Apr 7, 2012

To: Zahra Fida. From: Aqila Syahiena

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Sedang aku sibuk membelek-belek handphone dengan rasa kecewa kerana ketiadaan kredit untuk membalas mesej, Big Bang-Blue berbunyik. Bila dah terdengar suara riang ria Zahra Fida, barulah aku sedar betapa tidak bergunanya aku sebagai seorang kawan kerana terlupa birthday kawan sendiri. Aku menepuk dahi dan mengucap panjang...

Hari ini 7 April = Hari Zahra Fida Binti Toufik Rosidi dilahirkan ke dunia untuk menjadi salah seorang insan terpenting dalam hidup gua. Eh stop it!! Penggunaan kata ganti nama diri 'gua' adalah dilarang utnuk entry serba suci ini.

Jadi dengan penuh perasaan rendah diri, bersalah, terhina serta pesimis yang teramat,

SELAMAT HARI LAHIR ZAHRA ..

I love you..

Aku berniat nak taip panjang-panjang seperti kebiasaannya apabila aku disampuk semangat gila menaip tapi bila terkenangkan kejahatan aku sebab tak ingat birthday kau, ada perasaan bersalah yang maha besar beserta entry ini. Tapi kalau aku nak refkect balik semua kenangan dan kegembiraan aku sepanjang kita berkawan, rasa-rasanya dah banyak kali aku ulang kat entry sebelum-sebelum nie. Kalau hang nak tengok, pi naikkan anak panah balik sampai atas then hang tekan button 'Amazing People In My Life'. Aku pasti hang akan rasa terharu dengan kesucian hati ini menaip beberapa entry untuk kau dan kanak-kanak yang lain ituh wkwkwkwkwkwkwk (mungkin kau rasa pelik dgn cara aku gelak kerana kau tak terbiasa lagi dengan blog aku nih tapi nak explain jugak. Korean people used 'wkwkwkwkwkwk' instead of 'hahahaha' when laughing..) Teheeeeee. So, marilah kita bergelak-ketawa bersama-sama walaupun kau di Ipoh dan aku di Klang. Wkwkwkwkwkwkw :/






















Terserlah ke-ribena-an kita di situ.

Kau pasti suka kalau ada hadiah kan? Ecececece tipulah kalau ada orang yang tak suka bila dioffer hadiah *peacee. Aku nak beri kau hadiah tapi aku tak tahu apa nak diberi. Kalau aku nak beri kau frame, aku dah pernah beri. Kalau aku nak beri kau album gambar, pejabat pos laju yg terdekat dengan aku terletak di Jusco Bukit Tinggi merangkap berbelas-belas kilometer dari sini. Mati hidup balik pun Puan Mama takkan izinkan aku ke sana seorang diri.

Kalau aku nak jadi melankolik sikit, pasti aku hadiahkan kau kasih sayang yang menggunung. Tapi aku rasa kasih sayang aku lebih tinggi dari itu. Kalau aku nak jadi jiwang, pasti aku akan ukirkan nama kau dalam hati aku untuk selama-lamanya. Tapi aku rasa persahabatan kita lebih kekal berbanding selama-lamanya. Jadi aku buntu di situ. =_=;

Akhirnya aku memutuskan utuk menghadiahkan kau entry ini.

Kau tahu apa yg special tentang sebuah entry dalam blog walaupun milik blogger picisan yg followers pun tak sampai seratus orang macam aku nih? 

Kerana ia entry yg aku karang sendiri :)

Bukannya frame gambar atau album gambar yang dibuat di kilang. Bukannya tedy bear atau baju yang dijahit oleh mesin. Bukannya buku yang ditulis oleh orang lain. Bukannya kek yang dibeli dari kedai kek. Bukan juga metafora 'kasih sayang setinggi gunung' atau 'ukir nama dalam hati' kerana perkara itu tak boleh terlihat dek kau. Tetapi entry ini.

Sebaik sahaja aku selesai menaip entry ini, aku akan publish ke blog aku dan entry ini akan tersimpan secara automatiknya. Entry ini mempunyai link yang tersendiri dan jika ditekan pasti entry ini akan keluar. Entry ini juga wujud secara automatiknya di Google yang mempunyai berbilion-bilion pengguna. Bila-bila masa saja mereka menaip 'Aqila Syahiena' atau 'Zahra Fida', pasti entry ini akan terselit sama. Walaupun kebarangkalian untuk orang yang berbilion-bilion itu menekan link entry ini, namun probability itu tetap ada kan?  Dan selesai sahaja aku publish entry ini, kau akan dapat membacanya bila-bila masa yang kau suka. Selagi blog http://aqilasyahiena.blogspot.com/ ini wujud, kau tak perlu khuatir akan kehilangan entry ini. Aku juga jamin entry ini akan kekal sehingga akhir waktu kerana aku akan perturunkan blog ini kepada anak cucu aku lepas aku kahwin nanti wkwkwkwkwk *angan-anagn yg overrrrr.

So,
Special tak hadiah birthday aku kepada kau inih??? :]

-I LOVE YOU-


No comments: