May 14, 2012

Alternatif Menghilangkan Kesan Mekap

Assalamualaikum dan Hye.

Aku ada benda best nak show off kat korang. Bagi girls kat luar sana, agak-agak korang pernah tak alami kegeraman yang mendesum keluar akibat muka berjerawat kerana tak cuci mekap sebelum tido?? Haaa haaaa itulah yang aku alami :C

Aku tak berapa suka pakai mekap yang heavy, cukuplah cuma foundation, eyeliner, natural blusher and lip balm sahaja. Takde makna eh nak tempek colour-colour kat mata bagai itu. Eden tak pandai nak matchkan colour nanti serupa macam Lady Gaga. Huduh.

Nyway tadi aku pergi Econsave Kapar yang dah cabuk, tunggu masa nak roboh jer huahuahua. Kejam. Aku pusing-pusing bahagian bedak dan equipment mandi baby sebab aku teramatlah tak sedar diri what the hell nya suka merayap section situ tiap kali shopping. Aku jumpa benda cool nie.



Baby wet tissue. Hahaha hoyeah Im serious.

Aku pernah usha harga mekap remover. Mahal! Sebagai student yang pasti keciputan bajet lantaran lebih mementingkan makanan, aku mesti pandai atur strategi. Aku beli baby wet tissue ini dengan harga RM 4.50 sahaja. Memang super jimat.

Apabila habis berjalan dan pulang ke rumah, aku pasti kepenatan dan malas cuci mekap. Kalau cuci pun sekadar bersih untuk amik wuduk then aku biarkan kering camtu jer. Kalau time moon coming lagilah aku terus tido tak pedulikan muka berminyak aku itu. Jadi penyelesaiannya ialah, gunakan baby wet tissue! Huehuehue.

Cara menggunakannya sangat simple!

1) Bukak tudung, pandang cermin
2) Bukak penutup wet tissue, sengih kat cermin balik
3) Sapu wet tissue, gelak pandang cermin
4) Setel menyental muka, senyum lebar kat cermin bila pandang muka gojessss anda itu hahaha

Dah siap! Praktikal dan jimat bukan??

No comments: