Apr 17, 2012

Minggu Berfoya-Foya

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..


Grrrr -- I'll seek revenge!!!

Ihiks. Abaikan aje gambar syaiton di atas itu. Aku kembali ber-blogging dengan perasaan yg dah kembali neutral :)

So, HELLO DUNIA!!!


 * * * * * * * * * * * *


Minggu ini merupakan minggu yg agak buzy untuk aku yg bergelar penganggur terhormat. Buzy amendenya lah kak Qila nih, berjalan je pun kerjanya.. Hehehe itulah aktiviti aku minggu ini. Esok aku ada temujanji dengan cik FS untuk menyopping baju-baju kurung di Jalan TAR. Minggu lepas waktu aku berjalan dan tidur-tidur di rumah dia yg sudah jadi rumah kedua aku, sungguh excited cik FS ini mengajak aku shopping baju. Katanya, nak memenuhkan almari baju. Kira dia dah berjangkit dengan akulah nih. Itulah siapa suruh kawan dengan aku sampai enam tahun???? Wkwkwkwkwk.. Kau belum lihat almari baju aku bukan? Kalau kau lihat, pasti kau mengucap panjang. Aku taknaklah publish kat blog nih nanti impression korang terhadap kesempurnaan aku sebagai manusia lemah lembut dan anggun berkurangan secara drastik  :/

Khamis pula aku dijadualkan untuk menghadiri interview bersama pihak Felda Global under Biotech. Huh, sebenarnya Tuhan je yg tahu camne malasnya aku nak pergi. Minat aku terhadap Biotech sudah pudar sedikit disebabkan permohonan aku untuk Program Pra SPM MRSM 11/12 dulu tak berjaya huhuhuhu.. Sampai hati MARA tolak saya waktu tu?? Okey okey gurau jer, takde niat nak mengungkit pun. Aku bersyukur dengan rezeki yg aku dapat ini. Jadi sekarang aku sedang sibuk study pasal Felda what-so-ever dan Biotech. Mujur aku dah pernah buat research pasal Biotech ini waktu nak mohon untuk MARA dulu, jadi tinggal nak refresh balik saja. Kalau tak ada rezeki untuk Felda ini pun tak apa, sekurang-kurangnya aku dah kutip tiga pengalaman pergi temuduga. First, waktu MOCK interview. Second, waktu MARA interview. Third, Felda interview. Tolong doakan aku akan menghadapi interview keempat yakni interview Pinjaman Boleh Ubah MARA nanti :D InsyaAllah

Jumaat pula? Aku ada date dengan si Umi. Disuruhnya aku temankan dia pergi Klang untuk menjemput Ustazah Suriyani. Siap berjanji nak bawak jalan lagi. Aku tuntut haaa, aku tuntut!!! InsyaAllah kalau Kames nanti aku selesai dgn interview maka aku akan menemankan kau mengaplikasikan lesen P baru tuh ke Klang okey. Wahahahahah *gelak kejam kerana aku mempunyai lesen P lebih lama dari dia. Booo kak Qila. Ingat sikit ye dah kemek-kemek kereta Puan Mama tu kau kerjakan.


* * * * * * * * * *


Kebelakangan ini aku memang takde masa sangat nak update blog dan berfesbuk sebab currently, my room lamp is broken. So it affected my mood to type in front of this PC. Pernah sekali Incik Ayah terkezut melihat bayangan seperti hantu yg sedang menghadap PC dalam gelap di bilik aku. Sudahlah malam tu aku pakai baju tidur gaun paras betis, lagilah tambah effect keseraman kat situ. Mujurlah Incik Ayah tak sakit jantung gara-gara aku wkwkwkwkwkwk..

So aku akan kembali berblogging secara aktif selepas lampu bilik aku dibaiki. Tak pun selepas aku masuk ke mana-mana U nanti ihiks :3

Oh ya nak tambah satu lagi. Seperti yg anda sedia maklum, blog saya ini menggunakan Manglish ataupun 'campuran rojak Malay-English' kerana saya merasakan English saya masih tahap sekolah rendah. Konon-konon nak berlatih lah ni tapi semangat A Samad Said dalam badan kuat sangatlah pulak. Jadi tercampur pulak English dengan Malay tuh.

Tapi kan, kalau aku tulis English, aku akan tulis betul-betul hatta dari segi grammar mahupun penggunaan vocab. Kalau Malay pun sama, aku akan jaga penggunaan perkataan agar takda short form yg melampau sehingga sukar dibaca. Idakleh teman nak guna 'shayew tark shukew jady macam neyh' atau 'itewr mencik larh nan dyewrh' Perghhhhh aku cukup anti bebudak macam gitu! Perosak bahasa!! Eh emo pulak.

Macam biasa, tatabahasa aku masih di tahap amatur :/

Ehmm, kepada cikgu-cikgu BM  atau sesiapa lah kalau perasan kesalahan tatabahasa saya silalah betulkan ye. Cik Qila nie memang bengkok sikit bab-bab tatabahasa, tak sepadan langsung dgn markah BM waktu SPM dulu hiks :/

Will be back later !

1 comment:

umi aisha karim said...

hai cik busy kita.. first, gudluck intrview nnti.. second, kau kene teman jugak aku jumaaat nanti !!.. hhaa.. see u:)