May 6, 2012

Dying

Assalamualaikum. Kak Qila nak habaq sat.

Hai sekali lagi. Lama sungguh tak beronline dan membiarkan blog ini terkapai-kapai tanpa haluan pasti. Akhirnya tuanmu yang tak berdedikasi menjengah semula. Acece, hiperbola je. Mood nak menaip dah tiba lepas entry sebelum ini yang agak emo dan meroyan tak cukup tanah. Standard lah tu, manusia memang berubah-ubah perasaannya. Kejap ok kejap tak ok. Itu normal ok. Normal! (Nak cover malu) Aku memang tak berapa mahir bab-bab intro blogging nih. Kalau nak suruh aku buat karangan BM SPM boleh lerrrrr..

Owh Kames lepas aku turun PWTC bersama budak-budak STAR. Dua hari sebelum tu aku dengan penuh semangat waja mengusulkan agar kami memakai baju sekolah namun sayang berjuta sayang cadanganku ditolak mentah-mentah. Takde kompromi langsung. Diorang tak paham ke itu namanya strategi berjimat? Jimat beb, jimat! Sebab kalau pakai baju sekolah dengar-dengar cerita boleh dapat harga murah sikit tau. Tapi nak cakap sekarang pun tak guna sebab pesta buku tu dah watammat dah. Muehehe.

Kalau bukan sebab satu kecurian yang berlaku, mesti Kames tu aku pulang ke rumah dalam keadaan separuh sedar akibat overdose gelak. Tengah aku sibuk berfoya-foya memborong buku, ada sekor hamba Allah yang takde sivik pegi seluk beg aku than amik phone tab aku. Tergamam aku masa perasan tab tu dah lesap. Nak meraung pun hado. Mujurlah aku seorang wanita yang penyabar. Cukup penyabar. Jikalau tidak pasti aku membuat kecoh di situ sambil terjerit-jerit meroyan pasal tab yg hilang tak berjejak. Pasti aku melalak-lalak sampai orang yg amik tab aku tuh rasa bersalah gila lalu memulangkan semula tab itu. Disebabkan wajahnya yang agak kacak, ditambah pula raut wajahnya yang menggambarkan rasa kesal, sudah tentu aku tergamam dan terdetik di mindaku bahawa ini pastinya cinta....

Teeeeeetttt!! Beranganlah kau Qila. Takde pekdah kak oi nak jatuh cinta kat manusia berhati binatang macam tuh.

Nak kata aku marah, tak jugak. Sebab aku jugak yg salah letak menda tu kat dalam beg. Nak kata aku seronok, hang gila ke apa. Boleh terkena amnesia aku nih kalau tak kisah tab harga beribu hilang camtu jer. Tapi aku tau nak menjejak balik tab tu macam nak carik jarum dalam rumput. Macam nak carik uban kat kepala orang negro berambut afro. Susah! Separuh jiwaku melayang tahu. Kalau tak fikirkan tahap kesabaran yang masih bersisa, pasti akanku sumpah manusia itu digilis lori. Paling-paling baik pun patah kaki. Tapi aku ini masih penyabar orangnya. Tenang sekali. Jadi mak mak sekalian bolehlah meletakkan nama aku dan highlightkan sekali sebagai calon menantu mithali. Eh tapi ni bukan lesen untuk kau curik phone aku lagi ye! Persetan sama kau wahai penyeluk beg.

Berhari-hari aku di rumah, kemurungan. Celik je mata terus teringat tab yg dah selamat pergi. Inisiatif yang agak gila muncul di benakku namun biarlah aku rahsiakan dari mata umum. Biarlah aku sendirian menanggung derita ini. Biarkan!

Eh meroyan lagi! Betapa kejamnya dikau wahai pencurik tab. Menjadikan aku yg serba sempurna fizikal ini agak cacat emosinya.

Ok tutup story pasal pemergian tab tercenta. Tadi aku bukak website UM. Aku ditawarkan untuk Asasi Sains Hayat di sana :>>> Thank you Allah. Walaupun Kau menarik tab kesayanganku pergi, Kau memberiku rezeki yg tak terjangka. This is what we called after pain, there's smile. Alhamdulillah. Syukur beb, syukur!

entry macam gila tapi sebenarnya kita geram dgn broadband kita. lembab. kalau teringat pasal tab tu sedih pun hado. sob sobsssss :<

2 comments:

umi aisha karim said...

ptutnya, tajuk entry ni..gudbye tab kesayangan .. hahaha :)) qila, thniah dpt UM !!..

Aqila Syahiena said...

Kreatif kau bagi tajuk eh! Hhahaha thanks umi :>