May 11, 2012

Saya Cantik Dan Original

Assalamualaikum dan Hye.

Tajuk macam menadah muka untuk dihadiahkan penampar. Bertambah cantik pipi ini dengan blusher lima bucu.

Saya baru selesai interbiu dengan pihak MARA pagi tadi :) Sesi saya hari ini pukul sembilan pagi dan saya dapat panel 12 hewhew. Boleh kata kesemua candidates yg ada hari ini memilih Ireland untuk sambung pengajian dalam bidang kedoktoran. Eh eh sopan sungguh saya hari ini. Wakaka. Sebagai seorang perempuan yang ayu (faker) merangkap lemah lembut (ganas nak mampuih) lagi berwibawa (what the hell?) percakapannya, saya kenalah tunjukkan contoh yang baik. Mana tahu seploh tahun akan datang bila saya baca balik entry-entry mengarut saya ini, saya akan tersenyum sendiri? :')

Tak banyak yang saya nak tulis dalam entry kali ini. Sebab apa? Sebab saya menjalani satu lagi grouping interbiu dan mendapat case study yang sama sekali lagi. Yeah saya tak bergurau. Case study yang sama sekali lagi. Macam ini. Kalau nak tahu bagaimana keseriusan tahap case study yang saya dapat, silalah rajin-rajinkan tangan selongkar entry lama saya itu. Tapi saya bagi amaran, entry itu tersangatlah kebudak-budakan kerana saya menaipnya dalam keadaan diri seperti kanak-kanak Dumex yang belum membesar. Hewhew. Sekarang saya sudah dewasa dan matang. Serius tak tipu. Serius!

Jadi setakat ini alhamdulillah saya tidak meroyan seumpama kehilangan anak kerana frust menonggeng dengan interbiu saya yang entah hapa-hapa. Bahasa Inggeris saya masih bertabur macam gigi bersepah. Tangan saya pulak punyalah over what the hell nya asyik terangkat-angkat seumpama ingin berpidato secara ganas sekali lagi. Muka saya juga asyik tersenyum memanjang memandang gruopmate lain walhal hati saya membentak kerana English mereka sangat cun melecun perfek wa cakap lu. Namun begitu saya amat senang melihat panel-panel yang asyik bermain handphone, ipad dan segala spesis handphone besar gedabak. Macam Galaxy Tab saya yang dicintai kerana hilangnya tak berjejak (tersentap haku) Lari tajuk pulak. Maap ye. Ihiks (gelak gedik Maria Elena)

Saya juga mempunyai masalah kengidaman yang agak kronik. Tengah hari tadi secara drastiknya keinginan untuk makan Secret Recipe memuncak seumpama mercun di malam raya. Saya bersungguh-sungguh mengajak bonda ke Kapar untuk membalun Secret Recipe hewhew. Saya tawarkan nak bayar sepaaruh tapi beliau tak tuntut balik pun. Oleh itu, saya berhajat untuk menyimpan duit yang ada untuk menggantikan Galaxy Tab saya yang hilang dirembat toyol berkepala hitam. Seriously, perasaan ingin membunuh manusia itu masih ada. Haha hoho hihi huhu hehe <-- Gelak faker

Malam tadi pakcik saya cakap dia tak kenal saya. Bila saya tanya kenapa, dia kata saya dah GEMUK. Ow em geeeee. Hati saya yang maha halus ini tercarik-carik you know. Terasa ingin transfer sedikit daging kepada mangsa bulimia dan aneroxia di Afrika Selatan. Lihatlah betapa mulia tak mulianya hati saya. Sanggup membuat kebajikan walaupun diri teruk dihina dan dikecam. Tidak mempedulikan persepsi demi spekulasi yang dilontarkan kepada diri.

Oh oh lupa. Muka saya juga sedikit berjerawat. So saya seolah-olah bakal melangkah masuk ke UM dengan memakai board pada badan yang tertulis "SAYA GEMUK DAN SAYA BERJERAWAT. SILA KAWAN DENGAN SAYA" Jikalau anda terserempak dengan saya disana, sila terima saya sebagai rakan anda seikhlas mungkin. Dan ringan-ringankanlah lidah anda untuk berbohong jika saya bertanya kepada anda adakah saya ini cantik atau tidak. Bidadari atau Beyonce? Sila jujur.


* * * * * * * * * * * *

Maaf. Entry merapu-rapu ditulis dalam keadaan kenyang dan mengantuk lalu kerasionalan diri amatlah tidak boleh dipertikaikan. Sila lupakan kata sifat berbentuk pujian maha hipokrit dan perasan tahap dewa yang terdapat pada perenggan-perenggan di atas. 

No comments: