Jun 30, 2012

Just Random

Assalamualaikum.


Everyone see whom I appeared to be
But only a few know the real me
You only see what I choose to show

There's so much behind my smile
You just donno
And you never wanna know.







Im standing here in front of you, all the time yet you always looked for the other sides instead of me.
Ini bukan entry putus cinta.
Sebab cinta tu tak pernah bersambung pun.

Jun 29, 2012

MUET and CHEM is TRY

Assalamualaikum. Salam Jumaat penuh barakah.


Juz now I got Biology lecture with Dr. Yusmin, Calculus tutorial with Mr. Iqbal and MUET class with super hillarious Dr John. Aku t aktahu kenapa tapi everytime aku tengok jadual then nampak ada MUET haritu, rasa eksaited kemain. Dr John is a simple yet entertained us in an educational way. Dia boleh bikin kelas dua jam yg supposedly mengantuk tahap gaban jadi macam tengok movie sambil makan bertih jagung. Ok popcorn.


Untuk MUET, kalau STPM students akan amik dan belajar selama setahun setengah. Matrik dengar cerita setahun. Tapi kat Pasum, silibus MUET dicomposed sampai jadi empat bulan je. EMPAT. Amatur macam aku memang supposedly akan bengkok tulang belakang. 


Semalam ada amali Chemist. Dalam bebanyak amali kat sini, Chemist yg paling horror bagi budak Pasum. Macam macam eksperimen complicated kena buat then semua itu kau perlu jalani SEORANG DIRI. Yeay tepuk tangan. Takde nak bergantung kat lab partner lagi dah. Lab coat pulak wajib pakai. Aduhai lab coat aku tu kalau pakai bawak pegi Alaska pun aku boleh mati kepanasan. Tebal dia, amik kau. Dah macam penebat haba. Tak bernafas ketiak aku. Peluh toksah cakap. Boleh bancuh buat milo lagi.



Tok ketua tok ketua awat muka bahagia sangat dapat gambar sebelah JLo tu???



Today is one of my classmates birthday. Annisa Qabila a.k.a Naruto. Fulamak ai budak nie dasat punya otaku. Layan Naruto beb. So tadi aku dan Nurin plan simple greetings for her and satu kelas nyanyi lagu standard happy birthday. Guess what? Dia touched kat situ. Comel je dia malu maluuuuu.


So Nisa, happy birthdayyyyyy! May Allah bless you for eternity and welcome to my friendship zone of life :)

Jun 28, 2012

Assalamualaikum. Nih tension nih tension. Tak dapat dapat jawapan physics yg dah berminggu-minggu try buat. Still blur. Apa nak jadi dengan masa depan physics aku pun entah lewrrrr.

Aku teringat ayat Dr Izlina. Sesetengah orang memang cepat adapt dengan environment baru. Sesetengah orang lagi lambat sikit. Kadang dah dua tiga minggu baru boleh catch up dengan study kat Pasum nih. Itu orang lain. Aku?

Dah tiga minggu lebih pun still blur blur ayam mengadap buku espcially physics dgn math. Terhuyung hayang aku memikirkan sebab musabab kenapa semua itu berlaku. Kadang aku stay up study tengah malam buta pun still tak ingat hapa menda yg aku belajar when the next morning comes. Acane tu acane acane?????

Lama jugak aku fikir. Kenapa aku cam dah lost semua benda yg aku pernah belajar. Padahal benda basic je belajar balik kat sini. Cuma dia tambah banyak lagi equation dan formula formula yg bisa bikin aku pening lalat lalu melekat tersekat kat meja study sampai dua tiga pagi. Then bangun lewat terkocoh kocoh pegi kelas. Aisemen.

Sampailah last Monday haritu time kelas Muet. Dr John ada cakap waktu sembang sembang pagi yg permai masa tu. He said that if we didnt use our brain for a long term, the brain will drastically died. Contoh jauh, orang bersara.

Tiga bulan pertama masa bersara memang heaven. Dapat relax balas dendam sepuas puasnya kat bantal tivi makanan dan tidur tak kira masa. Tapi lepas tiga bulan, anda akan perasan bahawa anda telah lupa banyak perkara. Anda akan rasa macam otak anda tak pernah simpan apa apa sebelum ni. Itulah yg dinamakan the brain slowly but drastically died.

Ok itu contoh jauh. Meh aku bagi contoh dekat.



Me. Super single me.



Enam bulan duduk rumah tanpa buat apa apa hatta mengira 1 + 1 pun tak pernah. Buku pun langsung tak pandang. Sorok jauh jauh bawah almari and pretend macam buku tu dah reput kena makan anai anai. Online tidur makan movie jln shopping online tidur makan movie jalan shopping and the list goes on and on and on for six months. SIX MONTHS.


Boleh tak kau bayang betapa besarnya kebebalan aku amsa first time bukak buku balik. Rasa nak menangis air mata darah

Jun 26, 2012

Payung Pagi

Assalamualaikum. Wanna wrote something here coz juz now it tickles my heart. Made me smileeeeee tooo.

This R1 group of mine is hillarious. Macam badut sarkas hatta umur telah menginjak lapan belas. Sudah bisa bikin buat suami dan isteri orang walaupun masih ada yg belum reti masak. Dan blur macam kayu. Eheh.





Yeah mempersembahkan Cik Siti Wan Kembang Versi KL. Dimana semua pipi mengembang dan senyuman pun macam kiambang tak dihinggap kumbang. Eh ada sorang kumbang kat belakang! Dengan muka tak malu dia datang lalu kena hadang oleh gadis gadis yang suka bergaya macam nak ke bendang. Apakejadah aku nie ayat dah macam bangang.





Tu dia tu diaaa tuan punya payung dah masuk! Dengan paksa rela dia harus melepaskan payung itu kepada aku dan Sab yang suka berlenggang ala ala itik pulang petang setiap kali habis kelas. Berjalan dengan penuh reda mendengar kaum hawa membebel etc tutorial banyak bangun lewat rambut mamat hensem bla bla bla. Sunghuh tabah wahai dikau tok ketua. Dan kumbang sekor kat belakang tu masih lagi kena hadang. Tersembunyi segala aura kehenseman konon yg nak dipancarkan kepada dunia. 

Segala photoshoot dilakukan pada waktu terik mentari pagi hampir tengahari. Di mana payung tak diperlukan langsung ok. Langsung. Sila maafkan kami wahai tok ketua kerna membuka payung anda pada waktu yg sangat tak valid.

My Version Of Alah Bisa Tegal Biasa

Assalamualaikum. Im back again and again in this super public fake diary.

Aku sendiri tak faham kenapa everytime aku tension siapkan tutorial tahap PhD yg susah gila tu, tangan aku mesti gatal-gatal capai handphone dan terus bukak blog. Pakai phone jer, aku takde duit banyak nak beli laptop besar dabak macam orang lain tuh. Uhuhuwwww.

Seems like aku memang suka merapu dan merepek tak kira dimana-mana mahupun bila-bila masa kerna perkara ini seperti menjadi habit bagi aku.  It was like crappy and me dah tak boleh dipisahkan. Umpama gene yg telah mendarah daging. Eh bio. Hah hambik kau hambik. Tension aku Google jawapan dari tadi tak dapat-dapat. Y lerrr jawapan so complicated..

Dan disebabkan hamba puteri seorang yg baik hati lagi bertimbang rasa, aku tak kacau roommate aku yg tengah pandang algebra. Berkerut kerut muka dia tekan calculator. Kalau akulah, tak main kerut kerut muka nie. Aku buat troll face je terus konfem orang gelakkan aku then ngantuk pun hilang. Kantoilah aku suka menganjing 9gag dgn Adillah time lecture. Heheheww. Nie ada mamat hensem nampak muka meme aku nie konfem dah, tiga keturunan tak hilang malu. Ada ke patut muka cantik manis menawan macm JLo buat troll face? Tak patut bukan?

And I discovered one more thing. Satu-satunya cara aku nak bangun awal pagi adalah tidur di lantai berlapikkan tikar mengkuang bau buluh serta comforter yg bisa bikin badan kejang macam kayu bila aku bangun esok pagi. Bunyi dah macam kesian habis kan? Part yg paling kesian ialah apabila aku tetap taknak bangun awal pagi esoknya. Itulah yg dinamakan alah bisa tegal biasa.

Macam biasa, wrote a super crappy things in my blog and make it more likely a sampah blog. Alah bisa tegal biasalah tu.

Sekian, entry bodoh. Buat entry cenggini memang alah bisa tegal biasa untuk aku.



Currently listening to Teachers Pet : Warisan Wanita Terakhir.

Jun 25, 2012

More Then Words






Puteri sulung membawa khabar menyampai hasrat rasa hati. Perasaan yang tak terhidup lantas mematikan sendi rasa dalam diri. Puteri sulung masih tersenyum menyimpul satu rantai keabadian kehidupan. Yang bahagianya juga datang dari hati.

You Just Donno

Assalamualaikum. Dan Selamat Petang Malam.


" Kita suka perangai awak. Kepala awak gila-gila. Even kita baru kenal dgn awak tiga minggu, rasa cam dah rapat gila dengan awak. Lawaklah awak ni "


Dear you my friend, thank you. Thank you sebab kau dah keluarkan kata-kata yang selama ini aku terhingin nak dengar.


Aku expect aku akan happy bila dengar. Guess what? 


I'm freaking out sad. Rasa nak cabut kepala dan sembunyikan dalam pasu.


Sedih, kerana itu bukan diri aku yang sebenarnya. Kau mungkin melihat aku sejak tiga minggu lepas. Maaf, kau tak melihat diri aku beberapa tahun lepas.


Yang cuba aku sesuaikan agar aku tak nampak macam A Samad Said versi perempuan. Dan aku tak mahu orang lihat aku seperti Jane Doe.


* * * * * * * * * *

Everyone see whom I appeared to be. But only a few know the real me. You only see what I choose to show. There's so much behind my smile. You just donno.

Yeah you donno.


Jun 22, 2012

Chem Is Try

Assalamualaikum.


T E N S I O N



Sepatah haram aku tak paham Chemist Sir Nasrul Zamani.



Aku cuma mampu tenung skrin.



Sandar kat kerusi pink bilik audi yg lembut gila.



Cuci mata tengok orang depan yg nampak smart.



Sambil berangan kalau ada boyfriend camtu.



Sesaat kemudian mata pun tutup.



Bila sedar semula semua dah pack barang.



Yeah dah habis. Jom bungkus nasik kat cafe.

Ohsem Tutorial Class

Assalamualaikum dan Hye.

Hampir seminggu berkenal-kenal mesra dengan groupmate seramai 25 orang. Kalau kau lihat aku ini kepala gila suka merepek, mereka doblas kali ganda lagi dasat dari aku.

Yang anehnya, perassan sayang kepada mereka itu telah wujud.

Macam dah bertahun kenal mereka. Ini ke namanya kemanisan ukhwah? Mungkin.

Dan aku yang evil ini sangat suka usha sang class leader yang unik itu. Hehehe. Mana nak jumpa lelaki zaman millenium camni bawak payung dgn tisu pergi kelas?? Takde beb. Dia satu dalam sejuta kot. Kagum pun hado. Lucky him, tak peduli pandangan orang pun. Its a brand new attitude I found here.

Ok lupa. Aku sangat suka tidur dan biarkan kertas tutorial berlambak kat meja bilik. Lagi lagi kalau maths. Tapi tutor kita hensem. Lepas ni mungkin kita minat maths kot. Focus kat kelas lebih sikit. Ececece..

Jun 21, 2012

Cantik

Assalamualaikum. Selamat malam.


New life. Kadang tak sesenang yang disangka. Tapi yang susah itu jangan kau sangka tiada bahagia langsung.


New self. Lagilah tak sesenang macam kau nak cakap. Kau tak faham perasaan nak mengubah kepada yang baru itu bagaimana. Dan tinggalkan yang lama. Sedangkan yang lama itulah identiti kau.


New mind. New way of think. New way of making decision. Kau memang takkan pernah tahu sebab apa yang aku fikirkan kau sendiri tak pernah tahu.


Kalau dah semua new, will I still be the same old me? Hope so.


*  *  *  *  *  *  *  *  *


Aku suka tengok kakak-kakak cantik manis ayu menawan pakai shawl dan pashmina tutup dada serta bahu.

Aku suka tengok mereka pakai baju kurung yang cantik-cantik dan pakai blaus serta skirt labuh yang longgar.

Aku suka tengok mereka senyum even mereka tak kenal pun siapa yang mereka senyumkan itu.

Aku suka tengok mereka pakai baju muslimah yang cantik dan moden. Tapi masih tertutup sepenuhnya.

Ya, mereka cantik.


Bila aku nak jadi cantik macam mereka??

Jun 20, 2012

One Promise

Assalamualaikum. Selamat malam Malaysia.




Kau pantas berlari meninggalkan aku,
Aku terhenti seketika setelah lelah mengejar,
Namun satu yang aku pasakkan dalam hati,
Kau akan kutunggu di garisan penamat.


InsyaAllah.

Jun 19, 2012

Masa Peribadi Yang Kian Sempit..

Assalamualaikum dan Hye. Suria pagi memancar lesu pada mata aku pagi tadi. Terasa macam nak terjun tingkat bawah dan menyorok masuk semak. Taknak bangun pagi pergi kuliah punya hal.

Masaklah gini. Baru dua hari cek dah kelam kabut mandi pagi bangun lewat punya hal. Kalau time-time bulan mengambang nie memang bangun lewat je kerjanya. Uhuhuk. Kalau sebut pasal ciri-ciri anak dara millenium, buat-buat tak terasa jelah. Hahaha.

Bila aku kenang memori semalam, rasa nak tumbuh bisul kat muka nie. Malu punya hal. Time nak carik makmal biologi aku sesat sampai pusing seluruh bangunan Pasum and AAJ. Dahtu buat muka eksaited kemain masuk kelas Alam Bina. Malu bai, malu! Manade budak Alam Bina belajar pakai lab coat! Paling-paling aku tengok jiran bilik sebelah pun lukis pelan pakai telekung je. Tawaduk habis kot, entahlah. Heheww. Then buat muka innocent habis aku chow dari kelas tu. Aku dengar dari jauh hamba-hamba Allah itu gelakkan aku. Ceh.

Hari ini akhirnya aku berjumpa dengan ahli group R1 masa kelas MUET. Owh rupa-rupanya lelaki ada empat, bukan tiga. Hehehewww. Maka kiranya hamba  menyimpulkan bahawa kaum adam masih lagi di takuk kepupusn globalisasi. Ayat karangan BM seyh. Rindu cikgu Jun, rindu cikgu Eriza. Rindu nak berjiwang karat tulis karangan BM waktu trial. Sampai terlebih patah perkataan pulak tu. Eheh. Eh tetiba.

Takde motif nak update blog sebab mood nak merepek takde lagi. Ini update pakai phone, so leceh gila. Kalau ada typo buat-buat tak nampak ok. Hihi. Neragaklah bro nak type perfect jer pakai android nih. Kematu tangan cek noh. Eh cakap Penang! Hahaha show off.

So sorry to MH sebab tak dapat nak send satu lagi chapter novel macam yang diminta setiap minggu. Aku buzy, nak bukak mailbox pun macam tak sempat. Baru hantar sinopsis dgn prolog yang dia sendiri tak paham. Muehehehe. Jiwa sains ada hati nak baca novel sastera beb. Nasib baik tak hujan batu. Terharu pun hado tulisan tulus aku nie ada orang yang nak baca. Sob sob :'(

Horizon Masa masih belum dihantar ke pihak yg sepatutnya. Aku nak edit sikit tapi takde masa. Penyakit M pun kronik jugakkkkkk.. Now, in progress for Deja Vu yg aku sendiri pening nak habiskan. Hehehewwwww.

Sekian, entry bajet femes. Bajet PM.

Lebih baik hidup berkalang tanah daripada mati berbau bangkai.

Jun 18, 2012

Random

Assalamualaikum. Aku buzy. Sakit perut. Penat. Rasa lapat nak telan orang.

Harini start kuliah, tutorial dan amali straight dari lapan pagi sampai lima petang. Dua minggu sebelum ni cuma kuliah je. Itu yang aku melenggang itik jalan pegi cafe setiap kali ada peluang dan ruang dalam perut. Then masuk bilik gelak-gelak dengan Hanum sambil bancuh milo panas secawan dua. Macam hidup bujang menganggur je kan? Haha. Forever alone memang camtu. Cissssss tak ungkit sehari memang tak sah!

Aku still tekezut dgn group tutorial yang aku baca kat list semalam. 25 orang satu group. 22 kaum hawa dan 3 lagi untuk kaum adam yang kian pupus. Ow emmmmm geeeeeee kau amik calculator skrg kau kira cepat!! Berapa nisbah lelaki perempuan?? Haaa itulah dia. Sudahlah kaum adam kat Pasum memamg sikit. Yang masuk group aku pun nak pakat sikit gak ke??

Ecewahhh ayat macam frust habis kan. Gatal merenyam ke hapa? Manade camtu. Otak kita bersih tau, kita cuma nak ada nisbah yang sihat je dalam group tu. So kalau ada kaum adam baca blog kita ni taklah rasa loser sangat kan hidup di akhir zaman ni? Hehewwww. Sila terima hakikat bahawa kaum lelaki memang sangat kurang di mana-mana institusi sekalipun. So para bapa sila didik anak lelaki anda sebaik mungkin dan pastikan mereka menyihatkan nisbah kelas yang kian tak seimbang dewasa kini. Pergh ayat!!!

Sejak kebelakangan nie aku memang susah nak update blog. Online pun kejap then tertidur. Tau tau dah subuh nanti handphone tergolek kat lantai. Siap ter-habiskan beteri lagi. Lalu ter-matikan handphone dan ter-silentkan alarm. Lalu aku ter, ter dan terrrr-bangun lewat. Ahakssss!

Update blog cecepat nih sementara ada gap masa sejam untuk semayang. Wifi lajulah katakan di waktu kemuncak yg genting ni. Hahakk. So petang nie I got amali Biology dan I dah ready dgn lab coat yang telah beriron semalam. Mana kau nak jumpa orang iron lab coat?? Takde bro, takde! Aku sorang jer! Muahahaha..

Goes on and on. Thru and thru yeah.

Jun 14, 2012

Mentaliti Kini

Assalamualaikum dan Hye.

Selalunya kalau ikut kebiasaan saya akan post benda-benda yang happy dan seronok. Saya sangat sukakan kehidupan saya di PASUM tapi tipulah kalau sentiasa happy kan. Mestilah ada campur-campur perasaan sikit. Ada pasang surutnya.

Disebabkan saya dah berumur lapan belas tahun, saya mula melihat dunia ini dengan perspektif baru. Banyak perkara yang sebelum ni saya rasa macam a big thing tapi sebenarnya kecik je kalau nak dibandingkan dengan perkara lain. Now there's one thing that disturbed my mind most - Couple.

Haha macam lawak. Apakejadahnya pulak lah benda ni nak mengusutkan kepala.

Sebelum ini saya tak pernah kisah kalau orang tanya ada couple ke? Saya angguk then senyum macam apa je pastu gelak. Then cover-cover cakap aku ni manade cantik, manade orang nak kat aku bla bla bla etc. Tapi bila sekarang saya bukak mata dan lihat dunia keliling, saya perasan satu benda. Kebanyakan remaja seusia saya semuanya dah ada yang punya. Tak kiralah serius ke flirting ke tapi mesti dah ada. Aqila Syahiena? Jalan sengsorang then makanan pun beli kat cafe bungkus bawak masuk bilik. Pastu gelak sengsorang baca 9Gag padahal tutorial berlambak kat meja.

Itu namanya hidup orang bujang. Eh tak. Hidup orang keseorangan. Heheheww.

Then aku mula tertanya-tanya. Kenapa aku masih single? Kenapa aku tak tergerak hati nak bercouple macam orang lain? Perghhh ayat kau Qila oi nak kontroversi je kannn...

Tipulah kalau cakap saya tak terasa tengok kawan-kawan bahagia dengan lovelife mereka. Tipulah cakap kalau saya tak terasa nak pandang muka sepuluh kali kat cermin kot-kotlah hodoh sangat sampai takde siapa yang nak ajak couple. Tipulah kalau saya seronok cuci mata tengok lelaki macam kpop tapi sebenarnya lelaki tu tak perasan saya pun.

Saya tak tipu, kadang-kadang saya tak suka dengan keadaan ini. Saya tak suka perasaan bahawa saya ini sebenarnya forever alone dengan umur seperti ini.

Saya mula rasa macam loser sangat sejak minggu lepas. Semasa di bilik auditorium saya dan Dillah sangat suka cuci mata tengok mamat-mamat handsome. Mengantuk punya hal, lecturer kengkadang sangat membosankan. Usha punya usha, mamat tu ada gambar perempuan dalam handphone dia. Ok fine. Usha punya usha mamat lain, dia ada pencil box teddy bear dengan tag tertulis save baik-baik. Ok fine sekali lagi. Nampaknya semua lelaki yang agak berkualiti telah dikebas orang. Hmmmmmmmph.

Bukanlah nak menggatal atau desperately nak ada boyfriend. Bukan juga nak yang handsome-handsome atau setailo mailo je. Bukan juga cuma nak couple buat cukup syarat je. Tidak tidak.

Saya cuma rasa agak tercicir dan tersisih dengan environment seperti ini. Sampaikan saya tertanya-tanya, sangat hodoh dan tidak menarikkah saya ini? Luar biasa sangatkah saya ini? Pelikkah perangai saya ini? Atau mentaliti saya yang tidak suka bercouple itu sebenarnya kolot??

Kalau jawapannya ayat terakhir itu, maknanya larangan Allah mendekati zina itu kolotlah? Janji Allah bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik serta sebaliknya itu kolotlah? Tegahan Allah agar tidak bercinta sebelum berkahwin itu kolotlah? Love after marriage itu kolotlah? Begitu?

Saya kolotkah kerana takut untuk bercinta sebelum sampai masanya?

Saya ketinggalan zamankah kerana masih rasa kekok untuk bergaul mesra dengan boys yang saya tak berapa kenal?

Saya kunokah kerana masih single?

Atau sebenarnya mentaliti dan prinsip saya yang semakin goyah? Nauzubillah.

Saya mengaku saya takut sekiranya saya tidak akan bertemu dengan si dia. Saya takut untuk jadi andartu sampai tua. Saya takut saya tidak akan pernah mempunyai si dia. My future him.


* * * * * * * * * * * *

If you're single, don't ever think that nobody wants you. It is just Allah is buzy writing your greatest love story.

Insya Allah.






Motipp kau letak gambar besar dabak pulak ==;

Jun 10, 2012

First Post After PASUM Life

Assalamualaikum dan Hye. Salam sejahtera dari Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah di UM.

Kalau blogger feymes mesti akan cakap Sorry uolls dah lama I tak update blog. I buzy dengan exams, photoshoot, kerja, assignment bla bla bla etc.. Haha. Tapi tu blog mereka. Bukan blog Aqila Syahiena.

Dah dua minggu ++ saya tak bukak blog dan taip menda merepek. Sejak jadi student Pasum nie jadual memang pack.  Seminggu saya kena jalani Minggu Haluansiswa (MHS) yang memang what the heck punya buzy nak mampuih. Orientasi yang memang horror dan kalau bebudak yang homesick tu tambah-tambah gila mereka punya juraian air mata. Ecewah haha. Tapi saya tak homesick tau. Kaki jer melecet-lecet sebab mengada jalan dari kolej ke Dewan Tunku Canselor pakai kasut baru yang masih keras kat bahagian belakang yang tutup tumit. Habis I jalan berdengkot yknowwww..

Niat nak cerita the whole story pasai MHS tu tapi malaslah pulak. Yeah dulu aku selalu kutuk blogger yang ada blog best-best tapi malas update. Asal bukak je entry lama yang tak berusik. Now I got the feelingsss.. Hahaha. Yeah buzy tahap infinity. During MHS, I woke up at 5.30 to rebut bilik mandi dan 6.15 dah kena turun bawah kat court untuk riadah. Fuh riadah pepagi buta memang tak syok. Dahlah ngantuk, gelap pulak tu. Tak boleh cuci mata tengok mamat-mamat encemm. Muahahaha joking joking. Eh fyi kan, saya pelajar Asasi Sains Hayat dimana populasi perempuan ialah tiga kali ganda dengan lelaki. Serius persaingan memang sengit. Muahahaha. Joking lagi.

Bila malam, selagi belum jam 12.45 jangan harap muka saya nak terpacul kat bilik. Bila dah jejak katil, mata secara otomatik akan digam sampai pagi dan bila dah cecah pukul 5.30, bangun dalam keadaan mengeluh sambil rasa nak cucuk mata biar terbukak. Itulah yang saya hadapi selama seminggu. Macam normal lah kan untuk ex budak asrama macam saya? Eh manade. Dah enam bulan jam biologi saya bertabur sejak duduk rumah tau. Selagi tak jejak pukul 12 tengahari selagi itu saya berjoging atas katil. Heheheww.

Mujurlah MHS cuma seminggu. Kalau setahun, mahu jadi tengkorak saya yang segar bugar nie. Baru seminggu pun muka dah sunburn macam duduk Afrika je gayanya. Cisssss..


Mak saya kata saya anak Indon :(

Itu gambar masa Hari Sukan. Takyah bajet sangatlah kau padahal masuk sukaneka je pownnnnnn.. Kemain semangat saya main lari berganti-ganti passing telur tapi tak menang pun. Loser gila hukhuk. Down rasanya.






Sila perhati si tudung kelabu yang terkinja-kinja melompat itu.


Sorry its a lil bit blur. Saya scan semua gambar tu. Itu gambar sel saya, H7. Kami dari company H. Paham tak? Ada lapan company kat sini, A B C D E F G dan H. Setiap satu company ada enam hingga tujuh sel. Setiap sel ada 15 hingga 30 ahli. Gedditt?? Nampak tak nampak betapa ramainya makhluk Allah kat sini. It was like mustahil lerrr nak kenal dengan almost 2000 people dalam masa setahun kat sini..




Itu roommate saya. Zakiah Hanum. Random je pilih roommate masa daftar haritu and alhamdulillah I felt shoooo happy for getting a roommate like her! She's kind, generous, understanding and tak homesick walaupun tak pernah duduk asrama sebelum nih. Teheeeee. Bersyukur sangat sebab saya jenis takut nak memujuk orang homesick nih. Silap-silap tak tido malam nak pujuk orang tu jangan nanges. Pergh jahat gila kau... Tak sedar diri Form 1 dulu kemain lagi nanges sorok-sorok tepi tingkap..




Itu kawan baru. Adillah Farhana. Teheee joking jokinggg she's my schoolmate kat maktab dulu. Saje gedeh bebenor posing depan signboard taman je punnnnn..








Gambar itu sewaktu kami buat rombongan cik kiah ke Stesen Angkasapuri RTM. Ecewahhh bunyik macam bajet sangat. Tak masuk tb pun muka cun melecun nih. Jadi penonton untuk program Bicara Kampus je. Muahaha.. Tapi a lil bit syiok sebab merasa nak naik bas UM yang gagah tu. So kalau sape-sape usha TV1  dan nampak kelibat tudung bintik-bintik macam di atas ni nanti calling-calling kita tau tau! Muka tak dapat masuk, tudung pun jadi lewrrrrr.. Dasar suka mencari publisiti lah kau ni.




Itu ketika pulang dari kuliah hari keberapa pun aku tak hengat. First day kuliah ada jugak amik gambar tapi taknak upload sebab tudung saya serebeh macam tak reti pakai tudung. First impression tu penting kata orang. Tapi saya kata don't judge the book by its cover. Wakaka.

Ada banyak cerita. Banyak benda yang terjadi tapi tipulah kalau aku cakap aku gagah nak menaip panjang-panjang. Ini pun sebab ada kat rumah, thats why boleh update blog. Walaupun kat sana wifi 24/7 ada, tetap susah nak update sebab budak lelaki macam mintak penyepak je asyik download movie then main game. Itu akan affected kelajuan wifi yknowwww.. Kalau nak wifi laju, bukak internet time subuh-subuh buta. Confirm semua tak celik mata lagi time tu. Kantoiiiii dorang bangun lambat dan secara tak langsung menunjukkan yang aku bangun awal. Eheh.

Owh lupa. Kita pakai contact lens tau sekarang. Hihi :)




* * * * * * * * * * * *

Ringtone Big Bang-Blue berbunyi.

2/6/2012 : Helo assalamualaikum. Camne duduk UM? Cite lah sikit!

7/6/2012 : Belajar leklok, jangan tido lambat. Esok pagi kejut aku sampai bangun.

The list goes on.