Apr 12, 2012

Tragedi Disebalik 11 April 2012 (bukan gempa bumi)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia 
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Gempa bumi yg terjadi petang semalam telah menghadirkan satu tragedi yg pahit dalam hidup aku. Maghrib semalam Incik Ayah yg berada di laut menghantar mesej kepada Puan Mama, mengatakan bahawa enjin botnya rosak di tengah-tengah laut sempadan Malaysia-Indonesia. Aku faham hobi ayah aku yg satu itu, setiap kali ada kelapangan pasti keluar memancing. Bagai nak luruh jantungku saat mendengar berita itu dari Puan Mama.

Incik Ayah sempat berkata bantuan dah dalam perjalanan sebelum bateri handphonnya mati dan tiada coverage. Aku lihat Puan Mama keresahan lalu aku mengajak Puan Mama pergi ke pengkalan tempat ayah menambat bot di Sementa. Sepanjang malam aku, Puan Mama dan Wafi menunggu ayah di rumah salah seorang kawan ayah di pengkalan itu. Kawan Incik Ayah kata tiga buah bot yg lain dah pergi untuk operasi mencarik tapi masih belum jumpa kerana Incik Ayah dan kawannya berada di kawasan sempadan Malaysia-Indonesia. Lebih menakutkan aku apabila kawan Incik Ayah kata bot Incik Ayah mungkin dah hanyut dipukul ombak sebab tali sauh yg ada takkan mampu sampai ke dasar Selat Melaka yg dalam itu. Aku lihat mata Puan Mama bergenang dan Wafi mula menangis lesu. Aku? Mana mungkin aku menangis sedangkan mereka memerlukan aku untuk menenangkan mereka.

Aku berpusing ke belakang kereta, jauh daripada pandangan Puan Mama lalu menangis sepuas-puasnya di situ. Berdoa dalam senyap agar Incik Ayah selamat.

Kebetulan adik bawah aku Ameen yg berada di asrama menelefon malam itu. Puan Mama aku lihat tak sampai hati nak bagitau Ameen tentang berita kehilangan ayah dan aku tahu itu yg terbaik. Kalau aku di tempat Puan Mama pun aku akan lakukan perkara yg sama. Aku tak mahu Ameen susah hati di sana. Selepas itu, sepanjang malam aku, Puan Mama dan Wafi yg berkeras taknak ditinggalkan di rumah duduk di dalam kereta menunggu ayah. Aku langsung tidak menghidupkan radio kerana tahu berita tentang gempa bumi yg berlaku di Indonesia pasti membuatkan imaginasi Puan Mama bertambah teruk mengenangkan tragedi tsunami yg pernah berlaku dan nasib Incik Ayah malam itu.

Sudahnya, sepanjang malam aku tidak tidur. Puan Mama yg tidur selepas aku paksa beliau untuk tidur juga megigau dan tidak henti-henti merintih dalam lena. Kau pasti takkan tahu bagaimana rasanya apabila memikirkan untung nasib Incik Ayah yg tidak menentu.

Kira-kira jam lima pagi, Encik Azlin mengejutkan aku dan Puan Mama kerana akhirnya Incik Ayah serta kawannya telah selamat ditemui. Bergegas aku dan Puan Mama keluar dari kereta. Sebaik sahaja melihat Incik Ayah di depan mata, Puan Mama terus menangis dan aku berusaha memujuk Puan Mama. Alhamdulillah Ya Tuhan, kerana masih mengizinkan aku untuk melihat jasad Incik Ayah yg masih bernyawa. Syukur kepada-Mu..

************

Satu peristiwa yg berlaku malam itu juga membuatkan aku terfikir sesuatu. Adakah ini petunjuk Allah bahawa insan yg aku sangkakan begitu rupa-rupanya begini? Aku tidak mahu meletakkan kesimpulan terlalu awal dan menunggu hari Sabtu 14 April tiba. Jika apa yg kuharapkan tidak terjadi, sembuhkanlah luka di hatiku Ya Allah.

Luka yg perlahan-lahan tercipta selama dua tahun aku memujuk hati untuk terus bersabar dan bertenang. Untuk terus bersedia dengan apa-apa kemungkinan yg aku tahu boleh membunuh rasa ini sekelip mata.

Kadangkala rasa terkilan itu ada, kerana aku ditakdirkan untuk menjadi orang yg menyayangi bersungguh-sungguh. Dan masih berpegang teguh kepada prinsip 'jangan perigi mencari timba'. 

Sampai bila?

Aku tak ikhlas? Memang pun. Kau gila ke? Sapa yg sanggup tengok orang itu bahagia dan kita terseksa sebab bahagia itu bukan bersama kita? Hanya orang yg tak sayang diri sendiri kata camtuh. Tak banyak, sikit pun mesti ada.


Kita hanya akan bahagia bila lihat orang itu bahagia setelah rasa yg ada dalam hati ini bukan untuk dia.

Believe me, tak wujud istilah 'cinta tak harus memiliki' tuh. Kau tanyalah sesiapa pun, mesti perasaan ikhlas untuk lepaskan seseorang mencari bahagia sendiri itu bukan sepenuhnya. Tetap ada rasa sedih untuk terima apa yg dah tersurat.

p/s : takde motif. cuma tulisan semata-mata.

No comments: