May 7, 2012

Demam UPU

Assalamualaikum. Selamat malam semua.

Tadi aku bukak blog tutorial-tutorial untuk blogskin. Canteksssss sangat!!! Disebabkan aku ini seorang yang tak statik dalam mendesign blog aku sendiri maka sudah pasti aku akan ubah balik design blog kan? Tapi hari ini aku agak malas nak redesign. Lagipun blog aku sekarang nih cantik hapa? Cantik kan? Kan? :')

Ok takpe tak kisah kalau nak jawab jujur.

Hari ini keputusan UPU keluar. Para SPM leavers semuanya update status kat fb pasal tawaran. Ada yg dapat, tak kurang jugak ada yg tak diberi rezeki untuk masuk UPU. Takpe, rezeki semua kuasa Allah. Doa supaya kita dapat yg terbaik :) Hewhewhew. Aku pulak diberi rezeki masuk UM. Asasi Sains Hayat. Adalah dalam dua tiga ketul jugak yg dapat sama tempat dengan aku. Tapi yg paling best, cik FS pun dapat situ jugak! Yabedabedoooooooooooooooooo... My greatest buddy will accompanied me there. Thank you Allah. Happy sesangat nih. Dah tak tau nak buat reaksi apa. Hehehe. Persiapkanlah telingamu wahai FS untuk mendengar celoteh aku. You're my sweetest pal. My second ear. Sob sobsssss. Terharu pulak rasa. Eh over!

Ada member yg mengadu kat aku sedih pasal dorang tak dapat UPU. Ada jugak yg dapat Form 6. Tapi majoriti rasa sedih sebab terpaksa amik matrik bila dah takde pilihan lain. Oh my kawan, jangan begitu. Matrik ka, asasi ka, Form 6 ka, diploma ka semuanya sama saja. Bezanya cuma kelulusan matrik tak boleh pakai untuk carik kerja, itu je. Yg lain-lain tu semua boleh pakai kelulusan untuk carik kerja. 

Tapi apa-apapun, belajar sememangnya susah. Takde yg senang. So kalau apapun pilihan yg korang buat, buat je sepenuh hati. Jangan dengar soksek orang mengatakan susah lah, belajar bagai nak gila lah apalah. Ignore semua itu. Think positive. Susah tak bermakna mustahil, betul tak?


Shushah tak bermakna mushtahil tawwwwwww! meawwwww

Hehehe. Contohilah kucing ini hokey. Senyum ceria aja. Muka pun tambah berseri kannnnnnnn...

Eh tadi aku bukak website UM. Eksaited kemainlah kau! Saja je gedik-gedik usha muka lecturer hewhewhew. Siap bukak notes lagi. Sumpah kalau belajar main-main jugak kasi penampar je kat aku nih.

Aku download jugak mutabaah amal. Buat persediaan mantapkan kerohanian kat sana. Puan Mama kata biarlah kita berjaya untuk kedua-duanya. Dunia dan akhirat :') InsyaAllah aku cuba praktikkan. Buat apa nak rasa malu buat kebaikan kan? Hihihi. Ni contoh borang mutabaah amal yg aku jumpa. Kalau nak jugak, boleh search kat google. Berlambak-lambak ada. Pilih aje.




Heading to my super brand new world. I'll seek more happiness and insyaAllah more iman ahead. Tak sabarnyewwww itewwww nak mashuk uuuuuuuu.... (Tolong tarik mulut aku sedepa)

2 comments:

Mohd Ridwan said...

Kita sama! Jumpa kat sana! (^__^)Y

Aqila Syahiena said...

Haha, see ya! :)