Apr 4, 2012

Tragedi Pam Minyak

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

Harap maklum,entry ini ditulis dalam keadaan aku memakai cermin mata yg dah bergam dengan gam kasut. Jadi kalau ada kesalahan ejaan, sila abaikan.

Aku sangkakan tragedi cermin mata yg patah semalam dah cukup teruk untuk aku tapi rupa-rupanya kesinambungan tragedi itu tetap menimpa aku hari ini. Fuh, betapa tingginya benteng kesabaran aku lepas aku menempuh hari ini dengan perasaan yg bercampur baur.

Kau tahu apa itu malu? Meh sini aku takrifkan apa itu malu melalui entry ini.

************

Rancangan hari ini ialah untuk mengambil ZD di rumah dia dan bawak dia ke rumah aku sebab dia nak meminjam broadband aku. Alang-alang aku pernah berjanji nak bawak dia keluar makan, aku pun plan nak ajak dia keluar lepas guna broadband. Janji nak datang sana pukul sepuluh tapi kau faham-faham ajelah apabila moon coming, tahap ketiduran aku melampaui batas normal. Pukul 9.40 baru tercelik mata.

Lepas aku bergegas mandi, handphone berbunyik dan Zaidatul kata dia tak boleh tinggalkan rumah atas alasan tertentu. Kiciwa jugak mendengarnya tapi takpe, duduk satu kariah Meru Jaya je pun. InsyaAllah bila-bila boleh jumpa jugak.

Lima minit kemudian Wan Najmah pulak call. Disuruhnya aku amik dia kat rumah sebab dia kebosanan takde member. Fikir punya fikir aku dapat idea. 

"Aku nak pegi isi minyak kejap, nanti aku amik kau kat rumah then kita pergi umah Farah nak?"

"Orait, aku tunggu kat umah."

Bila masuk kereta, aku nampak meter minyak dah nak cecah E jadi aku terus pegi stesen minyak Petronas kat Meru. Lepas parking kereta kat pam minyak, aku keluar dan terus berjalan kearah kaunter bayaran tapi tetiba teringat wall post yg depa letak kat FB pasal penculik masuk kereta waktu kita isi minyak dan dia terus culik kita. Aku telan air liur jugak. Terus aku pusing balik dan kunci kereta.

Lepas bayar RM20 (kedekut) kat kaunter, aku pegi kat tangki minyak tapi malangnya aku tak boleh bukak sebab kereta dah kunci. Masa nak bukak kereta, aku perasan satu realiti yg sangat bodoh dan meletakkan aku dalam kalangan orang yang memperbodohkan diri sendiri di pekan Meru yg metropolitan itu.

Aku terkunci kereta dan kunci kereta itu tertinggal kat dalam kereta.

Beserta handphone, handbag dan kunci rumah.

#%&*#$*!

************

Aku berjalan mundar mandir di situ sambil berfikir kerasionalan aku untuk menjerit minta tolong daripada Bangla-Bangla yg berada di stesen minyak tu. Tetiba sorang brother ni datang kat aku dan tanya apa masalah.

"Kereta terkunci. Kunci kereta kat dalam kereta."

Brother tu tepuk kepala dia. Lalu datanglah Bangla-Bangla lain dan semua krew stesen minyak itu untuk usha kebodohan aku. Brother tadi try jugak nak bukak tapi tak boleh. Ketat semacam je pintu tu.

"Saya bukan tak nak tolong ni dik, tapi saya nak kena pegi tempat lain ni. Saya dah panggilkan abang kat kaunter dalam tu, kejap lagi dia sampai"

Hmm sudah. Mampus aku. Time-time ni brother tu ada hal pulak. 

Lima minit pastu abang Petronas tu sampai bawak batang besi. Dia senyum jer kat aku, tak dapat pulak aku nak takrifkan senyuman tu senyuman dia syok kat aku atau senyuman menyindir terhadap kebodohan aku. Aku pun berdiri macam patung batu kapur kat sebelah kereta tu, menengok je abang Petronas mencungkil dan mengumpil pintu kereta aku. Dekat setengah jam jugak dia kat situ. Berpeluh-peluh muka abang tuh. Nasib baik abang Melayu ni good looking, takdelah aku rasa macam nak menjerit macam masa Bnagla-Bangla lain kerumun aku tadi. Kah kah kah. Okey kau tu dahlah gila cuai, gedik pulak.

"Tak bolehlah dik. Kalau kereta Kancil saya bolehlah buka, ni Matrix susah lah. Ketat pintu dia. Penat saya try ni tak dapat-dapat." Abang Petronas pandang aku dan buat muka simpati. Aku tak perlukan simpati kau! Aku perlukan kunci kereta aku!!!!!

Abang Petronas kasi cadangan yg 'menarik' kat aku. "Apa kata awak pegi kat kedai kereta sebelah sana tu. Kena jalan jauh sikit lah. Biasa Chinese boleh buat tapi charge mahal sikitlah. Awak pegi dulu, biar saya jaga kejap kereta n i. Lagipun dah takleh gerak dah, terkunci habis ni.."

Lalu berjalanlah aku ke kedai kereta yg dimaksudkan. Sampai je sana uncle tu gelak kat aku masa aku cerita hal yg sebenor-benornya kat dia. Cis! Then uncle tu suruh duduk kejap kat kedai dia sementara dia panggil tauke dia datang kedai. Dia cakap tak pernah ada orang terkunci kereta Matrix dari dalam. Hah, nak ejek akulah tu! Macam aku tak tau. Ejeklah, ejek! Janji aku dapat kunci kereta aku balik!

Selepas satu jam tiga puluh minit menunggu.

Brother Chinese kedai tu suruh aku ikut dia pegi kereta aku. Macam orang gila, aku ikut je dia jalan kaki lalu short cut yg bersemak samun penuh sampah sarap kat belakang kedai. Masa dia sibuk mengopak dan mengumpil pintu kereta tu, berdesing kat telinga aku sebaris ayat dari mulut pakcik tua naik motor.

"Hai, bila nak gerak ni? Apadaaaaah....!"

#$^%&#*!!!

Statement pakcik tu memang men-down-kan aku kat situ jugak. Baru aku perasan setiap orang yg lalu lalang kat situ pandang aku dengan pandangan yg bercampur baur. Moral down aku di situ. Kalau nak diikutkan rasa malu, dah berdarah-darah muka aku ni menahan malu. Rasa nak nangis. Rasa nak sepak kereta tu. Rasa nak ............. (isikan tempat kosong) Eh melalut.

Brother Chinese tu ulang-alik amik segala jenis besi kat kedai dia tapi still tak dapat bukak. Then dia panggil kroni dia datang tolong. Okey masa tu nak dekat empat orang menghurung kereta aku. Aku berdiri kat tepi sambil berlagak kool dan berpura-pura itu bukan kereta aku. Lepas 15 minit baru Chinese tu menjerit "Woooo!!" lepas dia berjaya bukak. Fuh. Alhamdulillah.

"Apek, berapa??"

"Aiya, empat puluh lima meh.."

Owh, okey. Aku nampak sayap kat duit simpanan aku.

************

Aku pecut sampai 80 km sejam pegi McD Drive Thru kat Klang Sentral untuk dibungkus dan dibawa ke rumah Farah. Kereta belakang nak potong pun aku tak kasi can langsung. Pedulik hapa aku, kau tau apa yg dah jadi kat aku hari ni? Kau tau???

Emosi gila.

1 comment:

umi aisha karim said...

qila.. sory aku lmbt baca n komen.. tapi, tragedi ni mmg mengerikan sungguh !!!..hahaha.. takpe2, lain kali kau jgn lupa kunci lagi tau.. klau tak, terbang lg duit kau..haha:D