SPM aje. Huhuhu. Disebabkan dah berbulan-bulan jugak aku tak memegang pen dan ketas A4, sumpahlah tulisan kak Qila sungguh huduh. Kejap besar kejap kecik. Grammar pun berterabur. Harap-harap kalau Miss Zahurin nampak essay aku, beliau sudi untuk mengampunkan kesalahan bekas anak didiknya yang suka tidur dalam kelas ini. Ihiks..

Aku nak publish essay taraf amatur SPM ini tapi malas nak upload gambar. Nak taip satu-satu lagilah takde kerja. Takpe-takpe, nanti nanti bila aku berkelapangan aku akan gagahkan jugak jari ni menaip essay buat rujukan anak-anak junior SPM seploh tahun ke depan nanti ye hik hik hik. Bukan taknak publish sekarang tau, takde masa okay. TAKDE MASA. Nanti ada pulak orang cakap kak Qila nih kedekut taknak share sama-sama. Huhuhu. Jangan su uzzon (bersangka buruk) ye adik-adik... Chill lah.

Keyh mata aku dah serupa macam panda. Elok-elok lipas naik taraf jadi panda pula. Eh eh ngaku pulak kak Qila ni diri dia lipas. Dah dah, aku dah ngantuk tahap buaya. Esok lusa ada mood nak menaip aku kembali lagi ke medan blogging ini. Selamat malam dan salam mimpi indah semua.

Krooooh krooooh krooooooohhhhhh..

No comments: