May 27, 2012

Menanti Hari Esok

Assalamualaikum dan Hye.

Selamat malam warga laman sosial. Esok saya akan mendaftarkan diri di PASUM. Jadi beberapa hari ini mood agak kelaut untuk update entry. Bukan kerana risau homesick tau. Haha. Kita dah besar gedabak dah. Tak main nanges-nanges nih. Ok berlagak. Saya sibuk uruskan borang-borang pendaftaran dan packing barang-barang. Ya, bukan baju-baju lagi dah. Barang-barang. Kerana saya menganggap tiada beza antara ingin berpindah rumah dengan nak mendaftar masuk U. Haha.



Haha ok itu tipu. Itu bukan luggage saya. Saya pinjam luggage dari Google jek. Sebab kalau saya letakkan gambar luggage-luggage saya, anda akan kutuk saya sampai ke lubang tahi. Seriously.

Disebabkan kecuakan untuk mendaftar masuk esok, saya membuat tindakan gila dengan mengkomen post-post orang di fesbuk. Sedangkan saya yang pemalu ini bukan seorang kaki like atau comment. Serius nih masalah saya. Haha. Mata saya juga sungguh gedik untuk pejam. Terbuntang luas ha, trangggggg! Hah siap effect bunyi lagi. Maknanya saya serius tau. Tak bergurau.

Saya harap kehidupan hari esok akan menjadi lebih baik dari hari ini. Oh ya, saya forever alone. Jadi saya tak kisah kalau tak jadi hot setap kat PASUM nanti. Haha. Ok hot stuff sebenarnya. Saja buat bunyi jijik sikit. See? Memang padan saya ini forever alone. Haha.

Last but not least,



Salam sayang, Aqila Syahiena :)


No comments: