May 13, 2012

Dia Ialah Aku..

Assalamualaikum.


Hamba puteri dirias angsana
Terlihat kekanda lidah menyapa
Niat di hati ingin berkelana
Apakan daya bintangnya tak jumpa.




Hamba merenung gadis itu yang tertawa hiba.
Sedaya-upaya cuba disembunyikan tangisan lara dengan senyum segaris
"Mengapa kau bersedih?"
Dia mengukir senyum dan mengesat air mata.
"Jika kau melihatku sekarang, adakah aku berseorangan atau aku ditemani sesiapa?"
Hamba merenung anak mata hitamnya lalu tersenyum.
"Aku tidak melihat sesiapa pun disisimu. Hanya kau seorang"
Lalu dia teresak-esak dan menekup mulutnya, meredamkan bunyi tangis derita.

"Katakan padaku, mengapa kau masih menangis?"
Gadis itu menjawab sayu.
"Kerana kau tahu tiada sesiapa disisiku"
"Lalu mengapa kau menangis hanya kerana aku berkata begitu?"
Dia memandang hamba dan masih tersenyum lesu.
"Aku menangis kerana lelah. Lelah kerana kau tidak menyedari betapa aku berdukacita!"
Ingin hamba sentuh bahunya namun tak tercapai.
"Mengapa sukar untuk aku menyentuhmu?"
Dia terdiam dan merenung hamba.

Serta-merta hamba tersedar apa yang berada di hadapan hamba.

Gadis itu terus berbicara.
"Aku berdukacita kerana masih tidak dapat menerima kenyataan tiada sesiapa disisiku sekarang.
Aku bersedih hati kerana tempat di sebelahku ini kosong tidak berusik.
Aku menangis kerana aku sendirian disini.
Aku memendam hiba kerana kau masih tidak menyedari betapa aku terseksa menjerit,
merintih dan mengadu kelelahan aku kepadamu selama ini.
Kelelahan menanti bulan yang tak terjangkau!"

Hamba merenung kosong objek yang berada di hadapan hamba kini.
Sebuah cermin besar.
Dan hamba melihat dia di hadapan hamba.
Senyumannya, tangisannya sama seperti hamba.




No comments: