Jun 21, 2012

Cantik

Assalamualaikum. Selamat malam.


New life. Kadang tak sesenang yang disangka. Tapi yang susah itu jangan kau sangka tiada bahagia langsung.


New self. Lagilah tak sesenang macam kau nak cakap. Kau tak faham perasaan nak mengubah kepada yang baru itu bagaimana. Dan tinggalkan yang lama. Sedangkan yang lama itulah identiti kau.


New mind. New way of think. New way of making decision. Kau memang takkan pernah tahu sebab apa yang aku fikirkan kau sendiri tak pernah tahu.


Kalau dah semua new, will I still be the same old me? Hope so.


*  *  *  *  *  *  *  *  *


Aku suka tengok kakak-kakak cantik manis ayu menawan pakai shawl dan pashmina tutup dada serta bahu.

Aku suka tengok mereka pakai baju kurung yang cantik-cantik dan pakai blaus serta skirt labuh yang longgar.

Aku suka tengok mereka senyum even mereka tak kenal pun siapa yang mereka senyumkan itu.

Aku suka tengok mereka pakai baju muslimah yang cantik dan moden. Tapi masih tertutup sepenuhnya.

Ya, mereka cantik.


Bila aku nak jadi cantik macam mereka??

No comments: