May 14, 2012

Artis Baru-ZooBand

Assalamualaikum dan Hye.

Nawaitu utama aku memasuki PASUM (Pusat Asasi Sains Universiti Malaya) ialah untuk menjadi seorang mahasiswi yang matang serta kontemporari. Cewah. Tapi belum pun daftar masuk aku telah memiliki sebuah band iaitu ZooBand (?)

ZooBand kami terdiri daripada penyanyi utama aku a.k.a Cik Panther dan dua orang backup singer iaitu Cik Piyo dan Cik Mau. Pengurus besar kami ialah Cik Shiro, admin group PASUM. ZooBand bernaung bawah syarikat rakaman Human Bone, dikendalikan oleh Gecko dan Buaya atau geng Setaman. Kami ada peminat tegar, Cik Kuda dan Cik Sesumpah.

Misi utama ZooBand adalah untuk menghujankan KL sehingga banjir kilat lalu kelas pasti akan dibatalkan. Musik kami bersifat fleksibel - zapin, nasyid rock (Zarock), dangdut, rock kapak, lullaby dan opera. Kami turut mempunyai jadual yang ketat. Concert lullaby setiap malam supaya semua student yang stayup study tertidur. Nasyid di surau lima kali sehari. Zapin di pintu masuk UM. Dangdut di cafe. Opera di atas pentas. 

Makan minum ZooBand juga terjaga secukupnya. Geng Setaman menyediakan katak masak kicap, sandwich piranha dan paus masak madu untuk kami picnik di tepi tasik sambil memakai costume masing-masing. Nak otograf? Sila rujuk kepada Cik Shiro Pengurus.


pink panther 800 1
Hoyeah aku Cik Panther yg sedang berdangdut


Cik Piyo yg berlagak innocent tetapi sebenarnya kreatif


Cik Mau yang tak reti zapin, hanya tahu rock kapak

Ok jangan tanya aku muka Cicak Gecko dengan Buaya tu camne. Aku tak dapat imagine.


* * * * * * * * * * * *


Seriously? Mahasiswi matang dan kontemporari??

No comments: