Apr 7, 2012

Yang Terbaru Dan Terhebat!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..

S U R P R I S E !!

Hehehehe.

Eh jangan lari! Anda berada di tempat yang betul ye.

Jangan ingat anda telah tersalah blog kerana anda memang sedang menatap blog http://aqilasyahiena.blogspot.com/ milik si jelita menawan Aqila Syahiena >w<

Ok dahlah tu merepek..

Kepada Umi Aisha, Assyifa Sabri dan sesiapa yang selalu menekan link untuk ke blog milik aku tanpa aku ketahui, meh sini sep tangan ramai-ramai sambil tiup trompet dengan kehadiran wajah baru blog aku.




Seperti selalu, aku mudah bosan dengan design blog aku ;/

Jadi walaupun hari ini kekangan masa membelasah aku, aku tetap gagah nak redesign dan membiarkan adik aku kelaparan tak cukup makan kerana dapur lambat berasap, hewhewhew.. Kepada encik bakal aku, please take note ok.

Untuk design kali ini aku meggunakan tema VINTAGE dengan kaler pink dan brown sebagai tema warna. Aku pun tak tahu sejak bila aku suka gabungan warna pink dan brown tapi tiba-tiba naluri mendesak untuk mencuba. Kau pasti tahu perangai aku yang suka bereksperimen ini.

Sudah sekian lama aku merasakan design blog aku sebelum ini agak kebudak-budakan jadi sesuai dengan peningkatan umur dan perkembangan pemikiran (?) aku merasakan vintage design sesuatu yang bersifat agak matang dan klasik. Ala-ala zaman Rococo gitu.. hehehe. Yelah sekarang kan zaman kebangkitan benda-benda lama eg: tudung bawal, skirt kembang-kembang dan kemeja boyish? Jadi kita ucapkan selamat datang kepada era kembalinya zaman-zaman tok kaduk yang telah lama kita tinggalkan. Siapa kata yang dah terkubur itu tak bernama?? Kah kah kah

Oh ya, dengar kan lagu kat left side bar nih? Aku harap walau se-slow manapun internet kau, kau tetap boleh dengar lagu ini sebab aku telah pilih lagu yang agak ringan dan cepat loading dari Gratisan Musik. Aku faham perasaan pengguna broadband, teramatlah lembab macam siput. Kau pasti tension apabila cuba membuka blog orang lain, sebagaimana juga aku yang selalu tension hatta ingin membuka blog aku sendiri wkwkwkwk. Jadi aku letakkan penyelesaian yang agak bijak di situ.

Lagu ini pasti sangat-sangat familiar esp bagi penggila Korea :) Walaupun aku tak pernah tengok pun cerita My Girl ituh tapi aku tahulah juga pasal lagu ni. Cuma lagu ini telah di-translate kepada bahasa ibunda rakyat Malaysia oleh seorang mamat yang dikira patriotik kepada bangsa. Amacam Syifa, ni lah lagu yang aku cakap dulu.. Ingat tak ingat tak???? Tak ingat takpe, syuh syuh! *kejam

Aku juga sudah buang banyak gadjet-gadjet yang selama ini memberatkan blog aku dan menyebabkan lambat loading. Jadi sekarang blog aku sudah agak ringan, seperti aku sekarangggg (boleh muntah sekarang) hehehehe.. Eh dan satu lagi,



Kau pasti nampak tagline aku pada header di atas kan?

"Datang tak berjemput, perginya pasti kembali"

Kau tolonglah jangan take note apa-apa dengan ayat yang sungguh bajet ituh. Puihhhh!
 

2 comments:

husna latif said...

nice dear..always miss u fren..yg kali ni look more matured but still hav da feminine style..yg dlu tu cute but look childish..anyway,gudjob...cntik sgt...

AQILA S said...

thanks husna !! miss you toooo .. :)
nyway thanks sbb noticed 'kematangan' blog ini wkwkwkwkwk