May 27, 2012

Menanti Hari Esok

Assalamualaikum dan Hye.

Selamat malam warga laman sosial. Esok saya akan mendaftarkan diri di PASUM. Jadi beberapa hari ini mood agak kelaut untuk update entry. Bukan kerana risau homesick tau. Haha. Kita dah besar gedabak dah. Tak main nanges-nanges nih. Ok berlagak. Saya sibuk uruskan borang-borang pendaftaran dan packing barang-barang. Ya, bukan baju-baju lagi dah. Barang-barang. Kerana saya menganggap tiada beza antara ingin berpindah rumah dengan nak mendaftar masuk U. Haha.



Haha ok itu tipu. Itu bukan luggage saya. Saya pinjam luggage dari Google jek. Sebab kalau saya letakkan gambar luggage-luggage saya, anda akan kutuk saya sampai ke lubang tahi. Seriously.

Disebabkan kecuakan untuk mendaftar masuk esok, saya membuat tindakan gila dengan mengkomen post-post orang di fesbuk. Sedangkan saya yang pemalu ini bukan seorang kaki like atau comment. Serius nih masalah saya. Haha. Mata saya juga sungguh gedik untuk pejam. Terbuntang luas ha, trangggggg! Hah siap effect bunyi lagi. Maknanya saya serius tau. Tak bergurau.

Saya harap kehidupan hari esok akan menjadi lebih baik dari hari ini. Oh ya, saya forever alone. Jadi saya tak kisah kalau tak jadi hot setap kat PASUM nanti. Haha. Ok hot stuff sebenarnya. Saja buat bunyi jijik sikit. See? Memang padan saya ini forever alone. Haha.

Last but not least,



Salam sayang, Aqila Syahiena :)


May 24, 2012

Secret That Was Not Secret

Assalamualaikum dan Hye.


When you fall in love with someone who wasn't yours yet, mute the love and let Allah heard the highest volume. He knows best.


Quote yang tercipta semasa sedang iron baju. Haha. Dear mum, after dis you might always stalk my blog. Sunyilah katakan anak takde kat umah bila masuk UM. Hewhew. So mak jom kita buat secret handshake palsu nak? Apa yang dibaca di blog ini hanya terhenti disini. Bukan terkeluar di mulut ayah mahupun makcik-makcik semasa saya pulang ke rumah bila cuti nanti. Kalau mak rindu saya, stalk lah blog saya. This is my fake public diary that I always wrote super crappy things and pretended to be a total idiot. Ha'ah anak mak nie suka merepek merapu kat blog. Forever alone lah katakan. Once again, ini rahsia antara kita tau mak! Haha.

P/s : Kita share kebanyakan rahsia dengan mak kita. My mum is my best friend too. Hargailah emak anda selagi mereka masih mampu mendengar :')


May 23, 2012

Friendship's Vow

Assalamualaikum dan Hye.

All the best FS. KTT Sepang sangat bertuah kerana bakal memiliki anda sebagai pelajar persediaan untuk ke Mesir bagi medic. Dan MARA juga telah membuat pilihan yang bijak. Aku tumpang gembira dengan kejayaan kau. You're one lucky girl.

Mungkin semalam aku macam what the hell punya takde perasaan datang lepak rumah kau dan makan sambil baring atas katil main phone then at the end aku tidur satu jam lebih atas katil kau. Sedangkan waktu tu kau tak tidur pun sebab sibuk fikirkan barang apa yang perlu dibawa. Hewhew. Tapi malam semalam aku tak boleh tidur. Aku kata aku tidur pukul tiga pagi sebab tengok cerita hantu yang macam what the heck langsung tak seram. Actually aku tak boleh tidur bila aku refresh and reconnect balik semua momen-momen hitam manis pahit masin kelat payau kita sepanjang enam tahun. Eh tak, tipu. Kenangan dengan kau takde yang hitam pahit masin kelat payau segala. Mungkin ada, tapi bukan berpunca dari kau. Semestinya daripada aku yang tak lari daripada ke-kanakribena-an ini. Hewhew. Sukati kau je kan buat perbendaharaan kata baru.

What I'm trying to say is I got two double feelings about her getting into Mesir for further study. I'm happy for her. But at da same time I got one unnamed feeling that really affected my mood. One hollow inside. Aku tahu aku tak semestinya bersedih atas kegembiraan kawan aku. Oh how jahat I am. Sepatutnya aku gembira tak hengat dunia. Sepatutnya aku support dia dan sentiasa encouraged dia agar bersedia hadapi selangkah lagi dunia baru. Tapi fitrah manusia, mesti akan merasai kesedihan bila perpisahan itu datang. Dan kesedihan itu berganda bila dia merupakan insan yang kita sayang :')

Yes she is my best buddy. The sweetest and kindest girl I ever met. The one who was there by my side no matter waktu tu aku senang, susah atau sederhana. Sentiasa mengingatkan aku dengan keistimewaan diri yang ada dalam diri setiap insan. Menasihati dan dalam masa yang sama memujuk. Tak pernah menyakitkan hati aku. Seriously. Kalau kau sangka dalam dunia ini tidak wujud manusia yang tidak menyakitkan hati, kau salah. Boo kau salah. Aku dah jumpa manusia seumpama itu. 

Aku dah blurr tak tahu nak taip apa. Dalam letter yang aku bagi tu pun aku tak tulis banyak *Kemenda tak banyak, dua helai tu kau cakap tak banyak??* Tapi aku memang jarang luahkan isi hati sekarang. Face to face apatah lagi. Mungkin masa telah mengubah aku menjadi manusia yang super penyabar dan duper penyayang. Serta triple matang. Haha itu rekaan. Ok sambung. Aku tahu kalau aku tak tulis kat situ yang aku sayangkan kau pun mesti kau tahu kan kan? The way I appreciate people and loving them is simple. I care bout them :')

So here it is. Cis niat taknak buat entry panjang-panjang tapi dah berapa perenggan entah cuba kira. Tangan aku seriously hyperactive kalau dah masuk mood jiwang dan sastera yang bertakuk sejak hingusan lagi. T.T.. Ok I shall go now before I burst out thousands of words and make my blog much more lika a personal diary I wrote last two years. Hahaha lama gila doh tak ada diary sejak blog nih wujud. Teknologi merentas zaman. Fake diary yang public nak mati.


"I may not your good friend, but for me you are my greatest friend since I was born"

"We'll meet each other as two successful doctors and still can laugh happily at burger stall"


Motipp betul. Posing dalam toilet pulak kau.


"Kita berpisah bukan kerana benci, kita berpisah kerana kejayaan"


Well, this isn't goodbye. There's no goodbye in friendship. Perhaps we'll meet again five or six years afterwards. Till then, I love you. Always.

May 18, 2012

Belajarlah Walaupun Sudah Agak Lewat

Assalamualaikum dan Hye.

Aku bersemangat nak study English! Lepas mandi petang tadi terus poyo-poyo amik kamus English yang berat then carik perkataan 'occasional'. Kenapa mesti 'occasional'? Sebab aku selalu dengar omputih cakap perkataan tu sambil tayang muka korporat. Haha.

Occasional- Happening or done from time to time (Sumber: Paperback Oxford English Dictionary)

Selepas itu aku sibuk speaking depan cermin sambil tangan terangkat-angkat gaya over what the hell nya. Siap buat muka omputih korporat lagi. Donal Trump pun kalah. Haha.

I might be good at writing and listening, but when it comes to speaking, I'm such a loser. I can speak with broken English and I never care bout the usage of exact English. Aku hanya mula terfikir hakikat yang cukup penting ini apabila aku mohon PILN MARA untuk study Medic ke Ireland. Aceh gaya macam dapat jer. Tapi dapat ke tak, aku memang kena kuasai bahasa ini for more proper educational conversation. Memanglah zaman sekolah dulu kalau oral test jer aku dapat BAND 6. Hahaha. Bajet macam pandai sangat cakap omputih tapi aku tahu BAND 6 untuk pelajar sekolah bersamaan dengan BAND 2 budak universiti. Mungkin BAND -1 untuk Ireland student. Wakaka :D

Walaupun mungkin dah agak terlewat untuk aku lancarkan English aku, aku tetap berpeluang untuk kuasai dalam masa terdekat. Takde istilah lewat untuk belajar, tahu? Hanya perlu ada self confidence yang tinggi dan kesungguhan untuk belajar. Kalau Malaysia Boleh, aku pun Boleh. Aku kan bangga menjadi anak Mesia. Haha.

Biarlah orang kata kita skema sebab nak belajar balik, janji di kemudian hari kita boleh speaking dengan Bill Gates dan jadi komposer Justin Bibir. Ok itu gurau.


WHAT??? Aqila can't be my composer?? Oh mannn.. I adore her!!

Boo JB. Shame on you... Shame on you....

May 16, 2012

It Just Never Stop Bothering Me..

Assalamualaikum and Happy Wednesday. Happy Teacher's Day to my mom too.

Somewhere somehow I felt a little bit distress about myself. My future, and everythings that I've already planned seems like fade away from my mind. I don't know what I want. And I don't even know how to heal these wounds.

I got Universiti Malaya. Ok fine admitted that I was terlebih over happy. But the happiness was temporary. And now I'm waiting for PILN MARA that got me interviewed last week. Being there, at Kolej Poly-Tech MARA Bangi waiting to be interviewed made me felt kinda down with myself. I saw fellow teens of my age and I saw confidence in their eyes. The way they talked, the way they laughed. Everythings seems so awkward for me. Feels like I'm nobody compared to them. And somewhere somehow I felt a little bit loser, and I don't have the space to joined them. Feels like I'm not one of the peeps who deserved the interview. And of course the result of interview. It just make me sick and sink at the bottom of my heart.

Peeps who knew me well will said I deserved to got the chance. They said I have the potential to achieved what I want but deep inside my heart, yes. Deep inside my heart I knew I was far from perfect. Far from what they already labelled me. So much things I need to chased to become like one of those people. One of those successful people who deserved the opportunity to achive the best study path.

Yeah right now I felt down again. After looked at PASUM's group, somehow they seemed like a group of people who was created with different genes from me. I looked at mysef and I looked at them. Whoa so many differences! I knew its bad to compare myself with others. I knew it wasn't going to help me build my self confidence at all. But I can't help myself with it.

My English is terrible. My social life is lame. My mind is closed and strongly surrounded by wall. My attitude is somehow childlish. My way of thinking is complicated.

Yeah I just don't feel like I belongs there. Wheter UM or Ireland.

Time Proved You..

Assalamualaikum and a very good night.



Time will show us two main things;

whether how loyal someone can be, or how fast someone can changed.





May 14, 2012

36 Kebahagiaan Budak PASUM

Assalamualaikum dan Hye.

Aku dapat menda alah nie from one of senior kat PASUM. Bukan nak show off ye. Tapi aku rasa benda ini sangat lawak. Herot sikitlah bibir aku waktu membacanya kat fesbuk. Hahaha.


* * * * * * * * * * * *


Salam, adik-adik lepasan SPM yang dapat ASASI UM (PASUM).. Tengok ni, tahniah!! Anda adalah BATCH PASUM 12/13 and so on.

Ini adalah 36 sebab kenapa anda harus memilih PASUM dan perkara-perkara yang menarik tentang PASUM yang perlu anda tahu yaa.... (MEMANDANGKAN ANDA ADALAH BATCH KE-36 PASUM)


1. WiFi speed!!

2. Dua orang satu bilik dilengkapi WiFi yg membuatkan korang tak study (Ok ini boleh jadi alasan aku
taknak siapkan assignment nanti)

3. Kitorang TAKDE saman!!

4. Cafe kami murah!! (Maka dengan itu gemuklah aku..)

5. Rambut panjang bukan satu hal, nak karat pun takpe (What the--)

6. Lecture hall yang besar dan boleh mintak orang sign attendance

7. Bilik Tutorial ada Aircond, bukan kipas!! +WiFI

8. Midvalley bagaikan rumah kedua (Terbaik. Kempislah poket aku..)

9. Transport semua ada, jalan kaki je pergi Stesen Universiti

10. Lecturer kami cool dan memang terbaik dari LADANG!!

11. Tutor kami stylo!!

12. Demonstrator kitorang baik!! (ADA AKU KESAH???)

13. Library suhu bawah takat beku mcm kat oversi, dah takyah fly (Perli aku ke? Terasa sikit)


14. Kami ada Frenster, OAG, Diandra Arjunaidi, Forteen

15. Gym, Kolam Renang, Kayak semua ada!! (Tak minat. Coz aku tak suka bersenam hahaha)


16. Koperasi bukak dari 7 pagi sampai 3 pagi esoknya.. Nak tidur dalam koop pon boleh!

17. Nasi lemak PJ

18. Senang dapat soalan spot dari lecturer.. Mesej je.. Hahah

19. Tak payah jalan jauh-jauh, depan kolej ja tmpat belajar, kalau SEM 2 kelas start kul 9, kul 8.50 baru bgun tido, sempat lagi (Yes!)

20. Ada Kompleks Perdana Siswa

21. Dewan exam kami 5 stars (Aku kesah apa???? Tempat exam pun nak eksklusif ka??)


22. Pintu gate UM bukak 24 jam

23. Transport paling efisyen dalam KL. Nak pi pudu pon senang..

24. Pasar malam kerinchi setiap JUMAAT

25. KEM Motivasi Asasi

26. BUKIT SIMEN jadi tempat rekreasi dan release tension

27. Kitorang takde curfew/waktu larangan

28. KK12 ada tasik untuk campak orang waktu birthday (Hahaha.. Terbaik)


29. MALAM EMAS kitorang RM 100 at Hotel Istana

30. Amali kitorang 3 jam.. Jotter boleh tiru

31. Hostel kita macam apartment.. 9 tingkat tu...

32. Dari bangunan baru PASUM, boleh nmpak panorama KL yang sungguh memukau

33. Kalau nak order PIZZA, MCD, DOMINO guna delivery..kejap je dah sampai (Once again, GEMUKLAH AKU...)


34. Boleh ketuk pintu semua bilik, lepastu lari..

35. Kat sini ada kucing yg boleh terbang dari tingkat 5, 6, 7.. (Apakah???)


36. KAWAN-KAWAN KAT SANA SEMUA BAIK-BAIK... Nanti anda akan menghargai SAHABAT-SAHABAT anda..


 
* * * * * * * * * * * *

 
Aku ada satu lagi keseronokan. My ZooBand hahaha. Dorang ramai-ramai pakat nak carik aku kalau ada orang karokk lagu dangdut kat aspuri nanti =='

Artis Baru-ZooBand

Assalamualaikum dan Hye.

Nawaitu utama aku memasuki PASUM (Pusat Asasi Sains Universiti Malaya) ialah untuk menjadi seorang mahasiswi yang matang serta kontemporari. Cewah. Tapi belum pun daftar masuk aku telah memiliki sebuah band iaitu ZooBand (?)

ZooBand kami terdiri daripada penyanyi utama aku a.k.a Cik Panther dan dua orang backup singer iaitu Cik Piyo dan Cik Mau. Pengurus besar kami ialah Cik Shiro, admin group PASUM. ZooBand bernaung bawah syarikat rakaman Human Bone, dikendalikan oleh Gecko dan Buaya atau geng Setaman. Kami ada peminat tegar, Cik Kuda dan Cik Sesumpah.

Misi utama ZooBand adalah untuk menghujankan KL sehingga banjir kilat lalu kelas pasti akan dibatalkan. Musik kami bersifat fleksibel - zapin, nasyid rock (Zarock), dangdut, rock kapak, lullaby dan opera. Kami turut mempunyai jadual yang ketat. Concert lullaby setiap malam supaya semua student yang stayup study tertidur. Nasyid di surau lima kali sehari. Zapin di pintu masuk UM. Dangdut di cafe. Opera di atas pentas. 

Makan minum ZooBand juga terjaga secukupnya. Geng Setaman menyediakan katak masak kicap, sandwich piranha dan paus masak madu untuk kami picnik di tepi tasik sambil memakai costume masing-masing. Nak otograf? Sila rujuk kepada Cik Shiro Pengurus.


pink panther 800 1
Hoyeah aku Cik Panther yg sedang berdangdut


Cik Piyo yg berlagak innocent tetapi sebenarnya kreatif


Cik Mau yang tak reti zapin, hanya tahu rock kapak

Ok jangan tanya aku muka Cicak Gecko dengan Buaya tu camne. Aku tak dapat imagine.


* * * * * * * * * * * *


Seriously? Mahasiswi matang dan kontemporari??

Alternatif Menghilangkan Kesan Mekap

Assalamualaikum dan Hye.

Aku ada benda best nak show off kat korang. Bagi girls kat luar sana, agak-agak korang pernah tak alami kegeraman yang mendesum keluar akibat muka berjerawat kerana tak cuci mekap sebelum tido?? Haaa haaaa itulah yang aku alami :C

Aku tak berapa suka pakai mekap yang heavy, cukuplah cuma foundation, eyeliner, natural blusher and lip balm sahaja. Takde makna eh nak tempek colour-colour kat mata bagai itu. Eden tak pandai nak matchkan colour nanti serupa macam Lady Gaga. Huduh.

Nyway tadi aku pergi Econsave Kapar yang dah cabuk, tunggu masa nak roboh jer huahuahua. Kejam. Aku pusing-pusing bahagian bedak dan equipment mandi baby sebab aku teramatlah tak sedar diri what the hell nya suka merayap section situ tiap kali shopping. Aku jumpa benda cool nie.



Baby wet tissue. Hahaha hoyeah Im serious.

Aku pernah usha harga mekap remover. Mahal! Sebagai student yang pasti keciputan bajet lantaran lebih mementingkan makanan, aku mesti pandai atur strategi. Aku beli baby wet tissue ini dengan harga RM 4.50 sahaja. Memang super jimat.

Apabila habis berjalan dan pulang ke rumah, aku pasti kepenatan dan malas cuci mekap. Kalau cuci pun sekadar bersih untuk amik wuduk then aku biarkan kering camtu jer. Kalau time moon coming lagilah aku terus tido tak pedulikan muka berminyak aku itu. Jadi penyelesaiannya ialah, gunakan baby wet tissue! Huehuehue.

Cara menggunakannya sangat simple!

1) Bukak tudung, pandang cermin
2) Bukak penutup wet tissue, sengih kat cermin balik
3) Sapu wet tissue, gelak pandang cermin
4) Setel menyental muka, senyum lebar kat cermin bila pandang muka gojessss anda itu hahaha

Dah siap! Praktikal dan jimat bukan??

May 13, 2012

Dia Ialah Aku..

Assalamualaikum.


Hamba puteri dirias angsana
Terlihat kekanda lidah menyapa
Niat di hati ingin berkelana
Apakan daya bintangnya tak jumpa.




Hamba merenung gadis itu yang tertawa hiba.
Sedaya-upaya cuba disembunyikan tangisan lara dengan senyum segaris
"Mengapa kau bersedih?"
Dia mengukir senyum dan mengesat air mata.
"Jika kau melihatku sekarang, adakah aku berseorangan atau aku ditemani sesiapa?"
Hamba merenung anak mata hitamnya lalu tersenyum.
"Aku tidak melihat sesiapa pun disisimu. Hanya kau seorang"
Lalu dia teresak-esak dan menekup mulutnya, meredamkan bunyi tangis derita.

"Katakan padaku, mengapa kau masih menangis?"
Gadis itu menjawab sayu.
"Kerana kau tahu tiada sesiapa disisiku"
"Lalu mengapa kau menangis hanya kerana aku berkata begitu?"
Dia memandang hamba dan masih tersenyum lesu.
"Aku menangis kerana lelah. Lelah kerana kau tidak menyedari betapa aku berdukacita!"
Ingin hamba sentuh bahunya namun tak tercapai.
"Mengapa sukar untuk aku menyentuhmu?"
Dia terdiam dan merenung hamba.

Serta-merta hamba tersedar apa yang berada di hadapan hamba.

Gadis itu terus berbicara.
"Aku berdukacita kerana masih tidak dapat menerima kenyataan tiada sesiapa disisiku sekarang.
Aku bersedih hati kerana tempat di sebelahku ini kosong tidak berusik.
Aku menangis kerana aku sendirian disini.
Aku memendam hiba kerana kau masih tidak menyedari betapa aku terseksa menjerit,
merintih dan mengadu kelelahan aku kepadamu selama ini.
Kelelahan menanti bulan yang tak terjangkau!"

Hamba merenung kosong objek yang berada di hadapan hamba kini.
Sebuah cermin besar.
Dan hamba melihat dia di hadapan hamba.
Senyumannya, tangisannya sama seperti hamba.




May 11, 2012

Saya Cantik Dan Original

Assalamualaikum dan Hye.

Tajuk macam menadah muka untuk dihadiahkan penampar. Bertambah cantik pipi ini dengan blusher lima bucu.

Saya baru selesai interbiu dengan pihak MARA pagi tadi :) Sesi saya hari ini pukul sembilan pagi dan saya dapat panel 12 hewhew. Boleh kata kesemua candidates yg ada hari ini memilih Ireland untuk sambung pengajian dalam bidang kedoktoran. Eh eh sopan sungguh saya hari ini. Wakaka. Sebagai seorang perempuan yang ayu (faker) merangkap lemah lembut (ganas nak mampuih) lagi berwibawa (what the hell?) percakapannya, saya kenalah tunjukkan contoh yang baik. Mana tahu seploh tahun akan datang bila saya baca balik entry-entry mengarut saya ini, saya akan tersenyum sendiri? :')

Tak banyak yang saya nak tulis dalam entry kali ini. Sebab apa? Sebab saya menjalani satu lagi grouping interbiu dan mendapat case study yang sama sekali lagi. Yeah saya tak bergurau. Case study yang sama sekali lagi. Macam ini. Kalau nak tahu bagaimana keseriusan tahap case study yang saya dapat, silalah rajin-rajinkan tangan selongkar entry lama saya itu. Tapi saya bagi amaran, entry itu tersangatlah kebudak-budakan kerana saya menaipnya dalam keadaan diri seperti kanak-kanak Dumex yang belum membesar. Hewhew. Sekarang saya sudah dewasa dan matang. Serius tak tipu. Serius!

Jadi setakat ini alhamdulillah saya tidak meroyan seumpama kehilangan anak kerana frust menonggeng dengan interbiu saya yang entah hapa-hapa. Bahasa Inggeris saya masih bertabur macam gigi bersepah. Tangan saya pulak punyalah over what the hell nya asyik terangkat-angkat seumpama ingin berpidato secara ganas sekali lagi. Muka saya juga asyik tersenyum memanjang memandang gruopmate lain walhal hati saya membentak kerana English mereka sangat cun melecun perfek wa cakap lu. Namun begitu saya amat senang melihat panel-panel yang asyik bermain handphone, ipad dan segala spesis handphone besar gedabak. Macam Galaxy Tab saya yang dicintai kerana hilangnya tak berjejak (tersentap haku) Lari tajuk pulak. Maap ye. Ihiks (gelak gedik Maria Elena)

Saya juga mempunyai masalah kengidaman yang agak kronik. Tengah hari tadi secara drastiknya keinginan untuk makan Secret Recipe memuncak seumpama mercun di malam raya. Saya bersungguh-sungguh mengajak bonda ke Kapar untuk membalun Secret Recipe hewhew. Saya tawarkan nak bayar sepaaruh tapi beliau tak tuntut balik pun. Oleh itu, saya berhajat untuk menyimpan duit yang ada untuk menggantikan Galaxy Tab saya yang hilang dirembat toyol berkepala hitam. Seriously, perasaan ingin membunuh manusia itu masih ada. Haha hoho hihi huhu hehe <-- Gelak faker

Malam tadi pakcik saya cakap dia tak kenal saya. Bila saya tanya kenapa, dia kata saya dah GEMUK. Ow em geeeee. Hati saya yang maha halus ini tercarik-carik you know. Terasa ingin transfer sedikit daging kepada mangsa bulimia dan aneroxia di Afrika Selatan. Lihatlah betapa mulia tak mulianya hati saya. Sanggup membuat kebajikan walaupun diri teruk dihina dan dikecam. Tidak mempedulikan persepsi demi spekulasi yang dilontarkan kepada diri.

Oh oh lupa. Muka saya juga sedikit berjerawat. So saya seolah-olah bakal melangkah masuk ke UM dengan memakai board pada badan yang tertulis "SAYA GEMUK DAN SAYA BERJERAWAT. SILA KAWAN DENGAN SAYA" Jikalau anda terserempak dengan saya disana, sila terima saya sebagai rakan anda seikhlas mungkin. Dan ringan-ringankanlah lidah anda untuk berbohong jika saya bertanya kepada anda adakah saya ini cantik atau tidak. Bidadari atau Beyonce? Sila jujur.


* * * * * * * * * * * *

Maaf. Entry merapu-rapu ditulis dalam keadaan kenyang dan mengantuk lalu kerasionalan diri amatlah tidak boleh dipertikaikan. Sila lupakan kata sifat berbentuk pujian maha hipokrit dan perasan tahap dewa yang terdapat pada perenggan-perenggan di atas. 

May 8, 2012

Temuduga MARA

Assalamualaikum dan Hye.

Naik kematu tangan aku menekan keyboard dari pagi. Nak tekan link untuk keputusan temuduga MARA tu mak aiiii gilalah dia punya loading!! Aku menekan keyboard nih dah memang gaya macam nak guna M-16. Tekan punya tekan lepas tiga jam berlalu, bum kebum kebaboommmm result keluar!

Argh finally.


SLIP TAWARAN TEMUDUGA


Nama : Aqila Binti Mohd Noor
No Kad Pengenalan : 94072210****
Kod Program : LN0102



Yeay yeay yeay!! Yabedabedoooooooooo alhamdulillah syukur. Eh tapi kan tapi kan kita scroll ke bawah then nampak ini :



Tarikh : 11 Mei 2012
Masa : 9.00 am


Homaigad homaigad oh noo dekatnya! Jumaat ini interview!! Mulalah aku menjadi cacing kepanasan macam berpusing-pusing tak jumpa tanah nak kambus. Mulalah peluh menitik-nitik laksana air hujan pagi menyembah bumi menyapa mesra isi alam eh eh eh apa aku mengarut nih? Ok kembali kepada main point kita ya.

Alah alah paniknya cemana nih cemana nih? Duduk rumah lima bulan otak dah basi semua gaya pemidato tersohor aku dah hilang alamak acane ni acane nih??? Lama tak speaking bajet poyo padahal berterabur aduhai habislah habislah. Dah lupa camne perasaan nak berdepan dengan para interviewers yang psycho gila babeng omaigad omaigadddd help meeeeeeeee... Tatotnyewwwwwwwwww..

Mulalah tangan shaking nak carik semua info yg bersangkut-paut dengan medic. Tatotnyewwwww tatotnyewwww oh Qila jangan pelat-pelat nanti interviewers ingat aku tak lepas umur SPM lagi! Ok TAKUTNYA.... Semua pakat ramai-ramai tadah tangan doakan Qila cepat-cepat kalau tak nanti Qila takde semangat nak bajet jadi pemidato terohor lagi cepat tau cepat tau Qila tengah panik plus eksaited kemain nih.

Nak out untuk study balik semua teknik menjawab soalan dan teknik menggebang kat interviewers bajet paham soalan padahal tak tau nak jawab apa wakaka kbai.

I Always Look

Assalamualaikum. Ini short entry.


I look for you everywhere I go. Hoping to bump into you. But I never see you. You're not there. You're never there.


Ada hikmahnya galaxy tab dan simcard aku hilang. Setidaknya tak perlu rasa sedih macam sebelum ini. Semua ketentuan Allah.


Aqila Syahiena
Meru, Klang

May 7, 2012

Demam UPU

Assalamualaikum. Selamat malam semua.

Tadi aku bukak blog tutorial-tutorial untuk blogskin. Canteksssss sangat!!! Disebabkan aku ini seorang yang tak statik dalam mendesign blog aku sendiri maka sudah pasti aku akan ubah balik design blog kan? Tapi hari ini aku agak malas nak redesign. Lagipun blog aku sekarang nih cantik hapa? Cantik kan? Kan? :')

Ok takpe tak kisah kalau nak jawab jujur.

Hari ini keputusan UPU keluar. Para SPM leavers semuanya update status kat fb pasal tawaran. Ada yg dapat, tak kurang jugak ada yg tak diberi rezeki untuk masuk UPU. Takpe, rezeki semua kuasa Allah. Doa supaya kita dapat yg terbaik :) Hewhewhew. Aku pulak diberi rezeki masuk UM. Asasi Sains Hayat. Adalah dalam dua tiga ketul jugak yg dapat sama tempat dengan aku. Tapi yg paling best, cik FS pun dapat situ jugak! Yabedabedoooooooooooooooooo... My greatest buddy will accompanied me there. Thank you Allah. Happy sesangat nih. Dah tak tau nak buat reaksi apa. Hehehe. Persiapkanlah telingamu wahai FS untuk mendengar celoteh aku. You're my sweetest pal. My second ear. Sob sobsssss. Terharu pulak rasa. Eh over!

Ada member yg mengadu kat aku sedih pasal dorang tak dapat UPU. Ada jugak yg dapat Form 6. Tapi majoriti rasa sedih sebab terpaksa amik matrik bila dah takde pilihan lain. Oh my kawan, jangan begitu. Matrik ka, asasi ka, Form 6 ka, diploma ka semuanya sama saja. Bezanya cuma kelulusan matrik tak boleh pakai untuk carik kerja, itu je. Yg lain-lain tu semua boleh pakai kelulusan untuk carik kerja. 

Tapi apa-apapun, belajar sememangnya susah. Takde yg senang. So kalau apapun pilihan yg korang buat, buat je sepenuh hati. Jangan dengar soksek orang mengatakan susah lah, belajar bagai nak gila lah apalah. Ignore semua itu. Think positive. Susah tak bermakna mustahil, betul tak?


Shushah tak bermakna mushtahil tawwwwwww! meawwwww

Hehehe. Contohilah kucing ini hokey. Senyum ceria aja. Muka pun tambah berseri kannnnnnnn...

Eh tadi aku bukak website UM. Eksaited kemainlah kau! Saja je gedik-gedik usha muka lecturer hewhewhew. Siap bukak notes lagi. Sumpah kalau belajar main-main jugak kasi penampar je kat aku nih.

Aku download jugak mutabaah amal. Buat persediaan mantapkan kerohanian kat sana. Puan Mama kata biarlah kita berjaya untuk kedua-duanya. Dunia dan akhirat :') InsyaAllah aku cuba praktikkan. Buat apa nak rasa malu buat kebaikan kan? Hihihi. Ni contoh borang mutabaah amal yg aku jumpa. Kalau nak jugak, boleh search kat google. Berlambak-lambak ada. Pilih aje.




Heading to my super brand new world. I'll seek more happiness and insyaAllah more iman ahead. Tak sabarnyewwww itewwww nak mashuk uuuuuuuu.... (Tolong tarik mulut aku sedepa)

May 6, 2012

Dying

Assalamualaikum. Kak Qila nak habaq sat.

Hai sekali lagi. Lama sungguh tak beronline dan membiarkan blog ini terkapai-kapai tanpa haluan pasti. Akhirnya tuanmu yang tak berdedikasi menjengah semula. Acece, hiperbola je. Mood nak menaip dah tiba lepas entry sebelum ini yang agak emo dan meroyan tak cukup tanah. Standard lah tu, manusia memang berubah-ubah perasaannya. Kejap ok kejap tak ok. Itu normal ok. Normal! (Nak cover malu) Aku memang tak berapa mahir bab-bab intro blogging nih. Kalau nak suruh aku buat karangan BM SPM boleh lerrrrr..

Owh Kames lepas aku turun PWTC bersama budak-budak STAR. Dua hari sebelum tu aku dengan penuh semangat waja mengusulkan agar kami memakai baju sekolah namun sayang berjuta sayang cadanganku ditolak mentah-mentah. Takde kompromi langsung. Diorang tak paham ke itu namanya strategi berjimat? Jimat beb, jimat! Sebab kalau pakai baju sekolah dengar-dengar cerita boleh dapat harga murah sikit tau. Tapi nak cakap sekarang pun tak guna sebab pesta buku tu dah watammat dah. Muehehe.

Kalau bukan sebab satu kecurian yang berlaku, mesti Kames tu aku pulang ke rumah dalam keadaan separuh sedar akibat overdose gelak. Tengah aku sibuk berfoya-foya memborong buku, ada sekor hamba Allah yang takde sivik pegi seluk beg aku than amik phone tab aku. Tergamam aku masa perasan tab tu dah lesap. Nak meraung pun hado. Mujurlah aku seorang wanita yang penyabar. Cukup penyabar. Jikalau tidak pasti aku membuat kecoh di situ sambil terjerit-jerit meroyan pasal tab yg hilang tak berjejak. Pasti aku melalak-lalak sampai orang yg amik tab aku tuh rasa bersalah gila lalu memulangkan semula tab itu. Disebabkan wajahnya yang agak kacak, ditambah pula raut wajahnya yang menggambarkan rasa kesal, sudah tentu aku tergamam dan terdetik di mindaku bahawa ini pastinya cinta....

Teeeeeetttt!! Beranganlah kau Qila. Takde pekdah kak oi nak jatuh cinta kat manusia berhati binatang macam tuh.

Nak kata aku marah, tak jugak. Sebab aku jugak yg salah letak menda tu kat dalam beg. Nak kata aku seronok, hang gila ke apa. Boleh terkena amnesia aku nih kalau tak kisah tab harga beribu hilang camtu jer. Tapi aku tau nak menjejak balik tab tu macam nak carik jarum dalam rumput. Macam nak carik uban kat kepala orang negro berambut afro. Susah! Separuh jiwaku melayang tahu. Kalau tak fikirkan tahap kesabaran yang masih bersisa, pasti akanku sumpah manusia itu digilis lori. Paling-paling baik pun patah kaki. Tapi aku ini masih penyabar orangnya. Tenang sekali. Jadi mak mak sekalian bolehlah meletakkan nama aku dan highlightkan sekali sebagai calon menantu mithali. Eh tapi ni bukan lesen untuk kau curik phone aku lagi ye! Persetan sama kau wahai penyeluk beg.

Berhari-hari aku di rumah, kemurungan. Celik je mata terus teringat tab yg dah selamat pergi. Inisiatif yang agak gila muncul di benakku namun biarlah aku rahsiakan dari mata umum. Biarlah aku sendirian menanggung derita ini. Biarkan!

Eh meroyan lagi! Betapa kejamnya dikau wahai pencurik tab. Menjadikan aku yg serba sempurna fizikal ini agak cacat emosinya.

Ok tutup story pasal pemergian tab tercenta. Tadi aku bukak website UM. Aku ditawarkan untuk Asasi Sains Hayat di sana :>>> Thank you Allah. Walaupun Kau menarik tab kesayanganku pergi, Kau memberiku rezeki yg tak terjangka. This is what we called after pain, there's smile. Alhamdulillah. Syukur beb, syukur!

entry macam gila tapi sebenarnya kita geram dgn broadband kita. lembab. kalau teringat pasal tab tu sedih pun hado. sob sobsssss :<

May 2, 2012

Siapa Aqila Sebenarnya

Assalamualaikum. Kak Qila nak habaq sat.

Siapa Aqila sebenarnya? Mengapa begitu sukar untuk memahami beliau?

Tak boleh tahan intro aku. Heessshhh sudah-sudahlah entry mabuk dua hari lepas. Ignore je, time tu aku tengah down tahap menyembah bumi dah. Mencik lah nak ingat balik! Malu eden! Malu! Sampaikan terasa nak buat second blog jer untuk tempat aku merepek-repek then privatekan untuk aku seorang. Tahaaaaa.. Maka dengan itu jari ini akan bertambah hyperactive serta uncontrolled untuk melepaskan segala jenis mak nenek emosi yang aku ada.

Segala jenis mak nenek emosi? Standard lah tu. Kak Qila memang tak berjenis.

Peeps said woman are complicated enough. Well, it suits me. Thats why kedudukan perempuan begitu istimewa di mata Islam, tak gitu? I dont mind others said I'm a complicated person, or even a weirdo (coz my bertuah brother sometimes said that to me brrrr) It suits me.

I'm a Rhetorical Keyla. Even in my ID for English Camp last year said so. Mungkin juga bukan 'complicated' yang theyolls maksudkan itu sebenarnya hanya fikiran multidimensi? (Ah sudah! Kejadah apa pulak sampai multidimensi?) Fikiran multidimensi. Fikiran yang berbagai-bagai. Tak berjenis, tak statik. Mungkin jugak fikirang orang yang masih mencari identiti diri? <----- Semua pakat-pakat tunding jari kat aku. Slap my chin hard enough.

Tak salah cari identiti diri kan? Raised yr hands if korang pernah jumpa ramai manusia yang kenal siapa sebenarnya diri dia. In other terms, kenal yang sedalam-dalamnya. Zahir batin (Oh lalaaaa macam aneh bunyi frasa 'zahir batin' itu) But really, how many of us really knew our true self? Without doubting any misunderstands that peeps throw? Naaahh, mungkin ada tapi tak perasan. Mungkin juga mereka sangka mereka kenal siapa diri mereka even hakikatnya mereka je rasa camtu. Am I being a provocative?? Tak laaa, tak laaaa... Aku cuma berbahasa ikut apa yang aku rasa. Kalau salah sila betulkan, kalau betul sila renungkan.. Peace uh lala.... :b

For me, kalau ramai sangat orang yang kenal siapa diri mereka, kenapa setiap kali bila kita interbiu or baca apa-apa kenyataan surat khabar pasal budak rosak dadah ke hapa ke mesti theyolls akan kata "Saya buntu dengan hidup saya. Saya bosan, saya nak cuba benda baru" or "Saya tersilap langkah. Kawan saya yang pengaruh saya! Saya ingatkan dia nak tolong, rupanya dia nak dorong!" or whatsoever. Kalau kita betul-betul kenal siapa diri kita, kenapa bila orang tanya "Camne boleh jadi camni?" kita akan jawab "Entahlah. Saya pun tak tau kenapa saya buat camtu" Ok. Actually itu ayat baik. (I'm not an outgoing girl so my heads stucks in this house and I don't even know berita umum coz I hate newspapers) Senang cerita, aku tak reti bahasa-bahasa style yang cool-cool macam orang lain! Aku kan pelik! Abnormal!! <--- Emo pulak.. Hiksss.

Thats why aku kata tak ramai manusia yang kenal dengan diri dia. Even aku pun constantly selalu carik cara nak kenal diri aku. Buat personality quiz lah, face-to-face confession lah, baca balik diari lama dan other random stuffs.

I am random. I can be a very good listener. I can be a cheeky friends. I can be a nerdy students. I can be a loving girl (really? To WHO??) I can be a naggy sister. I can be a weirdo jimba. I can be a mumbling mom. I can be a sewel kawan. I can be an evil haters too, if you wish. I am random. Thats why aku tak pernah berjenis dalam berfikir. Bila aku tak berjenis dalam berfikir, mulalah orang cop aku COMPLICATED. Hmmmmpphhhhhh! <---- I folded my arms to my chest.

Aku complicated bukan kerana aku ada banyak personaliti. Tapi kerana aku suka berfikir pasal semua benda. Aku tak normal dalam berfikir, but my barins suits my head well you know. Aku bukanlah macam Jimmy Neutron, punya otak geliga besar gedabak. Kalau gitu aku nak pakai helmet pun tak pass! Apa kejadah genius tapi tak boleh pakai helmet???? Boooo Jimmy Neutron, booo... Toksahlah nak jadi genius sampai tahap dewa gitu, buat susah kau aje...

Yes aku tahu aku dah mual merepek merapu meraban.. Biarkan aku dalam keadaan begini.. Kerana aku masih ting tong dalam rencah asam dunia.. Kak Qila kenapa tangan tu hyperactive semacam jer taip benda pelik-pelik nie.. Biarlah.. Tangan aku, suka aku lah.. Ini negara demokrasi, taktaulah lepas Pilihanraya Umum nanti kot tukar dasar negara jadi republik.. Huh lantak koranglah, dah dua-tua pun nak bergaduh macam budak kecik.. Tak malu.. Nama je dah tua tapi otak sempit.. Sivik pun takde.. Gaduh guna media pulak.. Ingat aku bayar paper mahal-mahal tu nak baca drama politik korang tu je ke... Merosakkan pemikiran rakyat.. Bebudak kecik pun dah tau gaduh tumbuk-tumbuk pasal nak sokong parti mana.. Padahal hingus masih meleleh, bawak-bawaklah belajar camne nak gantikan atuk-atuk tua tak sedar diri tu in the future nanti.. Eh ehh kanapa Kak Qila masuk politik nie.. Tapi nak padam tak boleh.. Permanent liquid nih, takleh backspace dah!

# aku baru lepas jawab personality quiz-what makes you beautiful? (cheesy enough for you? wait until you see the answer :p)


Nothing can stop you from accomplishing wan you need or want to. You'll never give up if you believe wants right. Keep it up!

Uhlalaaaa.. Kembang.. Kembang...


May 1, 2012

Aku Ibarat Lipas Yang Tersedut Racun

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Dunia
Bicara ikhlas tapi telus dari Aqila Syahiena..


Oh dem! Its May alreadyyyyyy..
Betapa pantas masa berjalan pun langsung aku tak sedar.
Rasa macam baru semalam habis Esh Pie Emmmm dan tergelak-gelak mengenangkan kebodohan belajar kereta.
Suddenly, its May already??
Hew hew hew..

Dah beberapa hari aku tak post apa-apa. Malas pun hado. Inipun sebab subuh-subuh aku tergerak hati nak stalk blog orang barulah ada mood nak menaip.
But that's not the main reason.
Actually aku benci tahap dewa kepada dashboard baru nih.
Seriously mencik!
Dear Mr Authorized, Y U NO THINK OF A BROADBAND USER LIKE ME????

Sudahlah dashboard lama sebelum nih pun lambat.
Ini pulak nak tunggu dashboard baru yang serba canggih nih loading.
Memang tak tekan button new post lah aku jawabnya..
Bila nak update post pun lambat, maka mood untuk menaip turut hilang.
Dan aku akan menekan button merah belah kanan tu dengan hati yang mendidih..
Sekali lagi, oh dem!

Baru-baru ini result matrik keluar.
Dan KPM dengan bangganya meletakkan aku kat Melaka..
Brrrrrrrrrrrrrr..
I filled the form with Matrik Kuala Nerang hokey!
And the second choice is Arau!
Once again, Y U NO LOOKED AT MY CHOICE????

Walaupun aku tak berniat nak sambung matrik, aku tetap tak puas hati sebab dapat Melaka..
Dah bosan duduk Melaka tuh, sikit-sikit Bandar Hilir, sikit-sikit A Famosa..
Pooooooodaaaaahhhhhhh!
Aku nak jugak merasa dapat jauh-jauh.
Barulah ada thrillnya..
Dulu zaman sekolah dapat MRSM kat Pasir Salak pun dekat dengan rumah jugak..
Takkan nak further study pun nak bagi dekat-dekat jugak???
Mak ayah jangan risau..
Big girl don't cry you know!!

Bulan Mei ini UPU pulak keluar..
Hah sudah ini pun aku cuak jugak..
Tak tahu dah apa yang aku nak harapkan lagi sekarang.
MARA pun masih dalam penantian..
Harap-harap Allah bagi rezeki kat aku untuk dapat MARA then further study sampai separuh mati..
Jangan mati betul sudahlah..
Tak menyempat aku nak balas jasa bonda dan ayahanda..

Aku dah terlalu lama duduk rumah menternak lemak..
Sampaikan sekarang aku dah lupa camne rasanya nak pegang pen dan kertas..
Nak pandang buku apatah lagi, langsung takde keinginan nak sentuh pun..
Konon-konon nak bajet dah buat persediaan nak masuk U lah nie..
Selak-selak buku Biology SPM then rasa macam nak menjerit.
Once again, Y U NO MAKE THE ENGLISH EASIER????

Aku dah takde semangat nak belajar..
Bila makcik-makcik tanya "Ila nak sambung apa nanti? Medic ye?"
I was just like "Ha? Oh, emm haaah"
 Pastu buat muka blur..
Bila dorang sok sek sok sek tanya kat aku apa perancangan masa depan..
Aku senyum dan angguk jer.
Rasa macam dah takde jiwa.

Aku perasan ada banyak perubahan yang ada dalam diri aku sekarang nih..
Dulu aku tak suka minum air masak..
Tapi sekarang dah boleh minum hari-hari.
Dulu aku suka sangat warna pink..
Sekarang dah tak berapa gila lagi nak carik baju kaler pink je.
Dulu aku fanatik kat Zimi Sofaz, sampai rasa nak kawen dengan dia..
Tapi sekarang Versus TV3 yang ada Sofaz tu pun aku dah tak layan.
Dulu aku suka baca novel jiwang-jiwang..
Sekarang aku meluat bila baca konflik yang sama jer..
Macam dah takde idea lain penulis zaman sekarang nih..
Dulu aku suka sangat buat sajak everytime aku frust..
Sekarang kalau frust aku baca komik jer.
Dulu aku kuat makan..
Sekarang mak aku cuma perlu supply roti dengan megi je kalau aku ditinggalkan kat rumah..
Dulu aku asyik pakai baju yang sama jer tiap kali keluar rumah..
Sekarang doplohpat jam pikir nak pakai baju apa kalau keluar esok.
Dulu aku tak suka tengok Korea..
Sekarang asal ada masa lapang jer aku layang MV Korea..
Siap jatuh cinta kat GD Bigbang lagi..
Dulu aku.....
Sekarang aku....
(List ini berterusan tanpa henti)

Sekarang nih aku ibarat lipas yang tersedut racun..
Termangu-mangu dan takde jiwa..
Bila orang tanya pasal hari esok, aku siap fikir masih ada ke hari esok untuk aku?
Apa yang aku nak belajar bila sampai U nanti?
Nak pilih cara hidup camne nanti?
Camne nak carik duit bila dah besar nanti?
Nak kawen dengan siapa nanti?
Seee? Semuanya berkisar pasal 'nanti'..
Once again, Y U NO STOP BOTHERING MY MIND????

Soalan-soalan tu macam soalan budak tak cukup umur je..
Macam budak pendek akal yang tak habis PMR lagi.
But that's the truth, aku yang dah besar tagun nih masih terfikir pasal tu..
Macam sekejap sangat masa berlalu, sedar-sedar dah kena fight for life balik..
Apa guna dapat result elok SPM kalau nak duduk rumah relaks jer kan..
I gotta move on with my life back..
Buang jauh-jauh perasaan down dan malas tuh..
Kumpul balik semangat nak study tuh..
Be a successful human being..
And a successful Allah's servant..
Apa-apa jelah..

Entry nih takde pape objektif utama pun..
Sekadar entry mabuk yang aku main tulis jer tak fikir pape pagi-pagi buta nih..
Main taip ikut sedap hati dan tak tapis pape pun..
Yelah, aku kan ibarat lipas yang tersedut racun..
Malas dah nak fikir apa-apa.. Hew hew hew..




Sory kalau ada yang rasa dikhianati dengan entry nih..
Yelah mungkin korang harap dapat tengok lipas yang separuh mati terkena racun..
Rupa-rupanya korang yang keracunan nampak muka tak semenggah aku tu..
Ampun maap hokey.