Jun 28, 2012

Assalamualaikum. Nih tension nih tension. Tak dapat dapat jawapan physics yg dah berminggu-minggu try buat. Still blur. Apa nak jadi dengan masa depan physics aku pun entah lewrrrr.

Aku teringat ayat Dr Izlina. Sesetengah orang memang cepat adapt dengan environment baru. Sesetengah orang lagi lambat sikit. Kadang dah dua tiga minggu baru boleh catch up dengan study kat Pasum nih. Itu orang lain. Aku?

Dah tiga minggu lebih pun still blur blur ayam mengadap buku espcially physics dgn math. Terhuyung hayang aku memikirkan sebab musabab kenapa semua itu berlaku. Kadang aku stay up study tengah malam buta pun still tak ingat hapa menda yg aku belajar when the next morning comes. Acane tu acane acane?????

Lama jugak aku fikir. Kenapa aku cam dah lost semua benda yg aku pernah belajar. Padahal benda basic je belajar balik kat sini. Cuma dia tambah banyak lagi equation dan formula formula yg bisa bikin aku pening lalat lalu melekat tersekat kat meja study sampai dua tiga pagi. Then bangun lewat terkocoh kocoh pegi kelas. Aisemen.

Sampailah last Monday haritu time kelas Muet. Dr John ada cakap waktu sembang sembang pagi yg permai masa tu. He said that if we didnt use our brain for a long term, the brain will drastically died. Contoh jauh, orang bersara.

Tiga bulan pertama masa bersara memang heaven. Dapat relax balas dendam sepuas puasnya kat bantal tivi makanan dan tidur tak kira masa. Tapi lepas tiga bulan, anda akan perasan bahawa anda telah lupa banyak perkara. Anda akan rasa macam otak anda tak pernah simpan apa apa sebelum ni. Itulah yg dinamakan the brain slowly but drastically died.

Ok itu contoh jauh. Meh aku bagi contoh dekat.



Me. Super single me.



Enam bulan duduk rumah tanpa buat apa apa hatta mengira 1 + 1 pun tak pernah. Buku pun langsung tak pandang. Sorok jauh jauh bawah almari and pretend macam buku tu dah reput kena makan anai anai. Online tidur makan movie jln shopping online tidur makan movie jalan shopping and the list goes on and on and on for six months. SIX MONTHS.


Boleh tak kau bayang betapa besarnya kebebalan aku amsa first time bukak buku balik. Rasa nak menangis air mata darah

No comments: